Bab 17
“Ding dong.. ding dong..ding dong..” bertalu-talu aku
tekan loceng pintu rumah orang. Main belasah sahaja menekan loceng, yang aku
tahu penghuninya orang bujang. Tetapi tidak juga pintu
dibuka. Kemana pula sirambut kerinting ini. Dalam sakit-sakit sudah merayap ke?
Atau entah-entah sedang tidur. Jangan tidur waktu asar. Ishy apa yang aku
merapu ni…lantaklah dia hendak tidur waktu mana..hak dia. Aku ketuk perlahan
kepalaku. Yang merapu hal orang tu buat apa!.
Kecewa
apabila menekan lama, tetapi pintu tidak juga terbuka. Aku menapak perlahan ke rumahku. Dah orang tak mahu
buka pintu, takkan aku hendak bertunggu bertangga depan pintu rumah orang. Nada
orang kecewa sahaja. Kenapa ek!
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang ke
rumahku sahaja. Langkah dihayun lemah. Baru beberapa langkah, aku terhenti.
Terdengar seperti pintu dibuka. Aku menoleh. Ada
rupanya sirambut kerinting. Yang lambat sangat buka pintu tu kenapa? Tidak
sabar aku hendak tengok rupanya. Jika muka berserabai tu, tentu baru bangun
tidur.
Terjengol
sirambut kerinting yang hanya berkemeja T, berkain pelikat dan kupiah putih
dikepala. Aku terpegun melihat dirinya yang masih didalam uduk gamaknya. Kemas
dan bersih air mukanya, terutama apabila rambutnya disuak kebelakang oleh
kupiah dan menampakkan dahinya yang luas. Lagak tok iman sahaja gayanya. Nasib
baik bukan baru lepas mandi, mahu nanya aku melihat dia dengan kain tuala
dipinggang.. oii Lyna, sudah kesitu pulak!
“Alamak!
Aku menganggu orang sedang bersolat rupanya, tak baik betul aku ni..” bisik hati ku, aku lindung dengan senyum.
“Maaf Fahmi, Lyna ganggu Fahmi solat ke?” tanya ku.
Sudah tahu orang sedang solat, lagi hendak tanya.. Lyna..Lyna..
“Tak.. saya dah selesai solat, wirit aje sikit-sikit..
maaf lambat buka pintu..” jawabnya, dia pula yang meminta maaf kepada aku yang
mengacau dia. Adakah patut.
“Nah..” aku hulurkan takeway yang aku bawa balik dari
Restaurant Terapong itu.
Sebenarnya di Restaurant tadi aku teringatkan si
rambut kerinting. Apalah yang dia makan, hendak masak tangan cedera. Semua
angkara aku, jadi aku kena bertanggungjawab.
“Apa
ni..?” tanyanya laju.
“Lunch awak?” kata ku.
“Ehhh.. Lyna..Sayaaa..Sayaaa.. dah makan..” jawabnya teragak-agak.
Aku tahu dia berbohong.
“Tak payah nak bohonglah Fahmi, Lyna tahu Fahmi belum makan..,nak masak
macammana dengan tangan berbalut tu..” sambil aku menunjukkan kedua belah
tangannya yang masih berbungkus.
Dia hanya angkat tangannya yang berbungkus dengan senyum. Manis sekali
wajahnya pada pandangan mataku apabila dia senyum begitu.
“Sungguh, saya sudah makan..saya rebus maggi..” jawabnya perlahan.
“Maggi?” terperanjat pula aku.
Sedangkan akupun sama, kalau malas masak, Maggi jugalah jawapannya. Inikan pula orang
yang kedua-dua tangannya cedera.
“Ahhh.. kejap lagi laparlah tu, maggi mana boleh tahan..yang itu makanan
berkhasiat” kata ku sambil tangan aku tunjukkan kepada bungkusan yang sudah
ditangannya.
“Fahmi, saya masuk dulu.. ni..Lia ni dah mengantuk..”
memangpun Lia sudah terlentuk di bahuku.
“Lia..Lia..uncle
ni..Lia..” Fahmi sempat pula hendak menyakat Lia.
Lia
berpusing. Memang matanya sudah berat. Malas dia hendak melayan uncle Fahmi.
Jika diberi botol susu, pasti dia lelap.
“Sorry lah Fahmi.. dah
penat sangat dia ni.. ahhh.. nasi tu makan, makan sekarang” kataku seperti arahan
sahaja. Memberi arahan kepada lelaki yang tidak ada hubungan apa-apapun
denganku selain dari jiran tetangga.
Fahmi pula seperti kena sampuk terus meangguk sahaja,
angukan laju.
Aku ni memang melampau pula, sudah tahu dia tu
bukannya adik atau saudara aku yang aku arah suka suki. Aku senyum senget bila
teringatkan dengan ayat memaksa aku.
Lia tidak sempat-sempat hendak tidur, tidak ada
botolpun dia lelap juga, mungkin kepenatan kerana teruja dengan melihat
anak-anak ikan digigian air, membuatkan dia nampak gembira. Bagai melihat satu
benda yang sangat aneh, terutama apabila dia nampak anak-anak ikan itu menuju
ke arahnya. Itu kesah Lia dengan anak ikan.
Kesah aku dengan abang Rafiq.. hem..hem..
interesting.
Kesah
aku dengan si rambut kerinting macammana pula? Ini mystery..
****
Aku
boleh lena di sebelah Lia, dalam aku memikirkan kesah aku, Lia, abang Rafiq dan
si rambut kerinting. Tegah orang tidur selepas asar, tetapi sendiripun buat.
Cakap tidak serupa bikin, memang ku kurang asam rupanya!
