Tuesday 6 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - 23

Buat pembaca yang setia..


BAB 23

Hani menyelak surat khabar, tiba-tiba mata tertancap kepada iklan yang mengambil suku muka surat akhbar tersebut.
 “A Great Way To Fly” Special offer to 7 distinations.
Bangkok, Kuala Lumpur, Brunei, Manila, Bali, Jakarta and of course Singapore.
With special…”
“Hemm.. special price. Murah ni! Macammana? Nak naik MAS atau SIA?” Hani mencongak-congak, pemilihan MAS atau SIA.
“Zariath, come in please?” Hani menekan intercom meminta Zariath berjumpanya.
“Yes, Mem..” tidak sampai lima minit Zariath sudah tercogok dihadapannya.

“I’m taking leave. Booked me this flight please, to Kuala Lumpur from this date to this date” Hani mengarah Zariath menguruskan tiket penerbangannya, mengikut tarikh di kalender yang telah dibulatkan.
“Yes Mem..” jawab Zariath kendur. Dia mengerti, boss hendak pulang bercuti ke Malaysia rupanya. Kenapa istilah bercuti yang digunakan? Kenapa tidak istilah pulang? Sedangkan tempat yang dituju adalah tanah tumpah darahnya. Namun Zariath hanya mengikut seperti yang diarahkan. Kerana dia sayangkan bossnya. Jika dia pulang, sudah tentu bossnya tidak akan bersamanya lagi.
“Mem, your ticket is confirmed ya! They will issue the ticket tomorrow” tidak sampai setengah jam, Zariath telah memaklumkan tempahan tiket penerbangan sudah dilaksanakan.
“Thanks Zariath..” kata Hani, riang.

Tiket yang di tempeh sudah berada ditangan. Penerangan dengan pesawat SIA kerana ada special offer, lagipun akan sampai disebelah pagi, itu yang Hani suka.  Dijangka akan mendarat di KLIA kira-kira jam 6.30 pagi, jika tidak berlaku perubahan. Keluarga  telah dimaklumkan. Hani akan sampai di KLIA pada 7 November. Hani tidak membenarkan sesiapa menjemputnya kerana dia lebih suka terus mengambil teksi di lapanganterbang terus ke Melaka.  Niatnya tidak mahu menyusahkan sesiapa, bukan boleh percaya sangat jadual penerbangan. Jika sampai tepat pada waktunya, tidak mengapa, tetapi jika terlewat? Kasihan nanti kepada orang-orang yang menunggu, tak pasal-pasal terpaksa tergendala rancangan.
2 hari sebelum pulang Hani telah melawat Ummi Khadija dan saudara-saudara yang lain untuk memberitahu percutian pulang ke Malaysia. Ummi telah mengetahui cadangan itu terlebih dahulu melalui Seina. Berbagai bekalan telah dikirim oleh ummi untuk ibu Hani. Hani memasang niat, memandangkan penerbangan di waktu malam, Hani hanya akan lena sahaja di dalam pesawat. Bukan dapat lena sangatpun, tidur dalam posisi duduk, bukannya selesa seperti tidur di atas katil bersama bantal busuk!

Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Sulayman mengheret dua beg bagasi Hani. Berat juga, tetapi telah Hani timbang, cukup-cukup sahaja jumlah kilogram yang dia layak, 30kg untuk check-in luggage. Manakala 5kg untuk beg kabin. Entah apa yang berat sangat, Hanipun tak tahu. Yang dia ingat, dia ada membeli beberapa kotak nougat yang dipesan oleh Shima dan beberapa kilogram kekacang yang sangat segar. Nougat Afrika Selatan memang sedap, jika tidak, masakan Jimmy Oliver tidak pernah ketinggalan untuk membawa pulang nougat ke UK setiap kali berkunjung ke South Africa.  Siap promosi didalam TV lagi, mengwarwarkan yang dia gemarkan nougat tersebut.

