Tuesday 30 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 32



BAB 32

Sampai sahaja di KPJ aku terus mencari wad yang dikatakan, wad sutera ditingkat 3. Tidak susah mencari wad berkenaan kerana hospital swasta yang terkenal ini hanya menempatkan beberapa bilik sahaja di setiap wing. Malahan signagenya juga teratur, mudah dan ringkas.
Malu juga aku pada mulanya apabila aku melangkah masuk ke bilik sebaik sahaja aku menolak pintu masuk, kerana sudah ramai saudara dan adik beradiknya yang mengelilingi katilnya. Aku terpinga-pinga, perasaan malu bertukar hairan. Mereka seperti memberi laluan dan ruang kepada aku.

Apa ni!.. Aku hairan.. memang aku sungguh hairan. Aku yang tidak ada kena mengena dengan dirinya tetapi aku diberi keutamaan, sehinggakan siap sebuah kerusi khas buat aku yang sudah

Monday 29 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 31



Untuk makluman pembaca yang mengikut coretan ini, seperti karya-karya yang lepas saya akan delete karya 15 chapter terakhir. Untuk JYT karya bermula Bab 30. Di harap pembaca yang mengikuti memaklumkan kepada saya yang mereka sudah membacanya.  

Tambahan pula, saya sudah mendapat teguran kerana upload terlalu banyak chapter, membuat cerita sudah menjadi basi dan tidak mendapat perhatian penerbit. Itupun jika ada penerbit yang berminatlah..PERASAN!!

Bab 31

Aku ke bilik stor. Semua kotak aku buka, mencari satu kotak yang hampir aku lupa. Tetapi hari ini aku teringatkan kotak ini. Kotak itu seakan-akan memanggil aku agar aku mengeluarkannya semula setelah sekian lama terpuruk di dalam stor.
Lepas satu kotak ke satu kotak yang sudah diseal aku buka, namun aku tidak berjumpa kotak yang aku cari. Kemanalah agaknya.
Aku tegak berdiri, mengimbas kembali, di dalam kotak mana yang aku simpan barang itu selama ini. Namun imbasan tidak dapat diingat dengan nyata, perkara sudah lama, dah jadi sejarahpun, patut letak di arkib sahaja. Perkara yang beberapa mnit berlakupun  aku boleh lupa, inikan pula yang sudah berpuluh tahun. Otak sudah tua! Ek! Bukan otak yang tua, diri aku sendiri yang sudah...

Saturday 27 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 30



Bab 30

Aku duduk di kerusi bertentangan dengan abang Rafiq. Satu buku menu dihulurkan abang kepada ku, aku sambut, manakala satu lagi dipegangnya. Dia mahu aku yang memilih. Susah juga hendak membuat pemilihan. Hendak memesan menu sarapan, jam sudah sebelas lebih. Hendak memilih makan tengahari pula, masakan belum siap sepenuhnya. Aku bingung hendak memilih, akhirnya, aku tanya abang Rafiq apa yang dia hendak makan.

“Abang ajelah pilih, tak tahu Lyna nak decide..” kataku, tanpa aku beritahu yang aku tidak dapat memilih sama ada memilih menu untuk sarapan atau menu  makan tengahari.
“Ilyna lapar tak?” tanyanya.
“Sikit..” kataku pendek.

Friday 26 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 29


Bab 29


Aku menjinjing kandang yang berisi si anak kucing kuning. Kandang aku letakkan di atas meja kaunter.

“Maaf ya..Kelly kena tunggu lama? Bukannya apa, budak volunteer tu budak baru, tak pandai lagi hendak mandikan kucing..ahh..kucing tu dah bersih, dah vaccine dan deworm. Kelly pilih kandang mana yang hendak dan juga some cats food jangan lupa. Nanti ada kucing yang kebulur sebab tuan terlupa beli makanan. Jangan beri tulang tau, nanti tercekik. Ini kucing manja, bukan kucing kampung yang baham apa saja..” Nasihatku kepada Kelly sambal tersenyum. Aku lihat Kellypun tersenyum juga, mengerti yang aku cuba sekadar memberi pandangan dan nasihat.

Thursday 25 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 28


Bab 28

“Ibu, Lia sampai dalam setengah jam lagi..ibu dah siapke?” tanya Lia setelah aku mengangkat cellphone ku yang berbunyi.
“Ya..ya, ibu pun dah ready ni..“ jawabku, ringkas.
Awal aku bangun hari ini, setelah penat mengimbau kesah silam. Kesah kebahagian aku bersama arwah Fahmi. Suami yang aku cinta.

