BAB 23
Hani
menyelak surat khabar, tiba-tiba mata tertancap kepada iklan yang mengambil
suku muka surat akhbar tersebut.
Bangkok,
Kuala Lumpur, Brunei, Manila, Bali, Jakarta and of course Singapore.
With
special…”
“Hemm..
special price. Murah ni! Macammana? Nak naik MAS atau SIA?” Hani mencongak-congak,
pemilihan MAS atau SIA.
“Zariath,
come in please?” Hani menekan intercom meminta Zariath berjumpanya.
“Yes,
Mem..” tidak sampai lima minit Zariath sudah tercogok dihadapannya.
“I’m
taking leave. Booked me this flight please, to Kuala Lumpur from this date to
this date” Hani mengarah Zariath menguruskan tiket penerbangannya, mengikut
tarikh di kalender yang telah dibulatkan.
“Yes
Mem..” jawab Zariath kendur. Dia mengerti, boss hendak pulang bercuti ke
Malaysia rupanya. Kenapa istilah bercuti yang digunakan? Kenapa tidak istilah pulang?
Sedangkan tempat yang dituju adalah tanah tumpah darahnya. Namun Zariath hanya
mengikut seperti yang diarahkan. Kerana dia sayangkan bossnya. Jika dia pulang,
sudah tentu bossnya tidak akan bersamanya lagi.
“Mem,
your ticket is confirmed ya! They will issue the ticket tomorrow” tidak sampai
setengah jam, Zariath telah memaklumkan tempahan tiket penerbangan sudah dilaksanakan.
“Thanks
Zariath..” kata Hani, riang.
Tiket yang
di tempeh sudah berada ditangan. Penerangan dengan pesawat SIA kerana ada special
offer, lagipun akan sampai disebelah pagi, itu yang Hani suka. Dijangka akan mendarat di KLIA kira-kira jam
6.30 pagi, jika tidak berlaku perubahan. Keluarga telah dimaklumkan. Hani akan sampai di KLIA
pada 7 November. Hani tidak membenarkan sesiapa menjemputnya kerana dia lebih
suka terus mengambil teksi di lapanganterbang terus ke Melaka. Niatnya tidak mahu menyusahkan sesiapa, bukan
boleh percaya sangat jadual penerbangan. Jika sampai tepat pada waktunya, tidak
mengapa, tetapi jika terlewat? Kasihan nanti kepada orang-orang yang menunggu,
tak pasal-pasal terpaksa tergendala rancangan.
2 hari sebelum pulang Hani telah melawat Ummi Khadija dan
saudara-saudara yang lain untuk memberitahu percutian pulang ke Malaysia. Ummi
telah mengetahui cadangan itu terlebih dahulu melalui Seina. Berbagai bekalan
telah dikirim oleh ummi untuk ibu Hani. Hani memasang niat, memandangkan
penerbangan di waktu malam, Hani hanya akan lena sahaja di dalam pesawat. Bukan
dapat lena sangatpun, tidur dalam posisi duduk, bukannya selesa seperti tidur
di atas katil bersama bantal busuk!
Hari
yang ditunggu akhirnya tiba. Sulayman mengheret dua beg bagasi Hani. Berat
juga, tetapi telah Hani timbang, cukup-cukup sahaja jumlah kilogram yang dia
layak, 30kg untuk check-in luggage. Manakala 5kg untuk beg kabin. Entah apa
yang berat sangat, Hanipun tak tahu. Yang dia ingat, dia ada membeli beberapa
kotak nougat yang dipesan oleh Shima dan beberapa kilogram kekacang yang sangat
segar. Nougat Afrika Selatan memang sedap, jika tidak, masakan Jimmy Oliver
tidak pernah ketinggalan untuk membawa pulang nougat ke UK setiap kali
berkunjung ke South Africa. Siap promosi
didalam TV lagi, mengwarwarkan yang dia gemarkan nougat tersebut.
“Ladies and Gentleman, passenger depart to
Singapore by SIA 3601 please proceed to Gate No. 22” kedegaran pengumuman meminta penumpang SIA 3601 ke
pintu no. 22. Ini adalah Penerbangan
yang Hani tempah.
