Tuesday 13 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 25

Bab 25

“Hani!“ tersentak Hani apabila terdengar namanya dipanggil. Aqram rasa bersalah pula apabila melihat Hani hanya diam dan tunduk. Mungkin ada perkataan yang menyinggung hati si perempuan. Dia tidak mengetahui apa yang Hani sedang fikirkan. Sebenarnya Hani terkenangkan ayat yang baru didengarnya, dan itu mengingatkan dia kepada si jantung hatinya, Khasif. Di kepalanya bertanya lagi, adakah ini kebetulan atau suratan?
“Hani, maafkan saya, jika perkataan saya tadi ....“ kata Aqram, lembut.
“Tak apa Aqram.. saya cuma teringat sesuatu..“ kata Hani jujur.
“Maafkan saya..“ ulang Aqram.
“Dah jom“ meminta Hani mengekorinya untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Aqram meneruskan perjalanannya ke Melaka. Entah kenapa, Hani rasa cukup mengantuk, mungkin keletihan, atau mungkin juga jetlag. Sudahlah angan hendak tidur di dalam kapalterbang terbantut oleh kerana jiran yang terover ramah. Hendak memejamkan mata, malu pula dirasakannya. Sudahlah menumpang, hendak sesuka hati pula. Akibatnya, Hani hanya mendiamkan diri.
Tidak banyak perbualanpun diantara mereka, tidak ada tajuk yang menarik. Yang bersuara hanya dendangan radio dari kereta Aqram. Lagu Skylar Grey berdendang seakan-akan memperli Hani.


“I'm coming home, I'm coming home
Tell the world that I'm coming home
Let the rain, Wash away
All the pain of yesterday
I know my kingdom awaits
And they've forgiven my mistakes….”


