Monday 12 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - 24

Bila Hani sampai di KLIA apa pulak berlaku ek!.. Nak tahu apa jadi, jemputlah baca...

Bab 24

Hani menyorong troli mencari-cari dimana hendak mencari teksi. Sudah dua tahun tidak pulang ke tanah air, dia sudah rasa seperti sesat di tanah air sendiri. Belum jauh, masih di dalam lapanganterbang, dia sudah tercari-cari dimana letaknya kaunter penempahan teksi untuk dia pulang ke Melaka.
“Hisy.. manalah pulak nak ambil teksi ni..“ Hani tertoleh-toleh. Pak Tajuddin hendak menjemput dihalang, konon tidak mahu menyusahkan orang. Sekarang sudah susah sendiri, tercanggak-canggak seperti rusa masuk kampung sahaja.
Terhenti Hani apabila dia terpandang kepada logo tertera gambar bas dan teksi. Lalu  mengikut tanda arah yang diberikan. Hani lega apabila dari jauh dia sudah perasan sudah ramai orang beratur untuk mendapatkan tiket penempahan teksi.  Berjalan pantas menuju ketempat tersebut dan kemudian turut juga beratur menunggu giliran.
Teringat Hani dengan lelaki yang baru dia kutuk, kemana agaknya dia menghilang. Sudah diambil keluarga agaknya. Bukan main runsing diwajahnya dan asyik menelek pergelangan tangan untuk melihat waktu, semasa mengutip bagasi. Nasib baik Hani beriringan keluar dengan Luqman hanya setakat balai ketibaan. Takut juga Hani, entah-entah si Luqman suami orang, tunangan orang, atau boyfriend seseorang. Nanti disalah anggap pula, mahu terbang periuk belangai. Itu tidak apa lagi, jika kena tarik rambut dikhalayak ramai, macammana? Haru! Dah jadi drama sekesah pulak! Dari itu baiklah dielakkan sahaja. Nafas ditariknya lega. Jika diperhatikan dari barisan yang dia beratur, tidak lama lagi tiba gilirannya. Cekap mereka mengendalikan perkhidmatan teksi. Mungkin banyak teksi yang diperuntukkan. Bagus juga jika servis yang cepat dan pantas diberikan, terutama di lapanganterbang, kerana lapanganterbang adalah pintu masuk utama bagi pelancong-pelancong asing. Sempat lagi Hani memuji perkhidmatan yang diberi kerana dia sendiri sebagai pengusaha pelancongan. Hani amat prihatin agar perkhidmatan yang baik, harus diberikan kepada pelancong untuk meningkatkan lagi ekonomi negara. Tak kira sama ada di negara tumpah darahnya Malaysia ataupun di Afrika Selatan, negara angkatnya.
“Cik Hani..” Hani tertoleh apabila terdengar namanya dipanggil.
Rasanya dia kenal suara itu.  Ahh.. tak mungkin, itu bukan suara dia. Hani menoleh.
Tercegat berdiri seorang lelaki yang tidak Hani harap akan bertemu pagi ini. La..apahal pula dia disini? Dia hendak kemana? Hendak keluar negarakah? Ada urusan business  diluar negara agaknya, tu yang dia berada di lapanganterbang. Jika tidak, dia hendak buat apa? Takkan hendak beli baju? Kecil betul dunia ini ya? Tidak berjanji, tetapi bertemu jua.
Seperti biasa, keterampilan si lelaki tetap segak dan tampan walaupun hanya memakai kemeja T sedang memegang kunci kereta. Cukup-cukup tu Hani, kalau dah suka memang semuanya cantik! Hani tersedar, dari mengamati silelaki yang masih tersengeh.
“Assalamulaikum, apa khabar?”  tegurnya lagi. Masih memandang Hani yang tegak seperti mendengar lagu negaraku. Hani terkejut, sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu sesaat. Dalam terkejut, masih dapat mengamati keterampilan si lelaki. Apa cerita!
“Mualaikum salam, eh..macamana En. Aqram boleh ada kat sini? Encik nak pergi mana? Ada meeting ke? ” Berderet soalan yang terkeluar dari mulut Hani.
Segala jenis soalan yang tersimpan didalam kotak otaknya terkeluar. Bertitir soalan, sampai bingung agaknya si Aqram hendak menjawabnya.
Wooowoo slow slow Cik Hani. Panggil saya Aqram… Aqram atau Am saje, I don’t mind” menegaskan permintaannya sehingga menyebut namanya perlahan-lahan agar Hani memanggilnya Aqram tanpa encik didepan atau Am, panggilan oleh keluarganya.
“Saya tak pergi mana-mana, saya kat sini tunggu Cik Hani la!” Jawabnya
“Ah! Tunggu saya?“ Berderau darah Hani mendengar jawapan Aqram bersahaja.
