Bab 18
“Siapa yang bawa petai kat hospital ni..” bersuara nyaring Kak Ita,
kerani di hospital.
Terdengar suara
lantang itu dari patry. Siap menyungkit hidungnya yang tidak berapa mancung
dengan bermuncung mulutnya. Kak Ita, kelakar pula rupa wajahnya.
Memang aku
letakkan petai pemberian kak Rozi diatas meja patry.
“Saya kak.. saya yang bawak, semalam ada jiran tu
beri… kita orang tak makan? Akak hendak ke? Kalau nak ambiklah.. besar-besar
mata dia..” laungku. Siap promosi lagi, dengan memberitahu yang mata buah petai
itu besar-besar. Memang besarpun buah petai tu, aku tak tipu!
Nasib baik pesakit hanya binatang-binatang. Jika di
hospital manusia, mahu dah aku kena sound, kerana membuat bising hanya pasal
hal si buah petai.
“Hemmm..Buat sambal udang dengan petai ni.. best
dokter.. rugi dokter tak makan” sambungnya lagi. Dah tahu dah, memang Kak Ita
berminat, dia hendak, tapi masih tidak memberitahu maksud sebenar. Masih lagi
berlegar-legar di dalamm belukar, sebelum menyampaikan hasrat di hati.
Aku cebik, ruginya apa? Buat bilik air bau busuk
adalah! Nafaspun berbau petai, itu apa cerita? Tetapi dari segi kesihatan,
katanya sebagai ubat bagi pesakit darah tinggi dan kencing manis, penyakit
jantung dan juga untuk kanak-kanak yang mengalami kecacingan. Ialah agaknya,
aku tak sempat pula menjadi penyelidik si buah petai ini. Hebat rupanya khasiat
buah petai ini, tetapi kalau sudah tidak tahan baunya, bagaimana hendak makan?
“Akak ambil dua papan, dokter.. ada 7 papan lagi tu..”
jawab Kak Ita dan dia berlalu dengan melipat dua papan petai yang diambilnya. Aku
senyum. Ambillah Kak Ita, seberapa banyak yang Kak Ita hendak, bisik di dalam
hati kecilku.
Disebelah
lagi tangannya memegang mug putih, berisi air minuman.
“Thanks..”
katanya, sewaktu lalu
melintasi aku yang sedang membuat report. Aku seyum lagi. Haila, Kak Ita..
“Aya! Ita, nanti kalau guna toilet, kasi cuci
bersih-bersih ahh…! nanti smelly tau itu petai.?.” jawab doktor Amelda.
Aku hanya senyum, aku tahu Mel hanya bergurau dengan
Kak Ita. Kak Ita mencebek buat muka. Cukup-cukuplah tu Mel, menyakat Kak Ita,
nanti Kak Ita tak mahu petai tu, siapa pula yang hendak ambil?
“Helo...Doktor Amelda, saya kasi bersih punya la..
kalau ada bau jugak itu bukan kerja saya ahh…” jawab Kak Ita , menjawab teguran
Doktor Amelda.Garang nampak!
Semua ketawa. Jika dia seorang sahaja perempuan yang
makan petai, dan jika bilik air berbau,
kerja siapa lagi? Kak Ita ni, nak lari ke mana? Sudah
tidak ada orang lain lagi. Orang sudah boleh tangkap siapa penyebabnya?
“Tak
apa Ita, akupun akan ambil petai tu sikit..” jawab abang Kamal. Lelaki yang
sudah sebaya abang Fadil.
“Abang
Kamal, ambil semualah.. dah tak ada orang yang nak tu..!” pinta ku kepada abang
Kamal, dispatch hospital.
“Banyak
tu.. doktor Lyna,
abang dua orang aje kat rumah tu..” jawab abang Kamal.
Nanti abang call isteri abang dulu, kalau dia nak buat
jeruk ke.. bila dah buat jeruk, taklah kuat sangat bau dia. Lagipun bila dah
kena jeruk tu, boleh simpan lama sikit..” kata abang Kamal lagi.
“Abang buatlah apa yang abang suka..nak jeruk ke, nak
masak ke, janji petai tu habis..” jawabku kepada cadangan abang Kamal.
Abang Kamal terus mengambil semua petai yang ada,
tidak perlu menalipon isterinya. Idea menjeruk itu sudah dipasang dimindanya.
Sudah terbayang, sambal petai udang isterinya. Agaknya di fikirannya berkata
“rugilah sesiapa yang tidak menyukai petai”.
