Tara!!! jemput baca..
BAB 32
“Nak makan apa?” Aqram bertanyakan Hani di meja yang
telah di tempah khas untuk mereka malam itu di Holiday Inn Petaling Jaya. Tidak
disangka, rupa-rupanya Aqram telah awal-awal membuat tempahan untuk makan malam
bersamanya. Rancangan telah diatur awal,
tetapi terlupa memberitahu tuan punya diri akan rancangannya. Andai kata Hani
tidak jadi datang, bagaimana?
Kerana tidak dimaklumkan, akibatnya Hani menjadi
umang-umang. Aqram hanya senyum melihat Hani. Memang dia umang-umang malam ini,
dengan baju kurung Ain tersarung dibadan, dan kerudung Puan Fatihah dikepala.
Nasib baik muat. Ala, baju kurung tentu muat untuk sesiapa sahaja. Kelebihan
pakaian kebangsaan ini yang sesuai untuk apa sahaja occasion.
“Hani, Am tak pandai bermadah atau berpuisi. Am sebenarnya nak luahkan perasaan Am pada Hani malam
ni. Am rasa Am dah jatuh cinta dengan Hani sejak jumpa pertama kali di
Restaurant Cape Town dulu, so Am nak tanya sama ada Hani sudi tak terima cinta
Am, hemm dan juga sudi tak jadi suri hidup Am..”Am tunduk sewaktu meluahkan
kata. Tunduk kenapa? Takut? Hani diam tidak berkotek.
“Ammmm, Am tak rasa ke yang Am buat perkara ni macam
tergesa-gesa aje? Am tak fikir ke perkara ini bukan boleh dibuat main-main.
Commitment yang besar! Am belum kenal sepenuhnya tentang diri Hani dan Hani pun
belum kenal sepenuhnya diri Am..” tenang Hani berbicara.
“Kita boleh kenal mengenal diri masing-masing after
this..” jawab Aqram.
Hani ketawa kecil.. “Ye ke? Bila? Bila kita sudah ada
ikatan. Kalau masa tu baru tahu tembalang masing-masing, hendak buat macammana?
Bercerai? Sudah tak ada jalan keluar lagi. Dah terpaksa hadap.. sekarang bukan
macam zaman nenek moyang kita Am, mengenal pasangan mereka hanya selepas mereka
kahwin..wake up Am, sekarang zaman orang berlumba-lumba pergi kebulan, bukan
setakat memuja bulan dari bumi..” jelas Hani.
“Apa salahnya macam tu, lagi bagus, dari bercinta
bagai nak rak bertahun-tahun, lepas tu kahwin dua tiga tahun bercerai-berai”
amboi Aqram, siapa yang bercinta bagai nak rak dan kemudian bercerai? Yang
bercinta bagai nak rak bertahun-tahun dan bercerai selepas dua tiga tahun
agaknya dirinya sendiri? Eh.. mana pula bercerai? Elok aje dia dengan si
Jeslina tu Hani tengok? Bermonolog sendiri pula Hani dengan kata-kata Aqram.
Apa yang dia hendak sampaikan ni sebenarnya! Sudah carca marba! Bercelaru.
Perbualan diganggu oleh pelayan yang menghantar
minuman. Minuman diletakkan di hadapan Hani dan Aqram. Ucapanan terima kasih
dilafaz kepada si budak pelayan yang sopan.
“Betul ke Am tak pernah ada sesiapa dalam hidup Am,
takkanlah orang sehebat Am.. tak pernah
ada calon?, Hani tak percayalah! Orang ada rupa, ada kedudukan, kukuh
pendapatan tak ada gadis yang sudi. Hani ni pulak kedudukan sederhana aje,
serba kekurangan, rupa jauh sekali” Hani merendah diri, sambil tu sempat kenen
si Aqram.
“Bohong kalau Am katakan tak pernah, tapi disebabkan
Am terlewat meluahkan perasaan Am, Am melepas. Itulah kelemahan Am, Am tak
berani meluahkan hati.. ni pun Mama dengan Ain yang bantu.. masa pick up Hani
tu, Am beranikan diri aje.. main redah. Kalau Hani tak sudi ikut Am masa tu,
memang malu besar Am. Dan lagi, bila Hani setuju nak datang sini lagi menambah
kenyakinan Am untuk move further.. takut melepas lagi..” jawabnya ringkas, mata
sudah menala ke arah Hani. Cepat-cepat Hani mengaleh pandangannya ke tempat
lain. Tidak mahu bertentang mata. Bahaya! Apa kata penyanyi R. Azmi,“Dari
kerana mata..“.