 Setahu Hani, tidak ada orang yang tahu kepulangannya kecuali keluarganya. Malah dia siap beritahu, supaya tidak ada sesiapa yang menunggu.
Sambil berjalan beriringan dengan Hani yang sudah hampir benar dengan kaunter pembayaran tiket. Pukul berapa dia agaknya dia bangun.  Sekarang baru jam 7.00 pagi, sah sesudah subuh dia bergerak dari rumah.  Perlukah Hani memikirkan, bagaimana dan bila Aqram ke KLIA? Realiti, dia sudah ada didepan mata.
“Cik Hani, mari saya hantar Cik Hani balik Melaka, sayapun nak pergi ambil Ain balik  dari hostel dia” katanya.
“Ain.. Ain.“ Hanya nama itu yang terlintas dikepala Hani.
Parah.. baru Hani teringat, dia ada memberitahu Ain. apa Ain sudah cerita ni...
“Terima kasih saja En. Aqram… “ Hani perasan Aqram membulatkan matanya. Ya Allah, sumpah! Wajahnya sebijik Khasif, terutama apabila Hani memandang tepat kewajah itu. Hani masih memanggilnya “Encik”.
“Sooosorry Aqram, saya naik teksi aje” jawab Hani,  terketar-ketar. Bukannya dia takut dengan mata bulat Aqram, tetapi dia takut kata hati yang meronta-ronta minta dibuka.
“No…no..please, I insist..” Aqram seakan mendesak
Giliran Hani tiba, “Cik nak pergi mana?” kata lelaki di belakang kaunter
“Saya nak ke..Me…” jawab Hani.
Belum sempat Hani menghabiskan katanya, Aqram mencelah,“Maaf Encik, dia ikut saya” dengan berani Aqram menjawab, sedangkan dia belum tahu sama ada Hani setuju atau tidak untuk mengikutinya.
Tangan Aqram dengan berani menarik pergelangan tangan Hani keluar dari barisan menunggu. Hani memberi laluan kepada orang di belakangnya untuk berurusan. Hani hanya mengikut dengan pantas Aqram menyorong troli beg Hani jauh dari barisan penumpang yang semakin panjang. Hani hanya mengikutnya, bagaikan diculik sahaja lagaknya. Mereka menjadi tontonan orang yang berada di kaunter teksi. Agaknya, mereka tentu memikirkan yang mereka pasangan suami isteri. Bergaduh dan si isteri hendak balik kampong dan tentunya sekarang adegan pujuk memujuk.
Tentunya, mereka menyatakan “Nasiblah kau lelaki..kena tinggal isteri!”.
“Aqram, saya nak balik naik teksi aje! saya boleh balik naik teksi .. please, jangan buat saya macam ni..” Hani merentap tangannya dari pegangan Aqram. Terlupa pula Aqram yang pandai-pantai mengheret perempuan yang dia baru kenal. Berani sungguh!   
“Cik Hani, Ain yang minta saya ambil Cik ni..nanti Ain kecik hati pulak, saya tak jemput Cik Hani, dia dah pesan banyak kali” desak Aqram.
“Ah! Ain.. Ain yang suruh!” soal Hani seperti tidak percaya.
 Aqram hanya angguk.
Terbayang Hani wajah gadis lincah diingatannya.
“Betul ke aku nak tumpang Aqram ni. 3 jam perjalanan, jauh tu. Apahal pulak Ain suruh abang dia jemput aku? Agaknya sebab sekali harung. Ambil dia balik KL dan terlanjur tu hantar aku. Tak apa kut, kalau aku tumpang dia, aku diam aje la..janji dapat jumpa Ain“ bicara hati Hani.
Hani masih membiarkan Aqram menunggu jawapan darinya. Hati masih mempertimbangan pelawaan. Tangkai troli sudah beralih tangan, tanpa Hani sedari sudah berada di tangan Aqram. Bila masa lelaki itu mengambil dari tangannya tidak jelas diingatan Hani. Yang dia perasan tadi dia yang menyorong troli? Tak apalah janji beg-begnya tidak hilang..
“Okey la.. demi Ain..” akhirnya Hani bersetuju.
“Alhamdullilah..” Aqram terus menyorong troli ke arah dimana keretanya di pakir.
“Tolong, panggil Hani” giliran Hani pula tidak merasa selesa apabila namanya di panggil begitu formal.
Sambil berjalan menuju ke tingkat 5, Hani hanya menuruti di belakang Aqram tanpa berbicara. Aqram pula, dengan hati berdendang gembira kerana Hani setuju mengikutnya.
“Tadi masa keluar saya nampak Hani dengan somebody, a guy, dia pergi mana?” soal Aqram. Rupanya dia sudah memerhatikannya lama, sejak keluar dari balai ketibaan.
“Oh.. Luqman, jiran sebelah seat saya.., banyak ceritanya sampai saya nak lelap pun tak dapat” meluahkan rasa tidak puas hatinya. Hendak mengadu keapda orang yang baru dia kenal. Sekali lagi mengutuk simamat lawyer buruk itu.
Aqram nampak lega, “Ohhh..Ingatkan tadi balik Malaysia dengan boyfriend” sambil tersenyum menoleh Hani.