Aku senyum, laku juga akhirnya petai yang aku bawa.
Syukur alhamdullillah, aku memanjangkan rezeki dan sedekah dari Kak Rozi. Bercerita
pasal petai, agak-agaknya, si rambut kerinting makan petai tak? Aku julingkan mata, memikirkan sekiranya Fahmi memakan
petai atau tidak? La.. ke situ pulak, apa kaitannya petai dengan Fahmi.
Aku ni kenapa! Aku sengeh sendiri, doktor Amelda hanya
memandang hairan ke arah aku. Bolehkan kesah petai membawa ke persoalan
peribadi Fahmi pulak.
Wahai Doktor Ilyna, dia makan petai atau tidak, itu
bukan urusan kau, okey!
***
Dua minggu kes petai berlalu. Dua minggu kes aku
mencederakan Fahmi. Dua minggu pertemuan mesra aku bersama abang Rafiq. Dua
minggu juga aku tidak bertembung dengan si rambut kerinting. Ke mana agaknya
dia.
Tangan dan lutut sudah baikkah? Aku hanya sekadar
ingin mengetahui.
Entah kenapa, terasa seperti kehilangan pula, bila
tidak melihat kelibatnya.
Hujung minggu ini hendak ke mana? Serik pula rasanya
hendak ke Taman Tasek, takut peristiwa dua minggu lalu berulang, takut pula aku
akan mencederakan orang lain pula. Macammana
bawa Lia Window shopping? Aaahh.. aku tak minat.
Hendak heret Lia, lagilah aku malas. Aku kena cari aktiviti yang aku boleh libatkan Lia sekali.
Hemm..okey,
bawa Lia ke Jaya Jusco yang ada playground tu.
Lia
sudah aku uruskan, diriku juga sudah sedia hendak ke Jaya Jusco. Dian usah ditanya, petang semalam telah terus pulang
ke kampung seperti biasa. Sejak akhir-akhir ini sibuk memanjang minah tu..
Aku keluar dan menarik grill pintu ku. Aku melintas di
depan rumah kak Rozi, pintu unitnya tidak ditutup. Riuh rendah suasananya,
seperti orang kenduri sahaja lagaknya. Namun aku tidak dijemput ke majlis itu,
buat apa aku hendak sibuk. Aku dengan selamba meneruskan perjalanan menuju ke
lif.
“Kak..kak Lyna..” suara
Joey, aku kenal itu suara Joey.
Joey
memanggil aku, aku kerut muka, apa hal budak ni? Aku toleh ke arah suara Joey
dengan mengangkat kening.
“Ya..ya..Joey,
kenapa?” tanya ku. Joey yang berlari laju ke arahku yang kini sudah berdiri di depan
pintu lif.
“Wan, wan nak jumpa akak kejap..” katanya
termengah-mengah.
“Wan..wan..wan mana? Akak tak kenallah dik..wan mana?”
berulang-ulang aku memikirkan.
Wan, Wan mana ya? Yang aku ada kawan bernama Wan
seingat aku hanya ada seorang, semasa di Universiti, namanya Wan Maimunah
Harun. Aku panggil dia Wan. Apa pula kena mengena si Mona ni dengan kak Roz?
Joey garu kepala yang tidak gatal. Aku membuat Joey bingung dengan kerut muka ku.
“Sooory
lah kak.. nenek Joeylah Kak!..Joey panggil wan..” jawab Joey, terjawab sudah
tandatanya perkataan wan.
Ahhh..
baru aku faham, emak kak Rozi, nenek Joey dan mak si rambut kerinting
juga. Mereka panggil dia, wan.
Aku
mengikut langkah Joey. Apalah agaknya dia hendak berjumpa sangat denganku. Aku
ada buat salah ke? Fahmi sudah memberitahu merekakah yang aku telah
mencederakan dia sampai hendak memarahi aku? Atau dia sakit perut selepas
memakan lauk yang aku masak tempuh hari!
Mampus..
hendak jumpa atau tidak.. Hati
aku berbelah bahagi.
Dipertengahan jalan aku terhenti.
“Joey.. akak tak mahu jumpa la..nenek Joey nak
marahkan akak ke?”tanya ku dalam keraguan.
“Tak ada la kak, wan saja nak jumpa aje..dia orang tu
pun kejap aje kat sini, lepas ni dah nak pergi hantar Kak Tini ke UTM dah..”
jawab Joey menyakinkan aku.
