Friday 18 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 51



BAB 51

Setiap hari hidangan yang serupa diberikan, berupa 2 keping roti dua kali sehari bersama dengan sebotol air mineral.  Hanya sekadar tidak mahu tebusan mati kebulur. Bukan apa makanan yang dihidangkan yang menjadi perkara utama buat masa ini. Perkara yang lebih penting, adakah mereka masih dapat menyedut udara yang diberi percuma oleh Ilahi pada esok harinya. Setiap detik, setiap saat, tidak siapa dapat mengagak apa yang akan berlaku. Setiap saat berada di dalam keadaan cemas. Cicak berdecit di atas bumbung pun mampu membuatkan degup jantung berdenyut laju.
Nampaknya mereka memang tidak berniat untuk mengapa-apakan mereka. Mungkin hanya menunggu duit tembusan. Jika tidak menerima duit tebusan baru mereka akan bertindak. Ya ALLAH ampunkanlah hambamu ini yang sudah lama terleka. Berilah hambamu peluang untuk bertaubat kepadamu. Itulah doa yang sentiasa di bibir Karl. Tersedar dari lenanya yang lama. Sudah tidak ada kata-kata lagi yang mampu dikatakan. Hanya pelukan yang erat di samping perempuan yang paling di kasehinya di sisi. Sedikit sebanyak memberi tenaga untuk teruskan hidup.
Begitu juga Erin, tiada apa lagi yang perlu dibicarakan. Nyamuk ke, agas ke yang dengan senang hati menyedut darahnya sudah tidak diperdulikannya. Bintat merah dikulitnya yang puteh boleh dilihat merata-rata.
Kejadian ini memang diluar jangkaan, hanya DIA sahaja yang dapat membantu mereka dikala ini. Setiap malam mereka tidak dapat melelapkan mata kerana apa-apa sahaja kemungkinan boleh sahaja berlaku. Muka Karl sudah ditumbuhi jambang yang bersepah. Erin yang kusut masai, sudahlah pakaian tidak bertukar, dan sudah mula mengeluarkan bau, bermacam-macam bau. Tetapi itu sudah tidak mereka dihiraukan. Yang penting sekarang ini ialah nyawa, menghitung hari demi hari, adakah mentari esok masih sudi bersinar untuk mereka.
“Karl, if anything happen to me, I want you to know, I sayang you…sangat sayang pada you.. sayang mama, tok pa, wan jie… uncle hamzah, untie mysha, semua mak dan bapa saudara I, sepupu I dan semua .. tapi I lebih sayang.. I sayang you.. you  tahu tu tau..ingat.. Karl.. I sayang you..” berulang-ulang Erin cuba menyakin Karl yang memang sudah mengetahui hati gadis disampingnya.
Karl yang duduk bersandar di dinding tanpa beralas apa-apa di lantai semen dengan kaki melunjur, hanya mengangguk, terharu dengan pengakuan Erin yang terlentuk di bahu kanannya. Lemah sahaja di lihat, bagai tidak bermaya.
I know, I pun sayang you.., don’t worry, insyallah kita akan keluar dari tempat ni, I want to marry you bila kita keluar dari sini nanti, I promise..” cuba menyakinkan Erin yang mereka akan selamat.
“Mereka akan selamat kita, percayalah” kata-kata semangat yang hanya angan kosong.
Persoalannya, siapa yang Karl katakana “mereka”. Siapa?
Erin mengangguk, sudah tidak ada senyuman lagi dibibirnya, walaupun sepatutnya berita yang Karl sampaikan ke telinganya tadi sepatutnya mengembirakan hati seorang gadis. 
Siang berganti malam, malam berganti siang, sehinggalah sudah lupa berapa lama mereka di bilik tersebut. Malas untuk menghitungnya. Kini semua berdoa, doa agar di perkenankanNYA untuk bebas dari malapetaka ini. Entah malam yang ke berapa, tidak dapat mereka pastikan.