Sarapan sudah aku siapkan Aku hanya menunggu Lia untuk bersarapan bersama sebelum ke SPCA seperti yang telah aku janjikan semalam.
Tidak sampai setengah jam, Lia sudah muncul di depan pintu yang telah aku buka untuknya.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 27



Bab 27


“Apa yang riuh aje mak dengar malam tadi?“ tanya ibu mertua aku semasa bersarapan.
Aku termalu, apa sebenarnya yang telah didengar oleh ibu mertua ku.
Banyak perkara yang berlaku “malam tadi“.
“Ni ah..si Lyna ni.. takutkan kunang-kunang“ kata Fahmi, sambil tangannya yang melengkar dibahuku digoyang-goyangnya.
Tersenyum pulak tu!
“Lyna jangan takurlah kat kunang-kuang tu, dia tak bahaya..“ kata ibu mertuaku.

Wednesday 24 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 26



Bab 26

“Lyna okey ke tak ada majlis sanding macam kawan-kawan Lyna lalui..” kata Fahmi sewaktu aku menunaikan janjiku untuk belanja makan sebagai bayaran menukar tayar keretaku tempoh hari.
Juga merupakan dating pertamaku sejak bertunang dengannya.
Makan tengahari di Restaurant Siang Malam. Restaurant yang popular dengan masakan melayu. Jika dia suka lauk masak lemak pisang muda aku, pasti dia suka masakan di sini, kerana di sini jauh lebih sedap dari yang aku masak.

“Tak” jawabku perlahan.
“Sungguh! Majlis macam ni sekali aje seumur hidup tau?Setahu saya semua gadis impikan hari bahagia mereka bagaikan puteri!” soalnya lagi.
“Itu orang, bukan Lyna. Tak rugi apa-apa, yang penting Fahmi sudi terima Lyna..” kataku lagi.
Aku lihat Fahmi tersenyum senget.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 25




Bab 25

“Lyna.. aku dah nak pegi kerja dah ni.. kau tu kenapa tak siap lagi?..” tanya Dian, hairan kenapa aku tidak bersiap lagi, selalunya aku yang siap dulu dari dirinya. Aku masih dengan pajama berjalurku. Kuyu sahaja mata, menahan pening lalat yang aku alami. Aku gagahi juga bangun kerana Lia sudah jaga. Aku siapkan dia dan dia leka bermain.

“Hari ini aku nak emergency leave la..Aku rasa macam nak demam aje ni..” dengan suara yang sedikit serak.
Aku akan memaklumkan pihak hospital sebentar nanti.
“Lia.. Lia macammana? Nak aku hantarkan..” tanya Dian.
Dian memang mengerti, dia ada juga sesekali membantu aku menghantar Lia ke tadika, jika aku tidak sempat. Dian memang seorang kawan yang baik.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 24



Bab 24

“Lama dah ke Lyna tersadai kat sini? Saya tengok tayar belakang sebelah kiri Lyna tu dah pecah.. teruk pecahnya tu.. Lyna langgar apa? Koyak macam tu sekali?” katanya dengan raut muka garang. Aku masih mendiamkan diri.
“Kenapa tak buka pintu awal-awal. Sampaikan polis datang, ingatkan saya ni entah apa?“ katanya lagi. Nada masih tinggi.
Amboi, masuk-masuk sudah meninggikan suara kerana bertanya bagaimana tayar kereta aku terkoyak begitu sekali. Marah juga dengan kehadiran abang polis yang hampir memberkasnya.
Part tayar, manalah aku tahu, aku sudah memandu berhati-hati, bukannya aku main hentam sahaja langar apa yang tidak sepatutnya. Dia marah kerana aku mengambil masa yang agak lama untuk membuka cermin dan membenarkan dirinya masuk, agaknya..
Dia tidak fikirkah, hendak mampus, membenarkan orang yang tidak dikenali main hentam duduk di sebelah.. Hisy…Ya ampunnn…!!

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 23



Bab 23

Akhirnya, kehadiran untie Rehan mengembirakan aku di pagi itu, tetapi kegembiraan itu hanya bertahan sekejap sahaja. Ingatkan untie Rehan membawa berita baik untuk ku, rupanya bukan. Satu lagi kejutan aku terima dari untie Rehan, yang sepatutnya aku panggil Kaklong, tetapi tidak kesampaian. Dia tetap untie Rehan buatku. Dia datang kerumahku memberitahu untuk membatalkan semua majlis, termasuk memutuskan pertunangan. Menurutnya, abang Rafiq tidak mahu meneruskan rancangan pernikahan, walaupun ada ura-ura rancangan untuk majlis nikah diteruskan di kemudian hari, jika segalanya lega.
Tetapi kedatangan untie Rehan menjelaskan segalanya. Jawapannya, ialah BATAL.

