Minggu depan kita sambung chapter 37 eh! Sabar, kita habiskan cerita Mengharap di Tanjung Harapan, final chapter, esok, insyallah..
BAB 31
“Mr.
Lim, please let Mr. Tu Ah knows about our discussion today, ya?” tegas
Zamri kepada Mr. Lim, Ketua Jurutera di tapak projek Tu Ah Tower. Hasil dari lebih satu jam perbincangan. Zamri
sangat berharap agar Mr. Lim akan memberitahu bossnya tentang apa yang telah
dibincangkan. Jangan dia tidak faham, lain yang disuruh lain pula yang akan
dibuatnya kelak.
“Yes,
Mr. Zamli, I will let him know, you jangan lisau..,
tadikan saya sudah belitahu, memang kita mahu buat, tapi tak sempat ma..” Mr.
Lim berdalih, sedangkan sekiranya tidak
ada tinjauan dari pihak berkuasa, mahu
tidak dibuatnya retaining wall tu. Mana tidaknya, untuk membuat retaining wall
mengambil modal yang agak besar juga.
Pasti jika dibuatpun hanya pada bahagian bawah, tidak seperti yang
sepatutnya. Dia peduli apa, janji bangunan itu siap dan terjual. Jika hendak
terjadi tanah runtuh atau bangunan retak, bukannya akan berlaku esok. Mungkin
setahun, dua tahun atau tahun ketiga kerana ianya mengambil masa. Yang penting
sekarang ini poket penuh dengan cagaran dan deposit dari pembeli. Dah tu, pulak
pandai-pandai menukar nama Zamri kepada Zamli.. pelat cina, mana boleh sebut
hurug “r”.
“Okey lah Mr. Lim, lagi dua minggu saya
datang lagi sini okey?, you jangan mula apa-apa contruction lagi, selagi itu
wall tak ready” jelas dan tegas Zamri memberi arahan. Zamripun terpaksa
mengikut lenggok bahasa Cina. Janji dia faham.
Semua ini dia perlu tegas demi
keselamatan orang ramai dikemudian hari kelak. Jangan main-main, ini melibatkan
nyawa manusia.
“Hari sudah mahu gelaplah Mr. Lim, I have to leave, tapi kita jumpa lagi
dua minggu ..lagi dua minggu saya daang lagi..” Zamri masih mengulangi yang
mereka akan bertemu, Zamri bercadang untuk membuat tinjauan susulan lagi dua
minggu.
“Okey la, lagi dua minggu ya..Telima
kasih Mr. Zamli” balas Mr. Lim sambil menghulurkan tangan untuk berjabat
sebagai menandakan tamatnya pertermuan dan perbincangan mereka hari ini.
Zamri menyambut tangan Mr. Lim dan
mereka berpisah, masing-masing menuju ke kereta masing-masing, memandangkan
jika terlewat beredar, hari akan gelap dan merbahaya bagi pemandu untuk melalui
jalan yang berliku dan bercerun. Zamli pun Zamlilah!
Zamri menghidupkan keretanya dan terus
mengambil telefon bimbit untuk menghubungi Murni. Dia perlu tahu sama ada Murni
masih berada dipejabat atau sudah berada di rumah tatkala ini. Sementara menunggu telefon dijawab, mata Zamri meleret
ke jam tangannya. Jam menunjukkan 5.45 petang. Jika dia sampaipun mungkin
hampir jam 7 malam.
“Muni..Muni
kat mana ni.. abang baru nak bergerak pulang..” Zamri bersuara sebaiknya
terdengar suara Murni menyebut Hello.
“Muni dah
kat rumah dah ni.. Muni tunggu call dari abang tapi tak ada, jadi Muni buat keputusan tumpang
Shiha aje tadi” jelas Muni
“Tak apa,
abang risau takut Muni masih kat ofis.. baru sekarang abang nak bergerak. Discuss
dengan Mr. Lim tu sampai terlupa nak contact Muni.. sorry sayang.. anyway Muni
dah selamat kat rumah, abang lega.. ni nak gerak dah ni..” sungguh ambil berat
Zamri kepada Murni.
“Hem..
abang tu berhati-hati, hari dah nak gelap ni… hati-hati bang…” nasihat
Murni kepada Zamri, suaminya.
Hatinya sekarang sudah seratus peratus
untuk lelaki ini. Dia sudah tidak ragu-ragu lagi dengan lelaki ini, Murni yakin
pilihannya kali ini adalah pilihan yang tepat.
“Ya
lah..abang gerak sekarang, Murni?..” mengulangi lagi, tetapi terhenti, kerana
masih teragak-agak hendak memberitahu sesuatu.
“Ya..
bang..” tanya Murni, menunggu apa lagi yang akan Zamri luahkan.
“Hem.. tak ada apa-apa, jumpa nanti kat
rumah.” Jelasnya. Murni sedikit hairan, ingatkan apalah yang hendak dikatakan
kepadanya sebentar tadi. Jika sekadar hendak memberitahu akan berjumpa dirumah,
baik tak payah cakap, saja nak buat orang suspence sahaja.
Zamri memandu berhati-hati dicuaca yang
hampir rembang senja. Tidak sampai setengah jam pemanduan Zamri terlihat
kelibat seorang lelaki sudah menyingsing lengan kemeja putehnya, cuba menahan
keretanya. Entah siapa, Zamri tidak dapat melihat wajah lelaki ini. Keretanya
rosak atau perompak?. Zaman
sekarang ini semua kena berhati-hati, sehinggakan jika ingin membantupun kena
berfikir berkali-kali. Manalah tahu, niat hati hendak membantu,
silap-silap henda membantu, nyawa melayang pula.
Zamri
memandu perlahan sambil berfikir, lama dia berfikir sama ada hendak
membantu atau meninggalkan sahaja lelaki tersebut di dalam gelap disitu.
Akhirnya Zamri membuat keputusan untuk membantu, manalah tahu, lelaki itu
mungkin benar-benar memerlukan pertolongan. Tawakal sahajalah. Niat Zamri
ikhlas untuk membantu, insyallah dia akan dilindungi ALLAH.
Zamri memberhentikan keretanya agak
jauh, sudah terlajak. Zamri
melihat dari cermin belakang apa seterusnya tindakan lelaki itu. Manalah tahu
jika ada geng yang bersembunyi disemak-semak di tepi jalan. Zamri lihat lelaki
itu berlari mendapatkan keretanya. Untuk keselamatan, Zamri masih mengunci
keretanya dengan semua pintu tertutup rapat. Apabila lelaki itu sudah berada di
sebelah, baru dibuka sedikit sahaja cermin tingkapnya.
“Encik..
saya nak minta bantuan, tolong hantar saya di hotel tempat saya menginap malam
ini, kereta saya meragam pulak, rasa saya sudah kehabisan minyak, saya terlupa
isi.. sebab nak cepat tadi..” bersuara lelaki tersebut dengan termegah-megah.
“Oh.. macam
tu..hotel mana Encik menginap?” tanya Zamri, tetapi cermin tingkap masih tidak
diturunkan sepenuhnya, hanya setakat boleh mendengar apa yang dibicarakan. Dia
masih ragu-ragu, lelaki itu masih belum dapat memberi kepercayaan kepada Zamri
seratus peratus.
“Saya dah booked Shahzan Inn.. tolonglah
Encik bantu saya, saya sudah locked kereta saya, itu nanti saya uruskan esok,
bila siang, tapi sekarang saya benar-benar perlukan bantuan” Jelas lelaki itu
seakan-akan merayu.
Kasihan pula rasa dihati Zamri.
Bagaimana jika Zamri yang menjadi lelaki yang masih berdiri dicermin disisinya.
Jika dia tidak membantu, adakah orang lain akan membantu diwaktu begini? Sedangkan
apabila gelap, mana ada kenderaan menaiki Bukit Frazer. Zamri berfikir, andai dirinya di tempat lelaki
itu, apa akan terjadi agaknya!.
“Okey Encik, saya hantar Encik kat
Shahzan Inn.. masuklah..” akhirnya kata hati Zamri mempercayai lelaki itu.
Tawakal.
“Terima kasih Encik..” jawab lelaki itu
dan terus menjinjing beg kecil. Beg pakaian agaknya lalu berjalan pantas ke seat penumpang disebelah Zamri.
Lelaki itu terus masuk dan terus
menghulurkan tangan memperkenalkan dirinya.
“Terima kasih Encik.. saya Ammar Aidid”
memperkenalkan dirinya.
Zamri menyambut tangan lelaki yang baru
memperkenalkan dirinya. Namun itu tidak penting, Zamri masih perhati-hati,
manalah tahu silelaki ini masih mencurigakannya. Siapa namanya tidak menjadi
hal kepada Zamri. Zamripun tidak registerpun nama disebut.
“Saya
Zamri..” Zamri memperkenalkan dirinya dan meneruskan pemanduan pulang.
Di dalam
kereta tidak banyak yang bicarakan. Mana tidaknya, lelaki itu adalah orang
asing yang baru beberapa minit sahaja dikenalinya, takkan dia hendak over ramah
pulak. Tambahan pula, sebaik sahaja
lelaki itu keluar dari keretanya, mereka akan menjadi orang asing semula. Zamri
hanya membantu mana yang perlu.
Sesampaikan
di Shahzan Inn, hari sudah gelap. Lelaki itu tidak putus-putus mengucapkan
terima kasihnya yang tidak terhingga kepada Zamri. Tanpa pertolongan Zamri, dia
tidak tahu apa akan jadi kepadanya. Silap haribulan tidur di dalam kereta di
tengah-tengah hutan Fraser Hill tu. Tidak dapat dibayangkan olehnya. Bukan
dia sahaja yang tidak dapat membayangkan apa akan terjadi? Zamri juga
memikirkan perkara yang sama, jika perkara itu terjadi kepadanya, rasanya tidak
tidur satu malam jawabnya. Menjadi jaga sehingga siang.
Sebaik sahaja mereka mengucapkan selamat
malam, Zamri memandu pulang. Isteri tercinta sedang menunggu dirumah. Pasti
Murni risau, menunggu dirinya yang tidak sampai-sampai. Jika di kira dari waktu
dia memberitahu kepulangannya, dia sepatutnya sudah lama berada di rumah.
Seperti dijangka, Zamri melihat Murni
yang sudah memakai kaftan batek lengan panjang
tercegat di depan pintu rumah. Murni berlari-lari anak membuka pintu,
rambutnya yang diikat ekor kuda terliang liuk mengikut pergerakan pantas
tuannya. Murni tidak memakai tudung kerana sudah gelap, hari sudah malam, tiada
manusia yang lalu didepan rumahnya diwaktu begini. Pintu pagar dibuka luas,
untuk membenarkan Zamri memakirkan keretanya bersebelahan kereta Murni. Sebaik
sahaja kereta dipakir, Murni menutup semula pintu pagar dan menguncinya.
Zamri
menunggu isterinya dengan harapan untuk masuk bersaing kedalam rumah. Murni
mengambil beg bimbit kulit Zamri manakala tangan Zamri melilit bahu Murni. Murni senang diperlakukan sedemikian. Mereka masih pengantin baru katakan.
“Kenapa
lambat ..” pendek sahaja pertanyaan Murni. Nadanya lembut sahaja, tetapi
maknanya mendalam. Dia tahu Zamri tahu apa maksudnya. Zamri perlu berhemah
untuk memberi jawapan agar Murni tidak bersangka buruk terhadapnya.
