Dah penat, tak ada marathon lagi..
BAB 26
Tersusun dua
beg trolley di depan pintu, menunggu untuk Zamri memasukkannya ke dalam bonet
kereta. Mereka akan ke Jengka bila-bila masa sahaja, mungkin selepas bersarapan
kelak. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih sedikit dari 5 jam. Jika
bertolak awal, sempat sampai sebelum gelap. Jalan ke sana bukannya ada highway,
dua jam yang terpaksa melalui jalan kampung. Yang mana Murni sangkal akan
bergerak dalam masa terdekat mengikut rancangan. Berborak di meja makan makin
rancak, ada sahaja topik yang berbangkit. Bukan setakat Mama dan Abah yang
rancak berbual, Abang Ghaos dan Zamri pun boleh tahan juga. Yang tidak tumpang
sekaki cuma Murni dan Kak Shimah, isteri abang Ghaous. Budak-budak termasuk
Mila sebok menonton TV, siaran sebelah pagi memanglah khas untuk anak-anak bagi
melekakan mereka dengan rancangan karton dan animasi
“Ehh.. Zam,
bila nak bergerak ni.. hari dah nak tinggi ni.., Mama rasa eloklah bergerak
sekarang, sejuk sikit bergerak pagi-pagi ni....bukan mama nak halau kamu orang,
cuma takut lambat keluar nanti, lambat pulak sampainya “ Mama Seri mengingatkan
orang yang hendak bermusafir, yang masih rancak berbual dengan berbagai tajuk. Cepat betul Zamri blend dengan
keluarga Murni, tidak kekok langsung. Risau pula Murni, bolehkah dia bertindak
seperti Zamri dengan keluarga Zamri kelak?.
“Ya la..
Ma.. Zam rasa elok gerak sekarang.., nak singgah zohor dan lunch nanti along the way pun ambil masa jugak..”
ujar Zamri, bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya.
“Hemm…
rancang perjalanan tu.” Kata Abah Majid.
“Yang.. dah
siap semuanya ..?” sejak bila pula bertukar gantinama Murni kepada Yang..
singkatan dari Sayang. Lantaklah kau Zam.
“Dah..” namun
Murni seperti tahu-tahu sahaja panggilan Yang itu ditujukan kepada dirinya.
“Mila.. dah tu.. ni.. salam atuk, wan
dan Pak Long, Mak Long.. kita
dah nak gerak ni..” Zamri bersuara seperti arahan, bunyinya kepada Mila. Mila
yang berseluar panjang dan berbaju berlengan panjang biru berbelang puteh terus
sahaja menoleh dan bingkas bangun bersalaman dengan insan-insan yang sudah
berdiri tegak menerima salaman si cilik. Wan Seri mencium kepala Mila.. Mila
sudah biasa diperlakukan demikian.
Berteter
sepupu-sepupu Mila seramai 4 orang di depan pintu melambai tangan mereka kearah
Mila ditempat duduk belakang yang cermin pintu sudah dibuka. Sedih sahaja
muka-muka mereka. Entah bila lagi agaknya mereka dapat berkumpul seperti ini.
Mahu bertahun juga, jika diikutkan sejarah Murni pulang ke Johor. Mila memang
seronok setiap kali balik ke kampung Wan Seri. Cuma kali ini
ada kelainannya, ada new additional of
the family, iaitu kehadiran Ayah Zam yang menambahkan keceriaan keluarga Atuk
Majid.
“Awak…” Murni memangil Zamri dengan nama
awak pulak. Zamri sudah menjadi burung wak-wakkah?
“Apa hal Murni berawak-awak pulak dengan
abang ni.?.” sudah
berkali-kali Zamri menegur Murni yang masih kurang selesa memangil Zamri dengan
panggilan abang.
Terdiam
dengan teguran. Termati hasrat yang hendak disampaikannya. Lama Zamri menunggu,
namun tiada terdengar apa-apa perkataan dari Murni yang terbantut kerana
ditegur Zamri. Merajukkah?
“Ya..
sayang apa dia?.. abang tunggu ni..” takut pula merajuk orang yang disebelahnya
yang kini hanya menala pandangannya diluar.
“Muni.. apa
dia! Tadi nak cakap apa?” sekali lagi diulang Zamri, apabila Murni masih
mendiamkan diri. Aduh.. parah..
“Karang kat
Pekan Jengka, Muni nak singgah kat kedai Kek, nak beli satu untuk tambah-tambah
hantaran Khira.. boleh tak?” akhirnya Murni bersuara. Zamri tersenyum..
“Hemmm
pasal tu.. ingatkan tadi pasal apa? Buat abang terfikir-fikir aje sayang ni…”
Zamri menjawab tetapi mata masih tertumpu dijalanraya.
“Boleh tak?” ulang Murni
“Apa tak bolehnya.. boleh aje.. kena
beli buah-buah sikit kalau sempat kita pergi pasar, beli apa-apa untuk masak.
Kalau Baba dah beli, kita simpan untuk esok lusa..” Tangan Zamri meraih tangan
Murni.
“Kenapa sayang.. abang tengok lain macam
aje.. tak sudi nak ke rumah Mek abang ke?” Zamri memerlukan kepastian dari
Murni yang nampak kurang ceria disepanjang perjalanan.
“Tak.. bukan tak suka pergi rumah Mek..
cuma bimbang sikit nak jumpa keluarga aaa..bang yang lain..” akhirnya Murni
menyebut abang, yang sebenarnya hampir menyebut awak.