“Mem, its your flights..” tegur Sulayman. Tersentak Hani yang sebok
memikirkan soal nougat.
“Ya.. it’s my flights. I better leave now. See you
in another two months.. Bye Sulayman“ bicara Hani sampai tersenyum. Kemudian dia
terhenti. Sulayman yang masih berdiri, hairan.
“Sulayman.. don’t forget, find out if Eve needs
anything from time to time.. ya?” kata Hani. Sulayman hanya angguk. Dia tahu apa yang harus
dilakukannya, terutama memastikan makanan si Manja tidak kehabisan.
Hani terus
mengheret beg kabinnya dan menyandang beg galas dibelakang, terus menuju ke
pintu numbor 22 seperti yang telah dimaklumkan. Tiket boarding ditelek beberapa
kali untuk memastikan betul nombor penerbangan. Sesampai di pintu nombor 22
sudah kelihatan penumpang beratur untuk memasuki bilik berlepas. Semua beg
discan. Selesai discan Hani mengambil tempat duduk yang paling hampir dengan
pintu menuju ke kapalterbang. Selang beberapa minit semua penumpang diarah
memasuki pesawat.
“Letih
betul hari ni, dalam flight karang nak lelap la”, bisik hati kecil Hati. Sudah
berpuluh kali dia memasang niat hendak tidur sahaja disepanjang perjalanan.
“Seat window number 46” peramugari dengan
senyuman mengarahkan Hani melalui laluan yang diarahkan setelah menyemak pass
boarding. Nampaknya agak kebelakang tempat duduknya, sampai sahaja ditempat
duduk bernombor 46, tempat duduk nombor 45 sudah berpenghuni.
“Excuse me mister, my seat..” sambil menunjukkan pass boarding ke arah
seorang lelaki muda, agak tampan dan bergaya, ahli perniagaan agaknya.
Nampak
seperti berbangsa melayu, tetapi manalah tahu mungkin juga bukan, boleh jadi orang Cape Malay, orang Indonesia, Singapura
atau mana-mana bangsa melayu, itu sebabnya Hani berbahasa inggeris. Jika dia
terus berbahasa melayu, tiba-tiba si lelaki tidak faham, mahu malu dibuatnya.
“Oh!!
sorry,” bingkas dia bangun memberi Hani laluan setelah Hani meletakkan beg
kabin di ruang atas kepalanya.
“Thanks..” ucapan ringkas Hani.
Lelaki
disebelahnya mengambil majalah di poket dihadapan seatnya dan membelek-belek,
mungkin mahu membeli barangan bebas cukai. Hani hanya mendiamkan diri, kerana
sudah memasang niat, bergerak sahaja pesawat dia hendak melelapkan mata.
Penerbangan
berjalan lancar mengikut jadual. Selesai demontrasi keselamatan peramugari yang
telah dilihatnya entah yang keberapa puluh kali, Hani sudah mengambil bantal
biru dan meletakkan di kepala. Lega
rasanya, sebaik sahaja kepala terasa bantal kecil dibelakangnya.
Perlahan
lelaki disebelah Hani memalingkan badan ke arahnya “Saya Luqman..” sambil
menghulurkan tangannya tanda pengenalan.
“oh..
sorry..” apabila mengetahui Hani tidak menyambut tangannya, hanya tersenyum
“Saya Hani…”
“Balik
Singapore ke?” memulakan perbualan, nampaknya terbantut hasrat Hani yang
beranggan untuk melelapkan mata.
“Tak,
nak balik KL..” jawab Hani, mata masih tertutup.
“Iya?..
saya pun…” jawabnya seakan teruja. Hani tak tanyapun!
Mahu
tidaknya seorang perempuan cantik disebelahnya.
Berbagai
soalan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh lelaki ini, peramah sungguh. Hani
naik letih menjawabnya sehingga semua lampu dipadamkan. Akhirnya Hani dapat
juga melelapkan mata. Tapi malangnya tidur tidak dapat lama kerana digerakkan
pula untuk makan malam apabila lampu diterangkan semula. Sekali lagi perbualan disambung, letih betul
melayan jiran sebelahnya berbual. Mungkin salah sangkaan Hani, dia ni bukan
ahli perniagaan, silap-silap pensyarah sebab suka sangat bercakap.