“Ladies and Gentleman, passenger depart to Singapore by SIA 3601 please proceed to Gate No. 22” kedegaran pengumuman meminta penumpang SIA 3601 ke pintu no. 22.  Ini adalah Penerbangan yang Hani tempah.
“Mem, its your flights..” tegur Sulayman. Tersentak Hani yang sebok memikirkan soal nougat.
“Ya.. it’s my flights. I better leave now. See you in another two months.. Bye Sulayman“ bicara Hani sampai tersenyum. Kemudian dia terhenti. Sulayman yang masih berdiri, hairan.
“Sulayman.. don’t forget, find out if Eve needs anything from time to time.. ya?” kata Hani. Sulayman hanya angguk. Dia tahu apa yang harus dilakukannya, terutama memastikan makanan si Manja tidak kehabisan.
Hani terus mengheret beg kabinnya dan menyandang beg galas dibelakang, terus menuju ke pintu numbor 22 seperti yang telah dimaklumkan. Tiket boarding ditelek beberapa kali untuk memastikan betul nombor penerbangan. Sesampai di pintu nombor 22 sudah kelihatan penumpang beratur untuk memasuki bilik berlepas. Semua beg discan. Selesai discan Hani mengambil tempat duduk yang paling hampir dengan pintu menuju ke kapalterbang. Selang beberapa minit semua penumpang diarah memasuki pesawat.
“Letih betul hari ni, dalam flight karang nak lelap la”, bisik hati kecil Hati. Sudah berpuluh kali dia memasang niat hendak tidur sahaja disepanjang perjalanan.
Seat window number 46” peramugari dengan senyuman mengarahkan Hani melalui laluan yang diarahkan setelah menyemak pass boarding. Nampaknya agak kebelakang tempat duduknya, sampai sahaja ditempat duduk bernombor 46, tempat duduk nombor 45 sudah berpenghuni.
“Excuse me mister, my seat..” sambil menunjukkan pass boarding ke arah seorang lelaki muda, agak tampan dan bergaya, ahli perniagaan agaknya.
Nampak seperti berbangsa melayu, tetapi manalah tahu mungkin juga bukan, boleh jadi  orang Cape Malay, orang Indonesia, Singapura atau mana-mana bangsa melayu, itu sebabnya Hani berbahasa inggeris. Jika dia terus berbahasa melayu, tiba-tiba si lelaki tidak faham, mahu malu dibuatnya.
“Oh!! sorry,” bingkas dia bangun memberi Hani laluan setelah Hani meletakkan beg kabin di ruang atas kepalanya.
Thanks..” ucapan ringkas Hani.
Lelaki disebelahnya mengambil majalah di poket dihadapan seatnya dan membelek-belek, mungkin mahu membeli barangan bebas cukai. Hani hanya mendiamkan diri, kerana sudah memasang niat, bergerak sahaja pesawat dia hendak melelapkan mata.
Penerbangan berjalan lancar mengikut jadual. Selesai demontrasi keselamatan peramugari yang telah dilihatnya entah yang keberapa puluh kali, Hani sudah mengambil bantal biru dan meletakkan di kepala.  Lega rasanya, sebaik sahaja kepala terasa bantal kecil dibelakangnya.
Perlahan lelaki disebelah Hani memalingkan badan ke arahnya “Saya Luqman..” sambil menghulurkan tangannya tanda pengenalan.
“oh.. sorry..” apabila mengetahui Hani tidak menyambut tangannya, hanya tersenyum “Saya Hani…”
“Balik Singapore ke?” memulakan perbualan, nampaknya terbantut hasrat Hani yang beranggan untuk melelapkan mata.
“Tak, nak balik KL..” jawab Hani, mata masih tertutup.
“Iya?.. saya pun…” jawabnya seakan teruja. Hani tak tanyapun!
Mahu tidaknya seorang perempuan cantik disebelahnya.
Berbagai soalan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh lelaki ini, peramah sungguh. Hani naik letih menjawabnya sehingga semua lampu dipadamkan. Akhirnya Hani dapat juga melelapkan mata. Tapi malangnya tidur tidak dapat lama kerana digerakkan pula untuk makan malam apabila lampu diterangkan semula.  Sekali lagi perbualan disambung, letih betul melayan jiran sebelahnya berbual. Mungkin salah sangkaan Hani, dia ni bukan ahli perniagaan, silap-silap pensyarah sebab suka sangat bercakap.