Zamri
menghela nafasnya sebelum menjawab.
”Tadi.. tadi masa abang balik, abang
jumpa this guy.. tahan
kereta abang, katanya kereta dia.. kereta kehabisan petrol, dia lupa isi, dia
kata dia rushing nak ke sini.. tulah abang tolong hantar dia kat hotel yang dia
dah booked..” jelas Zamri.
“Betul ke cerita abang ni.., macam
cerita dongeng aje..” balas Murni
“Betul.. bukan abang nak buat cerita
pulak, tak apa .. terserah, Muni nak percaya ke tidak, abang cakap yang betul”
bersungguh-sungguh Zamri untuk menegaskan apa yang diberitahu adalah benar.
“Manalah tahu. saja nak buat cerita.. bukan Muni tahu pun, betul ke tidak?
“Tak percaya sudah.. abang cakap yang
betul”
“Tak kesahla.. apa aje cerita abang
tu..janji abang dah selamat sampai.. ha.. pergi mandi dan solat maghrib dulu,
Muni nak panaskan lauk” tukas Murni sambil tersenyum.
Sejuk hati Zamri, dia tahu isterinya
mempercayai ceritanya. Cerita
yang benar, bukan rekaan, kenapa dia perlu risau.
Bagi Murni, kenapa perlu meragui
suaminya. Murni yakin, itu memang cerita sebenar. Suaminya sudah membantu orang
yang memerlukan pertolongan, syukur alhamdullillah.
“Mila mana?” tanya Zamri, apabila
melihat sekeliling tidak adapun bayang Mila. Anak kesayangannya itu.
“Ada kat atas, buat homework, dia dah
makan dah.. awal lagi, Muni nak dia tidur awal malam ni, esok dia ada koku..,
nanti dia letih..” penjelasan Murni yang lengkap agar Zamri tidak perlu
bertanya lagi.
“Ya la.. abang naik dulu, bak beg abang
tu.” Zamri mengambil begnya yang sudah dihulur oleh Murni, terus menaiki
tangga. Murni berjalan kedapur untuk
menyediakan makan malam mereka yang sudah dimasak oleh Kak Melah.
Selang dua puluh minit, Zamri turun
mencari Murni yang sedang leka disofa
menonton TV. Drama Akasia TV3 rupanya. Layan drama melayu pulak minah
ni. Zamri hanya tersenyum dan mengambil tempat disebelah Murni yang mengesot
memberi ruang agar suaminya dapat duduk dengan selesa di satu sofa.
“Cerita apa Yang” tanya Zamri
“Hah..” Murni menjawab, tetapi mata
masih tertumpu dikaca TV
“Cerita
apa..” ulang Zamri
“Teduhan
Kasih.. best
jugak cerita dia.. tapi ada jugak yang tak logiknya, macam tak ada orang lain,
sentiasa aje ada kebetulan..” omel Murni, banyak pula complainnya, tapi setiap
petang tunggu juga drama bersiaran.
Zamri cebik muka, cuba menghadam apa
yang dikatakan Murni sebentar tadi. Tidak
puas hati dengan jalan cerita, tetapi tonton juga.
“Jom makan..” Zamri mengajak Murni makan
malam. Murni mengambil
remote dan menutup TV terus berjalan kemeja makan dengan Zamri di belakangnya.
Semua
makanan sudah tersedia, kecuali nasi yang masih didalam periok nasi eletrik.
Murni menyendok nasi dan memasukkan kedalam mangkuk yang sederhana besar. Nasi
yang terhidang mengeluarkan asap yang nipis.
Di meja
makan, mereka berbual kesah yang berlaku di pejabat. Kesah Zamri membantu
lelaki yang tidak dikenalinya petang tadi langsung tidak di bangkitkan. Apa
pula hendak diulang cerita yang telah disampaikannya kepada Murni pada awal
tadi. Jika Zamri ceritapun, bukan memberi apa-apa faedahpun. Yang penting
dirinya selamat, begitu juga si lelaki yang dibantunya itu pun selamat…
BAB 32
Terdengar
sahaja loceng berbunyi, berselerak kanak-kanak keluar dari bilik darjah. Apa
lagi, mereka mencari keluarga masing-masing yang datang menjemput mereka untuk pulang.
Dari jauh Fifi sudah nampak anaknya Husna. Nampaknya Milapun ada dibelakangnya.
Mereka juga sama seperti yang lain, turut berlari dan terus membuka pintu
kereta sebaik sahaja sampai dikereta.
“bu, Nana nak minta ibu tolong singgah kat Manis
Jelita Store kejap, Nana sama Mil kena beli somethinglah bu, boleh tak bu.. kat
sana aje ada balang yang kita orang nak isi hadiah untuk teacher’s day esok” ujar Husna termengah-mengah, sebaik
sahaja masuk kedalam kereta.
Fifi hanya angguk dan terus memandu perlahan,
dia kena berhati-hati keluar dari kawasan sekolah kerana masih ada anak-anak
yang sebok mencari keluarga masing-masing. Berlari tanpa melihat kiri atau
kanan. Takut pula ada tragedy pula yang akan berlaku nanti. Kemalangan boleh
berlaku dimana-mana sahaja. Orang
yang berhati-hatipun boleh terlibat, inikan pula orang yang leka. Dari itu Fifi
sentiasa berwaspada, tidak mahu dirinya leka, walau sesaat. Sesaat yang leka
boleh merubah segalanya.
Mila yang
duduk dibelakang hanya menganggokn kepala tanda bersetuju dengan cadangan si
kawan, Husna.
“Hemm.. ye,
nanti ibu berhenti sekejap, tapi situ susah nak parking, Nana pergi sama Mil
sendirilah ya, tapi ingat! hati-hati…” nasihat Fifi kepada kedua-dua anak gadis
itu tanpa memandang wajah-wajah anak gadis tersebut kerana dia sedang memandu.
Dia kena focus dijalan yang sempit dan berliku.
Tidak
sampai sepuluh minit, mereka sudah sampai ke destinasi.
Husna dan
Mila telah mengumpul duit dari semua kawan-kawan disekolah untuk membeli coklat
dan coklat akan diisi didalam balang serta diikat ribbon. Coklat telah dibeli
oleh Sabrina, kerana dia dan keluarganya baru sahaja pulang dari bercuti di
Eropah, dia telah membeli sebungkus coklat import dan ribbon pula akan
dibekalkan oleh Suppayah kerana bapanya mempunyai kedai runcit yang menjual
pelbagai barangan, termasuk ribbon. Hanya balang yang belum ada dan perlu
dicari. Memandangkan perjalanan ke rumah Husna dan Mila, melalui pekan,
rakan-rakan yang lain meminta mereka sahaja untuk menguruskannya. Kutipanpun
tidaklah banyak mana, entah balang besar manalah agaknya yang boleh mereka beli
dengan wang kutipan tersebut.
Husna
mengeluarkan sampul kecil yang mengandungi duit kutipan. Kedua gadis genit itu
berlari menuju masuk ke Manis Jelita Store. Mereka berdiri di mana tersusunnya
berbagai jenis balang, dari saiz kecil hingga saiz besar. Malah berbagai
bentuk. Dari satu balang kesatu balang ditanya harga, akhirnya balang kaca
jernih yang berbentuk enam segi dipilih. Seperti balang kueh raya sahaja, jadilah... Kedua-duanya bersetuju untuk
membelinya kerana cukup dengan wang kutipan yang ada, cuba berbaki beberapa
ringgit untuk membeli kad ucapan di kedai buku Jollie. Kedai buku tersebut
hanya bersebelahan Manis Jelita Store.
Selesai
membuat pembayaran kepada balang, kedua-dua gadis itu ke kedai sebelah untuk
membeli kad ucapan pula.
Mila
memegang beg plastik balang yang baru dibeli, manakala Husna membelek dan
membaca setiap kad ucapan yang sesuai untuk diberi kepada Cikgu Ummayyah. Cikgu
Umayyah adalah cikgu kelas mereka.
“Pranggg..”
bunyi seperti kaca berderai.
Mila
terkejut kerana dilanggar oleh seseorang lelaki yang menoleh selepas membuat
pembayaran, tanpa melihat kebelakang.
Dia tidak menyedari Mila ada di belakangnya dan terlanggar tangan Mila
yang memegang balang tersebut. Balang jatuh berkecai. Serta merta Husna menerpa
ke arah Mila yang sudah menangis.
“Nana… dah
pecah…” kata Mila terketar-ketar, air mata sudah melilih.
“Maafkan
pakcik.. maafkan pakcik.. pakcik tak perasan.
Jangan nangis, nanti Pakcik ganti.. apa yang pecah tu..” tidak tentu
arah lelaki itu dan dia cuba menenangkan Mila.
Entah
kenapa, lelaki itu terasa sayu melihat budak perempuan yang dihadapannya
menangis. Satu perasaan yang sangat aneh, rasanya seperti mereka pernah
berjumpa, tetapi di mana? Susah untuk dia mengingatkan dimana, tetapi dia malas
hendak mengimbas perjumpaan itu sehingga dia dapat jawapannya dimana, kerana
buat masa ini budak perempuan itu perlu dipujuk. Apa yang berlaku adalah
salahnya, tidak berhati-hati sewaktu menoleh tadi.
“Pakkkciiik,
pakcik kena ganti, itu untuk hadiah hari guru esok..” kata Husna melihat Mila
hanya menangis. Lelaki itu membongkok dan mengumpul kaca yang hanya sedikit
sahaja terkeluar dari beg plastik. Kaca pecah banyak yang masih tertinggal didalam
beg plastik.
“Pakcik…
tolong gantikan ya..” tiba-tiba Mila bersuara.
“Ye..ye..
pakcik ganti.. tadi beli kat mana, pakcik beli lain.. pakcik beli yang baru
ya?” Lelaki itu hanya mengikut sahaja agar dia mengganti apa yang sudah pecah.
Jika itu cara yang terbaik yang dapat dia lakukan, di akan lakukan. Dia mengaku
dia yang gopoh, sudah tentu dia akan bertanggungjawab. Lagipun berapa sen sangatlah harga barang yang
pecah, lebih bernilai harga yang dia dapat kerana dapat mengembirakan dua budak
perempuan itu, priceless!
Hanya
anggukkan dari kedua-dua gadis tanda setuju. Mereka merasa lega apabila lelaki
itu sanggup mengganti balang yang pecah. Jika tidak, manalah mereka hendak cari
wang untuk menganti membeli yang baru. Apa alasan yang boleh diberikan kepada
kawan-kawan yang berharap esoknya. Lagipun balang itu memang diperlukan esok.
Lelaki itu
mengambil beg plastik yang berisi balang yang pecah dan membuangkannya di tong
sampah yang sedia ada di hadapan kedai.
Ketiga-tiga mereka berjalan menuju semula
ke Manis Jelita Store. Lelaki itu membeli semula balang yang sudah terpecah itu
dengan balang yang serupa.
“Anak-anak ni sekolah kat mana, nama
anak?” tanya lelaki itu dan menghulurkan beg plastik yang mengandungi balang
yang baru dibelinya kepada budak perempuan yang dia rasa pernah berjumpa.
