Saturday 30 November 2013

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 2

Coretan entah apa-apakan! Saya sendiripun tak tahu... main hentam sahaja.

Bab 2

Terkejut Didi apabila terasa ada tangan kasar di dahinya, namun dia tetap membatukan dirinya. Dia tahulah suaminya seorang doktor, sampai terbawa-bawa tugas seorang doktor dirumah.  “Sudah balik rupanya syaitan gondol” bisik hati kecil Didi.  

Didi tidak menyedari kepulangan suaminya kerana terlelap setelah penat mengamuk dan menangis. Namun dibiarkan sahaja tangan kasar itu melekap didahinya. Tidak mampu ditepisnya  Tadinya bukan main lagi marahnya, bagaikan gunung berapi Karakatau. Tetapi hanya kerana sentuhan tangan kasar lelaki yang dibenci itu sudah didahinya telah berjaya meredakan sedikit rasa marah. Mudah sungguh Didi mengalah, hanya dengan sedikit sentuhan, dia sudah cair. Betul kata Atirah, dia seorang isteri yang lembut, baik dan mudah mengalah. Salah satu sebab Johan mengambil kesempatan ke atas kelemahan dirinya.