“Krrrriink..“ Bunyi pintu dibuka. Muncul dua orang lelaki guerilla Abu Sayyaf, sorang darinya tiba-tiba merentap tangan Erin yang tadinya di dalam pelukan Karl. Terlerai pelukan. Karl cuba menarik balik Erin kembali kepadanya. Ketawa besar si guerilla apabila melihat Karl cuba melawannya.
“Hey..heyy mister.. what are you doing..“ tanya Karl cuba meleraikan pegangan tangan si guerilla dari terus mengheret Erin yang meronta-ronta ingin dilepaskan. 
“Karl tolong I Karl.. tolong I“ suara Erin merayu. Namun tidak berjaya.
“Please, mister.. please..” rayu Erin lagi begitu juga Karl yang cuba melawan dan memujuk agak Erin tidak dipisahkan darinya.  
Erin di heret dengan jeritan yang tidak sudah. Sayu yang amat sangat di hati Karl apabila masih mampu mendengar jeritan Erin yang lantang. Jeritan yang perlahan-lahan hilang dari pendengaran deria telinganya. Kemudian senyap. Ya ALLAH selamatkanlah hambamu ini.. doa Karl tidak sudah-sudah memohon.
Marah sungguh dia kepada penjenayah itu. Dia tahu apa niat mereka
Kemudian dia menjerit, menjerit sekuat-kuat hatinya. Dia pasti, mereka tidak mempunyai niat yang baik.  Pastinya nafsu lelaki, kerana dia juga seorang lelaki. Karl meraut mukanya, dia menangis kerana tidak berdaya melindung perempuan yang di sayanginya. Kini sudah menjadi santapan rakus di penjenayah yang tidak berhati perut. Nama sahaja perjuangan pembelaan atas nama Islam. Tetapi sebenarnya hanya menggunakan nama Islam sedangkan mereka bukan manusia, tetapi syaitan!
“Erin, dengar sini sayang..I will revenge for what they have done to you.. Erin.. dengar ni.. I love you!! Karl sangat kecewa lalu menjerit dengan sekuat-kuat hatinya. Laungan kuat yang tidak pernah dia keluarkan dari peti kotak suaranya. Tak kesahlah, jika akibat dari laungan terpaksa itu merosakkan deria suaranya. Dia mahu memberitahu Erin yang dia akan menuntut bela ke atas apa yang terjadi kepada dirinya.  Jika boleh biar satu dunia tahu. Kalau boleh!!