Tuesday 23 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 22



Bab 22

21 Oktober tiba jua akhirnya. Aku yang duduk bersempuh dimdalam bilik dengan pakaian kurung modern berwarna ecru, persalinan hadiah dari abang Rafiq. Pakaian yang paling mahal yang pernah aku pakai. Duduk menunggu dengan setia kedatangan untie Rehan yang bila-bila masa sahaja akan menyarungkan cincin yang abang Rafiq pilih bersamaku sebulan yang lalu.

Lia seperti biasa entah ke mana, jika pulang kemkampung budak itu memang tidak berada dengan ku, ada sahaja orang yang melayannya. Aku tidak perlu risau hal Lia, aku tahu dia berada di tangan orang yang menyayanginya.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 21



Bab 21

“Abang.. bilik ni kita jadikan bilik untuk Lia ya?” tanya ku kepada abang Rafiq, apabila dia membawa aku menjenguk ke rumah yang dibelinya untuk kami.
Rumah semi-d (berkembar) dua tingkat, lot tepi. Rumah yang mempunyai bilik yang luas dan juga perkarangan laman yang cukup untuk aku meneruskan aktiviti kegemaran aku, menanam pokok bunga. Bukannya aku mempunyai green thumb, tetapi aku suka melihat pokok bunga, terutama yang mempunyai bunga pelbagai warna. Mungkin aku mengikut tabiat emak dan abah, suka bertaman pokok.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 20



Bab 20

“Makcik, saya kena pergi, saya ada hal sikit..” katanya sebaik sahaja dia menghantar aku pulang. Perkataan “Makcik“ yang bakal tertinggal “cik“. Tidak lama akan kena panggil “Mak“, tak mahu practise ke?
Tersusun ayat abang Rafiq menolak pelawaan emak supaya dia singgah sebentar untuk minum kopi. Adap orang melayu, melawa setiap tetamu untuk secawan kopi.
“Jumpa lagi bro..” katanya sambil mengangkat tangan ke arah abang Fadil yang tegak berdiri, hanya sebagai memerhati. Abang Fadil faham, kawannya sibuk memanjang. Masih banyak masa untuk berbual, tambah-tambah apabila sudah menjadi adik iparnya kelak.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 19



Bab 19

Seperti yang aku janji dengan emak, hujung bulan aku pulang ke kampung.  Longlai sahaja aku keluar dari perut kereta dengan Lia di pinggang aku kelek. Seperti biasa kehadiran Rizal dan Jaja meringankan pengawasan aku kepada Lia. Memberi peluang untuk aku berbincang bersama emak. Ada perkara yang harus aku minta pandangannya.
Dari istikharah yang aku buat, aku masih tidak dapat mentafsirkan apa yang harus aku lakukan,  Kedua-dua lelaki itu tidak muncul dalam mimpi ku. Usahkan muncul dalam mimpi, bayangpun tak ada. Bunga-bunga mimpi yang sipi-sipi juga tidak muncul. Nampaknya aku sendiri yang perlu membuat keputusan.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 18



Bab 18

“Siapa yang bawa petai kat  hospital ni..” bersuara nyaring Kak Ita, kerani di hospital.
 Terdengar suara lantang itu dari patry. Siap menyungkit hidungnya yang tidak berapa mancung dengan bermuncung mulutnya. Kak Ita, kelakar pula rupa wajahnya.
 Memang aku letakkan petai pemberian kak Rozi diatas meja patry.
“Saya kak.. saya yang bawak, semalam ada jiran tu beri… kita orang tak makan? Akak hendak ke? Kalau nak ambiklah.. besar-besar mata dia..” laungku. Siap promosi lagi, dengan memberitahu yang mata buah petai itu besar-besar. Memang besarpun buah petai tu, aku tak tipu!
Nasib baik pesakit hanya binatang-binatang. Jika di hospital manusia, mahu dah aku kena sound, kerana membuat bising hanya pasal hal si buah petai.