“Hani, Am dah 33 tahun ni, teman-teman sebaya dah
berderet anak dia orang.. Am aje tertinggal yangmasih mencari-cari..tapi Am
rasa pencarian Am dah hampir kepenghujung sebab Am dah jumpa apa yang Am cari”
kata Aqram, entah di mana ideanya keluar kata tidak pandai bermadah tapi malam
ini macam-macam ayat indah keluar bagaikan berada didalam Istana Budaya, sedang
menghayati drama teater sebabak.
“Am percaya dah jumpa apa yang Am cari selama ni?..”
Hani menyoal. Hebat juga lakunannya. Tetapi tetap gubra. Kata berani untuk
berbincang empat mata..rupanya dia tidak seberani mana.
Aqram hanya mengangguk perlahan. Tanpa bersuara,
apabila mendengar Hani tertawa kecil. Dia dapat rasakan, dia akan kecundang sekali
lagi, itu sebabnya dia hilang kata-kata. Mungkin kehabisan skrip. Melepas lagi
nampaknya.
“Habis tu, Jeslina nak letak mana?..” tiba-tiba Hani
membangkitkan nama Jeslina yang merupakan salah satu soalan yang terbuku di
dadanya, yang membuat dirinya cemburu di atas kemesraan mereka siang tadi.
Aqram tersintak, apa pulak soalan Hani membabitkan Jeslina. Aqram pandang Hani dengan senyum meleret, apa
hal pulak dengan Jeslina? Kenapa nama
Jeslina pula yang dibangkitkan!
“Kenapa pulak dengan Jes?” Aqram pula ketawa kecil
apabila Hani melibatkan nama ini, out of
the blue.
“Bukan ke Jeslina ada kena-mengena dengan Am?” Hani
menyambung pertanyaan, apabila, jawapan yang diharap tidak diterima.
“Kena mengena! Kena mengena macammna?” Aqram
terkebil-kebil, tidak mengerti dengan soalan Hani.
“Memanglah dia ada kena mengena dengan Am....kenapa?”
sambungnya lagi.
Berderau darah Hani apabila dia mendengar sendiri
jawapan Aqram. Betul rupanya sangkaannya. Menang mereka ada hubungan.
Mengakupun!
“Ohh..
Hani cemburu ya..” terus cuba menyakat Hani.
“Cemburu
apanya, saya nak mahu ganggu hak orang dan saya tak sudi hendak jadi orang
ketiga, Dari bertiga, baik saya bersendirian begini, lagi puas” Jawab Hani.
“Tak
mahu ganggu hak siapa?Orang ketiga..Eh...nanti-nanti, Hani ni dah salah faham,
Am rasa! Salah faham pasal Jes!” Aqram tersengeh.
Hani
sudah mengelabah, dia bolehkan tersengeh. Kurang asam betul!
”Cik
Hani sayang, Jes tu sepupu Am, anak makngah Alida.. suami dia pergi Korea sama
Pa, jadi Ma jemput tinggal di rumah sebab ada baby Tika. Takut tinggal
sorang-sorang apa-apa jadi nanti susah. Tika sakit ke, Jes sakit ke? Makngah
duduk di Penang” Aqram sambil tersenyum kerana mengetahui Hani ada perasaan
cemburu terhadapnya.
“Okey
fine, jika sepupu memang boleh panggil Am abang, tapi yang dia panggil mama Am,
mama juga tu kenapa?” Hani masih tidak puas hati dengan jawapan dari Aqram.
Cerita boleh sahaja direka-reka. Bukan ada sesiapa yang hendak membetulkannya.
“Dia
adik susuan Am. Itu sebab dia panggil Am abang, dan panggil mama, mama..! Apa
lagi yang Hani nak tahu.. cuba cerita!” tanya Aqram lagi. Tersengeh tak sudah.
Berubah
wajah Hani, termalu sendiri, menuduh tanpa usul periksa, dia ada penyakit
rupanya, sakit hati akibat cemburu buta. Satu
tanda baik, Hani ada perasaan cemburu, cemburu tandanya Sayang.. bukankah
begitu!.
Aqram yang masih tersenyum meleret, melihat Hani yang
sudah malu alah.
“Macamni la.. kita bincang hal kita, jangan bincang
hal orang lain malam ni boleh tak? Am tak mahu dengar nama orang lain kecuali
nama Hani dan Am aje..okey tak? Untuk malam ni aje, boleh?” bulat matanya
memandang Hani yang sudah blushing malu, tidak dia sangka, cemburu buta rupanya
dia.