Ladies and Gentleman, welcome to Changi International Airport, local time is 6.25 in the morning and bla..bla...bla..” lega Hani mendengar pengumuman yang dia sudah selamat sampai dan juga lega tidak perlu mendengar ceramah jiran sebelah tempat duduknya lagi. Lagipun Hani terpaksa mengambil kapalterbang MAS ke Kuala Lumpur. Masa transit hanya  1 jam 15 minit. Sebaik sahaja tanda tali pinggang bertukar hijau, Hani berdiri, begitu juga Luqman. Cuma Hani berharap Luqman tidak menjadi jiran sebelahnya lagi, walaupun perjalanan hanya mengambil masa satu jam.
“Which one is your handcarry..” bertanya kepada Hani untuk menolong menurunkan beg kabin, baik juga rupanya dia.
Yang warna merah hati, Delsy..” jawab Hani
Got it” dan menghulurkan kepada Hani.
Bergegas mereka yang transit ke Kuala Lumpur mencari balai berlepas dengan memegang boarding pas yang telah disediakan di Cape Town. Hani tidak terkecuali berlari-lari anak. Jika terlepas penerbangan ini, Hani terpaksa menunggu dua jam lagi itupun jika ada seat yang kosong. Hani tidak mahu perkara itu berlaku.
Terlepas penerbangan satu hal, Hani ada satu hal lagi. Dia cuba mengelak dari bertembung dengan Luqman, kerana dia tahu, Luqman juga menuju ke Kuala Lumpur.
Apabila sampai dibalai berlepas yang diarahkan, sekali lagi prosidur yang sama terpaksa Hani lalui.
Hani menonong mencari seat nombor 12. Deret didepan. Hani lega, pesawat tidak berapa ramai orang. Mungkin kerana penerbangan awal pagi. Dapat sahaja Hani duduk,  Hani menutup matanya dan menghela nafas lega.
“Cik Hani, tumpang lalu..” Hani masih pejamkan matanya, tidak sanggup dia membuka matanya, jika suara yang didengarnya adalah suara jiran yang dia cuba elak, Luqman.
“Cik..” katanya lagi.
Hani celikkan mata dan sengeh terpaksa. Hani bangun memberi laluan kepada Luqman untuk dia duduk di seatnya, sekali lagi disebelah Hani. Adakah ini kebetulan atau rancangan?
“Kita ni berjodoh ya, dari Cape Town lagi..” kata Luqman sebaik sahaja dia duduk.
“Ia ke?” tanya Hani
“Ialah.. tengok, dari tadi kita duduk sekali..suratan ke atau kebetulan..” kata Luqman lagi.
“Entah.. itu kena tanya system..” kata Hani.
Luqman cebik muka sambil menanggukkan kepalanya.
“Betul jugak ya.. system..may be..or may be not, may be faith!” katanya. Gembira sungguh lagaknya. Ulat bulu naik daun sebenarnya.
Hani pula menelek majalah di dalam poket dihadapannya. Bukannya Hani hendak membaca sangat, sebenarnya cuba untuk tidak melayan cik abang Luqman yang suka sangat bercakap. Satu jam penerbangan, bukannya lama. Belum sempat hendak menghabiskan sarapan berupa roti yang diberikan, sudah terdengar pengumuman untuk pemasangan semula talipinggang untuk pesawat mendarat.
“Alhamdullilaah.. akhirnya sampai ke tanah air tercinta..“ Hani tarik nafas gembira.
Luqman pandai-pandai menurunkan beg delsey merah Hani dari compartment diatas kepala. Ingat lagi rupanya rupa beg kepunyaan Hani.
Thanks..” itu sahaja yang dapat Hani berikan. Luqman gembira, cukup sekadar ucapan terima kasih dari Hani. Kemudian beratur menunggu giliran untuk keluar dari perut kapalterbang.
Keluar sahaja dari kapaterbang Hani singgah ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi, maklumlah sampaipun sudah pagi. Beg kabin diheret menuju ke Aero Train dan seterusnya ke kaunter Imigresen. Semuanya berjalan lancar hanya  tinggal menunggu untuk mengutip beg di kaunter kutipan bagasi. Lambat pula, 15 minit menunggu masih tidak kelihatan beg-beg keluar dari conveyerbelt. Hani terlihat, Luqman masih berlegar-legar, nampak resah sekali-sekali melihat jam di tangannya, tetapi masih sempat tersenyum kearah Hani. Akhirnya conveyer berjalan, kali ini dengan muatan beg-beg penumpang dari kapalterbang yang Hani naiki. Cepat mata Hani tertumpu kepada beg yang yang berwarna merah hati yang  Hani ikat dengan ribbon kuning, terus ditariknya turun ke troli yang sudah lama menunggu. Beg Luqman juga sama keluar, Luqman dan Hani berjalan beriringan keluar ke balai ketibaan. Sambil berjalan sempat lagi Luqman berbual, entah apa-apa, ada sahaja isu yang dibangkitkan.  Dia yang banyak bercakap, Hani hanya angguk atau menjawab “hem“. Entah kuasa bateri apa yang dia pakai, tidak letih agaknya dia bercakap. Jadi kalau dia ini bukan pensyarah, bukan ahli perniagaan, mungkin ahli politik, bukan pakar motivasi jadi,mungkin dia lawyer, lawyer buruk. Hani mengutuk jiran seperjalanannya. Si lawyer buruk sudah lama menghilang, bagaimana agaknya dia hendak meminta maaf kepada silelaki yang dikutuknya, tak pasal-pasal sudah mendapat dosa kering! Ya Allah ampunkan hambamu ini yang tidak pernah lepas dari membuat dosa. Cepat-cepat Hani menampar perlahan bibirnya, sedar akan kesilapannya. Jangan buat lagi sudah! Tetapi apakan daya, malaikat sudah mencacat apa yang telah dilakukannya, mengutuk orang dalam hati!