Monday 22 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 17



Bab 17

“Ding dong.. ding dong..ding dong..” bertalu-talu aku tekan loceng pintu rumah orang. Main belasah sahaja menekan loceng, yang aku tahu penghuninya orang bujang. Tetapi tidak juga pintu dibuka. Kemana pula sirambut kerinting ini. Dalam sakit-sakit sudah merayap ke? Atau entah-entah sedang tidur. Jangan tidur waktu asar. Ishy apa yang aku merapu ni…lantaklah dia hendak tidur waktu mana..hak dia. Aku ketuk perlahan kepalaku. Yang merapu hal orang tu buat apa!. 
                                            
Kecewa apabila menekan lama, tetapi pintu tidak juga terbuka. Aku menapak perlahan ke rumahku. Dah orang tak mahu buka pintu, takkan aku hendak bertunggu bertangga depan pintu rumah orang. Nada orang kecewa sahaja. Kenapa ek!

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 16



Bab 16

Segelas orange juice aku minum. Gelas yang hanya ada sedikit juice berbaki masih aku pegang. Pengalaman menjadi penyeluk saku sebentar tadi, memang boleh mendebarkan dadaku. Aku asyik tersenyum apabila terfikirkan apa yang baru sahaja aku lakukan. Lia sudah bermain dengan susunan block kayunya di depan TV. TV yang sudah aku pasang, apa yang bersiaran pun aku tidak tahu. Bukan aku kesah, janji berbunyi itu sudah cukup, sekurang kurangnya ada terdengar suara orang, tidaklah senyap sunyi. Bahasa apa tidak menjadi masalah, janji berbunyi.

Selalunya apabila aku ke Taman Tasek, aku akan menunggu sehingga waktu makan tengahari, kerana aku malas hendak memasak. Relax sahaja makan ala cart di restaurant terapong di situ. Tetapi hari ini disebab telah mencederakan orang, aku terpaksa balik awal. Sudah tertulis di Luah Fahfuz yang hari ini apa yang akan terjadi kepadaku. Bayangan restaurant terapong yang menyajikan berbagai makanan kampung hilang dari ingatan. Yang muncul hanya semangkuk mee segera “Maggi“ kosong yang masih berkepul asapnya.. “Maggi”!.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 15



Bab 15

“Lia, pandang ibu..” kata ku meminta Lia berjalan ke arah aku. Tangan mengamit Lia dan aku jalan mengundur sambil sedikit membongkok di Taman Tasek. Biasalah, bila hari Ahad, tidak tahu hendak ke mana, akhirnya aku mengambil keputusan ke Taman Tasek yang terletak tidak jauh dari rumah. Berjalan kakipun tidak sampai 20 minit untuk ke destinasi.
Semasa aku sendirian dulu, selalu juga aku ke sini membaca buku. Tetapi kini sudah ada Lia, aku tidak mampu untuk berjalan dengan mengendong Lia. Akhirnya aku pandu kereta, yang tidak sampai 10 minitpun pemanduan. Yang pastinya aku sudah tidak boleh membaca, takut pula jika leka membaca, mahu Lia masuk tasik buatan!! Baru kes gempar!

Jodoh Yang Tertaangguh - Bab 14

Upload sekali 10 chapter, harap membaca sampai puas...


Bab 14

 

Hari ini sibuk sangat pula. Banyak betul kucing-kucing dibawa oleh tuannya yang mengadu binatang peliharaan kesayangan mereka tidak ada selera makan dan banyak memuntahkan hairball. Bukan sahaja binatang yang mengalami masalah ini. Manusia juga terjejas dengan avian influenza yang sedang menular global. Bagi manusia pandailah mereka mencari ubat, tetapi yang kasihan binatang-binatang peliharaan ini. Jika kucing kampung, bolehlah mereka merayau mencari daun-daun herbal yang boleh merawat mereka, kerana mereka sudah biasa survival untuk hidup. Tetapi tidak kepada kucing belaan, yang manja. Makanpun tuannya yang terpaksa isikan dibekas makannya. Inikan pula keluar mencari daun-daun herbal. Tuannya tidak membenarkan mereka keluar sebarangan. Bukannya apa, takut hilang dicuri orang ataupun dibaham anjing. Mahu menangis si tuan atas kehilangan kucing yang bernilai beribu ringgit. 

Jodoh Yang Tertangguh - bab 13


Bab 13

 

Pemanduan pulang dirasakan cepat sekali, aku sampai awal ke apartmentku.

Memandu pulang dengan hati riang, berbunga-bunga. Hati penuh dengan bunga, termasuk bunga tahi ayam…turut menumbang warna dan aroma. Tak sedar masa beredar, tahu-tahu aku sudah sampai di lot pakir apartmentku.