Pada mulanya memang haluan telinga, tetapi kemudian kedengaran sayup-sayup dan akhirnya terus hilang dari pendengaran Hani. Hani terlena. Mata Hani, bukan boleh diharapkan. Tadi dia berusaha supaya untuk tidak terlelap, tetapi hancus, dia lelap juga. Aqram memerhatikanya yang sudah terlentok. Sesekali lentokannya sungguh dekat di bahu kirinya. Tersenyum Aqram melihat perempuan yang perlahan mengisi hatinya sedang lena, entah kemana agaknya dia sekarang ini dibuai mimpi. Masih di Cape Town atau sudah ke bulan atau sudah sampai ke bintang! Sesekali Aqram menoleh apabila terdengar Hani menghela nafasnya panjang. Lelap sungguh, seperti sleeping beauty,lena disebelah prince charming.Aqram senyum.
Kereta Honda bergerak laju di Lebuhraya PLUS. Comel.. bisik hati kecilnya. Terdengar Hani berbicara, bermimpi mengejar rama-rama agaknya.
“Hani..” Aqram memanggil Hani perlahan, tetapi tiada jawapan.
Aqram cuba mengejutkannya dengan memanggil namanya beberapa kali tapi tidak juga berjaya menggerakkannya.Tiada cara lain, kecuali menggoyangkan tangan Hani.
Hani tersentak dan terus terjaga. Sebaik sahaja tangannya digoncang Aqram. Aqram tidak perasan kerana tumpuan matanya hanya dijalan raya, niatnya hanya ingin menggerakkan Hani. Nasib baik tidak Aqram perasan kerana akan nampak ketara merah dimukanya yang puteh tatkala itu. Hisy, nasib baik tidak kena lesing! Sudahlah terkejut dan jantungnya dup dap dup dap...Hani hairan, dia tidak merasakan ini semasa merawat Aqram tempoh hari, mungkin kerana keikhlasannya sebagai perawat di waktu itu, tetapi Hani bukan perawatnya hari ini.Mata yang tadi kecil kini bulat kerana memang dia terkejut.
“Sorry, saya panggil tadi, tapi Hani tak sedar..so saya terpaksa gerakkanlah sebab kita dah dekat hostel Ain dah ni..” jawab Aqram tanpa rasa bersalah.
“Saya yang patut sorry.. tertidur pulak! Mengatuk sangat, tadi tak dapat tidur langsung dalam flight“ kata Hani sambil membetulkan tudungnya. Tentu sudah senget.
“Kita dah sampai ke?“ mata Hani menala keluar, tangan meraba muka dan mulut. Manalah tahu tertidur, entah-entah mendengur, Malunya! Bersuara dengan suara seperti orang baru bangun tidur. Perasaan malu masih didada, tertidur didalam kereta orang yang baru dikenalinya, nasib baik dia jujur, kalau dia berniat jahat, entah kemana Hani diheretnya sekarang..
“Hemm.. belum betul-betul sampai, tapi dah dekat dah” jawab Aqram
“Hani, I have something to tell you, actually Ain tak suruhpun I jemput you, tapi I sendiri yang nak jemput, bila I terdengar Ain telefon Mama infrom you nak balik dan dia beritahu tarikhnya hari ini by SIA.. so here I’am...” Tersentak Hani mendengar penjelasan Aqram. Sudah bercakap I dan you pula, tidak lagi Hani. Bahasa yang digunakan oleh orang yang sudah kenal lama atau yang sudah rapat. Sedangkan mereka baru sahaja berkenalan, dan tentunya istilah rapat tidak dapat digunapakai.
”I hope you tak marah.” katanya lagi.
Apakan daya Hani, perjalanan ke Uitm pun sudah didepan pintu pagar hostel Ain.
“Kenapa tak cakap awal-awal, boleh tadi tinggalkan saya kat teksi stand sana tu aje, pandailah saya balik kampung saya. Nanti apa Ain kata bila Ain nampak saya bersama Aqram” Hani segan, pasti lain tafsiran dari Ain.
“Tak.. taksI tak akan biarkan orang yang I dah jemput, untuk ditinggalkan ditepi jalan begitu aje. Kalau jadi apa-apa, siapa nanti akan dipersalahkan.. no..no.. its not me..” katanya.
“Tapi sebelum sampai, I ada satu confession yang I simpan, harap you bersedia mendengarnya. Tapi sebelum tu I nak tanya you satu soalan.” Tiba-tiba Aqram bersenang lenang pula hendak bermain teka teki.
“Confession?, confession apa?” tanya Hani hairan. Satu lagi perbuatan yang mengingatkan Hani kepada sidia.
“Buat masa ni you ada sesiapa special tak dalam hidup you” tanya Aqram.
Hah! juga soalan yang sama!
“Kenapa tanya?” tanya Hani.
“Sebab lepas I ada jawapan tu, baru I boleh beri confession tu” jawabnya jujur.
Hani terkejut, susunan ayat sama seperti yang pernah didengarnya dahulu. Ayat yang ditanya Khasif kepadanya. Ya Allah, memang sejarah berulang kembali!