Si Joiypun sebenarnya sekadar menyedapkan hati aku,
manalah dia tahu kenapa neneknya mahu berjumpa dengan ku?
Hati aku masih berbelah bagi, hendak pergi jumpa atau
tidak. Jika berjumpa, apa topik yang perlu aku bualkan, aku bukan kenal
merekapun. Aku hanya kenal kak Rozi sekeluarga, itu aje. Dengan merekapun hanya
berbual-bual kosong, sekejap-sekejap macam lalat. Hinggap sekejap dan kemudian
terbang!
“Kak.. “ suara Joey nyaring apabila dia melihat aku
terhenti tiba-tiba. Aku kuatkan semangat melangkah perlahan. Jumpa ajelah, jika
lain macam sahaja rentak mereka, aku belahlah! Konon, cuba berlagak berani. Lia
yang aku kelek kebingungan. Tetapi aku dapat rasakan Lia kecewa kerana apabila
melihat aku berpatah balik, nampaknya dia tak ada chance hendak keluar
berjalan!
“Assalamulaikum..” salam aku beri dan semua mata
menala ke arahku, sebaik sahaja aku menapak ke dalam rumah kak Rozi. Dalam
kebimbangan, berani pula masuk ke dalam rumah!
Aduh! patutlah riuh bagaikan kenduri. Ramai
orang rupanya.
“Lyna..ni
ah.. mak akak, sibuk sangat dia nak jumpa orang yang masakkan Fahmi gulai lemak
pisang muda sama ayam berempah tu..” suara kak Rozi tiba-tiba terdengar.
Ala
kak oi, lauk simple aje, budak sekolah menengahpun boleh masak lauk itu.
Aku
sengeh.. padan muka, buat lagi idea yang bukan-bukan. Kan sudah menjadi issue.
“Bukannya
sedap sangat, saya tak pandai masak..” itu sahaja jawapan yang dapat otak aku berikan secara
spontan.
Lia aku
lepaskan, apabila anak-anak buah kak Rozi sudah mencuit sana mencuit sini badan
Lia. Apa lagi budak tu, jika ada orang yang melayan dia, tidak sabar-sabar dia
melorot turun dari dukungan aku. Tangan panjang sahaja aku hulur dan disambut
mesra oleh emak kak Rozi dan juga yang lain-lain. Mata sempat juga melilau,
mencari si rambut kerinting. Di dalam ramai-ramai itu, dia tidak kelihatan. Ke
mana agaknya dia? Aku hampa.
“Lyna, tu abang akak, kakak akak, anak-anak dia.. kita
orang ni nak pergi UTM hantar dia tu ah.. dah dapat masuk sana.. kejap lagi dah
nak bergerak dah ni..” kata kak Rozi sebagai jurucakap.
Aku hanya angguk dan senggeh.
Sempat
pula tangan Kak Rozi mencuit pipi Lia. Itu memang kebiasaannya, dia hanya ada
seorang anak lelaki, tentulah sukakan budak perempuan.
“Lyna.. mari duduk kat makcik ni..” sambil tangan tua
menepuk perlahan tempat yang sudah dikosongkan untuk aku. Aku hanya menurut.
“Makcik bukannya apa, nak tengok juga perempuan yang
si Fahmi dok sibuk cerita… tak habis-habis” aku terlopong, rupanya nama aku
sudah dijaja oleh Fahmi kepada keluarganya.
“Katanya, Lyna sungguh baik hati, sanggup jaga anak
arwah kawan baik sendiri, walaupun belum kahwin” makcik itu tahu cerita aku
rupanya, kak Rozilah tu yang pukul canang kesah aku.
“Tu.. hari yang makcik teman Fahmi masa Rozi ke Mekah
tu, mak cik tak sempat nak berkenalan. Lyna
tak mahu masuk..!” sambungnya lagi.
“Ah!
Tak mahu masuk! Macammana hendak masuk, aku tidak dijemput?“, jika aku masuk
mungkin tidak berlaku salah faham.“ Aku menyalahkan di rambut kerinting yang
tidak menjemput aku masuk, sedangkan aku yang melarikan. Pandai-pandai menyalahkan orang, kerana ingin
melindung kesilapan sendiri.. sungguh kurang sopan.
Mata ku masih melilau mencari. Namun orang yang ku
cari masih tidak ada.
Dari asyik tercari-cari, aku memberaikan diri, bertanya.
