Bab
21
“Abang..
bilik ni kita jadikan bilik untuk Lia ya?” tanya ku kepada abang Rafiq, apabila
dia membawa aku menjenguk ke rumah yang dibelinya untuk kami.
Rumah
semi-d (berkembar) dua tingkat, lot tepi. Rumah yang mempunyai bilik yang luas
dan juga perkarangan laman yang cukup untuk aku meneruskan aktiviti kegemaran
aku, menanam pokok bunga. Bukannya aku mempunyai green thumb, tetapi aku suka
melihat pokok bunga, terutama yang mempunyai bunga pelbagai warna. Mungkin aku mengikut tabiat emak dan abah, suka bertaman
pokok.
“Ahh.. elok jugak tu.. tak jauh sangat dari bilik
kita..” kata bersetuju abang Rafiq, aku senyum.
Terutama
apabila dia menyebut bilik KITA.
“Dua
lagi tu, satu kita buat bilik tetamu..hemm.. manalah tahu adik-adik Lyna, adik
beradik abang.. atau saudara mara kita nanti datang menjenguk.” kata abang
Rafiq.
Rumah
yang mempunyai 3 bilik di tingkat atas dan dua bilik di tingkat bawah.
“Yang satu lagi tu untuk bilik bakal adik-adik Lia..”
sambungnya lagi.
“Adik-adik Lia?” kata ku sedikit terkejut, tetapi aku
berbicara perlahan sahaja.
“Hemm.. adik-adik
Lia.. kenapa Ilyna terkejut pulak?” rupanya abang Rafiq terdengar dengan
apa yang aku bicarakan.
Memandang wajahku yang sudah memerah.
Bersahaja sahaja abang Rafiq memikirkan
perancangannya. Jauh sangat perancangannya, sampaikan sudah memikirkan soal
anak? Nikah pun belum lagi, sudah memikirkan untuk ada keluarga. Aku sudah
blushing, malu pula rasanya memikirkan hal-hal sebegitu.
“Lia .. ini bilik Lia nanti tau!” aku bercakap dengan
Lia yang aku pimpin.
Sekurang-kurangnya aku dapat lindungkan rasa malu ku
apabila berbicara dengan Lia. Lia hanya mengangguk. Entahkan faham atau tidak,
aku tidak tahu. Lia memang akan mengangguk, apabila sesiapa sahaja bertanya
kepadanya.
“Lyna suka rumah ini, dapur dia besar, senanglah nak
masak nanti..dan lagi satu lamannya besar, bolehlah Lyna start tanam-tanam,
especially pokok bunga” aku teruja untuk berkebun, kerana aku suka berkebun. At
least, adalah aktiviti berkebun Lyna, bila nak hilang stress..” kata ku.
“Abang suka berkebun tak?” tanya ku.
Abang Rafiq hanya membuat muka, menunjukkan dia tidak
berminat untuk berkebun.
“Ah..
stress.. kenapa pulak nak stress, takkan kahwin dengan abang Ilyna stress
pulak?..” kata abang Rafiq, terkejut dengan apa yang aku kata.
“Bukan
stress dengan abang.. mungkin stress kat tempat kerja ke.. manalah tahu..
berkebun tu kan salah satu cara nak hilangkan stress..” kataku, menjelaskan apa
yang aku maksudkan.
Abang
Rafiq faham, sengaja dia hendak menduga aku.
“Next
week Ilyna balik kampung tak?” tanya abang Rafiq didalam kereta sewaktu
menghantar aku pulang.
“Balik
agaknya, kenapa bang?” aku bertanya balik kepada soalannya.
“Takkk..
saja abang tanya, kak Rehan beritahu, dia dah tempah baju untuk kita.. kat
boutique kawan dia kat KL ni.. kalau Ilyna tak balik, boleh pergi sama abang,
kita fitting baju sama-sama. Abang ambil Ilyna kat rumah..” katanya.
“Ohh..
tak awal sangat ke bang.. kita ni tunangpun belum lagi..” kata ku sedikit sangsi.
“Hemm.. bercerita tentang tunang, hujung bulan nanti..
baju tunang, Ilyna dah beli ke belum?” tanyanya mengenai baju tunang pula.
Aku geleng kepala perlahan.
“Hemm.. ni sempat lagi, kalau Ilyna nak pergi
beli, abang bawakan.. apa tempat tu, kat
tempat yang banyak jual peralatan kahwin tu.. kat Jalan Masjid India. Kak Rehan
selalu pergi sana. Ala..ape ke nama tempat tu.. “ Berkerut-kerut muka abang
Rafiq memikirkan tempat yang dia lupa namanya.
“Yang
ada house..house tu..” katanya lagi.
