Wednesday 7 May 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 14



Kita layan coretan ini pulak! Rindu pula rasanya dengan Si Didi sengal ni...

Bab 14

Dalam mengelamun, mengimbas perbualannya bersama isteri, tanpa Johan sedar dia sudah sampai di tempat pakir dimana keretanya terpakir. Kunci remote ditekan, berdecit sahaja bunyinya. Bonet kereta dibuka, di letakkannya beg yang terjulur reket, elok-elok dibelakang kereta. Takut patah pula reket itu sekiranya main hentam sumbat dibonet.
“Pap” bunyi bonet ditutup. Terus menapak beberapa langkah ke arah pintu pemandu. Tangan sudah berada dipintu kereta, hanya perlu menariknya sahaja, tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu susuk badan yang dia rasa dia kenal. Dikecilnya mata untuk memastikan, betul atau tidak apa yang ada didalam fikirannya. Takut pula dia tersalah orang, jangan main rasa-rasa! Perempuan itu menoleh, agaknya kuat sangat Johan menutup bonet keretanya, sehinggakan perempuan itu menoleh.
“Macam kenal aje” bisik hatinya.
“Bukan dia, orang lain..” bisiknya lagi
“Baik lupakan, kalau tak mahu cari nahas”.

“Sebelum aku kena hempuk dengan kasut, atau kena lesing dengan beg yang dia jinjing. Nampak seperti berat sahaja. Atau silap-silap nanti kena libas dengan raket tennis yang terjulur keluar dari beg. Yang mana sempat dia rembat. Mahu lebam biji mata. Mata lebam nanti hendak letak kat mana? Cacatlah nanti muka handsome aku ni. Buat malu sahaja jika beritahu kena pukul oleh perempuan kerana cuba mengganggu. Sexual arrastment.. gheee.. minta simpang! Ahhh.. lupakanlah, bukan minah tu..”bisik hati Johan lagi. 
Buat tambah pening sahaja memikirkan. Masalah yang adapun masih berterabur. Dalam fikiran cuba menghalang untuk melihat, tetapi didalam hati meronta-ronta minta teruskan aktiviti kurang sopan, memerhatikan perempuan yang berskit pendek itu.  Kena pulak nampak berbongkok-bongkok kerana sedang menyimpan beg di seat belakang. Tayangan perdana percuma siapa tak mahu lihat. Dah namapun lelaki, kata tak mahu, tetapi sebenarnya mahu.
Berastagrafar sesaat si Johan. Tetapi mata tidak lepas. Jangan biarkan suara hati yang bertanduk itu menang. Tangan Johan sudah menarik lebar pintu kereta untuk meloloskan dirinya Namun Johan perhatikan, perempuan itu sedang berjalan kearahnya. Berlenggang lengguk.
“Alamak! Dia tahu aku pandang dia ke? Memang aku kena hempuk ni..” Johan bercakap sendirian, hissy.. parah ni... Johan memandang kearah lain. Buat-buat tidak nampak.
“Nak minta tolong agaknya, entah-entah kereta dia tak boleh start ke apa? lady’s driver, biasalah, tahu drive aje, tak pandai maintain ...” omel Johan lagi. Mata masih menala kearah lain.
Namun dia teruskan juga niatnya untuk masuk kekeretanya. Jangan perasan, entah-entah perempuan tu hendak ketempat lain.
“Assalamulaikum.. maaf tanya! you Johankan.. Johan Irfan? Ahh..Dr Johan?” tegur perempuan sebaik sahaja dia hampir dikereta Johan. Johan yang sudah duduk, keluar semula berdiri dekat dengan perempuan yang menegurnya, tangan di tupang dicermin pintu.
Perempuan mana pula yang kenal dirinya, siap nama penuh lagi. Patient agaknya. Johan tahu dia mempunyai ramai patient perempuan. Hinggakan terlupa wajah-wajah mereka. Nama-nama mereka, lagilah out of mind. Tapi.. perempuan ini, pasti bukan patient sebab memang tidak register dikepalanya.
“Hello stranger? You tak ingat I ke? I lah!… Eli..Iliya Suraya..” sambil tangannya merewang-rewang diudara dan dia membulatkan matanya. Memaksa Johan mengingati dirinya.
Johan kerutkan mukanya, cuba mengimbas rupa perempuan cantik dihadapannya. Perempuan modern, freehair dan bergaya. Bukan seperti isterinya yang berbungkus seperti kelambu.