“Apa nak dirisaukan.. ayang dah pun jadi isteri abang.. orang
lain kita nak peduli apa? Janji keluarga abang dahpun terima ayang sudah!
Jangan nak fikir yang bukan-bukan..” mendatar sahaja nasihat Zamri.
Mila yang tempat duduk belakang leka
dengan game di ipadnya. Jika sudah kemaruk dengan game, apa pun tidak
dipedulinya. Ipad, hadiah dari ayah Zam, pandai juga kepala otak Zamri mencari
cara untuk melekakan Mila, agar ada banyak masa untuk dia bersama Murni.
“Mila..” bersuara Zamri
“Hemm..” jawab Mila ringkas
“Mila buat apa kat belakang tu..” Zamri
sengaja memulakan perbualan, sedangkan dia
tahu apa yang Mila lakukan. Sudah tahu, lagi mahu tanya.
“Ni..ah.. game dalam ipad ni.. best tau
ayah Zam..” jawabnya lagi.
“Iya..ayah Zam tahu, tapi jangan leka
sangat dengan game tu.. sampai rumah nanti kena refresh balik study tu.. ya..
kalau tidak, ayah Zam ambil balik ipad tu..nak?” mengertak Mila agar tidak
terlalu leka dengan games di ipad yang dibelinya.
Yang pergi beli, siapa suruh. Bila budak
dah kemaruk, hendak gertak pula.
“Ya.. ayah Zam.. Mila janji.. asalkan
ayah Zam tak ambil balik ni..” sambil menunjukkan ipad yang dimaksudkannya
“ni”janji Mila agar tidak leka hanya dengan games.
Termakan juga gertak Zamri kepada Mila. Manalah sampai hati Zamri hendak merampas barang
kegemaran anak barunya. Tambah-tambah lagi apabila melihat muka cekodok basi,
jika Mila merajuk.
“Ayah Zam
gertak sayang aje..” kata Zamri didalam hati.
BAB 27
Akhirnya
sampai juga mereka ke rumah keluarga Zamri selepas lebih dari 7 jam perjalanan.
Sepatutnya perjalanan dari Johor Bahru ke Jengka hanya mengambil masa 5 jam
lebih sedikit, tetapi kerana singgah di Pekan Jengka dan sempat pula menjamak
dan mengqasar Zohor dan Asar di sebuah masjid di Rompin. Nasib baik masih
terang lagi, walaupun sudah jam 6 petang.
Penanggah
sudah siap terpasang di halaman dengan kerusi dan meja bulat teratur, Cuma
belum dipasang lapik meja sahaja. Murni perlahan membuka pintu kereta dan terus
ke bonet untuk mengambil beg pakaiannya. Zamri sudah tercegat, mengeluarkan
beg-beg dari bonet. Mila hanya bersandar di pintu kereta. Murni perhatikan sudah ada beberapa
orang saudara mara Zamri yang tidak
pernah dia temui sudah berada di rumah tersebut. Semua sedang sebok membuat
persediaan majlis Khira. Murni menghulur beg pakaian Mila untuk dia
mengheretnya sendiri. Murni pula mengheret beg, manakala sebelah tangan lagi
menjinjing kotak kek yang baru dibeli di pekan Jengka tadi. Kelibat Mek,
mahupun Baba tidak kelihatan, pastinya mereka sebok sehinggakan tidak menyedari
yang menantu baru mereka sudah sampai.
Zamri terus
menuju ke biliknya, dia mengapai semua beg dari tangan Murni dan juga Mila,
lalu mengheretnya terus ke bilik tersebut.
“Eh…
pengantin rupanya.. bila sampai..” tegur Makngah Nuri, seperti masam-masam
kelat sahaja kepada menantu tidak jadinya, siapa lagi jika bukan Zamri.
“Makngah…” tegur Murni dan menghulurkan
tangan bersalaman. Tangan disambut, tetapi acuk tidak acuh. Mana tidaknya,
hendak bersalam dengan perempuan yang telah merampas kebahagian anaknya. Mahu
tidak mahu dia terpaksa juga menerima tangan Murni, dan menerima hakikat, Zamri
tidak ada jodoh dengan Adel.
“Hah..Muni
dan Zamri rupanya.. Mila pun ada.. bila sampai..” terdengar suara Mek Ros dari belakang. Semua menoleh
dan Murni merasa lega.
“Baru
sampai Mek.. ni saya ada beli kek buat tambah-tambah hantaran Khira..” sambil
Murni menghulur kotak kek kepada Mek.
“Mek simpan dalam peti ais dulu ya
Muni.. esok kita keluarkan..apa Murni susah-susah. aje” kata Mek berlapik.
Bagus juga, ada menambah satu lagi hantaran untuk Khira.
“Tak ada
apa nak beri untuk Khira ..Mek..”
“Rehar dulu, nanti bila dah okey, boleh
tolong Mek kat bilik pengantin ya..” pinta Mek. Murni hanya menganggok, Mek
sebok di bilik pengantin rupanya.
Murni masuk ke bilik untuk membersihkan
diri dan menukar pakaian. Zamri sudah terbaring, berehat meluruskan pinggangnya
yang keletihan 7 jam memandu. Murni
bersiap lalu terus ke bilik pengantin seperti yang diberitahu Mek. Mila hanya
mengekor Murni kemana sahaja dia pergi. Ada beberapa orang kanak-kanak
perempuan yang sebaya, mungkin anak saudara atau anak sepupu Zamri agaknya,
tetapi Mila masih belum mesra lagi dengan mereka. Tunggulah beberapa jam lagi
nanti mesralah dia, dan pastinya tidak akan mengekori Murni lagi.