“Kat sekolah Jalan Lady Maxwell…saya
Mila dan tu.. Husna, kita orang panggil dia Nana” jawab Mila yang sudah hilang
rasa sedunya, malah rasa senang pula berbicara dengan lelaki yang baru beberapa
minit sahaja dikenalinya. Lagipun sudah tidak ada masalah yang perlu
ditangisnya. Semua sudah dapat diatasi. Balang barupun sudah ditangannya.
“Hemm.. Mila sama Nana..” jawab si
lelaki. Mudah sahaja mengikatkan nama dua anak gadis ini.
“Terima kasih Pakcik.. sebab ganti” kata
Mila lagi sambil mengangkat sedikit plastic beg yang berisi balang yang baru.
“Mil, jom kita cari kad .. kad kita tak
sempat tadi nak beli..” kata Husna.
“ye..ye..” jawab Mila. Sebelum beredar
Mila menoleh, masih memandang kearah lelaki yang sudah menyelesaikan
masalahnya.
Hilang rasa sedihnya tadi. Mila terus
meluru kearah Husna dan jalan bersaing masuk semula kekedai buku. Masih berdiri
tegak memerhati telatah dua budak perempuan itu, terutama yang bernama Mila.
Lelaki itu hanya memandang kedua-dua gadis
genit itu meninggalkannya dengan mengepit majalah Times yang baru dibelinya
sebentar tadi. Disebabkan majalah itu dia memecah barang orang. Dia juga
gembira, sekurang-kurangnya dia dapat mengembirakan hati dua orang budak
perempuan, kerana lalai tidak melihat apa yang ada dibelakangnya. Yang budak
perempuan bernama Milapun satu, kenapa pula berdiri dibelakang orang? Ala..
budak-budak, bukannya dia fikirkan apa yang akan berlaku.
“Apa yang lambat sangat tadi tu Nana..ibu
naik risau tunggu..” tegor Fifi, kerana memang dia gelisah, menunggu didalam
kereta apabila kedua-dua gadis itu mengambil lebih dari dua puluh minit hanya untuk
membeli dua barang.
“Tadi tu
kan bu, ada uncle tu terlanggar Mila, balang pecah.. lepas
tu uncle tu ganti.. tu yang lambatnya tadi..” jelas Husna.
Mila hanya tunduk, takut temannya
dimarahi ibunya, hanya kerana dia yang telah menyebabkan balang yang baru
dibeli itu pecah. Silap-silap dia juga kena marah!
“Ooohhh.. ibu risau aje.. dah..dah..
tu.. semua dah ada ke?” tanya Fifi, kini
baru dia mengerti akan menyebab mereka lambat.
“Dah bu.. jom kita balik.., balang sama
kad ni Nana tinggalkan dalam kereta ni aje ya bu?, esok Nana ambil bawak
sekolah” jelas Husna
“Hemm..” pendek sahaja jawapan Fifi
dengan pandangan tertumpu dijalan raya yang berbukit dan berjeram.
Manakala lelaki yang dipanggil pakcik
oleh Mila dan Husna, masih berdiri tegak memandang kearah kereta yang dinaiki
oleh dua gadis cilik berlalu meninggalkan dirinya.
Pandangan tidak beralih, pertemuannya
dengan kedua gadis cilik itu memberikan dia idea. Idea kepada misinya. Tujuan
dia ke sini adalah untuk mendapat kepastian, sama ada anak Murni yang didengar
semasa perbualan tidak sengaja dengan Tengku Shahzan dan Tuan DO tempoh hari ada
kemungkinan anaknya atau anak siapa?. Benarkah Murni sudah berkahwin selepas
dia berpisah? Jika benar Murni sudah berkahwin, budak itu sudah nyata, bukan
anaknya. Jika bukan anaknya pun apa salahnya, sekadar bertanya khabar, itu aje.
Dia mahu meminta maaf dan dia mahu hidupnya tenteram. Tidak mahu merasa dikejar
rasa bersalah. Bersalah dengan apa yang telah dilakukannya kepada Murni dulu.
Sungguh, dia cukup insaf.
Pencarian esok akan bermula dari
sekolah, sekolah dimana Mila dan Husna bersekolah. Dia harus meminta bantuan,
sesiapa sahaja boleh boleh menghulurkan bantuan.
Orang pertama yang boleh membantunya
didalam hal ini ialah guru besar dimana semua budak perempuan sebaya anaknya
bersekolah. Ammar sungguh berharap agar apa yang dirancangnya berjaya. Berjaya
untuk mengesan, murid yang ibunya bernama Murni Saliha Majid dan murid atau
mana-mana budak sekolah yang berbin atau bintikan namanya, Ammar Aidid. Tidak
rugi untuk mencuba, semoga sukses! Bisik hati Ammar dengan semangat yang
membuak-buak.
BAB 33
“Hulurkan mama sambal tu .. sayang?” pinta Murni kepada Mila, agar
menghulurkan sambal tumis udang yang berada dihadapan Mila.
Mila terus
sahaja menghulurkannya kepada mamanya.
“Tadi kan
ma, Mil sama Nana pergi beli hadiah untuk hari guru esok, tapikan.. balang yang
Mil beli tu pecah, ada pakcik tu langgarrr, tapi dia ganti balik.. baik tau
pakcik tu..” Mila mula bercerita, dia sungguh terharu balang yang pecah dapat
diganti.
“Iya.. hem.. pakcik tu memang baik.. kan
bang?” sengaja Murni melibatkan Zamri agar menyokong kenyataannya.
“ya..ya..” jawab Zamri sambil berpaling
ke arah Murni yang disebelahnya.
“Oh.. esok hari guru ke?. Jadi apa
hadiah yang Mil nak beri, kenapa tak beritahu awal, boleh kita beli satu hadiah
untuk cikgu sekolah Mil..” ujar
Murni lagi.
“Tak payah
dah ma, kita orang dah kongsi-kongsi. Kita orang beli coklat bubuh dalam balang
yang Mil beli tu..” jelas Mila.
“Oh.. macam
tu.. baguslah .., esok hari guru Mil jangan nakal-nakal ya, belajar rajin-rajin
dan dengar cakap guru” nasihat Murni kepada anaknya.
“Ya.. ma..”
Mila akur.
Murni
tersenyum melihat anaknya. Dari hari kehari, nampak sudah semakin dewasa. Tidak
sangka kini sudah mengenjak kealam remaja. Terlalu pantas masa meninggalkan
kita, sehinggakan kita tidak perasan. Bagaikan semalam dia melihat Mila belajar
merangkak, bertatih, bercakap dan berjalan, kini sudah menjadi anak gadis
sunti.
“Fikir apa
tu sayang..” terkejut Murni ditegur Zamri dari belakang.
“Tak.. Muni
tengok Mila tu, diam tak diam Muni dah ada anak dara…” jawab Murni.
“Ialah budak makin besar, bukan makin
kecil.. apa yang Muni nak hairankan.., kitapun makin tua bukan main muda tau?
Kena ingat tu..” perli Zamri.
“Ala.. abang ni, orang cakap pasal Mila,
dia cakap pasal kita pulak..”
“Abang nak naik atas ni.. ada apa nak
bawak naik keatas..” tanya Zamri.
“Ada..” Murni menghulur bakul laundry
yang sudah penuh dengan pakaian yang sudah dicuci dan sudah kering.
Pakaian yang baru diambil oleh Murni
dari ampaian. Bakul laundry berpindah tangan, Zamri mengambilnya tanpa bicara.
Lagipun kerjanya mudah sahaja, dia hanya menghantarnya kebilik, yang melipat
dan menyusunnya nanti tentulah Murni.
***
“Cikgu, ada tetamu hendak berjumpa
dengan cikgu, ada hal penting katanya” terdengar suara kerani sekolah
memaklumkan guru besar bahawa ada seseorang yang ingin bertemunya.
“Siapa, siapa namanya..apa tujuannya”
tanya guru besar.
“Tak silap saya tadi nama dia Ammar
Aidid, peguam dari Kuala Lumpur, ada urusan pusaka, katanya tadi, kalau tak
silap saya dengar tadi” panjang lebar pula kerani itu memberi maklumat. Guru besar harus mengetahui lebih lanjut perihal orang
yang hendak berjumpa dengannya. Jika sekadar hendak meminta maklumat ringkas,
boleh sahaja diuruskan oleh pembantunya.
“Hem.. kalau
macam tu.. benarkan dia masuk..” terus sahaja Cikgu Sulaiman, guru besar
memberi kebenaran untuk Ammar berjumpa dengannya. Hal pusaka, berat kes ni,
pusaka siapa? Lagipun dia gembira sekiranya dapat membantu sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan.
Pintu
diketuk Ammar dan terus masuk apabila mendengar kebenaran diberi dari suara
yang datang dari dalam bilik.
“Saya
Ammar, cikgu” Ammar menghulurkan tangan.
“Ini kad
saya” kemudian menghulurkan kad nama sebagai menguatkan lagi bahawa dia seorang
peguam.
Tangan
disambut, begitu juga kad nama.
“Cikgu
Sulaiman” balas guru besar sambil membelek kad nama yang masih di tangannya.
“Ya.. Encik
Ammar, apa yang saya dan sekolah ini boleh bantu Encik Ammar..” tegas juga Cikgu Sulaiman meyoal.
“Begini Cikgu,
saya sedang mencari anak saya, kalaulah dia salah seorang murid disekolah cikgu. Ceritanya begini, bekas isteri saya
mengandung semasa kami berpisah dan setelah 8 tahun mencari baru saya dapat
tahu dia tinggal disini..sekarang ni saya perlukan waris untuk saya
turunkan. Harta, taklah banyak mana,
tetapi saya mahu anak saya ada sedikit dana dari saya untuk pengajiannya. Saya
hendak kongsi sumbangan, tidak mahu bekas isteri seorang diri menyaranya. Saya
tak mahu anak saya mengungkit kelak, tentu dia tuduh saya ketepikan dia. Kalau boleh saya hendak dia memiliki syarikat
yang saya ada sekarang ni” panjang lebar Ammar menceritakan apa tujuan
pertemuannya itu.
Cikgu
Sulaiman hanya mendengar dengan tekun. Yalah orang Kuala Lumpur, orang berada
ni. Ada
syarikat sendiri pula, siapalah agaknya budak yang bertuah ini yang bakal
mendapat durian runtuh!
Di kepala Ammar pula memikirkan perkara
lain. Jika disekolah itu ada murid yang berbapakan Ammar Aidid, sudah sahlah
itu anaknya, namun dia perlu yakin dan seratus peratus pasti.
“Ohh..
begitu, Encik Ammar saya akan bantu kalau saya mampu. Tetapi
kalau tak, saya minta maaf. Encik Ammar ada
detail budak tu..tak? berapa umur dia, lelakikah atau perempuan” jelas cikgu
Sulaiman.
“Terima kasih cikgu… 8 tahun pencarian
saya ni., saya tak ada banyak detail, yang ada nama ibu budak tu aje.. itupun
kalau cikgu dan sekolah dapat membantu..” lemah sahaja nada suara Ammar,
seperti memohon simpati.
“Nama ibu…nama ibu.. apa nama ibunya
Encik Ammar” kasihan pula cikgu Sulaiman, apabila melihat Ammar yang 8 tahun
sudah terpisah dengan anaknya.
“Umur tak berapa pasti pulak saya, cikgu..
tapi dalam lingkongan 7 atau
8 tahun gitu.. nama ibunya Murni Saliha Majid” terang
Ammar.