“Fahmi mana dianya makcik?“ buat muka tak malu,
bertanyakan hal anak bujang orang. Bertanya pulak tu dengan ibu, si bujang. Memang bukan calon methali.. siang-siang dah patut ke
reject!
“Waktu ni pulak dia sibuk nak cari rumah, dah jumpa katanya dekat dengan
tempat dia mengajar..” sambung suara tua itu lagi.
Sudah terjawab, ketiadaan Fahmi kerana mencari rumah sewa. Kenapa dia hendak pindah? Dia masih marah kepada aku
ke? Memang dia serik agaknya berjumpa denganku kerana aku telah
mencederakannya.
“Lyna,
kami semua nak minta diri, takut nanti registration lambat pulak..” bersuara abang Marzuki. Aku angguk. Memang saat ini
yang aku tunggu. Bukan tidak suka bertemu mereka, cuma aku kurang selesa.
“Mak.. mak nak ikut ke atau nak tinggal dengan Rozi..”
tanya kak Rozi kepada emaknya. Berfikir sejenak orang tua itu.
“Ikutlah.. lepas tu boleh terus balik, tak payah dia
orang singgah jemput mak lagi..kan gitu..” katanya. Abang Marzuki bersetuju
dengan rancangan emaknya.
“Ya lah Lyna.. jumpa lagi ya.. makcik nak minta diri.”
satu tepukan lembut singgah di atas pehaku.
Mesra pula makcik ini denganku seperti sudah kenal
lama, walhal, baru beberapa minit berjumpa tidak sampaipun setengah jam.
Apabila semua sibuk berdiri dan keluar dari rumah kak
Rozi, akupun turut sibuk. Aku turut menghantar mereka ke pakir bersama kak Rozi
sekeluarga. Lia aku dukung.
“Da..da..da..da..” terdengar suara Lia memanggil
seseorang.
Aku toleh. Berdiri segak orang yang aku cari. Lia
mendepakan tangannya ke arah si rambut kerinting. Bila masa dia muncul tidak
aku perasan? Dia sedang rancak berbual dengan abangnya. Melihat Lia yang
mendepa tangan ke arahnya, dia mara ke arah aku. Tangannya sudah tidak berbalut
lagi. Aku lega.
“Lyna..”
katanya.
Reflex action, aku hulurkan Lia yang tidak
sempat-sempat untuk beralih tangan. Lia rindu ayahnya mungkin. Aku hela nafas
panjang. Lia..Lia tak malu betul budak ni. Dia memanglah tak malu, yang malu
aku.
Fahmi yang
mendukung Lia terus berjalan semula ke arah abangnya yang sudah berada di dalam
kereta. Masih dua beradik tu berbicara. Aku sebagai orang luar hanya memandang
mereka dari jauh. Kemudian aku lihat Fahmi menjauhkan dirinya dari kereta dan
kereta meluncur perlahan meninggalkan aku, kak Rozi, Fahmi dan Lia. Semua tegak
berdiri, bagaikan mendengar lagu “negaraku“ dan hanya memerhatikan kereta bergerak
perlahan-lahan dan terus hilang dari pandangan.
“Macammana rumah tu Mi..” tanya kak Rozi kepada Fahmi
apabila dia mendekati aku dan kak Rozi.
“Okey
jugak kak.. minggu depan sudah boleh
masuk. Fami dah
bersihkan, nanti tinggal angkut barang sikit-sikitl.” terdengar aku perbualan
mereka dua beradik. Aku mencuri-curi dengar sebenarnya, jadi kepoci pulak!
Aku yang sebagai penyebuk sudah tidak boleh berbuat
apa-apa kerana Lia masih didukung Fahmi.
“Lia mari kat ibu..”
tegur ku, agar aku dapat mengambil Lia semula.
Tetapi hampa, Lia sebaliknya menutup mukanya di bahu
sasa lelaki itu. Habislah aku.
“Ehh.. akak jalan dulu.. rumah tadi akak lupa nak
kunci..” laju sahaja kak Rozi meninggalkan kami yang berjalan berlahan.
“Fahmi.. kenapa nak pindah, marahkan Lyna ya?” kata ku
“Tak..” pendek sahaja jawapannya.
“Ya.. Fahmi marahkan Lyna sebab cederakan Fahmikan..”
desakku kerana tidak puas hati dengan jawapan pendeknya.
“Tak.. saya tak marahkan Lyna?” menjawab dengan nada
yang sedikit tinggi.