“Semua
House..” kata ku menyambung kata-kata abang Rafiq yang tercari-cari nama
tempat.
Memang
akupun suka pergi kesana, saja jamu mata dan juga sudah beberapa kali aku
membantu kawan ku membuat persiapan sama ada pertunangan atau perkahwinan. Cuma
kali ini aku pula yang berkunjung ke sana, bukan untuk kawan aku, tetapi untuk
diri aku sendiri.
“Hemm…memang sempat, tapi lepas tu abang nak patah
balik untuk balik kampung ni.. nanti sampai malam pulak..boleh ke?” tanya ku.
“Ilyna ni..apalah nak dirisaukan hal abang, pandailah
abang nanti. Bukannya jauh mana, 2 jam driving aje.” dia
masih mahu membawa aku ke Semua House.
“Kalau
abang tak kesah, Lyna ikut aje, cuma kasihan si Lia ni ajelah, dia tak tidur
siang lagi ni..” jawabku.
Melihat
Lia yang terlentuk di dalam pelukanku.
“Ni..
dia tengah tidur, biarkan. Elok juga dia tidur sekarang, nanti malam dia tidur
lena sebab tak puas tidur siang..” sambung ku lagi.
Abang
Rafiq tersenyum. Peluang akan lama bersamaku agaknya.
Dari
satu kedai, ke satu kedai pakaian pengantin kami masuk. Sudah masuk kedai yang
ketiga. Masuk sahaja ke boutique ini aku sudah tertarik dengan sepasang baju
kurung modern, berleher V, dari kain silk charmeuse. Tidak banyak manik dan simple. Baju itu berwarna ecru,
seakan-akan beige tetapi sedikit gelap. Manik yang dijahit pula berwarna ecru
gelap. Memang menarik perhatian ku. Memang aku suka giler dengan baju tersebut.
Aku keluarkan baju itu dan aku padankan di badan. Berpusing-pusing dengan baju
diacukan ke badanku.
“Bang.. yang ni?” tanya ku.
Abang Rafiq tertoleh apabila aku memanggilnya untuk memandang
aku dengan baju yang menjadi pilihan ku. Lia berada dalam dukungannya.
“Hem.. cantik jugak tu, cuba tanya, ada saiz Ilyna
tak?” tanyanya
“Nanti
dulu..” aku membelek tag harga.
Jangan
main-main ambil, nanti aku tidak terbayar.
Aku
budgetkan untuk pakaian dalam RM200 sahaja. Jika lebihpun dalam RM200 ke RM250. Lebih dari itu,
aku tak mampu.
Bulat mataku melihat harganya “RM450” memang terlebih
jauh dari budgetku, dua kali ganda tu...mak oii! Sungguh! Aku tak mampu..
“Bang.. tak payah la.. kita cari yang lain aje dulu..”
sengaja aku mengelakkan dari membeli baju tersebut agar tidak ketara yang aku
tidak mampu.
“Kenapa?”
tanya abang Rafiq dengan nada terkejut.
“Kita
cari yang lain dulu..” ulangku dengan nada meleret..
Aku
menyangkut semula baju tersebut dan tangan menarik beberapa helai baju yang
lain, kali ini aku melihat terus tag harga sebelum aku keluarkan.
Tangan
abang Rafiq menarik semula baju yang baru aku gantungkan.
Dia menelek tag harga dengan kerut di muka.
“Ilyna
Suffiyah? Ambik yang ini aje, abang suka..” katanya, seakan arahan military
pula lagaknya.
“Tak
payahlah bang.. ni.. biar Lyna cuba yang ni..” aku berlagak degil.
Aku
menunjukkannya sehelai baju kurung modern, tetapi leher bulat berwarna purple
lembut. Baju itu cantik juga, dan menepati budget aku.
“Tak..tak..
tak payah, abang nak Ilyna cuba yang ini jugak..” abang Rafiq masih meminta aku
mencuba baju yang pertama menjadi pilihanku.
“Cik..
boleh tunang saya nak try yang ini..” kata abang Rafiq kepada jurujual yang
berada sepanjang masa sejak kami masuk ke boutique itu.
Aku
sudah tidak boleh berbuat apa-apa. Abang Rafiq mendesak aku mengambil baju yang
dia pilih. Memang aku suka, tapi purse aku yang tidak suka!
Baju
dihulurnya kepada aku. Aku pula menghulurkan beg tanganku kepada abang Rafiq
untuk dia pegang sementara aku sibuk mencuba pakaian. Pandai-pandai sahaja aku mengikut jurujual ke
bilik persalinan. Abang Rafiq sudah
duduk di sofa yang disediakan.
Bila
aku keluar dengan pakaian yang diberi, rambut yang aku ikat ekor kuda, kini
sudah di sanggul oleh si jurujual. Cuma sanggul kosong, tanpa hiasan rambut.