“Tak apa, nanti saya minta kerani semak
dalam system..hem.. kalau umur 7 atau 8 tahun, mesti dalam darjah satu atau
darjah dua, budak lelaki ke budak perempuan..jantina tak pasti..” memang
bersungguh-sungguh cikgu Sulaiman cuba membantu.
“Minta maaf cikgu, lepas bersalin tak
pula bekas isteri beritahu anak mereka lelaki atau perempuan.., itulah masalah
saya. Yang saya tahu, memang saya ada anak” Main hentam sahaja Ammar,
bersungguh bercerita untuk menyakinkan yang dia ada anak. Apa yang perlu
dirisaukannya. Jika benar itu anaknya atau tidak, tunggu sahaja, budak itu
berbin atau berbintikan siapa?
“Hem.. kasihan budak tu ya..8 tahun tak
kenal bapak dialah ni? Nanti saya tulis apa-apa detail yang boleh bantu
pencarian ni ya Encik Ammar dan dan lepas ni saya minta kerani tolong check” ujar
cikgu Sulaiman, sambil tangan ligat mencatit apa yang perlu. Kemudian menekan
butang intercom.
Pandai kau Ammar, berlakun sampaikan
cikgu Sulaimanpun jatuh kasihan. Hebat rupanya lelaki yang bernama Ammar ini.
Sudahlah pandai berhujjah, rupanya pandai berlakun juga. Syabas Ammar, Syabas!
“Jo.. masuk kejap..” dengan suara
garaunya. Guru besar, mesti tunjuk garang, tidak mahu anak buah naik kepala.
Muncul kerani yang membantu Ammar diawal
pertemuan. Jo, rupanya nama dia. Nama sebenar mungkin Johan, Johari, Johar,
yang pasti bukan GIJoe.
“Jo.. tolong semak siapa murid yang ada
detail ni.. dalam darjah berapa ya..” sambil Jo mengambil sehelai kertas dari
tangan cikgu Sulaiman.
“Encik Ammar.. Johari..” Cikgu Sulaiman
memperkenalkan kerani sekolahnya.
Kan dah
kata, namanya Johari..
Sementara
menunggu, cikgu Sulaiman berbual kesah pengalamannya di Fraser Hill dan juga
bertanya itu dan ini mengenai hal Ammar, bagaimana boleh mengetahui lokasi
dimana bekas isterinya berada.
Sedang leka
berbual, mereka dikejutkan dengan ketukan pintu oleh Johari.
“Cikgu..
ada sorang murid yang ibunya nama Murni Musliha Majid dan bapanya Ammar Aidid”
terang dan jelas Ammar mendengar namanya disebut. Muka terus memerah, terkejut.
Sungguh, rupanya dia memang mempunyai anak yang dia sendiri tidak tahu
keujudanya.
“Sampai
hati kau Murni, menyembunyikan hal ni..”bisik
hati Ammar yang sudah sedikit terbakar. Diri rasa ditipu.
Belum
sempat Johari hendak menghabiskan katanya, Ammar sudah berdiri dengan muka yang
merah. Berdiri tidak lama kerana kemudian seperti lemah lututnya mendengar
maklumat yang disampaikan.
Terus dia
terduduk, apabila cikgu Sulaiman bergegas membantunya untuk bertenang.
“Encik
Ammar, bertenang.. alhamdullillah, ada rupanya anak Encik Ammar kat sini..”
Kemudian
berpaling ke arah Johari “budak tu darjah berapa dan apa namanya, boleh Jo
tolong panggilkan dan bawa kat sini..” gembira sebenarnya cikgu Sulaiman,
sekurang-kurangnya dia dapat membantu pencarian seorang bapa, tanpa mengetahui
apa yang sebenarnya berlaku sebelum lelaki yang dihadapannya yang telah
menghalau ibu anak malang itu jauh darinya.
“Nama dia
Mimi Sharmila cikgu, dia dalam darjah dua Anggerik cikgu, saya akan bawa dia
kat sini..” jelas Johari lagi.
Hanya
anggukan tanda setuju dari cikgu Sulaiman yang sudah kembali ketempat duduknya
semula.
“Encik
Ammar, macam nilah, saya boleh kenalkan Encik Ammar dengan anak Encik Ammar, tapi
yang lain tu Encik Ammar kena berbincang dengan bekas isteri Encik Ammar la
ya.. saya tak mahu kecoh-kecoh, Encik Ammar kan lawyer, tentu Encik Ammar faham
apa maksud saya..” jelas cikgu Sulaiman.
“Ya.. saya
faham, cikgu, terima kasih banyak-banyak.. sekurang-kurangnya saya dapat
berjumpa dengan anak saya. Dia tidak perlu tahu saya ayahnya buat masa ni,
sampai dia dah bersedia, takut nanti dia terkejut dan salah sangka pulak,
kenapa baru sekarang saya cari dia..” tanpa disedari air jernih mengalir dipipi
Ammar, air mata gembira.
Di hatinya
bertanya-tanya kenapalah Murni menyembunyikan perkara yang sebesar ini. Dia
harus bertemu dengan Murni secepat mungkin untuk membuat penyelesaian.
“Murni kau harus bersedia dengan jawapan
yang terbaik untuk aku dengar!” bisik hati seorang peguam. Marah.
Sekali lagi, gangguan oleh ketukan pintu
dan muncul Johari dengan seorang budak perempuan.
“Selamat petang cikgu..ehh.. pakcik, pakcik
pun ada? apa khabar pakcik.?.” tegur Mila kepada lelaki yang dia sangat terhutang
budi. Baru semalam mereka berjumpa, hari ini berjumpa lagi. Ada yang tidak
kena, atau dia mahu balangnya semula? Hari Mila sudah berkata-kata, apa harus
dilakukannya. Sedangkan baling yang dibeli oleh pakcik itu sudah diserahkan
kepada cikgu Sumayyah. Aduh! matilah aku kali ini, risau bukan main lagi Mila
dibuatnya oleh lelaki yang dipanggilnya pakcik. Pakcik yang sudah berdiri
betul-betul dihadapannya.
Ammar juga terkejut, berdiri didepannya
yang dikatakan anaknya adalah budak perempuan yang ditemui dikedai buku semalam.
Budak yang dia telah memecahkan balang kaca. Budak perempuan yang pernah dia
jumpa, tetapi dia lupa dimana?
“Encik Ammar dah kenal budak ni ke?”
tanya cikgu Sulaiman yang agak hairan, berkerut mukanya memikirkan, tadinya
diberitahu tidak pernah bertemu selama 8 tahun, tetapi kini budak perempuan itu
seperti kenal sahaja dengan bapanya. Cikgu Sulaiman tertanya-tanya. Siapa yang
kena tipu? Dan siapa yang menipu?
“Saya jumpa dia kat kedai buku semalam…
tak tahu pulak dia budak yang sama yang saya cari..” jelas Ammar, Cikgu Sulaiman mengerti.
“Oh.. gitu.. kasihan..” baru Cikgu
Sulaiman faham.
“Mimi..
mimi kenal pakcik ni..?” sengaja cikgu Sulaiman menguji Mila.
“Saya Mila cikgu.. Mila.. bukan Mimi..”
tegur Mila, apabila cikgu Sulaman memanggil nama Mimi.
“Oh.. ye ke.. okeylah Mila.. Mila kenal
pakcik ni..?” diulangnya lagi soalan yang tidak terjawab.
“Kenal cikgu, semalam jumpa pakcik ni
kat kedai buku, dia ganti balang yang terlanggar pecah.. kan pakcik..?” Mila
bertanya pula soalan kepada Ammar.
“Ya.. ya.. Mila..ni.. yang pa… pakcik nak
jumpa Mila, nak tahu kalau semuanya okey..” Ammar ingin memanggil dirinya papa
tetapi terbantut.
“Semuanya okey pakcik.. nasib baik
balang baru tu tak pecah. Cikgu Sumayyah
pun suka balang tu “ jawab Mila lega. Pakcik yang dihadapannya tidak mahu
balangnya, tetapi kenapa pula mencari dirinya?
“Cikgu.. boleh saya bawa Mila ke kantin
kejap, sebab saya nak tahu lebih banyak lagi perkara yang saya sudah
tertinggal..” pinta Ammar, meminta kebenaran untuk dia bersama anak yang tidak
pernah dia ketahui keujudannya.
“Ya.. Encik Ammar, silakan.”
Ammar berdiri dan berjabat tangan “Jumpa
lagi.., insyallah” sedih pula cikgu Sulaiman melihat keadaan Ammar yang
membuatkan dia jatuh kasihan.
“Jom Mila,
pakcik belanja kat kantin, nak..”
“Tak boleh
pakcik, nanti Mila tertinggal kelas.. nanti mama marah..” jawab innocent
seorang budak.
“Tak apa
sekejap aje, lepas tu Mila masuklah kelas semula..”
Mila
memandang kearah guru besar, Cikgu Sulaiman. Cikgu Sulaiman hanya mengangguk.
Nampak gayanya Mila terpaksa kekantin bersama lelaki yang dipanggilnya pakcik,
tambahan lagi guru besar sudah memberi kebenaran.
Disepanjang
pertemuannya dengan Mila di kantin, banyak information yang telah diberikan
oleh Mila tanpa dia sedari. Infomasi mengenai dimana mamanya bekerja, siapa sebenarnya
papa Zamri, apa yang digemarinya, siapa nama bapanya dan apa sudah terjadi
dengan bapanya.
Petang itu
fikiran Ammar berkecamuk. Sampai
hati selama ini Murni memberitahu Mila yang dirinya sudah meninggal dunia. Sayu
sungguh hatinya diperlakukan oleh Murni. Ini membuatkan dirinya membara-bara
ingin membuat penyelesaian secepat yang mungkin. Di kala ini, dia sungguh
gembira, gembira mengetahui rupanya dia ada mempunyai zuriat, tetapi disebalik
kegembiraan itu hatinya panas. Panas kerana Murni membunuhnya terlalu awal,
sedangkan dia masih hidup. Kenapa Murni sanggup memberitahu anaknya bahawa dia
sudah tiada didunia. Apabila diperah
kepala otakknya, baru dia teringat, Mila adalah budak perempuan yang pernah dia
lihat bersama Murni di Klinik beberapa bulan yang lalu. Pertemuan yang singkat
dengan anaknya hari ini amat memberi makna kepada dirinya. Patutlah sejak dari
pertemuan pertama dihadapan klinik dahulu, hatinya berdetik, seperti ada
sesuatu pada budak perempuan itu yang membuat hatinya sayu.
Di tambah pula dengan cerita borak
kosong di Shahzan Inn yang membuat hatinya bertambah ingin mengetahui lebih
mendalam lagi mengenai budak perempuan itu.
“Murni.. walaupun aku tahu adalah
mustahil untuk aku memiliki mu semula, tetapi Mila akan tetap menjadi milik ku
sepenuhnya.. jangan main-main..ini Ammar Aidid” bisik hati Ammar yang sedang
marah.