“Tap!, Tiba-tiba otaknya memberi signal, apabila Johan sedaya upaya mengingatinya. Masakan dia boleh lupa? Tetapi wajahnya berbeza dari dulu. Dia lagi cantik dan bergaya!
“Laaa.. Eli..you rupanya..” terus sahaja Johan teringat.
“Haaa.. Eli, ingatkan dah tak kenal I lagi..You apa khabar?  You pun main kat sini ke? Tapi I tak pernah nampak you pun selama ni!” sambung perempuan itu.
Johan memandang dari atas kebawah, dari bawah ke atas. Di depannya, berdiri seorang perempuan yang berpakaian skirt tenis yang singkat, cukup-cukup, hanya menutup pungung, nasib baik ada seluar pendek, jika tidak tentu sudah boleh nampak seluar kecik. Kemeja T berkolar. Tinggi lampai dan bergaya. Johan memang kenal perempuan ini. Malah lebih dari kenal. Dia memang dari dulu cantik, tetapi kali ini Johan lihat bertambah tambah cantik. Agaknya factor usia, kerana nampak lebih matang dan lebih bergaya. Lainlah dulu zaman menjadi pelajar…La.. betullah sangkaan Johan. Cukup-cukuplah memuji Dr. Johan Oii.. berastaqfar, bukan muhrim tu! Jaga pandangan, jangan dapat dosa mata…
“Eli.. macammana I tak boleh kenal you..mungkin sebab I nampak you makin cantik sekarang ni..” puji ikhlas dari Johan.
Memang dari tadi Johan berbisik didalam hati, yang perempuan dihadapannya itu cantik di matanya, terutama apabila diberi peluang untuk melihat semua aurat wanita secara percuma. Dah macam retis pula.
“Eh.. Eli, macammana pulak kita tak pernah bertembung ya?” Johan menyoal kembali kepada sipenegur.
“Entah.!.” jawab Eli sepatah tetapi nada tinggi.
“Oh… maybe because, usually I park kat dalam. Tapi hari ini sebab I sampai lambat dan I tahu, parking kat dalam tentu dah penuh, tu yang I parking kat sini..anyway how’s life?” tanya Eli lagi.
“myself? I’m okey..!” jawab Johan  dengan bangganya. Eli angguk sambil tersenyum.
“How is you wife..hemm  apake namanya, sorry I’m bad in remembering people’s name. Wait.. wait I dah ingat, Di, I remember princess Di and I remember your wife’s name..but princess Di hanya ada sekali Di. Your wife with double Di.. DiDi” tersenyum Eli memikirkan cara dia mengingat nama orang.
Johan geleng kepala. Lucu pula rasanya dia memikirkan si perempuan yang bernama Eli mengingat nama orang, tertutama nama isterinya.
“You have a unique way of remembering people’s name, Eli!..” jawab Johan.
“My Princess Di, dia okey.. busy with our daughter..”sambung Johan lagi.
“How nice, you dah ada anak? Berapa orang anak you?” tanya Eli lagi.
“sorang aje..” jawab Johan.
“a girl or a boy?” tanya Eli lebih lanjut.
“Kan, I beritahu tadi daughter..” jawab Johan sambil tersenyum
“Ahh.. sorry..” nampak sangat yang Eli tidak menumpukan perhatiannya kepada apa yang disampaikan oleh Johan. Terkejut sangatlah tu. Terkejut bertemu dengan lelaki yang dia tidak sangka berjumpa. 
“Dah lama ke you join kelab ni..” tanya Johan kepada Eli
“Lama jugak, sejak start kerja..you pulak sejak bila?”
“Dah lama juga, cuma dulu jarang datang sini, sekarang ini aje yang kerap.. tahu-tahulah profesion I” Johan merendah diri.
“I know, Dr. Johan! By the way, klinik you kat mana ek?”
“Nanti..nanti..” Johan mengangkat jari, tanda tunggu sebentar dan menyeluk dompetnya lalu mengeluarkan kad namanya lalu dihulurkan kepada Eli.
“Eh.. you macam dah nak balik and so do I.. macammana kalau kita jumpa lain kali dan cerita panjang sikit, especially story zaman kita di UK dulu..” kata Eli sambil tangan menyeluk beg yang disandang dan mengeluarkan purse. Dari dalam purse dikeluarkan sekeping kad nama.
Johan menyambutnya dan mereka nama bertukar-tukar kad nama.