Di lihatnya
Mek sedang mengantung birai berwarna hijau emerald lembut di belakang katil.
Birai sudah terpasang, hanya memerlukan sedikit hiasan sahaja. Di dalam kotak
sudah terkumpul reben-reben yang sudah digubah menyerupai bunga kecil yang siap
diikat bow. Bunga-bunga kecil berwana puteh dan bow berwarna hijau emerald
pekat. Cantik adunan warna. Cadar dan lain-lain hiasan di bilik itu juga
mempunyai gabungan warna hijau emerald dan puteh. Murni menyelak langsir,
pandangan terus ke khemah yang sudah siap terpasang. Baru Murni perasan, konsep
hijau emerald dan puteh rupanya. Cantik, memang cantik, warna hijau menyejukkan
mata dan juga jiwa di padankan dengan warna puteh, simbol bersih dan suci,
pandai Khira memilih konsep. Nasib baik bukan hijau pekat dan puteh. Takut
disalahertikan menjadi lambang parti politik pula. Tapi yang ini hijau
emeraldkan?
“Murni ..
tolong hulurkan Mek gunting kat dalam bakul tu jap..” tersentak Murni dengan
suaran Mek.
Kini Murni
hanya mampu tersengeh apabila Mila yang menghulur gunting kepada Nek Ros
seperti yang diminta. Malu juga dirasakannya, kerana tertangkap mengelamun
sendirian, bukannya menolong menghias bilik. Mek juga tersenyum, mengetahui
Murni bukan bersamanya, entah kemana fikirannya. Entah-entah memikirkan anak
lelakinya yang sedang berehat dibilik, maklumkan masih pengantin baru,semuanya
indah!.
“Zamri mana
Murni..” sengaja Mek mengajukan soalan sebagai pembuka perbualan. Sedangkan dia
mengetahui Zamri berehat di biliknya.
“Rehat
dalam bilik ..Mek.., hendak saya panggilkan ke?”
“Tak apa
la.. nanti dia keluarlah tu, tolong Baba apa yang patut kat luar, Murni tolong
pegang tangga ni, Mek nak gantung benda ni kat atas, lepas ni kerja dalam bilik
ni kira selesai la…”
“Hemm..”
jawab Murni sambil mengangguk.
Memang
sudah selesaipun urusan menghias bilik pengantin, simple, kemas dan cozy. Lagi
pun jika banyak sangat hiasan nanti boleh nampak bercelaru dan berserabut.
“La… kat sini rupanya.. Cek Ros.. ada barang kena beli lagi ni.. tak
cukup untuk orang penangah esok” terjengol seorang perempuan sebaya Mek didepan
pintu.
“Iya ke Cek Leha… apa barang yang tak
cukup tu.. nanti saya beritahu abang Zaki..” tanpa berkata apa-apa Mek Ros
meninggalkan Murni dan Mila, keluar bersama perempuan yang di panggilnya Cek
Leha.
Murni dan
Mila keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Murni ingin membantu di
dapur untuk persediaan penangah pula. Mereka membuat persiapan ayam masak
lemak, gulai kari nangka muda, ikan kering goreng dan acar timun. Semua bahan
seperti bawang, timun dan lain-lain sudah siap tergelipang di atas pangkin
hanya menunggu untuk dikupas. Separuh sudah disiapkan oleh beberapa perempuan
yang hadir. Malangnya Murni tidak mengenali perempuan-perempuan itu, yang pasti
mereka adalah kaum keluarga barunya dari sebelah suami. Apa hendak kesah!
“Mari nak, tolong kupas yang ini…” pinta seorang
perempuan yang nampak sebaya Mek untuk meminta Murni menolong menghiris
bahan-bahan keperluan lain.
“Ya.. makcik..” akur Murni, berjalan
menuju kearah perempuan itu dan duduk bersila di pangkin.
“Ahh..
duduk sebelah Mak Anjang..ini mak Anjang...” pelawanya lagi,
sambil tangan tuanya menepuk disisinya . Murni mengikut sahaja
tanpa bantahan terus duduk bersila disebelahnya. Mak Anjang terus
menghulur pisau serta landas kepada
Murni. Murni terus
memulakan kerja bersama beberapa orang lagi yang ada disitu. Kini dia sudah
tahu, yang mempelawanya adalah mak anjang. Tentunya salah seorang emak saudara
Zamri,
“Maaf lah
ya.. nak, Mak Anjang tak dapat pergi ke Johor , cucu Mak Anjang demam.. , ni
dah okey sikit..” Mak Anjang memulakan cerita.
Murni hanya
menganggok dan tersenyum.
Mak Anjang,
mak saudara Zamri disebelah mana? Sebelah Mek atau sebelah Baba. Berkira-kira
Murni, tidak mengapa, akan ditanya kepada Zamri bila ada peluang nanti.
Murni sebok
membantu dan tidak menyedari rupanya Mila sudah tidak bersamanya lagi. Sudah
berjumpa kawan-kawan la tu. Mila sudah tidak ada masalah bergaul dengan
teman-teman baru. Nampaknya Murni juga begitu. Cuma Murni perlu penjelasan dari
Zamri agar dia kenal lebih rapat lagi kaum kerabat Zamri. Bermula dari hari ini
Murni akan cuba mengingat nama dan gelaran saudara mara Zamri. Bernikah dengan
Zamri, bukan sahaja mendapat suami tetapi juga seluruh kaum keluarganya.