“Mana ada.. siapalah hendakkan saya ni..” ulas Hani jujur.
“Ya ke.. kalau saya kata saya nak, macamana.. percaya tak?” Wah! Begitu berani sekali, abang Am meluah rasa? Tak takut kena kasutkah?
“Jangan berguraulah Aqram” cuba menenangkan hatinya sebenarnya hati cukup tersentuh dengan pengakuan spontan Aqram.
Aqram membuka bonet kereta Honda Citynya dan memasukkan semua beg di atas troli. Tangan memberi isyarat meminta Hani masuk.
Di dalam kereta mereka tidak banyak berbicara, hanya lebih bertanya khabar dan sedikit sahaja kesah keluarga yang dibangkitkan.
Aqram mencadangkan agar mereka singgah untuk bersarapan di R&R Seremban. Memang dia tidak sempat untuk bersarapan. Siapa yang sanggup menyediakan sarapan untuknya, jika dia keluar subuh shafie.
Tanpa banyak soal Hani bersetuju, tambahan pula memang sudah lama Hani tidak menjamah nasi lemak sebagai juadah sarapan. Lidah sudah seperti orang Cape Town pula, tidak biasa pedas diwaktu pagi, jangan Hani, jangan lupa asal usul kita. Tidak berubah gagak, walau dimana berada. Bulu gagak yang hitam tetap akan hitam, tidak akan menjadi puteh.  
Apa relevannya kesah burung gagak yang berwarna hitam dengan kesah Hani tidak makan pedas? Nak kesahkan kalau dah biasa makan belacan bertahun-tahun, jangan perasan jadi mat saleh hanya kerana baru makan cheese beberapa hari.
Pagi ini, tiada lagi roti bakar dan telur separuh masak buat Hani. Semasa di dalam kereta sebelum memakirkan kereta Hani ada bercerita teringinkan sambal sotong dan teh tarik.
Sesampai di R&R, pengunjung memang ramai, masing-masing memang sebok menjamu sarapan. Orang Malaysia, tahu ajelah, jika bab makan, memang nombor satu. Tak kira, waktu pagi, petang, malam mahupun tengahmalam.
 Aqram meminta Hani agar dia hanya menunggu di meja yang kosong sebelum diambil orang. Beberapa minit kemudian Aqram kembali ke meja dimana Hani menunggu. Ditangan dengan 2 mug teh tarik dan 2 pinggan nasi lemak berlauk sambal sotong dan telur mata kerbau. Phew.. tersenyum Hani melihat juadah yang dia impikan, sama seperti yang dia bayangkan semasa bercerita didalam kereta tadi. Ingat rupanya mamat ni.
Terliur sungguh Hani dan dimakannya sampai habis. Aqram sambil makan smabil memerhatikan Hani.  Dia juga menghabiskan nasi lemaknya, berselera apabila melihat orang didepannya makan seperti orang baru jumpa makanan. Perbualan hanya terbatas dengan perkara-perkara yang tidak penting. Semasa Aqram mengangkat mug teh tarik ke mulutnya, Hani perasan tanda lepuhan terbakar di tangannya masih ketara.
Aqram tahu Hani memerhatikan tanda lepuhan itu.
“Ada nurse tu kata, nanti tak ada parut, slowly akan hilang” memerli Hani, Hani hanya senyum kena sedas.
“Bertanda jugak ya kena api last time, ingatkan boleh hilang” akhirnya Hani bersuara.
“Tapi saya tak kesah, tanda tu buat saya teringatkan nurse yang sorang tu..” katanya lagi selamba.
Kenyataan yang seperti pernah Hani dengar, tetapi dari mulut orang yang berbeza.
“Ya, ungkapan yang pernah Khasif luahkan semasa di hospital dulu. Kenapa seperti peristiwa berulang kembali di dalam hidup aku..” bisik hati kecilnya.
Hani hanya terdiam dan tunduk apabila Aqram memperlinya. Dia hanya merawat, setakat itu yang dia mampu merawat. Dah nak berbekas, hendak buat macammana?
Itu hanya tanda selepas dirawat, jika tidak dirawat bagaimana agaknya. Wahai Encik Aqram, nasib baik lepuhan kecil sahaja, jauh dari nyawa pulak tu! Saya ni, punyalah risau masa tu, hanya tuhan sahaja yang tahu, kerana saya yang menganjurkan trip itu. Jadi pula kemalangan. Manalah tahu, tiba-tiba lelaki di hadapannya menghantar surat saman kerana tercedera. Mahu tutup See The World Travel. Nasib baik tidak berlaku. Syukur Alhamdullillah.

Tak pasal-pasal teringat lagu ni pulak! Entah, sayapun tak tahu.



2 comments:

sufi_jamal said...

Mcam mana ye boleh serupa Khasif dng Arqam.mkin 7 orng yg berwjah sma dlm dunia mereka dlm ktegori itu atau mreka ada pertalian.

Rose Ezadora said...

Mak Teh, sayapun sedang memikirkan, siapa sebenarnya Aqram. Apa pertalian diantara Khasif dan Aqram.