6 comments:

sufi_jamal said...

Tak sempat balik rumah kat tempat kerja dah baca..klu kat rumah nanti nak masak lagi hati pula tak sabar nak baca... nak thu kisah Hani selanjutnya.. trima ksih dng n3 ni

Rose Ezadora said...

Seorang teman bernama Adiratna Pekaca juga suka cerita ini. Dia usulkan saya menghantar menuskrip ini ke publisher. Rasa-rasa ada peluang tak? atau layak masuk bakul sampah aje..

sufi_jamal said...
This comment has been removed by the author.
sufi_jamal said...

Entahlah kdang-kdang pnerbit ni ikut crita psaran..klu agak2 rmai yg ska bca diorang trbitkanlah..mcam crita ala korean stroy yg kahwin tapi tak tidur skatil..tunggu cinta sejati muncul brulah hubungan suami isteri berjalan atau pikat memikat antara teruna dara dlm kolej atau crita anak2 hartawan dan jutawan yg mencari psangan..sbab mak teh slalu jumpa crita yg mcam ni dipasran.. tpi ialh ini pendapat shaja.nak puas hati cubalah hantar..

Rose Ezadora said...

Saya pula suka cerita yang masuk akal. Kalau kaya terlampau kaya, kalau miskin terlampau miskin. Kalau hensem terlampau2 sampai takut hendak bayangkan. Saya pernah hantar cerita "Bila Senja Berlalu" tahun lalu kepada Kaki Novel. Penerbit beritahu, jalan cerita ada potensi untuk dibukukan,dia beri rating 2.3 out 5 star, tetapi kena ubah sana sini. Sampai sudah saya tak edit. Tak tahu nak mula dari mana, sebab saya tak pandai.. sungguh! Nantilah saya edit perlahan-lahan dan hantar kepada Karangkraf pulak.

sufi_jamal said...

Selamat mencuba mak teh doakan semoga berjaya.AMIN