Sambil
menghiris bawang Murni tersenyum, dihatinya memanjatkan syukur kepada Ilahi,
yang telah mengatur perjalanan hidupnya dengan begitu sempurna. Entah yang
keberapa ratus kali, Murni berharap agar dia dan Zamri akan berkekalan sehingga
akhir hayat.
BAB 28
“Murni mari
kejap?” tersentak Murni yang leka mengupas bawang, apabila terdengar suara
Zamri memanggilnya.
Semua mata
yang berada di pangkin menala kearah Zamri, termasuk Murni. Murni yang dengan
mulut yang sedikit tergangga dan tangan masih memegang pisau, terhenti mengupas
bawang. Difikirannya mempunyai tanda
soal yang besar “kenapalah pulak cik abang aku ni, mencari aku sampai ke dapur”.
Namun
dilindungi rasa ingin tahu dengan senyuman.
Spontan Murni tersengeh kepada semua perempuan yang mata mereka tidak
berganjak dari memerhatikan dirinya. Bingkas Murni bangun menuju ke arah Zamri
yang tegak berdiri, tidak berganjak, mengaru kepala yang tidak gatal, hairan
kenapa wajah-wajah mereka seperti lain macam sahaja. Apa yang tidak kena? Dia
cuma mencari isterinya, adakah tindakannya salah?
“Amboi..
pengantin lama, tak boleh hilang lama sikit, isteri dia.. mencari! Mencari
sampai kedapur!” gurau Mak Anjang.
Dah agak
dah..pasti mereka akan dipersendakan. Murni termalu, muka sudah memerah tidak
dapati dilindung lagi.
“Bukan macam tu Mak Anjang..hem..” Zamri
berdehem.. sudah terjawab persoalannya tadi.
“Ada
benda yang saya nak minta Murni tolong carikan, dia aje yang tahu..” jelas
Zamri yang sebenarnya juga perasan semua mata kearahnya.
Menjawab sambil mata masih tidak
berganjak kearah Murni yang sudah hampir dengannya.
“Ada-ada
lah kau tu Zam..ala.. mak anjang faham!” balas Mak Anjang,
perempuan-perempuan lain yang ada hanya tersenyum. Apalah agaknya yang
dikatakan faham tu.
“Ya..bang, apa ke halnya..” bisik Murni
yang memang sudah dihadapan Zamri, terus berjalan seiring mengikut langkah
Zamri menuju kearah bilik mereka.
“Ni.. ha..ni.. abang tak jumpa charger telefon, charger BB abang, mana Murni simpan?..”
ulas Zamri lagi.
“La.. pasal charger rupanya, kan abang
yang simpan sendiri, charger telefon abang, Murni punya ada dalam handbeg Murni
la.. entah-entah abang simpan dalam beg galas abang tak? beg tu ada bawa masuk
tak?” omel Murni sebaik sahaja mereka sampai di bilik mereka.
“Ye ke? Ya la..abang tak bawa masuk beg
tu, patut tak jumpa..sorry sayang, ni lah susahnya bila dah ada isteri, masa
tak ada isteri dulu pandai boleh pulak cari sendiri kan.. ala.. nak manja
dengan Murni, tak boleh ke?” gurau Zamri, gurau yang tidak kena pada tempatnya.
Murni membuat muka tidak puas hatinya..
ada-ada saja dia ni.
“Bukan tak boleh nak manja-manja, cuma
tak kena waktu .. cik abang oi.. ni ah.. bau bawang..” sambil Murni mengangkat
tangannya ke hadapan Zamri, Zamri cuba mengelak. Cantik jari-jari runcing Murni
yang masih ketara dengan warna inai di kesemua hujung jarinya.
“Ah.. dah
settle kan.. saya nak sambung balik kerja kat
dapur tu..” Murni beredar, tanpa melihat Zamri yang masih berdiri
tercegat memerhatikan isterinya beredar. Tujuan mencari charger nampaknya dia
kena settle sendiri. Tangan mencapai kunci kereta dan terus keluar keretanya yang terpakir di bawah pokok nangka
sambil mengelengkan kepalanya. Kenapalah dia boleh lupa tentang beg sandangnya
itu. Sedangkan beg itu adalah salah satu barang yang penting bagi dirinya satu
masa dahulu, kerana di dalamnya ada tersimpan bermacam-macam benda. Main campak
sahaja segala benda, selagi boleh masuk.
Zamri
terbongkok sedikit cuba mengeluarkan beg galas yang sudah di lantai tempat
duduk belakang kereta. Berdiri tegak semula dan menggalas beg yang agak berat.
Mata Zamri menala kearah bunyi rioh rendah di khemah. Orang sudah ramai membantu
Pak Zaki menguruskan persiapan di luar. Persiapan terakhir, maklumlah esok
sudah majlis Khira.
“Zam.. nak
keluar ke? Kalau keluar, nak minta tolong carikan pin baju tiga dozen boleh tak..?”
terpacul suara pengantin, suara Khira dari tingkap bilik kepada Zamri. Dia
menyangka Zamri hendak memandu keluar, memandangkan Zamri berdiri di keretanya dengan pintu kereta masih
terbuka.
“Zam bukan
nak keluar, nak ambil barang aje.. tapi kalau pin tu Khira perlukan, Zam
keluarlah jugak.. cuba tanya Mek, apa lagi barang-barang yang tak cukup, boleh
Zam belikan sekali, dah terlanjur nak keluar ni..” laung Zamri, menjawab
permintaan Khira.