“Em.. tak tahu” jawab Hani pendek.
“Takkan tak tahu, diri sendiri” Aqram seperti memaksa.
“Tak ada kut at the moment..” jawab Hani jujur.
“So, tak adalah? Kalau tak ada I ingin mengisi kekosongan hati you, itu pun kalau you sudi terimanya..” katanya berani.
Hani hanya mendiamkan diri mendengar permintaan Aqram.
I like you Hani, I like you very much, I like you when the first time we metdekat restaurant, masa you pengsan tu…then when you tell you name Hani, it’s sound so sweet, sweet like honey, tapi I takut nak luahkan, takut I hanya perasan sendiri. Lagipun I takut I mengganggu hak orang lain.. isteri orang ke, tunang orang ke.. tapi bila Mama inform us that you still single I terus nekat I want to get close to you. I hope you can give me a chance” panjang betul mukaddimah Aqram. Hani hanya terkebil-kebil mendengar confession Aqram. Confession berani mati!
Sebenarnya Hani tergamam dan terkejut dengan pengakuan berani Aqram. Sama berani dengan Khasif. Kenapa ini terjadi kepada dirinya, kenapa?
“Aqram, Aqram tak kenal lagi siapa saya sebenarnya, kita baru aje kenal dan jumpa. Jangan cepat sangat meluahkan kata cinta pada orang yang baru Aqram kenal” cuba menjelaskan keadaan.
“Mungkin saya bukan yang terbaik untuk Aqram, yang terbaik masih ada di luar sana, hanya menunggu pertemuaan sahaja” Hani cuba berselindung sedangkan dia juga sudah menaruh harapan kepada Aqram. Tidak mahu tertangkap desperate.
Adakah terlalu awal, Hani menyimpan perasaan itu? Sedangkan selama 3 tahun dia boleh bertahan, tetapi tidak dengan lelaki ini. Kenapa? Kenapa dan kenapa?
Betulkah kerana wajahnya?
“Hani… hati dan perasaan kasih ni bukan boleh diberi dengan sesiapa sesuka hati, dia datang sendiri dan dengan hanya pada seseorang. bukan dengan sesiapa sahaja yang Hani kata diluar sana dan saya rasa pertemuan telah ditentukan olehNYA. Macam saya, bertemu Hani di Cape Town tu, kenapa tidak dengan lain-lain perempuan di Malaysia ni?Sampai jauh sana, nun kat Cape Town!Itulah pertemuan yang telah diaturnya untuk kita” Aqram masih memperjelaskan yang hatinya sudah terpikat kepada Hani, dan berharap Hani menerimanya.
“Aqram… saya rasa Aqram buat keputusan mendadak. Ianya terlalu awal. Beri saya sedikit masa, dan saya rasa Aqrampun perlukan masa tu..” jawab Hani.
“I tak perlu fikir lagi, masa I sudah lama terbuang. Sekarang I hanya berharap dengan kata hati. Apa yang hati I kata betul, apa perasaan yang I rasa kepada Hani jugak betul, tak silap, cuma I tak tahu hati dan perasaan Hani kepada I” pandai pula Aqram mengatur ayat seperti dalam skrip drama.
Agaknya dia banyak membaca novel cinta, itu yang membuat dia pandai menyusun kata-kata.
Hani tersentuh dengan kata-kata Aqram. Cuma hatinya berbelah bagi, adakah begitu mudah dia beralih kasih? Sedangkan kasihnya pada Khasif masih utuh, walaupun dia sedar kehadiran Aqram juga perlahan-lahan mengetuk pintu hatinya yang sekarang ini hanya terkuak sedikit, tidak sepenuhnya. Walaupun hanya terkuak sedikit, namun cukup untuk membahagiakan dirinya. Terima kasih Aqram kerana meminjamkan hatinya, walaupun hanya untuk seketika.

7 comments:

sufi_jamal said...

Trima ksih dng n3 ni. rindu dng arqam dan hani. agaknya hani xbalik lagi ke cape twon ye.tpi eloklah dduk m'sia.ngri sndiri hati mak ayah pun snang anak ada dpan mata.

Rose Ezadora said...

Ceritanya panjang lagi, ini baru separuh. insyallah, perlahan-lahan akan terbongkar. Harap tak jemu membacanya..

sufi_jamal said...

Memang tak jemu sentiasa dinanti, truskan brkarya.

Anonymous said...

saya dah ketagih cerita ni ... update segera ye ... chaiyokkk!! ... hehehehe

Rose Ezadora said...

Nanti malam saya upload satu lagi chapter ya!..nak pujuk Hani dulu, liat pulak nak terima Aqram..

Anonymous said...

yeahhhh .... tapi kan sian aqram ... kalau dia tahu hani terima dia sbb hasif ...

Rose Ezadora said...

Hani takut nak terima Aqram sebab takut jadi Janda buat kali kedua... dan lari semula ke Cape Town semula ... ini cuma teaser. Cerita sebenar pembaca kena follow!!