Sunday 18 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 32



Tara!!! jemput baca..

BAB 32

“Nak makan apa?” Aqram bertanyakan Hani di meja yang telah di tempah khas untuk mereka malam itu di Holiday Inn Petaling Jaya. Tidak disangka, rupa-rupanya Aqram telah awal-awal membuat tempahan untuk makan malam bersamanya.  Rancangan telah diatur awal, tetapi terlupa memberitahu tuan punya diri akan rancangannya. Andai kata Hani tidak jadi datang, bagaimana?
Kerana tidak dimaklumkan, akibatnya Hani menjadi umang-umang. Aqram hanya senyum melihat Hani. Memang dia umang-umang malam ini, dengan baju kurung Ain tersarung dibadan, dan kerudung Puan Fatihah dikepala. Nasib baik muat. Ala, baju kurung tentu muat untuk sesiapa sahaja. Kelebihan pakaian kebangsaan ini yang sesuai untuk apa sahaja occasion.

“Hani, Am tak pandai bermadah atau berpuisi. Am sebenarnya nak luahkan perasaan Am pada Hani malam ni. Am rasa Am dah jatuh cinta dengan Hani sejak jumpa pertama kali di Restaurant Cape Town dulu, so Am nak tanya sama ada Hani sudi tak terima cinta Am, hemm dan juga sudi tak jadi suri hidup Am..”Am tunduk sewaktu meluahkan kata. Tunduk kenapa? Takut? Hani diam tidak berkotek.
“Ammmm, Am tak rasa ke yang Am buat perkara ni macam tergesa-gesa aje? Am tak fikir ke perkara ini bukan boleh dibuat main-main. Commitment yang besar! Am belum kenal sepenuhnya tentang diri Hani dan Hani pun belum kenal sepenuhnya diri Am..” tenang Hani berbicara.
“Kita boleh kenal mengenal diri masing-masing after this..” jawab Aqram.
Hani ketawa kecil.. “Ye ke? Bila? Bila kita sudah ada ikatan. Kalau masa tu baru tahu tembalang masing-masing, hendak buat macammana? Bercerai? Sudah tak ada jalan keluar lagi. Dah terpaksa hadap.. sekarang bukan macam zaman nenek moyang kita Am, mengenal pasangan mereka hanya selepas mereka kahwin..wake up Am, sekarang zaman orang berlumba-lumba pergi kebulan, bukan setakat memuja bulan dari bumi..” jelas Hani.
“Apa salahnya macam tu, lagi bagus, dari bercinta bagai nak rak bertahun-tahun, lepas tu kahwin dua tiga tahun bercerai-berai” amboi Aqram, siapa yang bercinta bagai nak rak dan kemudian bercerai? Yang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun dan bercerai selepas dua tiga tahun agaknya dirinya sendiri? Eh.. mana pula bercerai? Elok aje dia dengan si Jeslina tu Hani tengok? Bermonolog sendiri pula Hani dengan kata-kata Aqram. Apa yang dia hendak sampaikan ni sebenarnya!  Sudah carca marba! Bercelaru.
Perbualan diganggu oleh pelayan yang menghantar minuman. Minuman diletakkan di hadapan Hani dan Aqram. Ucapanan terima kasih dilafaz kepada si budak pelayan yang sopan.
“Betul ke Am tak pernah ada sesiapa dalam hidup Am, takkanlah orang sehebat  Am.. tak pernah ada calon?, Hani tak percayalah! Orang ada rupa, ada kedudukan, kukuh pendapatan tak ada gadis yang sudi. Hani ni pulak kedudukan sederhana aje, serba kekurangan, rupa jauh sekali” Hani merendah diri, sambil tu sempat kenen si Aqram.
“Bohong kalau Am katakan tak pernah, tapi disebabkan Am terlewat meluahkan perasaan Am, Am melepas. Itulah kelemahan Am, Am tak berani meluahkan hati.. ni pun Mama dengan Ain yang bantu.. masa pick up Hani tu, Am beranikan diri aje.. main redah. Kalau Hani tak sudi ikut Am masa tu, memang malu besar Am. Dan lagi, bila Hani setuju nak datang sini lagi menambah kenyakinan Am untuk move further.. takut melepas lagi..” jawabnya ringkas, mata sudah menala ke arah Hani. Cepat-cepat Hani mengaleh pandangannya ke tempat lain. Tidak mahu bertentang mata. Bahaya! Apa kata penyanyi R. Azmi,“Dari kerana mata..“.
“Hani, Am dah 33 tahun ni, teman-teman sebaya dah berderet anak dia orang.. Am aje tertinggal yangmasih mencari-cari..tapi Am rasa pencarian Am dah hampir kepenghujung sebab Am dah jumpa apa yang Am cari” kata Aqram, entah di mana ideanya keluar kata tidak pandai bermadah tapi malam ini macam-macam ayat indah keluar bagaikan berada didalam Istana Budaya, sedang menghayati drama teater sebabak.
“Am percaya dah jumpa apa yang Am cari selama ni?..” Hani menyoal. Hebat juga lakunannya. Tetapi tetap gubra. Kata berani untuk berbincang empat mata..rupanya dia tidak seberani mana.
Aqram hanya mengangguk perlahan. Tanpa bersuara, apabila mendengar Hani tertawa kecil. Dia dapat rasakan, dia akan kecundang sekali lagi, itu sebabnya dia hilang kata-kata. Mungkin kehabisan skrip. Melepas lagi nampaknya.
“Habis tu, Jeslina nak letak mana?..” tiba-tiba Hani membangkitkan nama Jeslina yang merupakan salah satu soalan yang terbuku di dadanya, yang membuat dirinya cemburu di atas kemesraan mereka siang tadi.
Aqram tersintak, apa pulak soalan Hani membabitkan Jeslina.  Aqram pandang Hani dengan senyum meleret, apa hal pulak dengan  Jeslina? Kenapa nama Jeslina pula yang dibangkitkan!
“Kenapa pulak dengan Jes?” Aqram pula ketawa kecil apabila Hani melibatkan nama ini, out of the blue.
“Bukan ke Jeslina ada kena-mengena dengan Am?” Hani menyambung pertanyaan, apabila, jawapan yang diharap tidak diterima.
“Kena mengena! Kena mengena macammna?” Aqram terkebil-kebil, tidak mengerti dengan soalan Hani.
“Memanglah dia ada kena mengena dengan Am....kenapa?” sambungnya lagi.
Berderau darah Hani apabila dia mendengar sendiri jawapan Aqram. Betul rupanya sangkaannya. Menang mereka ada hubungan. Mengakupun!
“Ohh.. Hani cemburu ya..” terus cuba menyakat Hani.
“Cemburu apanya, saya nak mahu ganggu hak orang dan saya tak sudi hendak jadi orang ketiga, Dari bertiga, baik saya bersendirian begini, lagi puas” Jawab Hani.
“Tak mahu ganggu hak siapa?Orang ketiga..Eh...nanti-nanti, Hani ni dah salah faham, Am rasa! Salah faham pasal Jes!” Aqram tersengeh.
Hani sudah mengelabah, dia bolehkan tersengeh. Kurang asam betul!
”Cik Hani sayang, Jes tu sepupu Am, anak makngah Alida.. suami dia pergi Korea sama Pa, jadi Ma jemput tinggal di rumah sebab ada baby Tika. Takut tinggal sorang-sorang apa-apa jadi nanti susah. Tika sakit ke, Jes sakit ke? Makngah duduk di Penang” Aqram sambil tersenyum kerana mengetahui Hani ada perasaan cemburu terhadapnya.
“Okey fine, jika sepupu memang boleh panggil Am abang, tapi yang dia panggil mama Am, mama juga tu kenapa?” Hani masih tidak puas hati dengan jawapan dari Aqram. Cerita boleh sahaja direka-reka. Bukan ada sesiapa yang hendak membetulkannya.
“Dia adik susuan Am. Itu sebab dia panggil Am abang, dan panggil mama, mama..! Apa lagi yang Hani nak tahu.. cuba cerita!” tanya Aqram lagi. Tersengeh tak sudah.
Berubah wajah Hani, termalu sendiri, menuduh tanpa usul periksa, dia ada penyakit rupanya, sakit hati akibat cemburu buta. Satu tanda baik, Hani ada perasaan cemburu, cemburu tandanya Sayang.. bukankah begitu!.
Aqram yang masih tersenyum meleret, melihat Hani yang sudah malu alah.
“Macamni la.. kita bincang hal kita, jangan bincang hal orang lain malam ni boleh tak? Am tak mahu dengar nama orang lain kecuali nama Hani dan Am aje..okey tak? Untuk malam ni aje, boleh?” bulat matanya memandang Hani yang sudah blushing malu, tidak dia sangka, cemburu buta rupanya dia.
”Hani kena percaya kepada Am, Am sayang Hani separuh mati, Am akan terima Hani seadanya, dan Am nak Hani terima Am juga seadanya“ sambungnya dengan pembacaan skrip teaternya. Masih ada dialog skrip lagi, ingatkan sudah habis.
“For your info, Am tahu kesah silam Hani walaupun tak banyak, tapi cukup untuk Am memilih Hani. Am harap Hani dapat buka pintu hati Hani untuk Am, walaupun Am tahu Hani dah penuhkan hati Hani dengan arwah suami Hani. Tapi Hani kena ingat orang yang dah pergi takkan kembali, Hani patut kosongkan hati Hani dan berilah peluang untuk Am mengisinya. Arwah sudah menjadi kenangan buat Hani dan Am bersedia menjadi masa depan Hani..Maaf kalau perkataan Am tadi membuat Hani kurang senang…” panjang lebar pula Aqram bermukaddimah. Penulis skrip sudah terover emosi pula.
Hani terharu apabila Aqram menyebut hal arwah suaminya. Bukan semudah yang Aqram luahkan untuk Hani terus melupakan, walaupun kini sedikit demi sedikit Aqram memang sudah perlahan-lahan mengisi hatinya. Hatinya terus bertanya-tanya haruskah dia memberi peluang lelaki ini yang nampak memang jujur dan ikhlas terhadap dirinya. Belum tentu lagi. Mana boleh dipadamkan serta merta. Bukan ada eraser khas atau pemadam yang boleh menghilangkan kenangan manusia, hanya dengan sekelip mata.
Eh nanti! Ada alat khas. Alat yang hanya boleh didapati di Hollywood. Alat menghilangkan ingatan manusia. Tuuu.. dalam cerita “Men In Black“. Lupakan kesah Men in Black, berbalik semula kepada Am dan Hani...
“Macamni la Am, beri saya masa untuk berfikir malam ni..saya beri jawapan esok“ kata Hani dengan yakin, bolehkah dia memberi jawapan dengan hanya berfikir satu malam. Bukankah lebih baik sembahyang tahajud dahulu.
Aqram mengangguk sambil menjamah makanan yang telah terhidang. Jika setakat memberi Hani satu malam untuk berfikir, apalah sangat. Ingatkan dia perlukan seminggu atau sebulan, namun Aqram masih boleh mempertimbangkannya. Asalkan Hani tidak meminta masa yang makan bertahun, kerana jangan menambah masa yang Aqram ada sudah tertinggal jauh.
Bila masalah yang terkumpul dikepala sudah terungkai, barulah Hani dapat rasakan ada benarnya  dengan apa yang dikata. Dia perlu teruskan hidupnya tanpa bayangan Khasif didalam dirinya. Kerana dia perlu meneruskan hidupnya dengan orang lain yang masih bernyawa dan nyata, bukan bayangan. Wake-up Hani, life has to go on.  
“Hani dah pergi I-City?“ tanya Aqram. Mengubah tajuk. Hani perlukan satu malam untuk berfikir. Maka satu malam dikhas buat Hani.
“Hani ada dengar tempat tu masa di Cape Town, tapi belum berpeluang pergi lagi..“ kata Hani.
“Okey.. lepas ni kita ke sana” kata Aqram yang nampak ceria, apabila Hani sudah perlahan-lahan nampak memberikan response yang positif.
“Sempat tak bawa Hani ke Putrajaya lepas tu..” tanya Hani
“Putrajaya.. Putrajaya..jika setakat pusing-pusing, sempat kut..!” kata Aqram. Dia lagi suka, kerana dia boleh lagi lama bersama Hani. Bukan setakat Putrajaya, kemana-mana yang ada nama Putra pun dia sanggup. Hani lupa satu malam untuk dia berfikir sudah bermula.
Selepas makan, Aqram membawa Hani ke  I-City Commercial Park, kerana I-City hanya baru beroperasi beberapa tahun yang lalu.  Kemudian, berlegar-legar di Putrajaya. Seronok rasanya Hani apabila sampai di Putrajaya. Tempat yang banyak meninggalkan kenangan buatnya. Kenangan lama yang akan dia tinggalkan untuk mengisi kenangan yang baru.
Putrajaya sudah banyak berubah dari masa Hani tinggalkan. Sudah banyak bangunan yang cantik-cantik dan juga kawasan perumahan juga sudah bertambah. Hani terasa bangga dengan pencapaian itu. Cuma tidak dapat dilihat dengan jelas kerana perjalanan diwaktu malam. Namun cahaya dari setiap bangunan mampu menerangkan sekitar Putrajaya membuat Hani teruja.
“I was a nurse in that hospital, Putrajaya Hospital” membuka rahsia dirinya secara tidak sengaja, sewaktu kereta Aqram melintas di hadapan Hospital Putrajaya.
“Really? patutlah confident aje rawat tangan Am last time..” Aqram terkejut tetapi gembira . Pusing punya pusing, tidak sedar masa telah berginjak hampir penghujung malam.
Mereka pulang agak lewat, hampir tengahmalam. Puan Fatehah masih belum tidur, kerana menunggu kepulangan Hani dan Aqram, sedang membaca majalah diruang tamu. Risau juga dia, kemana pula anak bujangnya membawa anak perempuan orang. Sebagai seorang ibu, dia rasa bertanggungjawab ke atas tetamunya.
“Ha.. dah balik pun.. macamana Hani, Am.. dah bincang betul-betul..” katanya, soalan pertama yang dibangkitkan, seperti tidak sabar-sabar menunggu jawapan.
“Dah ma, tapi belum ada jawapan lagi. Hani nak masa lagi. Kita tunggu aje, harap jawapan yang kita tunggu positif dari ex-nurse kita ni. Jangan Am tunggu sampai bujang terlajak menjadi bujang tua sudahlah.” Aqram memerli Hani.
Hani hanya tunduk mendiamkan diri.
“Apa Am kata? Hani ex-nurse? ye ke Hani? Jjadi macammana pulak jadi tour guide..?” satu lagi soalan yang timbul. Hani hanya tersenyum. Malas dia hendak cerita panjang-panjang, kalau hendak diceritakan mahu tak cukup masa malam ini, alamat ayam dah berkokok pun, cerita Hani masih tidak selesai. Jadi bila pula dia hendak memberi jawapan kepadanya kepada Aqram.
“Cerita lama Untie” pendek sahaja jawapannya.
“Nurse kat mana dulu..” soalan kedua dari Puan Fatihah
”Kat Hospital Putrajaya untie..3 tahun Hani bertugas di sana sebelum kahwin..”
“ohh.. dah lewat ni.. baik tidur aje, Hani tidur bilik ya.. Ain dah pinjamkan baju tidur dia, dah ada atas katil..” Hani mengikut Puan Fatehah dari belakang.
Di tolehnya belakang memandang Aqram masih mengekorinya.
Janggal sungguh rasanya bermalam di rumah orang yang baru di kenalnya. Aqram terus menaiki tangga kebiliknya di tingkat atas dan memerhati Hani dan mama menuju ke bilik tetamu.
“Good night mama..emm… Hani” suara Aqram dari atas tangga dengan nada ceria.
“Good night..” jawab ibunya tetapi tiada jawapan dari Hani..
“Hani.. jangan lupa kunci bilik tu.. untie takut ada  orang yang mengingau, takut tersalah bilik pulak nanti” tersenyum memandang kearah Aqram yang sudah terhenti di pertengahan tangga apabila mendengar mamanya memerli dirinya.
“Apa lah mama ni.. tak ada maknanya ma.., Am nak Hani berehat betul-betul malam ni, so that she can think peacefully tanpa gangguan, sebab Esok Am nak dengar berita gembira, boleh kan Hani…!” gesa Aqram.
Tangan Hani yang sedari tadi ditombol pintu, pintu sudah terbuka luas, hanya menunggu penghuninya sahaja untuk masuk.
In that case .. okeylah Hani.. rehat dulu” kata Fatihah.
“Terima kasih untie..” perlahan akhirnya Hani menutup pintu dan menekan lock di tombol seperti yang diminta oleh Puan Fatihah.
Memang benar kata Puan Fatihah itu, takut ada orang mengingau atau tersalah bilik. Sebenarnya untuk keselamatan bersama. Tidak ditujukan kepada sesiapa, malah berat kepada diri Hani sendiri, manalah tahu Hani pula yang mengingau dirumah yang ditumpangnya untuk bermalam. Ini lagi kes berat!!



3 comments:

sufi_jamal said...

seawal 6.25 pg mak teh dah jenguk sni. huby pula trpangil2 ajak minum. msa minum tk rasa mehoon greng mk teh tu sdap ke tidak, asyik ingat MdTH shja. tpi puas hti bla thu sapa jeslina. trima ksih n3 ni.

Rose Ezadora said...

Terima kasih.. kita sambung lagi malam nanti.insyallah

Anonymous said...

yes hani! .. pleaaseeeee ... hehehehehe ...