Aku perhatikan lot pakir masih banyak lagi yang kosong. Sah aku terawal sampai pulang ke Kuala Lumpur minggu ini, kerana ramai lagi yang masih dalam perjalanan pulang menghabiskan cuti hujung minggu di kampung masing-masing agaknya. Terus sahaja aku memakirkan keretaku. Lokasi yang paling hampir dengan lift, bukan senang mendapat pakir yang paling dekat dengan lift, hot spot.

Itulah manusia, sudah mudah, lagi mahu mudah, jika boleh dipakir terus di dalam lift lagi baik. Tekan butang terus sampai depan rumah. Keluar sahaja kereta beberapa langkah sudah sampai ke dalam rumah.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 12


Bab 12

“Macammana Lyna?” tidak sempat lagi aku hendak duduk sudah ada soalan dari kak Shimah. Terbalik kot! Dia pula yang terover excited. Aku senyum. Hai kakak ipar aku ni…

“Bolehhh..la..” jawab ku, panjang sahaja ucapan “boleh tuuu”.

“Bolehlah aje?” tak cukup menyakinkan jawapan tu Lyna..adake bolehlah aje pulak..” kata Kak Shimah, tidak berpuas hati dengan jawapanku. Dia menanti jawapan yang sepatutnya ‘boleh jugak!, bukan bolehlah aje’. Hemm..hemmm.

 

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 11


Bab 11

 

Pertemuan diatur selepas Zohor. Bila masa emak berhubung dengan untie Rehan, tidak pula aku ketahui. Pandai-pandai sahaja emak membuat perancangan dalam diam. Tahu-tahu dia sudah set waktu dan tempat. Emak aku..

 

Sedang aku membantu Kak Shimah menyediakan makan tengahari, emak muncul  meminta aku bersiap. Aku tertanya-tanya, bersiap apa? Ah, baru aku tahu perancangannya. Rancangan yang diaturkan bersama untie Rehan. Pertemuan pertama di Hotel Paradise, dan temujanji di coffee house hotel tersebut.

Sunday 21 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 10


Bab 10

 

Aku pakaikan Lia kasut, meronta-ronta dia hendak berjalan tanpa kasut. Tidak sabar-sabar lagi dia hendak keluar, apabila dia melihat abang Rizal dan kak Jaja sudah berlari-lari di halaman. Nama sahaja masih kecil, tetapi hatinya besar, konon dia berfikir sudah sebaya dengan abang Rizal dan kak Jaja. Terkedek-kedek dia berlari kearah Rizal dan Jaja yang memanggilnya. Apa lagi terkekek kekeklah dia gembira. Terus sahaja Rizal pimpin tangan kecil Lia. Aku yang duduk di wakaf hanya memerhati telatah Lia bermain dengan kedua-dua anak buahku. Indah sahaja menjadi kanak-kanak, tanpa ada masalah didalam kepala yang perlu difikirkan.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 9


BAB 9

 

Aku memakir keretaku sebaris dengan kereta abang Fadil. Awal pula dia sampai hari ini. Selalunya dialah yang paling lambat. Ada sahaja alasannya jika ditanya kenapa lambat sampai.

Alasannya, hendak pergi pejabat pos bayar bil,

Hendak tunggu Rizal anak lelakinya habis kelas karate.

Tunggu Kak Shima habis kelas tajwid

Hendak ambil Jaja kelas ballet dan macam-macam lagi.

Bagaikan hari Sabtu hanya ada satu hari dalam sebulan. Hari Sabtu setiap hujung bulan yang sepatutnya berkumpul di rumah mak, tetapi hari Sabtu itu juga dia sibuk. Kak Shimah hanya tersengeh apabila si suami memberi alasan. Emak dan abah sudah faham benar dengan alasan abang. Nasib baik dapat isteri yang menurut. Jika dapat isteri yang queen control, mahu rasanya, mereka tidak menjengok emak dan abah langsong. Abang Fadil hanya akan sampai lambat, tetapi dia tetap akan muncul. Lain pula halnya kali ini, dia yang paling awal sampai. Hairan juga aku.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 8


Bab 8

 

Deringan telefon begitu nyaring kedengaran, memecah kesunyian, yang tadinya hanya terdengar bunyi angin kipas siling di ruang tamu. Aku yang sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur cepat-cepat mengelap tangan yang masih berbueh sabun, laju aku berjalan menuju ke arah deringan.

