Bab 34
Pagi Sabtu yang cerah dan ceria. Hani memulakan pagi
yang indah dengan solat subuh di rumah Puan Fatihah. Rumah yang ditumpangnya
untuk bermalam. Bukan kehendaknya untuk menumpangpun, tetapi atas desakan tuan
rumah, tetapi dengan kerelaannya juga. Dia suka sebenarnya, tapi malu hendak
mengaku.
Hani menyarung semula pakaian tidur Ain, kaftan batik.
Dia terus menuju ke dapur apabila terdengar seperti ada orang disitu. Memang
sah, Mak Ara sudah tercogok menyediakan menyediakan sarapan.
“Mak Ara nak masak sarapan apa pagi ni?..” tegur Hani
kepada pembantu rumah yang sedang terbungkuk-bungkuk mencari sesuatu di dalam
peti sejuk di hujung dapur. Menoleh Mak Ara ke arah suara, sedikit terkejut,
kerana memang selalunya waktu-waktu begini, dia seorang sahaja yang berada di dapur,
tetapi pagi ini terkecuali, ada peneman, Hani penemannya. Tersenyum simpul orang tua itu berbual mesra dengan
tetamu cantik majikannya.