“Habis tu.. kenapa pindah, sudah tak mahu jumpa Lyna
lagi..” rayuku lagi.
Dia tunduk.
“Saya pindah tidak ada kena mengena dengan Lyna pun.
Saya nak dekat dengan tempat kerja, tak perlu berulang alik..kan sini jauh..”
jawabnya.
Dengan harapan aku puas hati dengan jawapannya dan
tidak mendesaknya lagi.
“Tapi,,kalau Fahmi tak ada, siapa yang nak bantu Lyna
lagi..” kataku terkeluar tanpa aku sedar yang aku masih mengharap kehadirannya.
Sebenarnya bukan sekadar untuk meminta bantuannya. Tetapi cukup hanya dengan kehadirannya dekat denganku.
Namun yang aku terima, hanya ketawa kecil darinya.
Aku hampa, nampaknya hanya aku yang mengharap,
sedangkan dia, tidak!
“Lyna..Lyna..kenapa Lyna perlukan saya lagi, Lyna kan
sudah ada tunang..” jawabnya sinis
Tersentak aku dengan jawapannya. Dia merajuk rupanya
kerana abang Rafiq mengaku aku tunangnya. Sesak nafasku sesaat.
“Jangan Lyna mainkan perasaan saya lagi..” laju sahaja
dia berjalan meninggalkan aku Aku pula terkejar-kejar langkahnya yang panjang.
Kami diam di sepanjang perjalanan.
Lif sedang terbuka, rasanya sempat untuk kami
memasukinya. Langkahnya yang panjang memang sempatlah, tapi aku masih
terkedek-kedek mengejar. Dia masuk dengan Lia didukungnya, aku tertinggal
sedikit ke belakang. Orang sudah penuh di dalam lif. Aku tidak kesah, jika aku
ditinggalkan dan aku akan menunggu lif yang kemudian.
Tidak aku sangka dia mencapai tanganku terus menarik
aku masuk sama dan menarik diriku dekat dengannya. Terlalu dekat sehingga dapat
aku rasakan kehangatan tubuhnya. Aku terkesima dengan tindakan spontannya,
namun aku lega, aku bagaikan rasa
selamat apabila dekat dengannya. Aku dongak memandang dia yang tidak beriak.
Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Aku tahu tindakannya hanya kerana dia
tidak mahu aku ditinggalkan sendirian di luar. Saat itu aku dapat rasakan aku
sayang kepadanya, walaupun baru beberapa bulan aku kenal dia, Fahmi yang suka
menolong dan baik hati.
Fahmi yang sentiasa ada, disaat aku memerlukan
pertolongan.
Fahmi yang semakin dekat dihatiku.
Sehinggalah kami sampai ke tingkat 8 dan berjalan
beriring, tanpa sepatah kata.
Lia dihulurkan semula kepada aku sebaik sahaja berada
di hadapan apartmentkku. Aku bingung. Benar juga katanya, aku tidak seharusnya
memainkan perasaannya. Apa yang dia mengarut mengatakan aku memainkan
perasaannya? Yang dia baru beberapa minit juga memainkan perasaan aku, dia
tidak perasan! Aku akui, aku masih mengharap akan kehadirannya. Aku sayang
kepadanya, tetapi dimana pula hendak aku letakkan abang Rafiq?
Bersama Fahmi membuat aku lupa aku bakal menjadi
tunangan orang. Susah untuk aku membuat pilihan. Kedua-dua lelaki ini ada
keistimewaan mereka tersendiri.
Abang Rafiq, aku kira harapan keluarga aku. Dia sudah
aku kenal sejak dari zaman kanak-kanak. Malah dia sudah menyimpan lama
perasaannya kepada aku. Yang mana, aku baru tahu mengenai perkara ini.
Fahmi pula, lelaki yang baru aku kenal, tetapi banyak
sifatnya yang menarik diriku untuk dekat dengannya, dan mengetahui hal dirinya
lebih dalam. Terutama Lia, yang cepat mesra dengannya.
Siapakah yang harus aku pilih. Dua
lelaki yang tidak dapat aku lepaskan.
Ya
ALLAH, tunjukkanlah aku jalan. Agar aku dapat membuat pilihan yang betul.
Pilihan yang kau redhai. Istikharah perlu aku lakukan, hanya itu sahaja yang
mampu merungkai masalah aku ini. Ya,
Istikharah!!
KITA LAYAN KERONCONG...
No comments:
Post a Comment