Bab 24
Hani menyorong troli mencari-cari dimana hendak mencari teksi. Sudah dua
tahun tidak pulang ke tanah air, dia sudah rasa seperti sesat di tanah air
sendiri. Belum jauh, masih di dalam lapanganterbang, dia sudah tercari-cari dimana
letaknya kaunter penempahan teksi untuk dia pulang ke Melaka.
“Hisy.. manalah pulak nak ambil teksi ni..“ Hani tertoleh-toleh. Pak
Tajuddin hendak menjemput dihalang, konon tidak mahu menyusahkan orang.
Sekarang sudah susah sendiri, tercanggak-canggak seperti rusa masuk kampung
sahaja.
Terhenti Hani apabila dia terpandang kepada logo tertera gambar bas dan
teksi. Lalu mengikut tanda arah yang
diberikan. Hani lega apabila dari jauh dia sudah perasan sudah ramai orang
beratur untuk mendapatkan tiket penempahan teksi. Berjalan pantas menuju ketempat tersebut dan kemudian
turut juga beratur menunggu giliran.
Teringat Hani dengan lelaki yang baru dia kutuk, kemana agaknya dia
menghilang. Sudah diambil keluarga agaknya. Bukan main runsing diwajahnya dan
asyik menelek pergelangan tangan untuk melihat waktu, semasa mengutip bagasi. Nasib
baik Hani beriringan keluar dengan Luqman hanya setakat balai ketibaan. Takut
juga Hani, entah-entah si Luqman suami orang, tunangan orang, atau boyfriend seseorang.
Nanti disalah anggap pula, mahu terbang periuk belangai. Itu tidak apa lagi,
jika kena tarik rambut dikhalayak ramai, macammana? Haru! Dah jadi drama
sekesah pulak! Dari itu baiklah dielakkan sahaja. Nafas ditariknya lega. Jika
diperhatikan dari barisan yang dia beratur, tidak lama lagi tiba gilirannya. Cekap
mereka mengendalikan perkhidmatan teksi. Mungkin banyak teksi yang
diperuntukkan. Bagus juga jika servis yang cepat dan pantas diberikan, terutama
di lapanganterbang, kerana lapanganterbang adalah pintu masuk utama bagi pelancong-pelancong
asing. Sempat lagi Hani memuji perkhidmatan yang diberi kerana dia sendiri sebagai
pengusaha pelancongan. Hani amat prihatin agar perkhidmatan yang baik, harus
diberikan kepada pelancong untuk meningkatkan lagi ekonomi negara. Tak kira
sama ada di negara tumpah darahnya Malaysia ataupun di Afrika Selatan, negara
angkatnya.
“Cik Hani..” Hani tertoleh apabila terdengar namanya dipanggil.
Rasanya dia kenal suara itu. Ahh.. tak mungkin, itu bukan suara dia. Hani
menoleh.
Tercegat berdiri seorang lelaki yang tidak Hani harap akan bertemu pagi
ini. La..apahal pula dia disini? Dia hendak kemana? Hendak keluar negarakah? Ada
urusan business diluar negara agaknya,
tu yang dia berada di lapanganterbang. Jika tidak, dia hendak buat apa? Takkan
hendak beli baju? Kecil betul dunia ini ya? Tidak berjanji, tetapi bertemu jua.
Seperti biasa, keterampilan si lelaki tetap segak dan tampan walaupun
hanya memakai kemeja T sedang memegang kunci kereta. Cukup-cukup tu Hani, kalau
dah suka memang semuanya cantik! Hani tersedar, dari mengamati silelaki yang masih
tersengeh.
“Assalamulaikum, apa khabar?”
tegurnya lagi. Masih memandang Hani yang tegak seperti mendengar lagu
negaraku. Hani terkejut, sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu
sesaat. Dalam terkejut, masih dapat mengamati keterampilan si lelaki. Apa
cerita!
“Mualaikum salam, eh..macamana En. Aqram boleh ada kat sini? Encik nak
pergi mana? Ada meeting ke? ” Berderet soalan yang terkeluar dari mulut Hani.
Segala
jenis soalan yang tersimpan didalam kotak otaknya terkeluar. Bertitir soalan, sampai
bingung agaknya si Aqram hendak menjawabnya.
“Wooowoo slow slow Cik Hani. Panggil saya Aqram…
Aqram atau Am saje, I don’t mind” menegaskan permintaannya sehingga menyebut
namanya perlahan-lahan agar Hani memanggilnya Aqram tanpa encik didepan atau
Am, panggilan oleh keluarganya.
“Saya tak pergi mana-mana, saya kat sini tunggu Cik Hani la!” Jawabnya
“Ah! Tunggu saya?“ Berderau darah Hani mendengar jawapan Aqram
bersahaja.
Setahu Hani, tidak ada orang yang
tahu kepulangannya kecuali keluarganya. Malah dia siap beritahu, supaya tidak
ada sesiapa yang menunggu.