Tiba-tiba apabila mereka dikejutkan dengan bunyi bising dari luar. Semua yang ada di dalam bilik tersebut terganga dengan bunyi rioh rendah. Bunyi bising sangat ketara terdengar di subuh yang hening. Mereka tidak dapat mengagak apa yang berlaku kerana tidak ada tingkap di bilik tersebut. Hanya ada lubang angin, itu pun tinggi hampir ke bumbung. Rioh rendah masih kedengaran, bunyi seperti tembakan. Tembakan di antara siapa entah! Tiada siapa di dalam bilik itu yang tahu. Mata memandang antara satu sama lain dengan seribu satu andaian di fikiran.
Kesah Erin di heret keluar oleh penjenayah sudah tidak menjadi isunya lagi. Kini kesah apa yang sedang berlaku..mereka tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ada di luar bilik mereka. Sudah pasti satu lagi musibah. Musibah menunggu di muka pintu.
Erica, perempuan Australia sudah mula menangis di bahu suaminya Steven Henson. Lelaki Belgium yang tadi cuba menenangkan Karl hanya tegak berdiri menunggu dengan sabar. Manakala Ava dan Katherine si jurujual mutiara hanya berpelukan berdua. Semua mulut berkumat kamit meminta doa mengikut pegangan masing-masing. Biasalah di saat begini baru tersedar keujudan Tuhan. Bila susah baru teringat Tuhan.
Tiba-tiba muncul Erin dengan keadaan kusut masai, menerpa ke arah Karl dan dia terus memeluk erat tubuh Karl. Karl lega Erin sudah pulang dan terselamat dari menjadi ratahan si durjana. Mereka tidak sempat berbuat apa-apa kepadanya, Alhamdulillah.
Tetapi bala apa pula di luar sana? Erin menutup terus telinganya dengan kedua belah tangannya. Tubuh Erin di peluk kejap oleh Karl, berharap akan dapat menenangkan si gadis.  Semua berdiri, mengetahui Erin tidak sewajar berbuat demikian, tetapi keadaan memaksa dia memberanikan diri untuk berbuat demikian, sekurang-kurangnya dia yakin Karl boleh menjadi pelindungnya sekarang ini. Terkejut setiap kali terdengar dentuman di luar seperti berada di dalam peperangan.
Persoalan sama ada peluang untuk melihat bulan dan matahari di esok harinya menjadi lebih tipis. Di bibir hanya doa dan doa, tidak ada satu saatpun menjadi sia-sia. Kerana DIAlah yang maha mengetahui dan hanya DIA, tempat Erin dan semua di dalam bilik meminta perlindungan. Mereka meminta pertolongan mengikut pegangan masing-masing. Keadaan kini ibarat keluar mulut naga, masuk mulut buaya..
Di luar bilik terdengar seperti barangan diselerakkan dengan kasar, walaupun Erin menutup telinga, tetapi masih mampu mendengar apa yang berlaku, bayangkanlah betapa kuatnya bunyi tersebut. Bunyi bising semakin hampir, mungkin sudah sampai di depan pintu bilik kurungan mereka. Erin menggigil dan rasa lemah segala anggota badannya. Terlalu takut, menggigil sehingga berpeluh. Sudahlah perasaan takut hampir di perkosa oleh lelaki guerilla belum hilang, di tambah pula dengan dentuman entah apa yang tidak dapat dikenal pasti. Karl dapat rasakan ketakutan Erin. Degupan jantung tak usah di kira.. laju .. selaju orang yang baru lepas berlari marathon. Karl juga takut sebenarnya tetapi dia terpaksa bertindak berani untuk memberi kekuatan semangat kepada Erin.

Terpampan semua mata apabila pintu kurungan mereka ditendang dengan kuat. Erin masih menutup matanya, tidak mampu rasanya hendak melihat apa yang akan  muncul di depan matanya nanti. Dia kuatir, kerana dia tidak mahu melihat lelaki bangsat itu lagi. Pelukan Karl yang melengkar di pinggang Erin makin erat, muka Erin masih tersembam di dadanya, walaupun kedua-dua belah tangan Erin masih menutup telinganya. Mangsa lain tidak dipedulikan, kini hanya pentingkan diri sendiri dan perempuan yang berada di dalam pelukannya kini semestinya.
Terkuak sahaja pintu, jawapan sudah terjawab. Orang berpakaian uniform, biru cair baju dan seluar biru pekat, Karl pernah nampak orang beruniform begini. Dia masih ingat uniform itu. Polis Filipina, Karl kenal dengan pakaian seragam yang dipakai mereka. Mana tidaknya Erin yang minta gambarnya dirakam bersama abang-abang polis tempoh hari.
“Erin.. Erin we are save..” Karl gembira dan menggoyang-goyangkan Erin yang masih tidak menyedari siapa yang muncul di depan mata kerana masih menutup rapat matanya dan menutup telinganya. Karl menolak sebelah tangan Erin yang melekap di telinga dan mengulangi ungkapannya sekali lagi.
“Sayang, we are save now..” terus sahaja Erin membuka matanya dan melompat gembira dan tanpa dia sedar memeluk Karl dengan begitu erat sekali, dan mencium pipi Karl yang dipenuhi jambang beberapa kali. Lupa batas-batas yang sepatutnya.
“Syukur Alhamdulillah…” Erin meregangkan kedudukannya, apabila menyedari apa yang telah dilakukannya tidak sepatutnya berlaku.
Sebaliknya Karl menariknya dan memeluk Erin kembali, kerana dia juga ingin meluahkan rasa gembiranya bahawa mereka sudah selamat. Insan yang boleh berkongsi kegembiraan tatkala ini ialah perempuan yang ada didalam pelukannya kini. Perempuan yang sama-sama mengalami situasi getir ini.