”Hani kena percaya kepada Am, Am sayang Hani separuh
mati, Am akan terima Hani seadanya, dan Am nak Hani terima Am juga seadanya“
sambungnya dengan pembacaan skrip teaternya. Masih ada dialog skrip lagi,
ingatkan sudah habis.
“For your info, Am tahu kesah silam Hani walaupun tak
banyak, tapi cukup untuk Am memilih Hani. Am harap Hani dapat buka pintu hati
Hani untuk Am, walaupun Am tahu Hani dah penuhkan hati Hani dengan arwah suami
Hani. Tapi Hani kena ingat orang yang dah pergi takkan kembali, Hani patut
kosongkan hati Hani dan berilah peluang untuk Am mengisinya. Arwah sudah
menjadi kenangan buat Hani dan Am bersedia menjadi masa depan Hani..Maaf kalau
perkataan Am tadi membuat Hani kurang senang…” panjang lebar pula Aqram bermukaddimah.
Penulis skrip sudah terover emosi pula.
Hani terharu apabila Aqram menyebut hal arwah
suaminya. Bukan semudah yang Aqram luahkan untuk Hani terus melupakan, walaupun
kini sedikit demi sedikit Aqram memang sudah perlahan-lahan mengisi hatinya. Hatinya
terus bertanya-tanya haruskah dia memberi peluang lelaki ini yang nampak memang
jujur dan ikhlas terhadap dirinya. Belum tentu lagi. Mana boleh dipadamkan
serta merta. Bukan ada eraser khas atau pemadam yang boleh menghilangkan
kenangan manusia, hanya dengan sekelip mata.
Eh nanti! Ada alat khas. Alat yang hanya boleh
didapati di Hollywood. Alat menghilangkan ingatan manusia. Tuuu.. dalam cerita
“Men In Black“. Lupakan kesah Men in Black, berbalik semula kepada Am dan
Hani...
“Macamni la Am, beri saya masa untuk berfikir malam
ni..saya beri jawapan esok“ kata Hani dengan yakin, bolehkah dia memberi
jawapan dengan hanya berfikir satu malam. Bukankah lebih baik sembahyang
tahajud dahulu.
Aqram mengangguk sambil menjamah makanan yang telah
terhidang. Jika setakat memberi Hani satu malam untuk berfikir, apalah sangat.
Ingatkan dia perlukan seminggu atau sebulan, namun Aqram masih boleh
mempertimbangkannya. Asalkan Hani tidak meminta masa yang makan bertahun,
kerana jangan menambah masa yang Aqram ada sudah tertinggal jauh.
Bila masalah yang terkumpul dikepala sudah terungkai,
barulah Hani dapat rasakan ada benarnya
dengan apa yang dikata. Dia perlu teruskan hidupnya tanpa bayangan
Khasif didalam dirinya. Kerana dia perlu meneruskan hidupnya dengan orang lain
yang masih bernyawa dan nyata, bukan bayangan. Wake-up Hani, life has to go on.
“Hani dah pergi I-City?“ tanya Aqram. Mengubah tajuk.
Hani perlukan satu malam untuk berfikir. Maka satu malam dikhas buat Hani.
“Hani ada dengar tempat tu masa di Cape Town, tapi
belum berpeluang pergi lagi..“ kata Hani.
“Okey.. lepas ni kita ke sana” kata Aqram yang nampak
ceria, apabila Hani sudah perlahan-lahan nampak memberikan response yang
positif.
“Sempat tak bawa Hani ke Putrajaya lepas tu..” tanya
Hani
“Putrajaya.. Putrajaya..jika setakat pusing-pusing,
sempat kut..!” kata Aqram. Dia lagi suka, kerana dia boleh lagi lama bersama
Hani. Bukan setakat Putrajaya, kemana-mana yang ada nama Putra pun dia sanggup.
Hani lupa satu malam untuk dia berfikir sudah bermula.
Selepas makan, Aqram membawa Hani ke I-City Commercial Park, kerana I-City hanya
baru beroperasi beberapa tahun yang lalu.
Kemudian, berlegar-legar di Putrajaya. Seronok rasanya Hani apabila
sampai di Putrajaya. Tempat yang banyak meninggalkan kenangan buatnya. Kenangan
lama yang akan dia tinggalkan untuk mengisi kenangan yang baru.
Putrajaya sudah banyak berubah dari masa Hani
tinggalkan. Sudah banyak bangunan yang cantik-cantik dan juga kawasan perumahan
juga sudah bertambah. Hani terasa bangga dengan pencapaian itu. Cuma tidak
dapat dilihat dengan jelas kerana perjalanan diwaktu malam. Namun cahaya dari
setiap bangunan mampu menerangkan sekitar Putrajaya membuat Hani teruja.
