Sunday 12 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 41



Bab 41
 
Tidak aku sedar rupanya aku terlelap. Kepala ku di atas katil abang Rafiq, dengan tangannya masih aku genggam. Aku tegakkan kepala, aku lihat Kelly terlentok di sofa panjang. Nelly dan yang lain mungkin sudah pulang, kerana mereka akan bergilir untuk berada di hospital. Cuma aku yang seperti biskut chipmore, sekejap ada, sekejap tidak. Tangannya yang  terkeluar aku masukkan ke dalam selimut.  Meliang liukkan leherku agar tidak terseliuh. Entah berapa lama aku berkeadaan sedemikian, tidak aku sedar.