****

Sesampai sahaja bot polis mendarat di pelabuhan, pemberita sudah ramai menanti. Bukan setakat pemberita Filipina, malah seluruh dunia membuat liputan. Kerlipan lampu kamera menyilaukan mata. Terkelip-kelip mata Karl dan Erin oleh sinaran lampu kamera. Jika dulu Erin dan Karl yang memburu berita, kali ini mereka pula yang diburu. Sekarang baru mereka rasa bagaimana pula berada di sebelah satu lagi. Mereka diberi first class treatment, sehinggakan penginapan mereka di hotel Marco Polo. Hotel yang menempatkan para VVIP dua minggu lalu. Kini menjadi milik mereka. Namun itu semua sudah tidak menjadi kebanggaan. Apa yang telah terjadi kepada mereka, masih menghantui fikiran. Bukan semudah itu akan hilang. Mungkin mereka memikirkan, dengan memberi layanan teristimewa boleh menghapuskan semua memori kecelakaan dengan sekelip mata?
Itu semua tidak penting lagi bagi mereka. Yang penting adalah mendekatkan diri dengan Si Pencipta. Mereka di beri peluang kedua, dari itu jangan di sia-siakan.

Perkara pertama yang perlu mereka lakukan ialah membersihkan diri dengan persalinan yang baru. Badan dan pakaian sudah berbau semacam. Terutama Karl, dengan jambangnya yang bersepah sudah nampak seperti pelakon Tom Hank di dalam cerita Castway sahaja, cuma dia belum lagi ke tahap bercakap sendirian dengan bola. Kemudian, mengisi perut mereka dengan makanan yang lebih berkhasiat. Tetapi bukan roti, kerana rasanya sudah tidak larat lagi mereka hendak melihat roti.
Nasi.. ya nasi sudah lebih dari seminggu tidak berjumpa nasi rupanya.  Rupanya mereka diculik selama 11 hari dan 10 malam. 11 hari yang cukup panjang bagi mangsa, 11 hari yang bagaikan  11 tahun dirasakan. 11 hari 10 malam yang juga mendekatkan diri dengan Allah..Muasabah diri.
Kiini Karl sudah mampu tersenyum apabila memikirkan, andainya   bercuti bersama perempuan yang berada rapat di sebelahnya di sebuah pulau selama 11 sebelas, tentu package percutian itu memberikan penuh kegemgiraan buat diri mereka.. tetapi bukan package yang telah mereka lalui. Package yang penuh seksa dan sengsara. Andainya!! Tetapi itu tidak mungkin terjadi!


You need to drink a lot of water” kata seorang doctor yang telah di tugaskan untuk memantau kesihatan mereka. Doktor telah meminta agar meminum banyak air sebab mereka sudah dehydrated. Mereka kemudian di hantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan susulan.
Semalaman, mereka diberi drip untuk memulihkan kandungan air di dalam badan dan kulit yang sudah hancur oleh gigitan serangga juga diberi rawatan.
Hari pertama mereka terpisah, kerana Erin di wad perempuan dan Karl di wad lelaki. Erin sudah mula meracau, doktor terpaksa memberikan dia ubat penenang dan juga ubat tidur. Erin asyik menjerit-jerit. Dia bagaikan kena histeria. Semua doktor dan perawat, gagal menenangkan dirinya.
Hari pertama, keadaannya sangat serious. Hari kedua juga tidak ada perubahan.Akhirnya Karl meminta kebenaran untuk bertemu Erin.
Karl menjengok Erin dengan mengheret botol drip. 2 hari yang sungguh seksa, sama seksa semasa diculik. Malah seksa yang ini lebih lagi. Seksa menahan rindu.
Erin tenang dan tidak meracau apabila Karl berada di samping. Akhirnya doktor membuat keputusan menempatkan mereka di dalam satu bilik.