“Ladies and Gentleman, welcome to Changi International
Airport, local time is 6.25 in the morning and bla..bla...bla..” lega Hani
mendengar pengumuman yang dia sudah selamat sampai dan juga lega tidak perlu
mendengar ceramah jiran sebelah tempat duduknya lagi. Lagipun Hani terpaksa
mengambil kapalterbang MAS ke Kuala Lumpur. Masa transit hanya 1 jam 15 minit. Sebaik sahaja tanda tali
pinggang bertukar hijau, Hani berdiri, begitu juga Luqman. Cuma Hani berharap
Luqman tidak menjadi jiran sebelahnya lagi, walaupun perjalanan hanya mengambil
masa satu jam.
“Which one is your handcarry..” bertanya kepada Hani untuk menolong menurunkan
beg kabin, baik juga rupanya dia.
“Yang warna merah hati, Delsy..” jawab
Hani
“Got it” dan menghulurkan kepada Hani.
Bergegas
mereka yang transit ke Kuala Lumpur mencari balai berlepas dengan memegang
boarding pas yang telah disediakan di Cape Town. Hani tidak terkecuali
berlari-lari anak. Jika terlepas penerbangan ini, Hani terpaksa menunggu dua
jam lagi itupun jika ada seat yang kosong. Hani tidak mahu perkara itu
berlaku.
Terlepas penerbangan satu hal, Hani ada satu hal lagi. Dia cuba mengelak
dari bertembung dengan Luqman, kerana dia tahu, Luqman juga menuju ke Kuala
Lumpur.
Apabila sampai dibalai berlepas yang diarahkan, sekali lagi prosidur
yang sama terpaksa Hani lalui.
Hani
menonong mencari seat nombor 12. Deret didepan. Hani lega, pesawat tidak berapa
ramai orang. Mungkin kerana penerbangan awal pagi. Dapat sahaja Hani
duduk, Hani menutup matanya dan menghela
nafas lega.
“Cik
Hani, tumpang lalu..” Hani masih pejamkan matanya, tidak sanggup dia membuka
matanya, jika suara yang didengarnya adalah suara jiran yang dia cuba elak, Luqman.
“Cik..” katanya lagi.
Hani celikkan mata dan sengeh terpaksa. Hani bangun memberi laluan
kepada Luqman untuk dia duduk di seatnya, sekali lagi disebelah Hani. Adakah
ini kebetulan atau rancangan?
“Kita ni
berjodoh ya, dari Cape Town lagi..” kata Luqman sebaik sahaja dia duduk.
“Ia ke?”
tanya Hani
“Ialah..
tengok, dari tadi kita duduk sekali..suratan ke atau kebetulan..” kata Luqman lagi.
“Entah.. itu kena tanya system..” kata Hani.
Luqman cebik muka sambil menanggukkan kepalanya.
“Betul jugak ya.. system..may be..or may be not, may be faith!”
katanya. Gembira sungguh lagaknya. Ulat bulu naik daun sebenarnya.
Hani
pula menelek majalah di dalam poket dihadapannya. Bukannya Hani hendak membaca
sangat, sebenarnya cuba untuk tidak melayan cik abang Luqman yang suka sangat
bercakap. Satu jam penerbangan, bukannya lama. Belum sempat hendak menghabiskan
sarapan berupa roti yang diberikan, sudah terdengar pengumuman untuk pemasangan
semula talipinggang untuk pesawat mendarat.
“Alhamdullilaah..
akhirnya sampai ke tanah air tercinta..“ Hani tarik nafas gembira.
Luqman
pandai-pandai menurunkan beg delsey merah Hani dari compartment diatas kepala.
Ingat lagi rupanya rupa beg kepunyaan Hani.
