Bab 22
21 Oktober tiba jua akhirnya. Aku yang duduk bersempuh
dimdalam bilik dengan pakaian kurung modern berwarna ecru, persalinan hadiah
dari abang Rafiq. Pakaian yang paling mahal yang pernah aku pakai. Duduk
menunggu dengan setia kedatangan untie Rehan yang bila-bila masa sahaja akan
menyarungkan cincin yang abang Rafiq pilih bersamaku sebulan yang lalu.
Lia seperti biasa entah ke mana, jika pulang kemkampung
budak itu memang tidak berada dengan ku, ada sahaja orang yang melayannya. Aku
tidak perlu risau hal Lia, aku tahu dia berada di tangan orang yang
menyayanginya.
“Lyna.. untie Rehan dah nak masuk tu..” tertoleh aku
ke arah suara Kak Shima, terjengol mukanya tanpa memberi salam pun. memaklumkan
aku tentang perkara tu. Buat ku lagi gumbra. Nasib baik tak keluar peluh
jantan, aku masih boleh beriak cool.
Belum sempat kak Shima keluar, untie Rehan sudah di
ambang pintu, tersenyum dia.
Kak Shima terlambat rupanya, patutlah nampak
tergesa-gesa sahaja dia.
“Cantik Lyna dengan baju warna ni.. pandai Lyna
pilih..” katanya, tanpa mengetahui adiknya sudah berhabis RM450 hanya untuk
baju itu.
Aku hanya mampu tersenyum. Orang sudah memuji, senyum
ajelah, takkan hendak masam muka pula!
Disarungnya cincin ke jari manisku. Aku sambut dengan
mencium tangannya. Tangannya diletakkannya di atas kepala ku. Aku terharu,
majlis bertunang sekali seumur hidup katakan. Tak ada dua kalinya.
Semua yang hadir hanya tersenyum gembira termasuk
emak. Hari ini dan waktu ini rasminya aku menjadi tunangan abang Rafiq. Majlis
kecil kecilan sahaja, hanya dihadiri oleh sanak saudara terdekat dikedua belah
pihak.
Majlis selesai dengan sempurna dan dipetang harinya
aku dimaklumkan kedua belah pihak bersetuju hendak menyatukan kami pada bulan
Februari tahun hadapan. Maknanya aku hanya ada 4 bulan untuk membuat persiapan.
Sejak menjadi tunangan orang aku cuba sering bertemu
abang Rafiq untuk urusan hari bahagia kami. Liapun sudah mula mesra dengannya.
Aku hanya mampu bersyukur ke hadrat Ilahi, memberikan aku jodoh lelaki sebaik
abang Rafiq.
Dia melayan aku dan Lia dengan baik sekali. Mungkin
factor umur yang menjadikan dia bertindak demikian. Dia memang matang. Aku
memerlukan seorang lelaki yang bersikap matang seperti abang Rafiq. Aku pasti,
dia boleh membahagiakan aku dan Lia.
Wajah Fahmi juga perlahan-lahan hilang dari fikiranku.
Hilang perlahan-lahan secara terpaksa “Maafkan aku Fahmi...“
***
Diam tak diam, hari yang tunggu hanya tinggal beberapa
hari sahaja lagi. Aku sudah berada di kampung untuk urusan yang sepatutnya aku
buat.
Majlis perkahwinan orang kampung, biasalah tidak ada
perkhidmatan catering ketika itu. Semuanya diuruskan secara bergotong royong.
Riuh rendah di luar dengan orang sibuk menyediakan makanan dan penangah.
Khemah yang disewa dipasang, pinggan mangkuk pula
dipinjam dari masjid kampung. Tempat duduk hanyalah bangku panjang, tidak ada
kerusi plastic putih seperti sekarang ini. Nasib baik bunga telur sudah ada
dijual pasang siap. Jika tidak tentunya menambah lagi kerja orang kampung
hendak bergotong royong menyediakan bunga pahar. Kerana aku masih ingat lagi
sewaktu aku remaja, aku terpaksa membantu membuat bunga pahar untuk majlis
perkahwinan sepupu ku. Bunga pahar yang dibuat dari kertas crepe yang berbagai
warna. Kerana banyak tangan yang membantu,
berbagai bentuk bunga yang terhasil, mengikut creativity si pembuat. Telurnya
pula perlu dibuat tempat penyangkut tiga kelopak dari kertas crepe berwarna
hijau seperti tampuk buah terong. Hendak melekatkan telur kena dibuat ketika
telur masih panas dengan glue ke tampuk tersebut. Glue pula dibuat daripada
tepong kanji.