“I was a nurse in that hospital, Putrajaya Hospital”
membuka rahsia dirinya secara tidak sengaja, sewaktu kereta Aqram melintas di hadapan
Hospital Putrajaya.
“Really? patutlah confident aje rawat tangan Am last
time..” Aqram terkejut tetapi gembira . Pusing punya pusing, tidak sedar masa
telah berginjak hampir penghujung malam.
Mereka pulang agak lewat, hampir tengahmalam. Puan Fatehah
masih belum tidur, kerana menunggu kepulangan Hani dan Aqram, sedang membaca
majalah diruang tamu. Risau juga dia, kemana pula anak bujangnya membawa anak
perempuan orang. Sebagai seorang ibu, dia rasa bertanggungjawab ke atas
tetamunya.
“Ha.. dah balik pun.. macamana Hani, Am.. dah bincang
betul-betul..” katanya, soalan pertama yang dibangkitkan, seperti tidak
sabar-sabar menunggu jawapan.
“Dah ma, tapi belum ada jawapan lagi. Hani nak masa
lagi. Kita tunggu aje, harap jawapan yang kita tunggu positif dari ex-nurse kita
ni. Jangan Am tunggu sampai bujang terlajak menjadi bujang tua sudahlah.” Aqram
memerli Hani.
Hani hanya tunduk mendiamkan diri.
“Apa
Am kata? Hani ex-nurse? ye ke Hani? Jjadi
macammana pulak jadi tour guide..?” satu lagi soalan yang timbul. Hani hanya
tersenyum. Malas dia hendak cerita panjang-panjang, kalau hendak diceritakan
mahu tak cukup masa malam ini, alamat ayam dah berkokok pun, cerita Hani masih
tidak selesai. Jadi bila pula dia hendak memberi jawapan kepadanya kepada
Aqram.
“Cerita lama Untie” pendek sahaja jawapannya.
“Nurse kat mana dulu..” soalan kedua dari Puan Fatihah
”Kat Hospital Putrajaya untie..3 tahun Hani bertugas
di sana sebelum kahwin..”
“ohh.. dah lewat ni.. baik tidur aje, Hani tidur bilik
ya.. Ain dah pinjamkan baju tidur dia, dah ada atas katil..” Hani mengikut Puan
Fatehah dari belakang.
Di tolehnya belakang memandang Aqram masih
mengekorinya.
Janggal sungguh rasanya bermalam di rumah orang yang
baru di kenalnya. Aqram terus menaiki tangga kebiliknya di tingkat atas dan
memerhati Hani dan mama menuju ke bilik tetamu.
“Good night mama..emm… Hani” suara Aqram dari atas
tangga dengan nada ceria.
“Good night..” jawab ibunya tetapi tiada jawapan dari
Hani..
“Hani.. jangan lupa kunci bilik tu.. untie takut
ada orang yang mengingau, takut tersalah
bilik pulak nanti” tersenyum memandang kearah Aqram yang sudah terhenti di
pertengahan tangga apabila mendengar mamanya memerli dirinya.
“Apa lah mama ni.. tak ada maknanya ma.., Am nak Hani
berehat betul-betul malam ni, so that she
can think peacefully tanpa gangguan, sebab Esok Am nak dengar berita
gembira, boleh kan Hani…!” gesa Aqram.
Tangan Hani yang sedari tadi ditombol pintu, pintu
sudah terbuka luas, hanya menunggu penghuninya sahaja untuk masuk.
“In that case
.. okeylah Hani.. rehat dulu”
kata Fatihah.
“Terima kasih untie..” perlahan akhirnya Hani menutup
pintu dan menekan lock di tombol seperti yang diminta oleh Puan Fatihah.
Memang benar kata Puan Fatihah itu, takut ada orang
mengingau atau tersalah bilik. Sebenarnya untuk keselamatan bersama. Tidak
ditujukan kepada sesiapa, malah berat kepada diri Hani sendiri, manalah tahu
Hani pula yang mengingau dirumah yang ditumpangnya untuk bermalam. Ini lagi kes
berat!!
3 comments:
seawal 6.25 pg mak teh dah jenguk sni. huby pula trpangil2 ajak minum. msa minum tk rasa mehoon greng mk teh tu sdap ke tidak, asyik ingat MdTH shja. tpi puas hti bla thu sapa jeslina. trima ksih n3 ni.
Terima kasih.. kita sambung lagi malam nanti.insyallah
yes hani! .. pleaaseeeee ... hehehehehe ...
Post a Comment