Ammar lupa, sebelum ini dia bersungguh-sungguh
memasang niat untuk memujuk Murni kembali kepadanya. Tetapi hari ini hatinya
panas apabila mendengar penjelasan innocent seorang budak perempuan yang
bernama Mila. Tindakan pertama yang perlu dilakukannya ialah mempastikan Mila
memang benar-benar anaknya, dihatinya 99 peratus mengatakan Mila memang
anaknya, tetapi 1 peratus lagi boleh sahaja merubahkan keputusannya. Straw Mila yang diambil selepas minum di kantin
digenggam erat, kerana itu akan digunakannya nanti untuk mengenal DNA. Kemudian
dia menghantar Mila semula kekelasnya.
“Mila..
papa akan kembali lagi, dan kali itu Mila akan kembali bersama papa..” bisik
hati jahat Ammar.
BAB 34
“Puan,
abang puan ada di bilik tetamu nak jumpa puan” suara Jamilah, operator cum
penyambut tetamu memberitahu Murni melalui telefon yang abangnya ada
menunggunya dibilik tetamu.
“Abang?..”
girang rasanya Murni, terbayang wajah abang Ghaous. Satu-satunya abang yang
Murni ada.
“Apa halnya pulak Abang Ghaous datang
tak beritahu ni…” bisik hatinya.
Sambil tunduk sedikit, memikirkan
kemunculan Abang Ghaous bukit ini. Tidak pernah-pernah dibuatnya membuat
lawatan mengejut. Selalunya dia akan menalefon, atau sekurang-kurangnya
menghantar pesanan ringkas jika ingin megunjungi Murni. Namun hatinya riang
dengan kunjungan mengejut ini. Tidak sempat hendak beritahu agaknya!
“Ya Jamie
saya keluar ni.. terima kasih..” jawab Murni dengan nada
ceria.
“Mestilah nak buat surpriselah ni..
abang Ghaous, abang Ghaous.. surpriselah sangat” kata Murni didalam hati, namun
senyuman masih dibibir memikirkan abang Ghaous yang datang bertandang ke Fraser
Hill, pasti dengan isteri dan anak-anaknya. Mila pasti gembira, jika mengetahui
kehadiran sepupu-sepupunya.
Langkah diatur laju, biar dia sahaja
yang berjumpa dengan abang Ghaous dahulu, nanti kemudian akan diberitahu Zamri
untuk turut serta.
Tanpa mengetuk pintu, Murni terus
menerpa masuk dengan gembira untuk bertemu abang Ghaous.
“Hah! Awak? Macammana awak ada kat sini?
Macamana awak tahu I kat sini?” Murni
terkejut dan secara spontan, soalan-soalan terkeluar dari mulutnya.
Ini baru
betul dikatakan terkejut beruk! Memang surprise
sungguh.. but not a pleasant surprise.
Lelaki yang duduk disofa bukan abang Ghaousnya, tetapi lelak, Ishy.. tak tahu hendak katagorikan lelaki ini. Lelaki yang
paling dia benci. Lelaki yang pernah tidur sebantal dengannya, lelaki yang
membuatkan dirinya sengsara, lelaki yang sudah mungkir janji untuk untuk
menjaganya sehingga akhir hayat, lelaki yang kononnya sanggup sehidup semati
dengannya. Lelaki yang membuat keputusan
tanpa usul periksa dan lelaki terakhir yang mahu dia bertemu. Tetapi lelaki ini
adalah bapa kepada anaknya.
Senyuman
yang sampai ketelinga tadi serta merta menjadi masam dan Murni ingin keluar
meninggalkan sahaja lelaki ini. Sumpah! Murni
tidak sudi bertemu dengan lelaki ini.
Lelaki itu terus bangun apabila Murni muncul dengan tiba-tiba.
“Murni, jangan pergi, abang ada nak
cakap sikit dengan Murni.. please..” rayu Ammar
“Excuse me.. abang!..abang siapa.. dan
nak cakap apa lagi..” agak tinggi suara Murni tetapi nada suara harus rendah.
Walaupun hatinya marah, tetapi Murni
terpaksa berhati-hati berbicara kerana mereka berada di pejabat.
“Maafkan abang, abang datang mengejut
sebab abang dah tahu pasal anak kita..” jawapan Ammar yang membuat Murni lemah.
Perkataan
“anak kita” membuat Murni terus hilang punca. Bagaimana dia
tahu yang dia mempunyai anak?
Terhenti sejenak, yang tadi tangannya
sudah bersedia untuk memulas tombol pintu, nekat untuk meninggalkan sahaja
bekas suaminya sendirian didalam bilik. Murni berpaling tanpa kata-kata. Murni
seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar dari mulut Ammar.
Perkataan “anak kita”, datang dari mulut Ammar. Murni menjadi lemah, lemah
longlai. Dia terkedu. Tangan yang tadinya ditombol pintu, terlurut perlahan
pintu dibiarkan tertutup dengan sendirinya.
“Apa yang you tahu pasal Mila..” suara
Murni sedikit kendur.Tanpa Murni sedar, Murni telah menamakan “anak kita” yang
bernama “Mila”.
“Mila, anak
kita kan..” bidas Ammar. Sedangkan tanpa Murni tahu, Ammar memang sudah
mengetahui nama anaknya ialah Mimi Sharmila.
“So!..” Murni menjawab dengan nada tinggi.
“Kenapa
Murni tak beritahu abang yang kita ada anak..” soal Ammar tertanya-tanya dengan
tindakan Murni selama ini yang menyembunyikan anaknya dari pengetahuannya.
“Kita!.. excuse me.. kita..,Mila anak saya, bukan anak kita..” garang suara
Murni masih mempertahankan Mila.
“Murni, jangan macam tu, please beri
abang peluang nak betulkan keadaan yang dah lama tidak terurai, abang tahu
Murni sudah bahagia sekarang ni.. itu abang tak mahu ganggu. Jika Murni
bahagia, abangpun bahagia, tapi tentang Mila, abang nak bertanggungjawab..
tolong Murni, beri peluang abang..abang rayu Muni” rayu Ammar.
“Kalau Murni kata Mila bukan anak you,
macammana?”
“Mana boleh, abang akan buat DNA test
bila balik nanti, gerak hati abang menyatakan Mila memang anak kita, abang dah
jumpa Mila disekolah kelmarin”
“Hah.. apa? You jumpa Mila di sekolah..
buat apa?jangan rosakkan fikiran dia boleh tak? Selama ini dia tidak pernahpun
bertanyakan siapa bapa dia..jangan nak memandai-mandai pulak sekarang ni nak
jadi bapa dia konon..tolong.. tolong jangan ganggu kami lagi” nada marah masih
dibibir Murni, tetapi juga menageh simpati.
Murni memang tidak boleh bertolak ansur
dengan lelaki ini. Bila melibatkan tentang Mila, Murni akan berusaha untuk
melindunginya. Murni mahu Mila menjadi haknya yang mutlak.
“Abang nak tahu kenapa Murni sembunyikan
anak kita sampai sekarang.. kenapa tak beritahu abang dulu yang Murni
mengandung masa tu..kenapa? kenapa Murni?” Ammar pula meninggikan suara,
menangeh penjelasan.
Murni ketawa kecil..
“Apa? Nak Murni terangkan? Dah lupakah
yang awak halau Murni macam Murni perempuan hina sangat..Dah lupa dah ya! Masa
tu nak dengar suara Murni pun tak mahu. Macammana nak explain. Nak suruh
terangkan konon…pergi mampuslah!” Murni geram.
“Okey! Murni nak tanya, kalau waktu tu
Murni beritahu yang Murni mengandung, adakah awak akan mengaku itu anak awak?”
Murni geleng kepala dan ketawa kecil disambung.
Ammar sudah memegang kedua kepalanya
dengan wajah yang sangat sedih. Menyedari dia memang sudah membuat kesilapan
yang besar.
“Silap-silap awak tak mengaku anak awak
kan! Silap-silap awak tuduh Murni menjalang dengan lelaki mana entah! Ada awak
fikir tu semua!” sambung Murni lagi. Ammar masih tidak dapat membalas apa yang
telah diperjelaskan oleh Murni. Dia mengaku, mungkin juga dia akan membuat apa
yang telah Murni jelaskan. Di waktu itu dia memang marahkan Murni, jika tidak,
mana mungkin dia menceraikan Murni talak 3 sekali gus!
“Dah puas! Itu anak Murni bukan anak
awak..dah jangan ganggu kami lagi.. please!” kata Murni dan dia ingin keluar
meninggalkan si lelaki.
Tiba-tiba kedua-dua mata menala kepintu
masuk. Zamri tercegat di depan pintu dengan badannya masih meregang pintu
masuk. Terperanjat apabila melihat lelaki yang berdiri dihadapan isterinya
ialah lelaki yang dibantunya dua hari lalu.
Dia juga terkejut kerana bukan abang Murni seperti yang diberitahu
Jamilah bahawa Murni bersama abangnya dibilik tetamu. Dia juga hairan kerana
pemandangan yang terhidang didepan mata amat mencurigakan. Di lihat si isteri menangis dan si lelaki juga dilihat
sedih. Apa yang berlaku sebenarnya, atau mereka hanya berdrama!
“Encik..Encik
ni siapa sebenarnya.. apa hubungan Encik dengan isteri saya..” Zamri
terperanjat, hairan, geram, misteri dan penuh tanda tanya. Murni terus menerpa
kea rah Zamri dan Zamri memeluknya.
“Kenapa
sayang.. dan lelaki ni siapa? tanya Zamri ke telinga Murni.
“Abang dia ni, Ex saya bang..Ex saya..”
Murni memperkenalkan lelaki yang berada dihadapannya.
Murni tidak mahu Zamri salah sangka,
memikirkan yang bukan-bukan. Takut pula dituduh Murni menjalinkan hubungan
dengan lelaki lain pula. Alamatnya
akan perang sabil nanti dirumah, sedangkan mereka baru sahaja sebulan bernikah.
“Jadi, ada
business yang Encik katakan tu ialah hendak menganggu isteri sayalah ya..!”
pandai pula Zamri memulakan bicara.
“Tak..tak
Encik Zamri, saya tidak mahu mengganggu rumahtanga Encik, saya cuma hendak hak
saya, Mila anak saya kan?..” Ammar menjadi serba salah, adalah tidak wajar dia
bertegang leher dengan lelaki yang pernah menghulurkan bantuan kepadanya.
Kecil
sungguh dunia ini, sana sini ada sahaja berhubung kait, seperti dalam soap
opera pula, seperti didunia ini tidak ada penghuni lain. Pusing-pusing pasti
berjumpa.
“Beginilah
Encik…Encik Ammar, sini ofis, sekarang ni waku bekerja, why not kita bincang
baik-baik lepas kerja nanti, somewhere yang lebih sesuai” Zamri memberikan
pandangan.
Benar juga
apa yang dikatakannya. Ikutkan Murni pasti dia tidak setuju kerana emosinya
masih marah kepada lelaki itu walaupun sudah bertahun-tahun cuba dilupakannya.
“Abang..
apa abang ni.. ini hal saya dengan dia, bukan hal abang! Murni tak mahu jumpa
dia lagi..biarkan aje dia pergi dan jangan ganggu kami lagi” Murni membantah.
“Murni, anything about you and Mila, is my responsibility now..” jelas
Zamri dengan tegas.
“Kita selesaikan cara baik, cara
jerit-jerit tak tentu hala ni.. tak mendatangkan apa-apa faedah. Kita
selesaikan, okey! Kan dulu abang dah janji, kita selesaikan sama-sama..” jelas Zamri.