Cantik
juga pada pandangan mataku apabila sudah disusun dipahar bersama telur dengan
berbagai warna dan berbagai bentuk bunga. Lain pula halnya sekarang, bunga pasang
siap sudah ada, hanya rebus telur dan masukkan sahaja ke dalam sarang telur
berjaring yang telah sedia tergantung.
Untie Rehan telah menempah mak andam dari Kuala
Lumpur. Menurut abang Rafiq, puan Sutinah, mak
andam adalah kawan untie Rehan. Kami sudah mencuba baju-baju yang bakal kami
pakai sedondon, sebulan yang lepas. Ada sepasang baju kurung modern yang abang Rafiq belikan untuk kenangan
baju pengantin kami. Baju yang sepatutnya aku pakai sewaktu majlis penutup,
majlis memotong kek.
Baju warna beige potong payung, polos. Tidak ada
labuci atau apa-apa perhiasan cukup hanya sekadar sekuntum bunga ros merah dari
satin sebagai brooch di dada. Abang Rafiq akan mengenakan suit hitam dengan bow
sahaja, katanya. Tidak dapat aku bayangkan betapa
kacaknya Prince Charming aku hari itu kelak. Berdiri di sebelah Cinderella step
sister, kerana aku tidak secantik Cinderella, hanya layak sebagai kakak tirinya
sahaja. Melalut pula aku ke cerita fairy tales.. apa kena mengena dengan cerita
cenderella ni pulak ek! Adalah sikit-sikit…
“Ilyna..”
terkejut aku dari mengelamun dengan suara seakan suara abang Rafiq di luar
tingkap.
“Apa dia buat kat sini.?” Bisik hatiku.
“Dia tidak bersiap ke untuk majlis nikah malam
nanti..ah.. lambat lagi, ini baru lepas Zohor..” jawabku menenangkan perasaan
yang mengelabah.
Tingkap aku jengah, memang sah dia. Dia memaut kekesi
tingkap, tersengeh sahaja.
“Hey..
apa abang buat kat sini.. kan
kita tak boleh jumpa sebelum nikah malam nanti..”
Kataku terkejut, kerana aku telah dipesan agar tidak
bersua muka dengan abang Rafiq sehingga malam nikah nanti.
Kata orang tua-tua kurang manis...Apa yang kurang
manisnya aku tidak mengerti.
“Abang
bukannya nak jumpa Ilyna, abang nak jumpa Fadil..” katanya bersahaja.
Alasan yang tidak masuk akal langsung.
Habis yang sedang bercakap ni bukannya dia jumpa aku,
bukannya abang Fadil? Apalah abang Rafiq ni.
“Cantik..” itu sahaja yang aku dengar dan kemudian dia
hilang.
“Lyna bercakap dengan siapa tu..?” tertoleh aku, puan
Sutinah sudah masuk semula ke dalam bilik aku setelah dia mengambil sesuatu di dalam
keretanya.
“Tak ada sesiapa..” jawab ku berbohong.
Puan Sutinah turut menjengok ke tingkap, tetapi yang
dia nampak hanya orang-orang yang sibuk dengan hal masing-masing membuat
persiapan. Dia kerut muka dan memandang ke arah ku semula yang sudah muka
pucat. Nasib baik abang Rafiq cepat menghilang, jika tidak sudah pasti aku
terkantoi.. ada-ada saja prince charming aku ni.
“Dah..
mari saya touch up untuk berinai kecil.. ya..” katanya.
“Jika
ikut adat kita, pengantin tidak boleh berjumpa beberapa hari sebelum nikah, tak
manis..” kata Puan Sutinah.
Agaknya
dia sudah tahu yang abang Rafiq datang menjengah.
“Malam
tadi adek pakai inai lama tak?” tanyanya lagi apabila sambil memegang jariku
yang sudah merah merinai.
“Hemm.. tidur dengan inai..” jawabku. Inai yang
dipakai oleh sepupuku.