“Hem.. ya
la.. tunggu, Khira tanya Mek..” hilang wajah Khira yang tadinya dimuka tingkap.
Zamri
dengan sabar hanya menunggu kemunculan Khira.
“Zam nak gi
mana? Pekan Jengka atau kat Supermarket Mesra depan tu aje?” Zamri menoleh
suara Mek, bukan suara Khira. Dengan lengan tersingsing sampai kesiku.
Tudungpun sudah senget, sudah tidak dipedulikannya.
“Tengok
barang apa yang Mek nak Zam belikan.. yang Zam tahu tadi, Khira minta pin
baju..3 dozen kalau tak silap!” soalan Mek dijawab oleh Zam.
“Hemm.. ni
saiz pin yang Khira nak..aha..dia nak 3 dozen, kalau dapat 5 dozen bagus
jugak..” sambil tangan Mek menghulur pin kecil yang berwarna
emas. Pin disambut oleh Zamri. Terus dibelek dan dimasukkan kedalam poket
seluar.
“Mek nak kirim, kalau boleh Zam carikan
Mek ribbon ni.. 10 meter lagi, gula merah 2 kilo dan gula batu dalam 1 kg untuk
buat jelly.. boleh tak Zam, ingat tak
apa yang kena beli” tanya Mek kepada
Zamri yang agak kebingungan. Zamri menyambut potongan ribbon dan dimasukkan
kedalam poket seluar bersama pin baju. Zamri mengira-gira, 4 barang. Pin baju,
ribbon, gula merah dan gula batu. Jangan pula nanti pin baju yang diminta, peniti
pula yang sampai. Dua jenis gula,
takutnya menjadi sejenis sahaja, itu gula pasir. Gula batu entah kemana, gula
merah pula bertukar warna, menjadi gula puteh!
Sebenarnya Mek hanya menyebut “meminta
tolong” Zamri mencari barang-barang tersebut, tetapi hakikatnya, ialah satu
arahan, mahu atau tidak Zamri terpaksa mencarinya. Mana tidaknya, jika setakat
membeli gula merah dan gula batu, itu tidak menjadi masalah, mana-mana kedai
runcit boleh dibelinya. Yang hendak membeli pin baju dan ribbon ni, yang menjadi
masalah, dikedai mana hendak dituju. Itu bahan kraftangan, orang lelaki mana kesah hal-hal seni begitu.
“Nanti Zam
cuba carikan.. “ sambil tangan menyeluk poket dan mengamati dua barang iaitu
contoh pin baju dan ribbon yang telah dihulur oleh Mek tadi.
“Senang aje
Zam.. pin sama ribbon tu, Zam cari kat kedai yang jual kotak telur orang kahwin,
tempat yang Zam ikut Mek last time.. ingat lagi tak? Kedai kat depan petrol pam
Petronas tu… ingat kan?” tanya Mek, yang melihat Zamri hanya menganggukkan
kepala. Entah faham entahkan tidak? Main angguk aje.
Mek dapat
mengagak masalah anaknya dari riak Zamri yang sedikit berkerut.
“Ohhh… tempat tu.. Zam ingat, nanti Zam
cuba cari kat situ..” Zamri terus masuk ke dalam kereta, meninggalkan Mek yang
masih tercegat memerhatikan kereta anaknya meninggalkan pohon nangka yang
rendang. Kemudian Mek berjalan pantas masuk semula ke dalam rumah, banyak lagi
kerja yang perlu dibereskan. Bukan mudah menjadi tuan rumah pengantin, mahu
tidaknya. Majlis pengantin perempuan, bukan seperti majlis Zamri dua minggu
yang lalu, mereka hanya bertandang.
Teringat Mek kepada besannya, agaknya begitulah penatnya Cik Seri dan
keluarga, di Johor Bahru sewaktu majlis pernikahan Murni dan Zamri dua minggu
lalu. Sekrang memang tidak terasa
penatnya, tunggu dua tiga hari selepas majlis. Masa tu baru terasa lenguh sana,
lenguh sini, jangan sakit sudah!
Hendak menerima menantu punya pasal,
penat sedikit tidak mengapa. Hendak menambah ahli keluarga.
BAB
29
Zamri
mencampakkan kunci kereta ke dalam bekas anyaman mengkuang yang tersedia di
kabinet kayu di tepi pintu masuk. Diikuti oleh Mila yang mengheret beg leret
kecilnya. Mila terus menaiki tangga menuju ke bilik. Murni yang terakhir masuk,
dilihatnya Zamri sudah melunjur kaki, bersandar di sofa panjang. Lelah betul
nampaknya dia, setelah memandu selama 3 jam dari rumah Mek. Menambah penat tiga hari
berturut-turut membantu persediaan majlis Khira. Nasib baik esok hari Ahad,
sekurang-kurangnya mereka dapat melonggarkan urat-urat yang sudah lenguh dan
kepenatan.
Memang penat, namun semua gembira, majlis Khira
berlangsung dengan baik sekali. Mek dan Baba Zaki yang paling gembira kerana
mendapat dua menantu dalam satu tahun. Murni juga gembira apabila tertemu
dengan Mama Seri dan Papa Majid serta Abang Ghous sekeluarga yang mana turut
sama meraikan majlis. Mana mungkin mereka tidak hadir di majlis tersebut, Mek
dan Baba sangat berharap akan kehadiran mereka. Bisan katakan.
Jangan tahun depan mendapat dua cucu serentak pula?.
Jika cucu dari Khira, tidak mengapa, tetapi bukan cucu dari Murni nampak
gayanya.