“Tapi
bang.. dia nak ambil Mila dari Muni, mana boleh! Tak.. tak..Muni tak izinkan..”
jawab Murni.
“Tak ada
siapa yang nak ambil Mila, sayang.. tu yang abang kata, elok kita berbincang..
dah tu..buat bertenang” Zamri meminta Murni bertenang.
“Encik
Ammar! Setuju tak rancangan saya?” tanya Zamri kepada Ammar.
Ammar hanya
diam, dia juga perlu bertindak professional dan tenang.
“Okey saya setuju, dimana kita boleh
berjumpa..” akhirnya Ammar bersuara.
“Okey,Encik Ammar dah setuju. Nanti jumpa
di Coffee House Club Golf dalam 5.30 nanti.. boleh?” cadangan Zamri
“Ya.. saya setuju, jumpa nanti di
sana..” Ammar bingkas
bangun dan meninggalkan suami isteri yang masih merah inai dijari
Zamri yang
tadinya berdiri, terus menghempaskan dirinya diatas sofa sambil meraut
rambutnya kebelakang sebaik sahaja bayang Ammar hilang dari pandangan. Kemudian
menarik tangan Murni yang masih tercegang, perasaan terkejut masih berbaki.
Mahu tidaknya, ingatkan abang Ghaous, rupanya abang Ghost.
“Dah tu..
mari sini” sambil merapatkan kepala Murni kedadanya.
Zamri memang pandai menenangkan hati
isterinya. Tangan Murni digenggamnya erat. Air mata yang ditahannya tadi,
mengalir dengan sendiri tanpa Murni sedar. Perlahan Zamri menyika air mata dari
pipi isterinya. Dia faham benar, Murni sekarang ini hatinya gusar. Sudah dia
jangka perkara ini akan berlaku, nasib baik kini mereka sudah sah suami isteri,
jika belum, manakan mampu dapat dia menenangkan Murni cara begini.
Murni rasa
tenang apabila berada di dalam pelukan Zamri, tambahan pula kini berada didada
sasa lelaki itu. Dia cukup rasa selamat. Irama degupan jantung bagaikan irama
sakti yang mampu menenangkan hatinya yang gusar.
“Macam ni
Murni, Murni kena dengar cakap abang.. boleh..”
Murni
mendongakkan kepalanya memandang kewajah Zamri.
“Murni kena
ingat, Ammar juga ada hak ke atas Mila, Milapun kena tahu, lelaki tu bapa
dia..sekarang ni kita kena fikir yang terbaik, terbaik untuk Mila, terbaik
untuk Murni dan terbaik untuk Ammar..”
“Bang,
tolong Muni.. Muni dah tak mampu nak
fikir dah ni.. Muni buntu..”
“Abang
faham..lepas ni pergi surau sembahyang sunat dua rakaan, dan tunggu asar.. dah
nak masuk waktu dah pun.. lepas tu datang bilik abang, kita bincang sikit apa
yang kita kena beritahu si Ammar tu petang nanti..ya?”
“Dah tu..
jangan nangis lagi, nanti apa orang ingat kita bergaduh laki bini pulak, lain
pulak jadinya nanti..pengantin baru perang sabil..” sambil jarinya masih
menyika air mata yang entah kenapa masih mengalir walaupun Murni sudah tidak
berada sedih lagi, malah bersemangat dengan sokongan yang telah diberikan
Zamri.
Murni hanya
menganguk dan kedua-duanya meninggalkan bilik tetamu. Takut pula akan disalah
sangka oleh kakitangan yang lain, terutama Jamilah yang sentiasa berada di depan
kaunter, sambil menjawab telefon dia juga memerhatikan semua gerak laku setiap
yang melintas dihadapannya. Kalau dia menjadi CNN tanpa cable, mahu satu
Pejabat Daerah tahu drama tidak berskrip menjadi tajuk utama perbualan.
Murni
mengikut sahaja apa yang perlu dilakukannya. Selesai asar dia terus ke bilik
suaminya, tanpa singgah kebiliknya.
“Bang,
macamana sekarang ni..” belumpun duduk, Murni sudah mengemukakan soalan yang
merunsingkan dirinya.
“Firstly,
Abang kena fikir yang terbaik untuk Mila, tak mahu terganggu emosi dia dengan
perkara ini, kalau Ammar tuntut hak penjagaan sepenuhnya terhadap Mila, abang
tak setuju, tapi kalau joint custody, abang boleh terima.. tapi
kalau joint custody macam mana pula? Dia kat KL, Mila kat sini…” ini yang
peningnya ni.
“Muni harap dia tak mintak hak
penjagaan.. biar Mila duduk
aje dengan kita..macam sekarang ni..” ulas Murni.
“Jangan
fikir macam tu, Muni, memang kita harap Mila akan terus duduk dengan kita, tapi
Ammar? Dia pun pasti hendak anak dia duduk dengan dia jugak kan?.Jangan kita tamak,
fikir orang lain sama.” ulas Zamri.
“Jangan dia minta perintah mahkamah
sudah.. kalau ada perintah mahkamah, susah kita nak bantah.., dia lawyer
Murni.. lawyer, Muni dah lupa ke?” tenang sahaja Zamri berulas satu persatu.
“Abang pun tak tahu apa yang kita kena
buat sekarang ini, sebab kita tak tahu apa yang si Ammar tu nak .. macamni lah,
kita pergi jumpa dia dulu petang ni dan kita dengar apa yang ada dalam fikiran
dia, malam nanti kita fikir lagi..kita kena professional Murni, abang mahu cara
aman, tak mahu marah marah..” fikir Zamri lagi.
Murni bangun meninggalkan suaminya,
berjalan seperti zombie, difikirannya berkecamuk.
Sedang Murni menolak pintu untuk keluar,
muncul Hamdan yang menyengkang badannya di pintu.
“Hello kawan.. aku jelouslah tengok kau
orang berdua ni.., kat rumah berdua, kat ofispun berdua jugak, hishy untunglah
kau Zam..” Hamdan menyakat, tanpa mengetahui mereka berdua sedang bingong
kerana membincangkan perkara yang rumit hendak mereka diselesaikan.
Penyelesaian perlu yang terbaik agar tidak melukakan hati mana-mana pihak. Yang
penting emosi Mila perlu dijaga. Ibarat menarik rambut dalam tepong, rambut
tidak putus dan tepong tidak berselerak.
“Kak Melah, kami balik lambat sikit, Kak
Melah boleh tunggu tak?, ada hal penting pulak petang ini..” Murni meminta Kak
Melah akan kelewatannya pulang petang ini.
“Yelah Muni, akak tunggu sampai Muni
balik, Zam pun lambat juga ke?” tanya Kak Melah.
“Hemm.. Mila mana Kak, dia buat apa
tu..”
“Ada kat atas, buat homework agaknya..”
“Terimakasih Kak..selesai urusan tu,
kami pulang segera” janji Murni kepada Kak Melah.
“Ialah akak tunggu…” jawab Kak Melah
lemah sahaja bunyinya.
Kak Melah menjulingkan matanya ke atas,
“apahal pulak mereka ini! Tak
pernah-pernah balik lewat, dah kahwin balik lewat pulak.. Ada hal kerja agaknya
tu..” Kak Melah bermonolog sendiri. Dia tidak mengetahui bahawa mulai hari ini
perebutan hak penjagaan si anak angkatnya Mila bermula!
Bab 35
Sebaik
sahaja Murni masuk kebiliknya, dia tidak dapat focus dengan tugasnya. Aduh,
susahlah begini, jika selalu begini, pastinya nanti akan ditegur oleh boss.
Penyelesaian perlu dicari secepat yang mungkin. Tangannya menyelak fail yang
sedang diprocessnya tadi sebelum keluar berjumpa tetamu tidak diundangnya,
namun masih tidak berupaya untuk menyelesaikan tugasan. Fikirannya sungguh
telah dipenuhi dengan masalah yang membebankan kepalanya. Berat sungguh, kalah
masalah negara.
Badannya
dipalingkan menghadap komputer. Murni menekan tanda E biru besar (internet
explore) mencari carian mengenai hak penjagaan anak. Sekurang-kuranya dia ada
asas pengetahuan mengenai haknya terhadap Mila. Murni tidak mahu dia
perbodohkan, hanya kerana tidak tahu hak yang sepatutnya.
Berderet
link yang keluar, hanya menunggu untuk Murni pilih. Salah satu article yang
memberi Murni banyak informasi. Murni cuba memahami inti article itu
sejelas-jelasnya. Article dari Pusat Yayasan Islam bertajuk “Hak Penjagaan ke
Atas Anak Selepas Perceraian : Tanggungjawab Siapa?. Jari Murni menekan perlahan-lahan, cuba menghadam
setiap ayat yang terbentang didepan mata. Dia harus tahu dan
mengerti sejelas-jelasnya. Petang
nanti Murni akan berdepan dengan bukan calang-calang orang, dia adalah seorang
penguam yang berkalibar dan seorang pakar mengenai hal ini. Dia bekas suami dan dia ayah kepada anaknya.
Article
dimulakan dengan sabda Rasulullah, pandai penulis ini menarik pembaca dengan
sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh
Allah ialah talak (perceraian).” Perceraian dibenarkan dalam Islam atas
sebab-sebab tertentu seperti suami isteri sudah tidak lagi bahagia hidup
bersama disebabkan masalah komunikasi, penderaan fizikal atau emosi, masalah
seksual atau tidak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam
berumahtangga sehingga menimbulkan pertelingkahan.
Islam
menetapkan sekiranya memilih untuk bercerai, ia perlulah dilakukan dengan
tertib dan beradab. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat
229 yang bermaksud: “Talak (yang dapat dirujuk dua kali). Setelah itu boleh
rujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.”
Namun begitu, tidak ramai yang berbuat demikian. Kebanyakannya sanggup membuka
pekung didada, menceritakan keburukan pasangan hatta apa yang berlaku di dalam
selimut pun sanggup diceritakan tanpa segan silu.
Malah yang
lebih menyedihkan ialah apabila berlaku perceraian hak penjagaan anak
seringkali menjadi rebutan dan nafkah anak tidak ditunaikan. Oleh sebab itu,
bagi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup anak agar dapat terus hidup
dengan tenang dan gembira, penting bagi pasangan mengetahui tentang hadhanah
(hak jagaan anak).
Hadhanah
bermaksud pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum
boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang
membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak
dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
Dalam
Islam, tanggungjawab memelihara anak terletak dibahu ibu bapa.Apabila berlaku
perceraian, timbul persoalan siapakah yang akan memikul tanggungjawab tersebut.
Menurut
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar:
“Bahawasanya
seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: ´Ya
Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya
dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas
anak itu daripada aku´. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda:
“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin
lain.” (Riwayat Abu Daud)
Berdasarkan
hadis ini jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak
berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya.
Terhenti
Murni membaca article itu apabila dia mengulangi membaca ayat “anak pasangan
yang bercerai lebih berhak di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya..”
“Mila masih
dibawah jagaan aku..” bisik hati Murni, sedikit gembira dengan penemuan article
tersebut. Dibacanya lagi article tersebut perlahan-lahan, agar dia dapat
memahami sepenuhnya.
“Pertimbangannya
adalah kerana tugas mendidik anak sesuai dengan sifat lahiriah ibu yang lebih
penyayang, lebih tahu dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya.