“Patutlah warna merahnya pekat saya nampak.., warna
tu, tahan lama..mahu berbulan baru habis jika warna tu..la..: sambungnya lagi.
“Inai kampung ya dek..?” tanya nya lagi.
“Hemm..” jawabku.
“Cuba berdiri? Saya nak tengok labuh kain tu cukup
tak..?” pintanya lagi.
Aku berdiri seperti yang diminta, aku mengikut sahaja
arahannya.
Seksa juga rupanya menjadi pengantin ni ya?.
“Kejap lagi keluar ya dek?” kata mak andam Sutinah.
“Lagi satu, baju nikah.. baju yang adek beli
sendirikan..” tanyanya lagi.
Aku angguk. Tidak ku sangka untie Rehan sudah
menyediakan sepasang lagi baju buatku, sebagai pakaianku di majlis pernikahan.
Agar sedondon dengan adiknya, katanya.
Baju gaun satin warna mutiara, disulami dengan
butir-butir mutiara palsu juga. Cantik, aku suka, tetapi nampaknya hanya akan
dipakai sekali ini sahaja, kerana ianya tidak sesuai untuk digunakan
dimajlis-majlis lain. Tetapi akan aku simpan sebagai kenangan hari bahagia kami.
Penat diarah ke sana dan ke sini. Aku hanya menurut
diperlakukan begitu. Kepenatan aku membuat aku lupa yang beberapa jam lagi, aku
akan bernikah.. majlis yang paling indah dalam hidupku. Aku akan melangkah ke alam
rumahtangga. Menjadi seorang isteri kepada Mohd Rafiq Mohd Taib. Selama ini aku
tidak mengetahui rupanya jodohku ada menunggu di depan mata. Satu kampung,
malah berjiran.
****
Suasana riuh diruang tamu, aku pula masih menanti di
dalam bilik. Menurut kak Shima, rombongan pihak lelaki sudah bersedia untuk
majlis nikah. Hatiku berdebar-debar apabila kak Shima menceritakan satu persatu
apa yang sedang berlaku. Kali ini Kak
Shima tidak mahu terlambat seperti waktu siang harinya. Aku intai dari celah
langsir bilik, aku lihat abang Rafiq segak berbaju melayu sedondon denganku,
sudah duduk di atas cushion besar.
“Lyna.. jangan intai lama-lama..sudah-sudahlah tu,
duduk, nanti abah dan tok kadi datang untuk sign borang, dia nampak pulak Lyna
mengintai..kan tak manis!” tegur kak Shimah. Aku akur dan aku duduk semula di
kerusi kecil berhadapan meja solek seperti yang diarahkan. Malu pula ditegur
sedemikian. Sudah seperti kurang sopan sahaja, anak rasa mengelitis!! Gatal!
Nasib baik aku mengikut kata kak Shima, tidak berapa
lama kemudian, abah dan kadi datang untuk aku menandatangani surat akuan nikah,
sebelum lafaz nikah dijalankan, persetujuan dari pengantin perempuan
diperlukan.
Abah bertanya sama ada aku rela untuk menjadi isteri
abang Rafiq, tok kadi sebagai saksi. Aku hanya angguk. Tak kan aku hendak
beritahu terang-terang, malu pula aku eh!
Belum sempat aku menandatangani surat yang dihulur
kepadaku, aku dengar riuh rendah di ruang tamu. Lebih riuh dari kehadiran awal
mereka. Abah dan kadi bergegas keluar. Aku juga tidak terkecuali, terbantut
untuk aku menandatangani kertas itu. Aku lihat abang Rafiq berdiri, sedang
bertegang leher dengan dua orang yang berpakaian seragam, seakan akan seragam
polis.
Aku kerut dahi, apa pula kena mengenanya polis dengan
abang Rafiq.
Jemputan dari pihak abang Rafiq kut!
Eh! Tiba-tiba lain macam pula suasananya.
Nampak seperti ada pertengkaran, kenapa ya?
Kemudian abang Rafiq beredar bersama anggota polis
tersebut.
Difikiran aku tertanya-tanya, kenapa abang Rafiq pergi
bersama polis itu, apa kesalahannya.