Mengapa Murni perlu risau, hal ini bukan urusannya, semua kuasa Allah. Sama ada cucu dari Khira ataupun Murni, itu tidak menjadi masalah. Itukan rezeki dariNYA.
Sebaik sahaja semua beg dan barang-barang dikeluarkan dari dalam kereta masuk kerumah, Murni ke dapur, cerek air diisi dan sementara menunggu air masak, Murni mengeluarkan semua makanan lauk yang telah dibekalkan oleh Mek semasa pulang. Lauk dan makanan disimpan kedalam peti sejuk. Nampaknya makan malam akan menjamu lauk ulang tayang jawabnya.
Mengapa Murni perlu risau, hal ini bukan urusannya, semua kuasa Allah. Sama ada cucu dari Khira ataupun Murni, itu tidak menjadi masalah. Itukan rezeki dariNYA.
Sebaik sahaja semua beg dan barang-barang dikeluarkan dari dalam kereta masuk kerumah, Murni ke dapur, cerek air diisi dan sementara menunggu air masak, Murni mengeluarkan semua makanan lauk yang telah dibekalkan oleh Mek semasa pulang. Lauk dan makanan disimpan kedalam peti sejuk. Nampaknya makan malam akan menjamu lauk ulang tayang jawabnya.
"Ma, ada makanan tak? Tersentak Murni yang sedang
leka mengacau lauk asam pedas yang dikirim Mek.
"Mila
lapar ke?" Tanya Murni, sudah terang-terang Mila bertanya tentang makanan,
tapi Murni masih mahu lagi tanya, untuk kepastian. Mila sudah lapar, dua atau
tiga kali ditanyapun, pasti mendapat jawapan yang sama. Hanya anggukan kepala
Mila sahaja yang diterima sebagai jawapan kepada soalannya. Murni mengusap
lembut kepala anaknya.
"Ni...ma
sedang masak nasi la ni.... Mila duduk depan dulu ya! Nanti ma panggil, kecuali
kalau Mila nak tolong mama ke?" Murni sebenarnya hendak meminta Mila
membantunya, tetapi masih berselindung. Perlahan=lahan mengajar anak
perempuannya kedapur.
"Mila
nak tolong ma boleh?” Jawapan yang ditunggu Murni sebenarnya.
"Hah... Macamtu lah anak mama.. Mila tolong set up table boleh?" Sambil kedua-dua tangan Murni memegang kedua belah pipi anak gadisnya. Sudah besar, rupanya Mila, tanpa dia sedar sudah berjinak-jinak didapur. Anak perempuan kemana lagi cenderung kegemaran, jika tidak hal-hal perempuan.
"Hah... Macamtu lah anak mama.. Mila tolong set up table boleh?" Sambil kedua-dua tangan Murni memegang kedua belah pipi anak gadisnya. Sudah besar, rupanya Mila, tanpa dia sedar sudah berjinak-jinak didapur. Anak perempuan kemana lagi cenderung kegemaran, jika tidak hal-hal perempuan.
“Boleh..” Mila menjawab dengan anggukan kepada dan
bernada ceria.
Merah muka Mila diperlakukan sedemikian. Tambah-tambah
sekarang ni sudah rasa sudah dewasa konon.
Laju Mila kabinet pinggan mangkuk lalu mengeluarkan
seperti biasa semua pinggan mangkuk yang sepatutnya berada di atas meja. Murni
yang sedang memasukkan lauk ke dalam mangkuk hanya menjeling, melihat telatah
Mila yang bersungguh-sungguh menyusun pinggan mangkuk.
“Dah siap dah Ma..”
“Hemm.. good girl and thank you..” jawap Murni sambil membalas
senyuman Mila yang sudah sedia duduk di atas kerusi.
“Tunggu Ma panggil ayah Zam kejap ya?”
Mila hanya memandang Murni beredar menuju ke sofa
dimana Zamri sedang menghilangkan lelahnya.
“Abang, dinner dah siap.. nak makan tak?” tanya Murni
sambil tangannya menggoyang kaki kanan Zamri.
“Ah..” suara Zamri yang masih mamai.
“Dinner dah siap, abang nak makan tak?” ulang Murni
yang sudah berteleku didepan Zamri yang masih bersandar.
“Hemm..
makanlah dulu, nanti boleh sambung balik rehat…” rayu Murni
“Abang
tak berapa lapar lagi… kejap-kejap lagi la..” jawab Zamri sambil menarik tangan
Murni rapat kebadannya.
Badan
Murni hampir terjatuh kebadan Zamri, namun dapat diimbangnya. Hendak bergurau,
sedangkan Mila sedang menunggu mereka.
“Bang, Mila dah tunggu kat sana tu..”
“Oh.. ya ke?” Zamri terus duduk dan meraup mukanya
dengan kedua belah tangannya. Tanpa menyedari Murni menghulurkan tangannya
untuk membantu Zamri bangun.
Segera tangan Murni digapai, apabila menyedari
kehadiran tangan Murni yang sedia untuk disambut. Kejap pautan tangan Zamri
menggengam tangan Murni berjalan menuju ke meja makan, di mana Mila sudah
menanti. Bagi Mila, perlakuan begitu sudah biasa, tidak ada yang kelainan baginya.
Ayaha Zam memang loving terhadap
mamanya. Dia juga seronok melihat drama mereka.
“Mila
lapar ke? Sorry ayah Zam terlelap kejap tadi… tak tahu pulak anak ayah dah
lapar..” sambil mencuci tangan di kendi yang dituang air oleh Murni.
