BAB 52
Selepas pemeriksaan dari pihak hospital,
Karl dimaklumkan bahawa Erin mengalami gangguan hilang ingatan sementara yang
dipanggil Post Traumatic Stress Disorder
symptoms (PTSD) Penyakit yang datang kerana terlalu takut atau trauma dengan
apa yang berlaku. Tetapi doktor tidak dapat mejangka berapa lama, mungkin
sehari, dua hari, seminggu dan mungkin juga mengambil masa bertahun. Bergantung kepada persekitaaran dan juga
sokongan dari orang terdekat.
BAB 51
Setiap hari hidangan yang serupa
diberikan, berupa 2 keping roti dua kali sehari bersama dengan sebotol air
mineral. Hanya sekadar tidak mahu
tebusan mati kebulur. Bukan apa makanan yang dihidangkan yang menjadi perkara
utama buat masa ini. Perkara yang lebih penting, adakah mereka masih dapat
menyedut udara yang diberi percuma oleh Ilahi pada esok harinya. Setiap detik,
setiap saat, tidak siapa dapat mengagak apa yang akan berlaku. Setiap saat
berada di dalam keadaan cemas. Cicak berdecit di atas bumbung pun mampu
membuatkan degup jantung berdenyut laju.