 

Siapalah agaknya yang menalifon aku di waktu hujung-hujung minggu begini. Bukannya apa, tidak mahu deringan yang nyaring itu mengganggu lena Lia yang nampak sudah bergerak, tetapi dia masih tetap lelap. Jika dia terjaga, alamat terbengkalailah pinggan mangkuk yang belum habis aku cuci.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 7



BAB 7

Pagi Sabtu yang indah, Lia terover baik, hanya duduk bermain dengan mainan yang ada di dalam playpen yang tidak jauh dari pandangan mataku. Aku pula sibuk menyediakan apa yang patut untuk aku masak. Aku hendak berlagak menjadi Jimie Oliver sekejap. Dian tidak ada di rumah, dia sudah memberitahu aku yang dia akan terus pulang ke kampungnya, terus dari pejabat semalam. Rembau, dekat sahaja, bukannya Kelantan atau Terengganu. Jika hendak berulang dari sanapun boleh!

Ligat tangan aku menyediakan masak lemak pisang muda dan ayam goreng berempah. Manakala dessertnya pula, aku sediakan kueh ketayap. Inti kelapa sudah aku sediakan malam tadi, sewaktu Lia sudah tidur. Aku hanya perlu menyediakan kulitnya sahaja hari ini. Sebelum jam 12 tengahari aku sudah bersedia dengan lauk-lauk yang aku masak, tersusun di dalam bekas pakai buang yang telah aku beli kelmarin. Sengaja aku membeli bekas-bekas itu agar, dia tidak perlu memulangkannya kembali bekas-kebas itu kepadaku.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 6



BAB 6

Perlahan-lahan aku menarik grill untuk menutup dan mengunci pintu aparmentku. Diharap tidak mengganggu jiran-jiran aku yang lain, terutama jiran sebelah, si rambut kerinting. Perlahan-lahan juga aku  memimpin Lia berjalan menuju ke lif. Dah jadi macam pencuri, berjalanpun terjengkit-jengkit. Hati girang, kerana nampaknya aku berjaya kerana tidak tertembung dengan si dia!

“Awal cik keluar hari ni..”
“Ah!“ tertoleh aku apabila mendengar suara garau seorang lelaki menegurku. Bulat mata ku kerana terkejut. Aku lindung perasaan terkejut dengan menayang gigi. Nasib baik gigi aku tersusun cantik, walaupun tidak layak untuk menjadi model iklan ubat gigi. Aku tersengeh.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 5



Sementara saya dapat idea untuk sambungan Aku Bukan Perempuan itu, kita layan coretan ini pula ya!

BAB 5

Seperti biasa aku mandikan Lia dan kemudian bermain dengannya sebelum memasak yang ringkas-ringkas untuk mengisi perutku, janji kenyang. Goreng telur kicappun sedap sebagai makan malam.

Sedang aku leka bermain bersama Lia, aku dengar pintu depan seperti sedang dibuka. Terdengar kunci berlaga. Aku tahu siapa yang baru balik. Dian, teman serumahku. Aku berkongsi menyewa apartment ini dengan Dian, dia bekerja sebagai setiausaha di Sime Darby. Apartment 3 bilik itu aku kongsi sewanya dimana aku membayar untuk 2 bahagian dan Dian satu bahagian. Aku mengambil dua bilik, bilik master dan bilik yang paling kecil. Bilik Master untuk diriku dan bilik yang paling kecil untuk Lia. Bilik bersaiz sederhana dihuni oleh Dian. Lia tidur denganku, cuma barangannya sahaja di bilik tersebut. Bukan aku tidak mampu untuk menyewa satu unit, tetapi aku perlukan seorang teman. Sekurang-kurangnya jika apa-apa berlaku, sakit pening, ada juga seorang teman yang mengetahui. Lagipun Dian anak saudara salah seorang rakan sejawatku di hospital.

Tuesday 9 September 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 21



Bab 21

“Amboi.. amboi, kawan kita ni, dapat bunga lagi? Beruntunglah kau Didi? Kali ni berapa kuntum pulak?” tanya Tirah, sebaik sahaja menolak pintu bilik temannya, terpampang jambangan bunga yang diambil di belakang kereta Johan sebelum ke ofis tadi.
Bila lagi nak masa hendak mengusik Tirah.. biar dia jelous!! Didi senyum kambing dengan usikan si kawan.
“La.. lupa pulak aku nak kira.. nanti ek?” kata Didi, terus mengiranya.
“Sebelas?” kata Didi.