“Tak
apa ayah, Mila bukan lapar sangat pun..” jawab Mila, sudah pandai berbohong
sunat, sedangkan tadi dia yang mengadu lapar, tetapi demi menjaga hati papa
kesayangannya, dia bertindak demikian.
“Bukan ke Ma dengar tadi Mila kata lapar” Murni cuba
mengusik anaknya.
“Memang
Mila lapar, tapi lapar sikit aje.. kan ayah.?.” jawab Mila sambil meminta
sokongan Zamri.
Baru
Mila perasan, dia tidak perlu ragu lagi akan kehilangan kasih sayang mama
Murni, kerana dia ada seorang lagi yang akan memberikannya kasih sayang.. ayah
Zam.
“Dah..
dah.. tu..sebenarnya ayah yang lapar ni.. dah tu.. mari kita makan..” Zamri
memaling kearah Murni yang duduk disebelahnya dengan mengangkat kening.
Murni
hanya mampu tersenyum. Nasi sudah tersedia di dalam pinggan, hanya menunggu
Zamri membaca doa sebelum memulakan suapan.
Di
meja makan Mila bercerita tentang dirinya yang mempunyai ramai kawan baru dan
juga keseronokannya berada di kampung ayah barunya, Zamri. Nampak gayanya,
Zamri tidak mempunyai masalah untuk pulang ke Jengka dimasa akan datang. Zamri
tidak perlu memujuk gadis cilik itu untuk mengikutnya setiap kali pulang ke
kampungnya kelak.
Tatkala berkumpul begini, Murni dapat merasakan sangat
bahagia. Di benak hatinya, soalan kenapalah tidak dari dulu lagi dia menerima
Zamri dalam hidupnya, jika tidak, sudah lama dia menekmati kebahagian ini. Ini
tidak, Zamri terpaksa menunggu hampir 8 tahun tanpa jemu menunggu dirinya.
Nasib baik Zamri sabar menunggu selama 8 tahun, andai dia jemu dan angkat kaki,
melopong Murni jawabnya. Siapa yang rugi, diri sendirilahkan? Murni bermonolog
sendiri. Nasib baik itu tidak terjadi.
Zamri memandang hairan kearah isterinya, kenapa pula
isteri aku ni, lain macam sahaja di sebelahnya. Pandangan mata di rezeki,
tetapi suapan slow motion sahaja. Biarkanlah .. janji kau bahagia wahai
isteriku.
BAB 30
Murni
memandang Zamri yang mukanya nampak bersahaja sejak keluar dari kereta. Hari
pertama mereka bertugas selepas bergelar suami isteri. Cuti honeymoon pun sudah
habis. Murni yang runsing, memikirkan pasti akan disakat oleh teman-teman
sepejabat, terutama teman-teman Zamri. Sudah terbayang wajah-wajah mereka yang
kaki sakat, wajah Latif, Hamdan, Misran, Loqman dan beberapa teman lagi silih
berganti di kepala. Murni pandang Zamri, dia seperti biasa sahaja. Murni
pandang ke syiling sambil menarik nafas panjang, lelaki relax aje. Agaknya
hanya perempuan yang selalu memikirkan perkara-perkara begini. Kemudian
mengeleng-gelengkan kepalanya.
Sudahlah
pagi tadi sewaktu bersiap sudah diperli Zamri, apabila Murni menjadi serba
salah memilih pakaian. Maklumlah hari pertama bekerja sebagai
Mrs. Zamri, Murni ingin nampak extra kemas dan extra cantik. Murni ingin
membuat sedikit perubahan kepada penampilannya. Dia mahu berubah, tidak seperti
Murni yang sempoi satu ketika dahulu. Namun ideanya tidak berapa disukai oleh
Zamri. Dengan alasan, kenapa perlu pakai pakaian cantik-cantik dan bergaya,
hendak pikat siapa lagi sedangkan orang yang memikatnya dahulu sudah terikat.
Hu alah! Siapa pikat siapa? Perasan.
Itulah orang lelaki, apabila isteri
hendak bergaya sedikit, sudah diperli-perli. Bukankah elok diberikan galakan,
sekurang-kurangnya isteri nampak cantik.
Cantik tetapi kemas, sopan dan menutup aurat. Bukannya sexy menjolok mata atau yang
terdedah sana terdedah sini seperti pakaian orang yang tidak cukup kain. Jika orang memuji, suami juga yang akan dapat
nama. Kemas dan cantik pakaian di anu bin si anu tu.. ohh.. itu isteri si anu
tu..Ini tidak, lebih suka lihat isteri selekeh supaya tidak digoda oleh lelaki
lain. Sedangkan diri sendiripun tak kuasa hendak melihat isteri sendiri jika
berpakaian tidak kemas.. hem..
lelaki..lelaki.. ego tak habis-habis dan juga ego tidak bertempat.
Pantas
mereka berjalan beriringan menuju ke bilik masing-masing. Entah berapa lama
agaknya bilik tersebut akan menjadi bilik mereka, kerana sama ada Murni atau
Zamri, pasti akan ditukarkan ke Bahagian lain. Mana boleh suami isteri
ditugaskan didalam satu unit yang sama. Tuan Megat Qalif pasti akan membuat
rombakan. Jika dahulu, nama Murni mahupun nama
Zamri tidak terlibat didalam perubahan carta organisasi, tetapi sedikit
masa lagi pasti salah satu nama akan dikeluarkan dari dinding carta organisasi
yang sudah lama tidak berubah kerana tidak ada rombakan. One Two Zoom.. siapa
gunting, siapa kertas?