Sambil berjalan beriringan dengan Hani yang sudah hampir benar dengan
kaunter pembayaran tiket. Pukul berapa dia agaknya dia bangun. Sekarang baru jam 7.00 pagi, sah sesudah
subuh dia bergerak dari rumah. Perlukah Hani
memikirkan, bagaimana dan bila Aqram ke KLIA? Realiti, dia sudah ada didepan
mata.
“Cik Hani, mari saya hantar Cik Hani balik Melaka, sayapun nak pergi
ambil Ain balik dari hostel dia” katanya.
“Ain.. Ain.“ Hanya nama itu yang terlintas dikepala Hani.
Parah.. baru
Hani teringat, dia ada memberitahu Ain. apa Ain sudah cerita ni...
“Terima kasih saja En. Aqram… “ Hani perasan Aqram membulatkan matanya. Ya Allah, sumpah!
Wajahnya sebijik Khasif, terutama apabila Hani memandang tepat kewajah itu.
Hani masih memanggilnya “Encik”.
“Sooosorry
Aqram, saya naik teksi aje” jawab Hani,
terketar-ketar. Bukannya dia takut dengan mata bulat Aqram, tetapi dia
takut kata hati yang meronta-ronta minta dibuka.
“No…no..please, I insist..” Aqram seakan mendesak
Giliran
Hani tiba, “Cik nak pergi mana?” kata lelaki di belakang kaunter
“Saya
nak ke..Me…” jawab Hani.
Belum
sempat Hani menghabiskan katanya, Aqram mencelah,“Maaf Encik, dia ikut saya”
dengan berani Aqram menjawab, sedangkan dia belum tahu sama ada Hani setuju
atau tidak untuk mengikutinya.
Tangan
Aqram dengan berani menarik pergelangan tangan Hani keluar dari barisan
menunggu. Hani memberi laluan kepada orang di belakangnya untuk berurusan. Hani
hanya mengikut dengan pantas Aqram menyorong troli beg Hani jauh dari barisan penumpang
yang semakin panjang. Hani hanya mengikutnya, bagaikan diculik sahaja lagaknya.
Mereka menjadi tontonan orang yang berada di kaunter teksi. Agaknya, mereka
tentu memikirkan yang mereka pasangan suami isteri. Bergaduh dan si isteri
hendak balik kampong dan tentunya sekarang adegan pujuk memujuk.
Tentunya,
mereka menyatakan “Nasiblah kau lelaki..kena tinggal isteri!”.
“Aqram, saya
nak balik naik teksi aje! saya boleh balik naik teksi .. please, jangan buat saya
macam ni..” Hani merentap tangannya dari pegangan Aqram. Terlupa pula Aqram
yang pandai-pantai mengheret perempuan yang dia baru kenal. Berani sungguh!
“Cik
Hani, Ain yang minta saya ambil Cik ni..nanti Ain kecik hati pulak, saya tak jemput
Cik Hani, dia dah pesan banyak kali” desak Aqram.
“Ah! Ain..
Ain yang suruh!” soal Hani seperti tidak percaya.
Aqram hanya angguk.
Terbayang Hani wajah gadis lincah diingatannya.
“Betul ke aku nak tumpang Aqram ni. 3 jam perjalanan, jauh tu. Apahal
pulak Ain suruh abang dia jemput aku? Agaknya sebab sekali harung. Ambil dia
balik KL dan terlanjur tu hantar aku. Tak apa kut, kalau aku tumpang dia, aku
diam aje la..janji dapat jumpa Ain“ bicara hati Hani.
Hani masih membiarkan Aqram menunggu jawapan darinya. Hati masih
mempertimbangan pelawaan. Tangkai troli sudah beralih tangan, tanpa Hani sedari
sudah berada di tangan Aqram. Bila masa lelaki itu mengambil dari tangannya
tidak jelas diingatan Hani. Yang dia perasan tadi dia yang menyorong troli? Tak
apalah janji beg-begnya tidak hilang..
“Okey la.. demi Ain..” akhirnya Hani bersetuju.
“Alhamdullilah..” Aqram terus menyorong troli ke arah dimana keretanya
di pakir.
“Tolong, panggil Hani” giliran Hani pula tidak merasa selesa apabila
namanya di panggil begitu formal.
Sambil berjalan menuju ke tingkat 5, Hani hanya menuruti di belakang Aqram
tanpa berbicara. Aqram pula, dengan hati berdendang gembira kerana Hani setuju
mengikutnya.
“Tadi masa keluar saya nampak Hani dengan somebody, a guy, dia pergi
mana?” soal Aqram. Rupanya dia sudah memerhatikannya lama, sejak keluar dari
balai ketibaan.
“Oh.. Luqman, jiran sebelah seat saya.., banyak ceritanya sampai saya
nak lelap pun tak dapat” meluahkan rasa tidak puas hatinya. Hendak mengadu
keapda orang yang baru dia kenal. Sekali lagi mengutuk simamat lawyer buruk
itu.
Aqram nampak lega, “Ohhh..Ingatkan tadi balik Malaysia dengan boyfriend”
sambil tersenyum menoleh Hani.
“Mana ada.. siapalah hendakkan saya ni..” ulas Hani jujur.
