Bab 33
Selesai solat Isyak, Hani membuka beg tangannya ingin
melihat e-mel melalui telefon bimbitnya. Sudah menjadi kebiasaan, urusan kerja
masih dikepala, walaupun sedang bercuti. Ternyata dia ada menerima beberapa e-mel
baru. Hani membaca satu persatu e-mel yang dia terima. Badan sudah letih,
tetapi digagahinya juga. Yang paling meletihkan ialah jawapan yang harus dia
berikan kepada Aqram keesokkan harinya. Mulut sudah beberapa kali menguap.
Sebelum tidur dia nekat untuk membuat istiqarah. Ada beberapa e-mel lagi yang
perlu dia buka dan baca. Terbuntang matanya apabila dia perasan ada satu e-mail
yang dia kenal, e-mel dari akaun peribadi Amjad, bukan dari Safari Advanture
Syarikatnya.
“Hisy, apa pula Amjad mahu dari aku“ bisik Hani.
Perlahan-lahan e-mel dibaca.
“Hello Hani, how
are you, I didnt know that you are back in Malaysia. I only knew it from Roseina.
Anyway I’m already missing you. When are you coming home. I am here waiting for
you. – Love from you Amjad”
Bulat mata Hani membaca coretan e-mail ini. Di hati
Hani Amjad hanya sekadar teman baik Khasif dan kawan sama bidang perniagaan
tidak lebih dari itu. Walaupun Amjad sering menghantarnya bunga, sering
mempelawanya makan dan sering membantu apa sahaja yang Hani perlukan, tetapi
Hani tidak pernah terfikir yang Amjad mempunyai perasaan lain terhadapnya. Hani ketahui Amjad benar-benar menaruh hati
sejak akhir-akhir ini tetapi telah cuba ditepisnya. Sepatutnya Amjad telah mengetahui apa
response yang telah berikan dengan segala tindak balas dan layanan Hani
terhadapnya. Mungkin buat kesejuta
kalinya hati Hani mungkin ingin menyatakan “Sorry Amjad”, tetapi Hani tidak
kesampaian untuk berterus terang kepadanya. Insan yang banyak membantu diawal dia
kehilangan Khasif dulu. Jasa orang tidak mudah dilupakan. Tetapi kerana Hani tidak berterus terang membuat Amjad
masih menaruh harapan kepadanya. Hani perlu menerangkan perkara sebenar sebelum
Amjad menyimpan perasaanya lebih dalam. Tengok apa dah jadi, Amjad sudah berani
mengucapkan sayang kepadanya. Hati seperti terasa bersalah pula kerana
memberikan signal yang salah. Kepada tidak berterus terang sahaja? Selagi Hani
menerima pelawaannya, selagi Hani meminta bantuan darinya, selagi Hani
melayannya, sudah pasti Amjad merasakan dia masih ada peluang.
“I should stop
giving him the wrong signal.“ulang Hani didalam hati.
Hani runsing memikirkan coretan Amjad yang baru di
bacanya. Hani juga masih belum pasti apakah jawapan yang harus diberi kepada
lamaran Aqram. Kedua
ibu bapanya sudah mengharapkan Hani menerima Aqram. Senang, kata mereka, tidak
perlu risau lagi, Hani akan berada didepan mata. Tapi..tapi Hani masih
keberatan hendak meninggalkan negara keduanya itu!
Bagaimana
pula harapan Amjad?
Jika
Hani ingin terus berada di Cape Town, Hani harus menerima Amjad.
Jika
ingin menatap wajah kembar Khasif, Hani harus menerima Aqram.
Dua
lelaki yang cuba memenangi hati Haninya. Hati perlu memikirkan semasak-masaknya.
Kedua-duanya ada keistimewaannya masing-masing. Susah juga hendak membuat
pilihan. Kerana Hani tidak sanggup meninggalkan Cape Town, tetapi dia juga
tidak sanggup melepaskan kembar Khasifnya. Jika dia memilih kembar Khasif, dia
akan berada di Malaysia. Berulang-ulang, hanya persoalan yang sama dan
jawapannya juga sama.
Dengan
Aqram, Hani memang rasa bahagia. Dengan Amjad dia rasa terhutang budi. Tamak juga rupanya perempuan yang bernama Hani
Asmara ini.
Sedang bingung memikirkan e-mel yang baru diterima,
Hani terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Hani tersenyum.
“Ape aje dia ni...“ .
Tertera nama Aqram, jiran di bilik atas. Apa lagi yang
dia mahu malam-malam begini, orang sudah hendak tidur. Macamlah tak boleh
bercakap esok. Mahu tak mahu terpaksalah Hani menjawabnya.