Apabila kesihatan mereka di sahkan sihat, mereka diminta membuat laporan  kepada  polis. Sepanjang masa mereka di bawah pengawasan pengawal khas. Mereka sekarang  sudah menjadi VIP. Anugerah taraf VIP yang tidak perlu mengadap Sultan untuk mendapatkannya.

****

Norish, polis wanita yang ditugaskan mengawal di depan pintu hadapan bilik Erin membuka perlahan pintu bilik Erin apabila rasanya dia terdengar sayup seperti orang menangis. Benar telahannya, dilihat Erin sedang memeluk kedua lututnya rapat ke muka dan menangis. Dia melihat jam di tangan, jam menunjukkan 2.00 pagi. Walki talkie d itangan ditekan dan memaklumkan kepada rakan setugasnya yang menjaga di hadapan bilik Karl, ditingkat yang sama tetapi bilik yang paling hujung. Perkara ini perlu dimaklumkan segera keibu pejabat. Di hospital bolehlah mereka di tempatkan di dalam satu bilik, tetapi sudah tentu tidak di bilik hotel!
Karl bergegas segera menuju ke bilik Erin. Dilihat Norish cuba menenangkan Erin, dengan mengurut perlahan belakangnya, tetapi tidak berjaya. Erin terus menangis, teresak-eak. Entah kenapa dan apa yang di tanggiskannya, tiada siapa yang tahu kerana tiada kata-kata, hanya esakan yang memanjang.
Karl memeluk bahu Erin di birai katil menghala badan Erin ke badannya.  Erin mendongak ke arah orang yang memeluknya, dia kenal lelaki ini. Sekarang sudah kemas, rambutpun sudah pendek dan tidak berserabut dengan jambang lagi. Tangan kanan Karl menyika air mata Erin yang mengalir turut melintasi pipinya. Erin cuba berkata-kata, tetapi tidak dapat difahami dengan jelas kerana diselang seli dengan esakan. Apa yang Erin tahu, dia rasa lega dan tenang berada di dalam pelukan lelaki ini.Aaahh.. parah! Mereka tidak boleh berterusan begini. Keadaan Erin, betul-betul menguji keimanan Karl. Jika berterusan bersentuhan begini..dia takut tersasar. Erin, segeralah kau pulih. Itu dia Karl setiap kali bersama si gadis.

“Sudah.. sudah tu.. Rin.. I dah ada ni. Rin tak boleh tidur ya.. I tunggu Rin okey? Sekarang tido...” pujuk Karl. Dia tahu Erin faham apa yang dikatakannya.
Erin mendongak dan mengangguk perlahan. Karl mengerutkan mukanya, kenapa Erin jadi begini.. trauma ke dia? Mungkin trauma, dia bukan doktor, jadi dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada diri Erin.  Esok sahaja dia akan meminta pihak hospital mencari punca kenapa Erin berkelakuan aneh begini, dia seperti orang hilang akal sahaja.
“Rin tido .. I  tunggu.. you need a rest.. , lusakan kita dah nak balik Malaysia..” ujar Karl lagi.  Perangai seperti anak kecil, Erin hanya menurut apa yang diarahkan oleh Karl, dia sungguh-sungguh percaya dengan lelaki ini. Percaya 200%.
Pelukan dileraikan dan Erin membaringkan dirinya, Karl menarik selimut di hujung kaki Erin perlahan, menutup badan Erin hingga ke paras dada.
“Rin tido ya! I ada sini…” kata Karl. Rin hanya angguk.
Mudah sangat Erin akur dengan arahan si lelaki. Lebih mudah dari memujuk kanak-kanak dengan candy.
Karl kemudian mengambil tempat di sofa. Segalanya diperhatikan oleh dua anggota polis Filipina yang ditugaskan mengawal mereka.
Terlelap juga akhirnya Erin, begitu juga Karl yang mengerekot lena di atas sofa panjang.




No comments: