Kita layan coretan ini pulak! Rindu pula rasanya dengan Si Didi sengal ni...
Bab 14

“Pap”
bunyi bonet ditutup. Terus menapak beberapa langkah ke arah pintu pemandu. Tangan
sudah berada dipintu kereta, hanya perlu menariknya sahaja, tiba-tiba matanya
tertumpu kepada satu susuk badan yang dia rasa dia kenal. Dikecilnya mata untuk
memastikan, betul atau tidak apa yang ada didalam fikirannya. Takut pula dia
tersalah orang, jangan main rasa-rasa! Perempuan itu menoleh, agaknya kuat
sangat Johan menutup bonet keretanya, sehinggakan perempuan itu menoleh.
“Macam
kenal aje” bisik hatinya.
“Bukan
dia, orang lain..” bisiknya lagi
“Baik
lupakan, kalau tak mahu cari nahas”.