Bab 24
Hani menyorong troli mencari-cari dimana hendak mencari teksi. Sudah dua
tahun tidak pulang ke tanah air, dia sudah rasa seperti sesat di tanah air
sendiri. Belum jauh, masih di dalam lapanganterbang, dia sudah tercari-cari dimana
letaknya kaunter penempahan teksi untuk dia pulang ke Melaka.
“Hisy.. manalah pulak nak ambil teksi ni..“ Hani tertoleh-toleh. Pak
Tajuddin hendak menjemput dihalang, konon tidak mahu menyusahkan orang.
Sekarang sudah susah sendiri, tercanggak-canggak seperti rusa masuk kampung
sahaja.