“Dah tidur ke..?” suara seperti orang malas, pastinya
sedang berbaring.
“Kalau dah tidur tak adalah bercakap sekarang ni…”jawab
Hani
“Hemm..Ya tak ya jugak.. sorry ganggu, saja nak dengar
suara Hani sebelum tidur. rindu...”jawabnya. Hani menjulingkan mata ke atas.
“Betulkah rindu..“ bisik hatinya.
“Emm.. ya lah tu..”Hani mengusik.
Sebenarnya Hani juga rindu, rindu hendak menatap wajah
kembar khasifnya.
“Dah fikir jawapannya..“ tanyanya lagi.
“Belum.. tak sempat nak fikir lagi“ jawab Hani.
“Okey.. Think
wisely, I will not disturb you anymore.. selamat malam sayang..” ucapan
dari Aqram.
Lama ditunggunya jawapan dari Hani, tetapi tidak ada
jawapan.
“Hani, are you
still there... tak ada jawapan pun… Hani dengar tak?tanyanya.
“ Ya..ya selamat malam juga Am..” balas Hani.
Termenung
Hani sejenak. Apakah tindakan yang harus dilakukanya. Siapa yang wajar dia
pilih, Malaysia atau Cape Town. Susah sungguh untuk membuat pilihan ini. Kerana pemilihan ini akan menentukan masa
depannya. Lama otak kecilnya
berfikir, tetapi masih buntu. Hani memang buntu dan berbelah bagi.
Hani masih bertelekung, niat untuk istiqarah
dilaksanakannya. Hanya DIA sahaja yang dapat membantu Hani tatkala ini.
Selepas sembahyang Istiqarah, Hani masih
terkebil-kebil, mata masih tidak dapat lelap. Jam di skrin telefon bimbit sudah
menunjukkan angka 3.00 pagi. Jangan harap pula ada orang menyanyikan lagu “pukul 3 pagi“ untuk dirinya
baru dia boleh lelap! Baru haru. Dipaksanya jua untuk lelap sehinggalah dia
dikejutkan oleh laungan azan subuh sayup-sayup kedengaran. Entah bila dia
terlelap Hani tidak perasan. Semasa siang tadi tidak Hani mendengar azan,
mungkin oleh keheningan pagi dan keadaan yang sepi membolehkan suara azan
terdengar jelas di telinganya.
Selepas solat subuh, hati Hani berdetik. Benarkah kata
hati itu, atau perlukah Hani menunggu sedikit masa lagi untuk mempastikan rasa
hatinya. Dia nekat untuk memilih mengikut rasa hati itu.
Aqram atau Amjad.
Amjad, seorang lelaki lelaki yang baik, Hani memang sudah
kenal lama dan sudah tahu hati budinya. Bertuah perempuan yang bakal menjadi
isterinya. Tetapi nampak gayanya, perempuan yang bertuah itu bukan dirinya.
Aqram, juga seorang lelaki yang baik, tetapi Hani
sedang belajar mengenal hati budinya. Dan kata hati meminta Hani memilih lelaki
ini.
Wajah kembar Khasif terbayang.
Wajah kembar Khasif terbayang.
Bolehkah dipercayai seratus peratus, pemilihan yang
dibuat hanya dengan kata hati adalah betul dan tepat? Mungkin. Bagaimanapun,
Hani nekat, Aqram adalah pilihannya. Wahai hati, aku percaya kepada pemilihan
kau seratus dan satu peratus...Aqramlah orangnya.
7 comments:
Wahh sinag lgi dah post trima kasih
hti ibu sperti mak teh mengatakan tepat pilihan hani. sorng ibu mana suka anaknya juh dri mata. jauh sikit tk apa janji masih dlm m'sia.
Tetapi sebenarnya Hani sudah membuat pilihan yang salah..
ye ke aduh!! sedehnya arqam bukan sorang yg baik ke atau dia akn meninggal macam khasif..tak sabar nak tahu ni
Perlahan-lahan, nanti tahu. Kalau saya beritahu awal, tak bestlah, tak ada kejutan..jauh lagi kesah tu..
saya rasa hani pilih aqram ...tapi hani silap perangai aqram tak sama dgn hasif ... mesti dia mkn hati nanti ... huhuhuhu ....
sambung lagi cik rosee ... suka la citer u ni ....
i nak suggest blog u ni kat FB GROUP LINK NOVELIS ...boleh? ...
cik anonymous, boleh aje kalau hendak link kan kepada FB group novelis.. terima kasih.
Peringatan sebenarnya, jangan pilih kerana rupa..
Post a Comment