Menurut
Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUKIS) 2003, ibu
adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya
dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya
dibubarkan.
Namun begitu
hak hadhanah yang diberikan kepada ibu boleh terlucut sekiranya si ibu tidak
memenuhi salah satu syarat sepertimana berikut : “Dan syarat-syarat hadhanah
itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak
bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak
hadhanah itu.”
Tiba-tiba
terhenti membaca, ayat “ salah satu gugur hak penjagaan ialah TIDAK BERSUAMI”
sedangkan sekarang dia sudah bersuami. Aduh bagaimana sekarang ini, hati Murni
berdetak kencang, kerana risau, namun aricle dibacanya terus.
“Peruntukan
Seksyen 83 EUKIS juga sejajar dengan maksud hadis di atas yang menyatakan
bahawa seorang ibu itu akan hilang kelayakan menjaga anaknya jika dia berkahwin
dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang
dijaga, ibu itu berkelakuan buruk yang keterlaluan dan terbuka, ibu itu sering
bertukar tempat tinggal (tempat bermastautin) bagi menghalang bapa kanak-kanak
tersebut menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, ibu itu
murtad dan ibu itu didapati cuai dan menganiayai kanak-kanak tersebut.
Walaupun
demikian, perlu dijelaskan bahawa walaupun ibu telah berkahwin dengan seseorang
yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, itu tidak
bermakna hak jagaan anak akan berpindah kepada bapa kandung dengan mudah. Bekas
suami perlu membuktikan bahawa perkahwinan semula bekas isterinya itu akan
mengganggu anak mereka. Jika bekas suami ingin menggunakan mana-mana alasan di
atas, mereka perlu mengemukakan bukti yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah.
Murni
tersenyum apabila dia membaca terus article tentang, isteri yang sudah
bersuami, masih layak untuk menjaga anak bersama suami baru. Alhamdullillah,
masih ada harapan Mila akan bersamanya terus. Article dibaca lagi.
“Apabila
ibu hilang kelayakan menjaga maka hak jagaan anak itu berpindah kepada waris
terdekat iaitu: nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya; bapa; nenek
sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya; kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
kakak atau adik perempuan seibu; kakak atau adik perempuan sebapa; anak
perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa; anak perempuan dari
kakak atau adik perempuan seibu; anak perempuan dari kakak atau adik perempuan
sebapa; ibu saudara sebelah ibu; ibu saudara sebelah bapa dan waris lelaki yang
boleh menjadi warisnya sebagai ´asabah atau residuari´.
Berapakah
had umur anak yang boleh dijaga oleh ibu? Menurut hujah kitab Kifayah
al-Akhyar, Juz 2, halaman 93: “Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya
dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak
itu sehingga anak itu berumur tujuh tahun (mumaiyiz).”
“Fuqaha
berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyiz ini. Namun begitu, menurut
kebiasaan, anak lelaki dianggap telah mumaiyiz apabila berumur tujuh tahun dan
anak perempuan pula berumur sembilan tahun. Selepas itu anak diberi pilihan
untuk memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa berdasarkan sebuah hadis yang
bermaksud: “Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh seorang anak yang telah
mumaiyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal.”
“Confirm
Mila masih dibawah jagaannya kerana Mila baru berumur 8 tahun..” Murni sudah
mampu tersenyum, lega. Diterusnya lagi pembacaan
“Menurut
Seksyen 84 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dianggap
belum mumaiyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur enam
tahun. Manakala kanak-kanak perempuan pula dari bayi hingga berumur lapan
tahun. Ini bermakna kanak-kanak lelaki yang telah berumur tujuh tahun dan
kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur sembilan tahun dianggap
mumaiyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84 (2) keputusan yang dibuat oleh
anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan
dengan pilihan anak.
Walaupun
berlaku perceraian, hubungan di antara anak dengan ibu dan bapanya tidak
terputus. Hubungan itu kekal sebagaimana kekalnya tanggungjawab bapa memberi
nafkah kepada anaknya walaupun bapa tidak mendapat hak penjagaan anak tersebut.
Ini termaktub dalam Seksyen 72 EUKIS. Nafkah termasuklah menyediakan tempat
tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pelajaran dan apa-apa keperluan anak
tersebut.
Soal nafkah
turut dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 di mana Allah berfirman yang
bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,
iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi
makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak
dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu
menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan
waris pun berkewajiban demikian…”
Perebutan
untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anak bagi pasangan yang bercerai tidak
akan berlaku sekiranya mereka faham akan hak dan tanggungjawab masing-masing.
Adalah baik sekiranya hak penjagaan anak dan nafkah mereka diselesaikan dengan
cara yang tenang dan jelas sebelum perceraian difailkan dimahkamah.
Sekiranya ditakdirkan jodoh tidak panjang,
mungkin ada hikmah disebaliknya. Janganlah rasa dendam dan marah pada pasangan
dilepaskan pada anak yang tidak mengerti apa yang berlaku. Hak penjagaan anak
perlulah diterima dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah untuk
dilaksanakan.
Kebanyakan
pasangan merasakan mereka perlu bersaing untuk mendapatkan hak penjagaan anak.
Apabila hak tersebut diberikan, mereka menganggap ia satu kemenangan dan yang
kalah tidak berpuas hati. Eloklah direnungkan pandangan Syed Sabiq dalam
kitabnya Fiqh as-Sunnah Juz 8 halaman 219: ”Sesungguhnya setiap penjaga dan
anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan
anak lebih penting daripada hak penjaganya.”
Selesai sahaja Murni menghabiskan
pembacaan article tersebut, dia lega. Dari apa yang difahaminya, ada harapan
besar Ammar tidak dapat mengambil Mila begitu sahaja darinya. Hak penjagaan
anak perempuan yang dibawah umur sembilan tahun adalah dibawah penjagaan ibu. Murni menarik nafas panjang, dia merasa lega, lega
seleganya. Sekurang-kurangnya, Mila akan berada bersamanya setahun lagi.
Setahun, macam-macam boleh berlaku!
Apa yang
perlu dia tunggu sekarang ialah, mengetahui apakah permintaan Ammar petang
nanti. Buat sementara ini, baiklah diselesaikan kerja yang sudah terbengkalai,
dengan waktu kerja yang tinggal tidak berapa panjang. Jika diikutkan hatinya
memang dia tidak mampu untuk menjalankan tugasnya, tetapi dia perlu ingat,
masalah peribadi jangan dicampur adukkan dengan urusan kerja dipejabat. Jika
ini berlaku alamatnya, hasil kerja mencari haru biru tidak mempunyai quality
langsong. Dari itu Murni kena elak dari ianya berlaku, kerana prestasi kerja
yang baik selama ini harus dipertahankan.
Bab 36
Dari jauh
Murni sudah nampak Ammar yang sedang duduk di meja paling hujung Club House di
Club Golf tertua di Malaysia itu. Perasaan takutnya bertambah, disambarnya lengan kiri Zamri, Zamri mengerti apa yang dirasakan
oleh isterinya. Tangan kanan Zamri menepuk perlahan tangan Murni yang melingkar
dilengan kirinya sebagai memberi semangat.
“Jangan
risau sayang, kita cuba selesaikan secara baik, kita cuba mana yang boleh, yang
lain biar ALLAH yang akan tentukan” nasihat Zamri.
Murni hanya
menarik nafas panjang. Namun dia sedikit lega dengan kata-kata peransang
dari Zamri. Setiap tapak melangkah,
semakin hampir mereka kearah Ammar. Semakin berat rasanya langkah Murni, tetapi
semakin jelas pula wajah lelaki yang dulunya dia nekat tidak mahu berjumpa yang
kini sudah berdiri menanti mereka.
“Jemput
duduk Encik Zamri” jemput Ammar. Lembut
pula perangainya, pastinya ada helah.
Namun mereka
mengambil tempat duduk seperti yang diperlawa. Hendak berbincang, tentu kena
duduk. Mana ada orang berbincang berdiri?
“Murni.. “
Ammar merenung bekas isterinya tajam.
Murni masih
menarik, tidak berubah sama seperti kali terakhir Murni meninggalkannya. Pertemuan tengahari tadi, Ammar tidak perasan
akan kecantikan Murni kerana Murni tidak memberi dia peluang langsung, terus
meluru memarahinya. Tetapi petang ini,
apabila didalam suasana tenang, Ammar dapat berpeluang mengamatinya. Tetapi
kini dia sudah melepas, Murni kini hak mutlak Zamri. Mengapa dia terlambat 8 tahun. Kau buat apa selama 8
tahun Murni menghilang?
Murni
dengar Ammar memanggil namanya, tetapi dia pura-pura tidak mendengar.
“Sebelum
kita berbincang, nak anything .. refreshment..coffee ke, tea ke..” tanya Ammar,
relax sahaja dia. Ini, hendak berbincang atau hendak makan-makan?
“Muni
nak apa-apa” tanya Zamri kepada Murni
yang hanya diam membisu. Namun Zamri bersikap professional.
Zamri yang
bertanyakan isterinya, kerana dia tahu, jika Ammar yang bertanya pasti tidak
akan mendapat jawapan.
Memandangkan
pelayan sudah berdiri menunggu untuk mengambil pesanan sebaik sahaja dia
melihat tetamu yang ditunggu sudah sampai.
“Bolehlah..
fresh orange please” jawab Murni. Elok juga ada sesuatu untuk membasahkan
tekak, kerana pastinya dia akan kehabisan air liur, kerana membantah apa yang
bakal dituntut Ammar.
“Saya
pun..” jawab Zamri.
“Ialah..
saya nak tea.. so one tea and 2 fresh oranges please..” jawab Ammar, pelayan
mengangukkan kepala lalu meninggalkan mereka.
“Okey..
Encik Zamri, saya kesini bukan hendak merosakkan rumahtangga Encik Zamri, saya
cuma hendak hak saya sebagai bapa kepada Mila.. itu aje. Murni I just don’t understand why you hide all
this from me! Kenapa?” Ammar memulakan perbicaraan dengan soalan.
Soalan yang
hanya Murni sahaja yang boleh menjelaskannya.
Murni ketap
bibirnya, perlukah dia menjelaskan? Adakah dengan penjelasannya nanti boleh
merubah niat Ammar untuk mendapatkan haknya?
Zamri
memandang kearah Murni yang masih mendiamkan diri. Zamri perlu memujuk Murni,
jika sekiranya Murni berterusan bertindak mendiamkan diri, masalah tidak akan
berganjak kemana-mana.
“Muni,
abang rasa elok Murni cerita apa yang sebenarnya berlaku, at least Encik Ammar
ni faham situasi sebenar..jadi tak adalah salah sangka”
Murni juga
memandang kearah Zamri dengan muka sedih. Perlukah dia mengingat semula
peristiwa sedih yang sudah lama dia buang. Menyingkap semula kesah itu membuat
dia gelisah, bagaikan mecungkil semula kesah silamnya.
“Perlu ke
bang?..” tanya Murni
Zamri hanya
mengangguk.