Kak Shima bergegas masuk ke bilik ku, aku sudah lembik
lutut. Belum mendengar apa-apa lagi dari kak Shima, tetapi aku sudah sebak,
kerana aku tahu perkara yang akan disampaikan kepada aku adalah perkara yang
tidak sepatutnya aku dengar dihari pernikahan kami.
Pastinya perkara yang menyentap kalbu.
“Lyna.. akak.. akak tak tahu nak beritahu macammana kat Lyna..” kata kak Shima.
Aku tahu dia serbasalah.
“Rafiq.. Rafiq kena tahan reman, dia di tuduh beri
rasuah...ada orang buat pengakuan, terima rasuah dari dia!” terketar-ketar kak
Shimah menyampaikan kepadaku yang sudah terduduk.
“Projek yang dia buat tu runtuh, nasib baik tak ada
yang terkorban, dengarnya sebab abang Rafiq beri rasuah untuk dapat kelulusan.
Lepas tu buat bangunan guna bahan murah, tu yang runtuh tu..” terketar-ketar
Kak Simah hendak menghabiskan ceritanya.
Aku masih terkejut, dan lututku sudah lembik, sudah
hilang kata-kata. Aku tidak percaya, abang Rafiq tidak akan buat perkara itu,
walaupun aku tahu dia banyak menerima business yang besar-besar. Aku tahu abang
Rafiq menjalankan businessnya dengan jujur dan aku harap apa yang berlaku hari
ini adalah salah faham semata-mata. Aku yakin dia tidak bersalah. Yakin 101%.
Semua tetamu yang hadir hanya memandang ihsan kepadaku
tanpa berkata apa-apa. Air mata sudah berjurai lebat, ditambah dengan esakan.
Kak Shimah aku peluk, kemudian datang emak. Emak
pula aku peluh erat, bahu mak basah oleh air mata aku.
Aku kehilangan pengantin lelaki yang sepatutnya
menjadi suamiku. Pengantin lelaki yang telah dibawa ke balai polis dihari
pernikahannya. Meninggalkan pengantin perempuan menunggu kepulangannya
sendirian di bilik pengantin.
Di dalam hati ku berkata, abang Rafiq, Lyna akan
tunggu abang dan Lyna akan bantu abang untuk bersihkan nama abang, kerana Lyna
tahu abang dianiaya.
***
Entah bila masa aku tidak sedar, aku sudah berada
didalam pelukan kak Shima pula, dengan air mata yang tidak henti mengalir.
Tragedi, memang tragedi. Aku hampir menjadi janda dihari pernikahanku. Janda
sebelum sempat diijabkhabulkan. Kejadian ini merupakan
hadiah yang paling sadis yang aku terima.
Sedar-sedar aku sudah berada di atas katil
pengantinku. Aku amati diriku yang sudah tidak berpakaian pengantin lagi. Aku
pengsan rupanya selepas lama menangis.
Siapa yang menukarkan pakaianku sudah tidak menjadi
perkara utama di dalam kepala otakku. Abang Rafiq yang aku fikirkan. Aku harus
tahu, apa yang terjadi dengan abang Rafiq sekarang ini. Adakah dia ditahan,
pengantin lelakiku tidur di dalam lokapkah?
Atau dia berada di rumah, hanya mendiamkan dirinya
dengan membiarkan aku, pengantinnya tertunggu-tunggu.
Mataku sudah bengkak oleh kerana terlalu lama
menangis. Aku tidak boleh melihat sekeliling, terutama pelamin, bilik pengantin
yang dihias cantik. Semua itu membuat hatiku sebak.
Aku tidak dapat melelapkan mataku mengenangkan nasib
abang Rafiq. Namun sampai ke subuh, orang yang aku nanti tidak juga muncul.
Tiada berita mengenai abang Rafiq yang dimaklumkan kepada kami. Aku dan
keluargaku hanya mampu sabar menunggu, apa lagi yang boleh mereka dan aku
lakukan, selain dari sabar menanti berita darinya dan berdoa. Sedangkan mereka
Penantian adalah Satu Penyeksaan.
Inilah agaknya, perasaan penyanyi Azie yang
menyanyikan lagu “Pelamin Angan ku Musnah”.
Aku bukan setakat merasa pelamin yang musnah, malah,
siap dengan pengantin lelaki yang menghilangkan diri, lesap entah ke mana!!
No comments:
Post a Comment