Jam sudah
menunjukkan jam 9.00 pagi, Zamri berjalan menuju ke bilik isterinya.
“Muni, jom kita jumpa Tuan Megat, just
to say hello, at least dia dah tahu kita sudah masuk kerja semula..” pinta
Zamri.
“Hemm.. elok jugak tu..” jawab Murni,
terus berdiri dan berjalan kearah Zamri yang setia menantinya. Bilik Tuan Megat
Qalif, boss mereka dituju.
Tidak banyak perkara yang dibualkan
dengan Tuan Megat. Tuan Megat sangat professional, hanya membicarakan
perkara-perkara yang perlu sahaja. Zamri dan Murni selesa melaporkan diri
dengan Tuan Megat. Pertemuan yang singkat, tidak sampaikan setengah jam. Namapun hanya sekadar untuk memaklumkan yang
mereka sudah bertugas semula. Lantas
kedua-duanya kembali semula ke bilik masing-masing dan cuba menyelesaikan tugas
mereka yang terbengkalai disepanjang tiga minggu percutian mereka. Kena sakat
memang sudah dijangka, tetapi Murni buat tebal muka sahaja.
Sehari berlalu tanpa ada apa-apa
kelainan selain tugas-tugas yang routine, dan blushing asyik kena perli. Begitu
juga selepas seminggu berlalu. Tetapi ada kelainan pada minggu ketiga.
“Encik Zamri, boss nak jumpa..” suara
telefon dari Shiha memberitahu yang Tuan Megat meminta dia datang berjumpanya.
“Okey Shiha, kejap lagi saya ke sana..” cepat sahaja jawapan dari Zamri.
Zamri terus
menutup dokumen yang sedang terpapar di skrin computer dan mencapai buku nota
kecil bersama pen, berjalan laju keluar, menuju ke bilik Tuan Megat.
Zamri terus
masuk kedalam bilik Tuan Megat, mengetahui Tuan Megat sedang menunggunya.
“Assalamulaikum
tuan..” memulakan bicara sebaik sahaja dia mendapat kebenaran untuk masuk ke
bilik DO.
“Mualaikumsalam
Zamri.. jemput duduk” sedangkan memangpun Zamri sudah duduk dihadapan Tuan
Megat.
“Begini..Zamri tahu pasal Tu Ah Holding?
Syarikat yang sedang bina Tu Ah Tower tu, saya dapat laporan mereka tidak
menyediakan keselamatan yang sempurna dan dengarnya tanah yang ditarah juga
tidak membina benteng konkrit sebelum memulakan pembinaan, Zamri tolong tinjau,
betul ke? Nanti hantar lapuran kepada saya” ujar Tuan Megat
“Ya, tuan..” akur Zamri
“Ni.. dah petang, tapi saya hendak Zamri
pergi petang ini juga, mungkin Zamri boleh pergi sekarang, takut nanti lambat
pulak pulang, malam bahaya kalau memandu” ulas Tuan Megat lagi.
“Ya tuan,
saya pergi sekarang..” bingkas bangun dan terus meninggalkan bilik Tuan Megat
untuk kembali semula kebiliknya. Sebelum itu dia sempat singgah kebilik
isterinya.
“Muni,
abang ada kerja sikit kat luar, nanti kalau abang lewat, macammana Muni nak
balik nanti?” Terus sahaja Zamri memaklumkan isterinya akan tugasannya.
“Abang kena
pergi mana?” soal dari Murni
“Tu ah,
Syarikat Tu Ah tu.. tak ikut arahan yang dah diberi, abang kena tinjau..arahan
dari DO” jelas Zamri.
“Ohh.. tak apa la bang, Muni minta
tolong Shiha aje la, minta tolong hantarkan, tapi abang call Muni dulu ya?
Sempat ke tidak, kalau lewat setakat sejam tu, Muni boleh aje tunggu. Tak jadi
masalah..” pujuk Murni, masih berharap agar Zamri dapat menjemputnya, tidak
mahu menyusahkan orang lain, jika boleh.
“Hemm.. ialah, kalau tak sempat nanti
abang call… tengok macamana nanti..abang kena pergi cepat ni, nanti lambat
sampai.. kalau lambat pergi dah pasti lambat balik..” ujar Zamri lagi, lalu terus
beredar segera tanpa mendegar lagi apa yang akan dikatakan isterinya. Dia harus
segera bergerak segera, nanti lambat pula. Tempat yang ditujunya sangat
berliku-liku dan sempit. Walaupun dekat, tetapi mengambil masa kerana pemanduan
perlu berhati-hati melalui jeram.
Dua jam sudah pemergian Zamri dengan
tugasannya. Murni asyik melihat skrin telefonnya, seperti tidak percaya tiada
tanda panggilan yang terlepas, mahupun pesanan ringkas dari Zamri. Samada dia
sempat menjemputnya pulang atau tidak, masih menjadi tandatanya. Murni juga
sudah memaklumkan Shiha, jika sudi menumpangkannya pulang sekiranya Zamri tidak
dapat pulang kepejabat pada waktu seperti yang dirancang. Bagi Shiha, tidak
menjadi masalah untuk membantu, bukannya selalu, sekali sekala. Dia gembira
kerana dapat membantu orang yang memerlukan.
Tambahan bukannya jauh sangat dari rumahnya, dia hanya memerlukan dua simpang sahaja, tidak sampaikan lima
minit dari rumahnya.
Untuk Mila yang suka tengok karton...
No comments:
Post a Comment