“Hemmm.. okey.. Encik Ammar, I nak tanya you, if I told you 8 years ago, masa you
ceraikan I that I’m carrying your baby,
adakah you akan terima baby tu? I doubt
that you will accept, sebab masa tu you difikiran diri you aje, you
fikirkan mak you. you fikirkan sepupu kesayangan you. Dan sudah tentu you
fikirkan, I adalah perempuan jahat, isteri yang tidak ada maruah, isteri yang
tak jujur, tidak setia, malah yang ada banyak scandal dengan lelaki lain sana
sini, sampaikan kena tangkap khalwat di bilik hotel.. betul tak?” Murni
memulakan penjelasannya dengan sedikit terketar-ketar tetapi dengan nada
perlahan, maklumlah ditempat awam.
Jika
didengar oleh pengunjung yang lain, diri sendiri juga yang malu. Kemudian
Murni memalingkan mukanya kearah Zamri
yang nampak tenang. Zamri hanya menganggukkan kepala, meminta Murni meneruskan
kata-kata. Ammar tunduk
mendengar. Tangan Murni masih digenggamnya erat.
“Well.. encik Ammar please tell me, what is
your answer?” tanya Murni lagi
Ammar
tunduk, mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Murni. Memang dia mengaku
bersalah. Bersalah kerana hanya mendengar sebelah pihak. Dia buta masa itu,
buta oleh kata-kata ibu dan sepupunya. Mengapalah seorang peguam, seorang yang
cerdik, tetapi masih boleh termakan cakap tanpa usul periksa. Dimana
kewibawaannya sebagai seorang yagn sepatutnya berlaku adil.
“Murni..
abang minta maaf, abang terlalu percayakan Edwina masa tu. Tak sangka dia boleh
tipu keluarga abang dan abang percaya sampai begitu sekali. Sebabnya, ialah
kerana dia sepupu abang, abang tak sangka, memang abang tak sangka..” jelas
Ammar lagi.
“You tahu
tak, perempuan tu yang perangkap I, dia kata, awak ada tunggu saya kat hotel tu
sebab you minta I bawa some document,
document for the next day hearing sebab you sebok dengan client dari
Singapura tu… I still remember, your Singaporean client yang dituduh membunuh
maid dari Melaka tu... I percayalah sebab memang you memang sebok dengan client
dari Singapore masa tu. Rupa-rupanya dia
dah siap panggil JAIS siap-siap, perangkap I dengan client Singapore
tu.” Jelas Murni lagi.
“How could she!, tapi I cuba jelaskan, tapi you tak mahu dengar. Do
you remember that moment?” jelas Murni dengan garang.
“You tahu
tak Encik Ammar, kasihan jugak pada that Singaporean tau.. diapun tak tahu
menahu yang I datang, sama-sama terkejut masa tu. Dia jugak percaya you yang
suruh I tunggu you dibiliknya…sebab yang dia tahu you tunggu dia di lobby.
Tetapi bila I beritahu dia yang I isteri you that time, dia percayalah.
Tahu-tahu, tak sampai 5 minit I dalam
bilik dia tunggu you, JAIS dah ketuk pintu. Nak cakap apa lagi! “ nada Murni masih garang. Garang mengimbas peristiwa
hitam dia ditangkap khalwat.
“That is why Murni, masa tu abang hilang
pertimbangan, malu sebab Murni ditangkap dengan client abang. Abang tak mahu
masyarakat menanggap abang jual isteri untuk business. Tapi silap abang jugak,
tak fikir panjang, masa tu memang abang tak fikir panjang.abang ikut emosi. .I’m sorry, I really am” Ammar menghela nafasnya,
menyesali akan tindakannya yang tidak berfikir panjang.
“Maafkan
abang..” katanya lagi dengan muka sedih.
“Okeylah
Encik Ammar, sekarang Encik Ammar sudah tahu cerita yang sebenarnya, rasa saya
tidak perlu kita ungkit cerita lama. Yang sudah biarkanlah berlalu, kerana
ianya tidak akan dapat merubah apa-apa. Sekarang Encik Ammar sudah tahu situasi
yang sebenar. Murni diperangkap masa tu. 8 tahun saya lihat dia tidak tenteram.
Jadi tak usahkan kita ingatkan perkara yang sudah berlalu. Petang ni kita
hendak bincang perkara yang lebih berfaedah. Kesah Mila” jelas Zamri panjang.
Ammar hanya
diam dengan sedikit mata berkaca oleh air mata yang tidak mengalir. Tahu salah
sendiri.
“Ya.. anak
saya.. Mila.. bayangkan, sampai nama diapun saya tidak tahu, sehingga saya
kesekolah baru saya tahu nama dia..” sambil mengelengkan sedikit kepalanya.
“Saya
sebenarnya tidak mahu mengeruhkan keadaan. Mila membesar didepan mata saya. Dari tapak kakinya 2
jari sehingga sekarang, dia sudah jadi seperti anak saya sendiri, walaupun
sekarang hanya sebagai bapa dirinya sahaja. Saya sayang Murni dan Mila, Encik
Ammar kena mengerti tu…Tolong Encik Ammar, saya betul-betul minta budi bicara
Encik Ammar, tolong jangan keruhkan keadaan yang baru hendak cerah..” Jelas
Zamri.
Ammar masih
berdiam dengan luahan jujur Zamri. Ammar jatuh kasih pula.
Sekali lagi
matanya berkaca. Menyesal, terlepas waktu melihat anaknya, satu-satunya anaknya
membesar. Terlepas melihat dia sianak membuka mata sewaktu lahir kedunia,
terlepas melihat si anak mengatur langkah pertamanya, terlepas melihat si anak
tumbuh gigi, terlepas melihat si anak berlari, terlepas menghantar si anak hari
pertama kesekolah, terlepas menyambut setiap ulang tahun hari lahirnya dan
banyak lagi yang tidak dapat difikirkannya yang dia sudah terlepas. Dari itu
dia ingin mengganti semula semua saat-saat penting yang dia sudah terlepas. Tidak
tidak terlambat, banyak lagi moment yang dia boleh kongsikan bersama. Kali ini
dia cuba untuk bersama anaknya yang baru hari ini ini dia kenal namanya. Banyak lagi saat-saat indah yang bakal dia kongsi
bersama. Tetapi semua itu
hanya akan termakbul hanya dengan bantuan Murni. Murni kena memberi dia peluang
dan percaya kepadanya untuk merealisasikan semua itu. Mahukah Murni memberi dia
peluang itu?
“Abang
tidak akan rampas Mila terus dari Murni. Abang juga tak mahu sakitkan hati
Murni lagi. Cukup cukuplah dengan apa yang dah berlaku, cuma abang nak minta
Murni cerita kepada Mila siapa abang yang sebenarnya. Ayahnya belum mati lagi, dan berilah peluang abang
ganti balik masa-masa yang abang sudah terlepas bersama dia… “ ujar Ammar yang
menala pandangannya ke arah Murni yang tunduk, kemudian dia berpaling ke arah
Zamri pula. Murni memang sengaja tunduk, dia tidak betah memandang wajah itu,
walaupun dia adalah suaminya satu ketika dahulu.
“Encik
Zamri, terima kasih kerana menjaga Murni dan Mila selama ini, nampaknya saya
perlukan pertolongan Encik Zamri juga dalam perkara ini ” ujar Ammar lagi
dengan nada sayu. Menagih sempati dari
Zamri.
Terkedu
Murni, tidak disangka Ammar memang sudah berubah. Perubahannya bagaikan langit
dengan bumi. Mungkin masa sudah dapat merubahkan dirinya. Faktor umur juga
membuat seseorang itu menjadi lebih matang dan dewasa. Ya.. mungkin factor usia!. Murni juga jatuh kasihan,
hilang rasa risaunya. Ammar tidak cuba untuk merampas Mila dari dirinya. Kerana
sikapnya yang bertolak ansur, Murni mempertimbangkan untuk menceritakan hal
yang sebenar kepada Mila. Mila perlu mengetahui perkara yang sebenar. Tetapi
bagaimanalah agaknya Murni perlu memulakan perkara ini. Murni memandang kearah
Zamri yang tenang. Suaminya yang cool as
a cucumber.
Murni kerap
memberitahu Mila, yang bapanya sudah meninggal. Dia tidakpun menyebut meninggal
dunia. Maksud Murni sudah meninggalkan mereka berdua. Tetapi fikiran anak-anak
apabila diberitahu meninggal, sudah pastinya meninggal dunia. Yang hairannya,
Mila tidak pernah pula bertanya di mana kubur bapanya, untuk dia ziarah. Mila
masih anak-anak, mana dia fikir itu semua. Masih innocent.
“Macam
inilah Encik Ammar, bagaimana kalau kita bincang lagi esok-esok. Berapa hari
lagi Encik Ammar akan berada disini? Bukannya apa, saya perlu berbincang dulu
dengan Murni.” Jelas Zamri.
“Saya faham
Encik Zamri, saya cadang hendak balik KL lusa sebab nak hantar DNA test tu.
Jangan salah faham, bukan saya tidak percaya Mila tu anak saya. Cuma saya
hendak in writing, senang saya uruskan hak Mila untuk dana pengajian dia
nanti.”bicara seorang peguam, semua perlukan bukti.
“Kalau
begitu, kami hendak minta diri. Kasihan Mila dan Kak Melah, tunggu kami lambat
balik. Dia tak mahu tinggalkan Mila sorang-sorang kat rumah..lagipun hari dah
gelap ni..Encik Ammar tahulah tempat-tempat begini bila gelap, langsung tak ada
apa-apa aktiviti” Zamri memohon diri, dirasakan bekas suami Murni tidaklah
sekejam yang difikirkannya. Syukur alhamdullillah.
Sebenarnya
dia lelah juga, lelahnya akan bertambah apabila sampai dirumah nanti. Lelah
melayan Murni dengan emosinya. Sebagai suami, dia akan tetap berada disisi
isteri.
Hanya anggukan
dari Ammar. Semua berdiri
untuk membawa haluan masing-masing.
“Tunggu..”
terhenti langkah Murni dan Zamri yang
baru beberapa langkah dihayun. Mereka menoleh kearah suara, suara Ammar.
“Murni,
abang nak minta satu lagi permintaan? Boleh tak abang jumpa Mila sekali lagi sebelum abang balik KL..” Ammar
merayu.
Murni
memandang kearah Zamri. Zamri tidak dapat berkata apa-apa, semua keputusan
adalah hak Murni.
“Hem..
bila..” tanya Murni pendek.
“Bila-bila
yang Murni rasa baik” jawab Ammar, teruja kerana nampak seperti Murni memberi
kebenaran.
“Baiklah,
nanti Murni beritahu.. abang tolong ambil nombor telefon dia, Muni tak mahu simpan.
Abang aje yang simpan..” jelas Murni
“Oh ya..
Encik Ammar, Encik Ammar tolong beri nombor Encik Ammar dan nanti saya buat
miss call.. itulah nombor
saya” ujar Zamri
Hanya anggukan
dari Ammar tanda yang dia mengerti. Dihatinya ada sedikit cemburu melihat
kemesraan Murni dan Zamri. Sepatutnya, dia yang berada disebelah Murni, bukan
orang lain, tetapi apakan daya, semuanya sudah menjadi sejarah. Tidak
sudah-sudah Ammar menyesali dirinya. Apa hendak dikata, nasi sudah menjadi
bubur, tidak mungkin menjadi nasi semula. Apa yang boleh dibuat hanyalah
dimakan sahaja, walaupun tidak sekenyang nasi. Buburpun buburla…
No comments:
Post a Comment