Sanggul itu membuatkan aku nampak langsing dengan baju kurung modern yang
mengikut bentuk badan. Leher bentuk V
pula membuatkan leherku nampak jinjang. Kain sutera lembut itu melekap cantik
di tubuhku. Aku berpusing-pusing memperagakannya dihadapan abang Rafiq. Aku
lupa sesaat yang aku tidak mampu untuk memiliki baju itu. Aku boleh beli,
tetapi aku terpaksa potong sedikit budget pada benda-benda lain. Kena ikat
perut dan kena control mata dari membeli benda yang lain.
Abang
Rafiq hanya tersenyum.
“Cantik..”
itu sahaja perkataan yang muncul dimulutnya.
Perkataan
cantik untuk aku atau untuk baju? Aku tak tahu, hanya abang Rafiq sahaja yang
ada jawapan itu. Cantik tang baju kut.. kan aku sudah berithau, aku ini bukan
kategori gadis yang cantik.
“Cik..
saya ambil baju tu..” katanya terus kepada jurujual yang tersenyum.
Satu pakaiannya sudah terjual dan pastinya dia
akan mendapat komisyen dari hasil jualan itu. Itu yang membuat dia tersenyum.
“Abang..
tapi Lyna.!.” Belum sempat akuk menghabiskan bicara ku sudah dipotong oleh
abang Rafiq.
“This
one is on me, hadiah dari abang…bukan orang lain pun, Ilyna kan tunang abang,
soon to be Mrs. Rafiq..isteri abang” bisiknya ke telingaku.
Seriau aku mendengar bisikannya.
Indahnya kata-katanya, terutama part isterinya. Aku
bakal menjadi isteri orang, isteri kepada lelaki yang berdiri di sisiku.
Jurujual yang berdiri sedari tadi meminta aku menukar
semula pakaian tersebut untuk di bungkus kedalam kotak. Aku mengikut semula
jurujual. Aku keluar semula dengan masih bersangul, bertemu abang Rafiq yang
sudah berada di depan kaunter.
Tidak dapat aku bayangkan, hujung bulan nanti aku akan
memakai pakaian itu, pakaian yang membuat aku bagaikan seorang puteri. Tidak
pernah-pernah aku miliki baju semahal itu. Paling mahalpun kurang dari RM150.
Itupun kerana baju kurung dari sutera batek lukis.
Jurujual muncul dengan sebuah kotak yang mengandungi
baju tersebut. Apabila pembayaran dibuat oleh abang Rafiq, cashier atau mungkin
pemilik boutique memasukkan kotak tersebut ke dalam beg kertas yang muat-muat
sahaja untuk satu kotak.
Beg kertas berisi baju itu dihulur kepada ku. Aku
senggeh sahaja menerimanya. Aku pandang abang Rafiq, dia juga tersengeh. Tersengeh sebab gembira melihat
aku tersengeh atau tersengeh kerana aku sudah kopakkan dia sebanyak RM450 hanya
untuk sehelai baju? Aku tidak tahu yang mana satu.
Namun aku membalasnya dengan tersenyum. Aku dapat baju yang aku idamkan, jatuh
cinta kepada baju itu pada pandangan pertama.
Tetapi
getarnya perasaan aku Jatuh Cinta Pandang Pertama kepada baju itu tidak sama
dengan getaran aku Jatuh Cinta Pandang Pertama dengan abang Rafiq. Sebabnya,
dengan si baju aku masih mampu menolaknya, tetapi dengan abang Rafiq, aku tidak
mampu kuiskan, walaupun sesekali wajah
si rambut kerinting datang melintas di fikiranku.
Jika
diikutkan hati mahu aje aku rangkul lehernya dan memberikan ciuman terima kasih
di pipinya. Tetapi.. aku tahan sahaja, perbuatan yang tidak bermoral itu harus
aku hindar. Mata abang Rafiq mencerlung ke arah aku, entah apa yang difikirnya.
Entah-entah diapun memikirkan perkara yang sama…
Lyna!
Behave! Cukup-cukuplah kesah baju tu. Kena ingat, jangan disebabkan oleh sehelai baju, maruah kau tergadai!
Aku berjalan pantas meninggalkan abang Rafiq jauh
kebelakang yang masih mendukung Lia. Berjalan menuju ke arah kereta abang Rafiq
yang dipakirnya di hujung bangunan.
Sepanjang berjalan aku beristighfar..agar aku tidak
melakukan perkara-perkara bodoh yang diluar jangka.
Ingat Lyna..bertunang bukan tiket untuk kau boleh buat
benda yang bukan-bukan ek! Sendiri Mau Ingat!
No comments:
Post a Comment