“You Eli, macammana? Dah ada family atau still single..?” baru selangkah Eli meninggalkan Johan, Johan sudah bertanya kepada perempuan yang pernah menjadi teman baiknya semasa belajar di UK dahulu.
Eli hanya mencebekkan mukanya.
“A girl like me.. perh..siapalah yang hendak? “
“Then, you are still singlelah ni.. mana you campakkan si Khalid?”
“Ahh.. Come on Johan. Please don’t mention his name, Johan. I elergi dengan nama tu… I thought you knew me better. You aje yang tak faham. Atau sengaja tak mahu faham. Anyway, it’s too late now.  I got to go..dont forget to call me, right!” sikap berterus terang Eli masih seperti dahulu. Bila bercakap tidak ada tapis-tapis. Eli terus sahaja membuka keretanya dan meninggalkan Johan yang masih tercegat memerhati kereta Honda City berwarna merah hati meluncur laju. Tercengang dengan kata-kata yang baru didengarnya. Memang dia tahu yang si Eli sukakan dirinya, sedangkan Johan tidak. Tapi itu dizaman cinta monyet. Mana kekal. Ingatkan perasaan itu sudah lama berkubur. Johan masih tegak berdiri di tepi pintu keretanya. Eli, budak perempuan yang pernah dia heret ke semua pelusuk eropah. Mereka menjelajah bersama. Pantang ada cuti panjang, otak memikir untuk melihat bumi tuhan yang indah, walaupun terpaksa tinggal di bed and breakfast, penginapan yang paling sesuai bagi pelajar yang tidak ada pendapatan. Murah dan boleh muat ramai orang. Adakalanya tidur sebilik, beramai-ramai. Hendak peduli apa, janji ada tempat tidur dan tempat membersihkan diri. Lelaki perempuan satu rumah, tetapi bilik lain-lain. Hendak takut apa, bukan ada Badan Pencegah Maksiat..janji bilik tidak mahal! Mana mereka ada duit. Mereka semuanya bergantung seratus peratus kepada biasiswa penaja dan dermasiswa keluarga. Syarat utama, penghuninya bukan hanya mereka berdua, tetapi berkumpulan. Namun mereka hanya sekadar berkawan, teman sepanjang perantauan untuk menimba ilmu. Tidak lebih dari itu. Mereka masih menjaga batas-batas yang terlarang.
Johan tersenyum, apabila kepala otaknya mengulang tayang kenangan bersama perempuan itu... Puteri Eliya Suraya…anak Megat Mansor. Ha.. yang ini memang betul-betul nama “puteri” kerana dia ketururan megat ..Eli-Eli, Johan masuk dan duduk di depan stereng kereta, dia masih mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Teringat kenangan indah bersama
Eli dan teman-teman. Kenangan menjelajah eropah, menekmati keindahan alam yang dicipta oleh Allah. Kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dijual beli! Walaupun dengan 100 karung wang mas dinnar..atau mana-mana matawang dunia. Priceless!
“Eli,,” ulang Johan sambil tersenyum.
Bayangan Eli yang memakai pakaian sukan tenis yang berskit pendek terlintas lagi diruang matanya.  Dahsyat penangan perempuan berpakaian kurang kain ini.  Kalau Didi pakai macam tu, macammana rupanya ya? Oh tidak! Setiap inci tubuh Didi hanya untuk dirinya, buat apa hendak beri orang pandang? Tahu pula dia dan masih lagi teringatkan isteri dirumah. Kira okeylah tu…Kemudian, kepala otaknya tergelincir sedikit, “ala.. Eli kawan lama aje, kalau aku jumpa apa salahnya”. Kemudian dia berfikir lagi, “tak usahlah..”. Wajah Eli, Didi, Eli, Didi.. muncul berselang seli..akhirnya Johan pilih Eli!


4 comments:

Unknown said...

biasalah lelaki memang macam tu...
mula-mula kawan lama aje....

Rose Ezadora said...

Itulah, Didi kena cepat sedar. Macammana saya hendak sedarkan dia? Johan masih sayang, tapi bila ikan sudah ada menempel depan kucing... kucing hanya tunggu nak gap aje!

Unknown said...

bab 15 tak de ke?

Rose Ezadora said...

Ada.. tapi saya hendak habiskan cerita Karl dan Erin.. next kita jumpa Didi. Salam..