“Ya ke.. kalau saya kata saya nak, macamana.. percaya tak?” Wah! Begitu
berani sekali, abang Am meluah rasa? Tak takut kena kasutkah?
“Jangan berguraulah Aqram” cuba menenangkan hatinya sebenarnya hati
cukup tersentuh dengan pengakuan spontan Aqram.
Aqram membuka bonet kereta Honda Citynya dan memasukkan semua beg di
atas troli. Tangan memberi isyarat meminta Hani masuk.
Di dalam kereta mereka tidak banyak berbicara, hanya lebih bertanya
khabar dan sedikit sahaja kesah keluarga yang dibangkitkan.
Aqram mencadangkan agar mereka singgah untuk bersarapan di R&R
Seremban. Memang dia tidak sempat untuk bersarapan. Siapa yang sanggup
menyediakan sarapan untuknya, jika dia keluar subuh shafie.
Tanpa banyak soal Hani bersetuju, tambahan pula memang sudah lama Hani
tidak menjamah nasi lemak sebagai juadah sarapan. Lidah sudah seperti orang
Cape Town pula, tidak biasa pedas diwaktu pagi, jangan Hani, jangan lupa asal
usul kita. Tidak berubah gagak, walau dimana berada. Bulu gagak yang hitam
tetap akan hitam, tidak akan menjadi puteh.
Apa relevannya kesah burung gagak yang berwarna hitam dengan kesah Hani
tidak makan pedas? Nak kesahkan kalau dah biasa makan belacan bertahun-tahun,
jangan perasan jadi mat saleh hanya kerana baru makan cheese beberapa hari.
Pagi ini, tiada lagi roti bakar dan telur separuh masak buat Hani.
Semasa di dalam kereta sebelum memakirkan kereta Hani ada bercerita teringinkan
sambal sotong dan teh tarik.
Sesampai di R&R, pengunjung memang ramai, masing-masing memang sebok
menjamu sarapan. Orang Malaysia, tahu ajelah, jika bab makan, memang nombor
satu. Tak kira, waktu pagi, petang, malam mahupun tengahmalam.
Aqram meminta Hani agar dia hanya
menunggu di meja yang kosong sebelum diambil orang. Beberapa minit kemudian
Aqram kembali ke meja dimana Hani menunggu. Ditangan dengan 2 mug teh tarik dan
2 pinggan nasi lemak berlauk sambal sotong dan telur mata kerbau. Phew..
tersenyum Hani melihat juadah yang dia impikan, sama seperti yang dia bayangkan
semasa bercerita didalam kereta tadi. Ingat rupanya mamat ni.
Terliur sungguh Hani dan dimakannya sampai habis. Aqram sambil makan
smabil memerhatikan Hani. Dia juga
menghabiskan nasi lemaknya, berselera apabila melihat orang didepannya makan
seperti orang baru jumpa makanan. Perbualan hanya terbatas dengan
perkara-perkara yang tidak penting. Semasa Aqram mengangkat mug teh tarik ke
mulutnya, Hani perasan tanda lepuhan terbakar di tangannya masih ketara.
Aqram tahu Hani memerhatikan tanda lepuhan itu.
“Ada nurse tu kata, nanti tak ada parut, slowly akan hilang” memerli
Hani, Hani hanya senyum kena sedas.
“Bertanda jugak ya kena api last time, ingatkan boleh hilang” akhirnya Hani
bersuara.
“Tapi saya tak kesah, tanda tu buat saya teringatkan nurse yang sorang
tu..” katanya lagi selamba.
Kenyataan yang seperti pernah Hani dengar, tetapi dari mulut orang yang
berbeza.
“Ya, ungkapan yang pernah Khasif luahkan semasa di hospital dulu. Kenapa
seperti peristiwa berulang kembali di dalam hidup aku..” bisik hati kecilnya.
Hani hanya terdiam dan tunduk apabila Aqram memperlinya. Dia hanya
merawat, setakat itu yang dia mampu merawat. Dah nak berbekas, hendak buat macammana?
Itu hanya tanda selepas dirawat, jika tidak dirawat bagaimana agaknya.
Wahai Encik Aqram, nasib baik lepuhan kecil sahaja, jauh dari nyawa pulak tu! Saya
ni, punyalah risau masa tu, hanya tuhan sahaja yang tahu, kerana saya yang
menganjurkan trip itu. Jadi pula kemalangan. Manalah tahu, tiba-tiba lelaki di
hadapannya menghantar surat saman kerana tercedera. Mahu tutup See The World Travel. Nasib baik tidak
berlaku. Syukur Alhamdullillah.
Tak pasal-pasal teringat lagu ni pulak! Entah, sayapun tak tahu.
Tak pasal-pasal teringat lagu ni pulak! Entah, sayapun tak tahu.
2 comments:
Mcam mana ye boleh serupa Khasif dng Arqam.mkin 7 orng yg berwjah sma dlm dunia mereka dlm ktegori itu atau mreka ada pertalian.
Mak Teh, sayapun sedang memikirkan, siapa sebenarnya Aqram. Apa pertalian diantara Khasif dan Aqram.
Post a Comment