“Thanks..” itu sahaja yang
dapat Hani berikan. Luqman gembira, cukup sekadar ucapan terima kasih dari
Hani. Kemudian beratur menunggu giliran untuk keluar dari perut kapalterbang.
Keluar sahaja dari kapaterbang Hani singgah ke bilik air untuk mencuci
muka dan memberus gigi, maklumlah sampaipun sudah pagi. Beg kabin diheret
menuju ke Aero Train dan seterusnya ke kaunter Imigresen. Semuanya berjalan
lancar hanya tinggal menunggu untuk
mengutip beg di kaunter kutipan bagasi. Lambat pula, 15 minit menunggu masih
tidak kelihatan beg-beg keluar dari conveyerbelt. Hani terlihat, Luqman masih
berlegar-legar, nampak resah sekali-sekali melihat jam di tangannya, tetapi masih
sempat tersenyum kearah Hani. Akhirnya conveyer berjalan, kali ini dengan
muatan beg-beg penumpang dari kapalterbang yang Hani naiki. Cepat mata Hani
tertumpu kepada beg yang yang berwarna merah hati yang Hani ikat dengan ribbon kuning, terus ditariknya
turun ke troli yang sudah lama menunggu. Beg Luqman juga sama keluar, Luqman
dan Hani berjalan beriringan keluar ke balai ketibaan. Sambil berjalan sempat
lagi Luqman berbual, entah apa-apa, ada sahaja isu yang dibangkitkan. Dia yang banyak bercakap, Hani hanya angguk
atau menjawab “hem“. Entah kuasa bateri apa yang dia pakai, tidak letih agaknya
dia bercakap. Jadi kalau dia ini bukan pensyarah, bukan ahli perniagaan, mungkin
ahli politik, bukan pakar motivasi jadi,mungkin dia lawyer, lawyer buruk. Hani mengutuk
jiran seperjalanannya. Si lawyer buruk sudah lama menghilang, bagaimana agaknya
dia hendak meminta maaf kepada silelaki yang dikutuknya, tak pasal-pasal sudah
mendapat dosa kering! Ya Allah ampunkan hambamu ini yang tidak pernah lepas
dari membuat dosa. Cepat-cepat Hani menampar perlahan bibirnya, sedar akan
kesilapannya. Jangan buat lagi sudah! Tetapi apakan daya, malaikat sudah mencacat apa yang telah
dilakukannya, mengutuk orang dalam hati!
6 comments:
Tak sempat balik rumah kat tempat kerja dah baca..klu kat rumah nanti nak masak lagi hati pula tak sabar nak baca... nak thu kisah Hani selanjutnya.. trima ksih dng n3 ni
Seorang teman bernama Adiratna Pekaca juga suka cerita ini. Dia usulkan saya menghantar menuskrip ini ke publisher. Rasa-rasa ada peluang tak? atau layak masuk bakul sampah aje..
Entahlah kdang-kdang pnerbit ni ikut crita psaran..klu agak2 rmai yg ska bca diorang trbitkanlah..mcam crita ala korean stroy yg kahwin tapi tak tidur skatil..tunggu cinta sejati muncul brulah hubungan suami isteri berjalan atau pikat memikat antara teruna dara dlm kolej atau crita anak2 hartawan dan jutawan yg mencari psangan..sbab mak teh slalu jumpa crita yg mcam ni dipasran.. tpi ialh ini pendapat shaja.nak puas hati cubalah hantar..
Saya pula suka cerita yang masuk akal. Kalau kaya terlampau kaya, kalau miskin terlampau miskin. Kalau hensem terlampau2 sampai takut hendak bayangkan. Saya pernah hantar cerita "Bila Senja Berlalu" tahun lalu kepada Kaki Novel. Penerbit beritahu, jalan cerita ada potensi untuk dibukukan,dia beri rating 2.3 out 5 star, tetapi kena ubah sana sini. Sampai sudah saya tak edit. Tak tahu nak mula dari mana, sebab saya tak pandai.. sungguh! Nantilah saya edit perlahan-lahan dan hantar kepada Karangkraf pulak.
Selamat mencuba mak teh doakan semoga berjaya.AMIN
Post a Comment