Aku
toleh di sebelah, Lia masih pulas tidur, penat sangat gamaknya. Aku bangun
menuju ke dapur dengan botol susu Lia yang sudah kosong. Aku hendak mencuci
botol Lia dengan merebusnya. Seperti biasa, aku juga perlu memasak air dan
menyimpannya di dalam thermos warna merah cap bunga matahari. Dian pula, sejak
dua menjak ini setiap hujung minggu pulang ke kampung. Maklumlah membuat
persiapan hari bahagianya yang tinggal tidak beberapa bulan sahaja lagi. Lewat
malam baru sampai, selalunya dihantar oleh Jeffery, tunang tersayang. Buat aku
cemburu, orang sudah ada tunanglah katakana..
Aku
hela nafasku panjang. Sepatutnya aku juga harus gembira seperti Dian. Akupun
tidak lama lagi akan menjadi tunangan orang. Abang Rafiq dengan riak bersahaja
sudah menghebahkan aku sebagai tunangnya, nak apa lagi! Tetapi betul ke aku ini
ada chemistry dengannya? Jangan pula aku menerimanya semata-mata kerana dia
sudah tidak gempal dan tidak berjerawat pasir lagi. Atau kerana semata-mata
hendak menunaikan permintaan mak dan abah. Aku ni betul-betul seperti lalang,
tidak tetap pendirian, main ikut humbusan angin sahaja.
Tak..
tidak.. abah dan mak sudah terang-terang memberitahu aku yang mereka serahkan
keputusan perkara ini kepada aku. Aku sendiri yang perlu membuat
keputusan.
“Ilyna
Suffiyah, betul ke apa yang kau buat ni? Keputusan kau kena tepat, sekali melangkah, sudah
susah hendak berundur. Nanti malu mak dan abah, kerana kau dan dia satu
kampung” aku meraut muka ku. Ya! Aku sudah tetapkan pemilihanku. Jangan
memikir-mikir lagi. Kau bakal tunang abang Rafiq, fullstop.
Botol susu yang dijerang sudah mengelegak. Aku harus
berhati-hati. Lupakan dulu dengan apa yang sedang aku fikirkan. Takut
lain jadinya, ada pulak yang berangkat ke hospital kerana melecur, tersiram air
panas.
Kerana
makan terlebih semasa lunch dengan abang Rafiq, aku berhajat untuk mengambil
roti sahaja sebagai dinner. Janji ada benda yang dimakan dari tidak ada
langsung. Aku pandang di meja kecil di dapur, masih ada setengah bantal lagi
roti Gardenier yang aku beli sebagai sarapan. Alhamdullilah, itulah rezeki aku
untuk malam nanti.
Aku
terus duduk di sofa, sambil menekan punat remote TV. Perlahan sahaja suara yang
aku buka, hanya aku sahaja yang boleh mendengar, agar tidak menganggu lena Lia.
Cerita drama keluarga “The Brady Bunch” kesah seorang duda beranak 3, dia
mempunyai 3 anak lelaki semuanya bertemu jodoh dengan seorang janda beranak
tiga juga dan ketiga-tiganya anak perempuan. Seronok juga drama ini, kesah suka
duka membesarkan anak yang sedang meningkat remaja. Tumpuan tidak seratus peratus di kaca TV,
kerana dikotak fikiran aku berputar wajah si rambut kerinting yang tadinya aku
lihat. Berkemeja T dan
berkain pelikat dengan kupiah putih di kepala. Aduh..lagak seorang ustaz. Aku
senyum. Ustaz Fahmi.. bisik hatiku, aku sengeh sampai nampak gigi.
Dia mampu buat hatiku menyanyi riang.. Fahmi..oh..Fahmi..
***
“Ding.. dong..ding dong..” loceng pintu aku pula
berbunyi bertalu-talu. Itulah tadi aku yang mengacau orang, kini giliran aku
pula kena kacau.
Jangan hendak marah pulak kepada orang yang menekan
butang loceng pintu. Aku berjalan pantas menuju ke pintu, baik aje aku buka
cepat sebelum Lia tejaga. Sedang syok-syok berehat ni, ishy.. ada sahaja
gangguan!
Pintu ku buka rakus.
“Kak Rozi..hehehe..” berubah dari muka masam terus
sengeh sumbang.
Kak Rozi berdiri dengan satu beg plastic di tangan.
“Ni.. ah.. akak ada petai, sentul sama buah pulasan
dari kampung.. tak ada apa akak bawa balik dari kampung, yang ni aje..” plastik
yang nampak berat bertukar tangan.
“Terima kasih..” jawab ku, sambil aku menjengah
plastic yang sudah di tanganku untuk melihat bagaimana rupanya buah pulasan dan
buah sentul. Buah petai, aku memang sudah kenal, buah pulasan aku pernah tengok
gambar, tapi tang buah sentul ni.. aahhh...aku pernah dengar nama tapi tidak
pernah lihat rupanya. Cara hendak makan lagilah aku tidak tahu!
“Terima kasih, bantu adik akak. Kata Fahmi tadi, kalau
Lyna tak ada kat Taman Tasek tu, tak tahulah apa hendak jadi dengan dia” kata
Kak Rozi.
Aku tercengang. Aku rasa hairan dengan kata-kata Kak
Rozi.
Apa sebenarnya yang diceritakan oleh si rambut
kerinting kepada kakaknya?
Bukan
main lagi aku dapat pujian! Bukankah aku yang penyebab dia luka lutut dan tapak
tangan? Namun kini aku pula menjadi heroin, penyelamatnya.
“Tak
ada apa-apa Kak..tolong sikit aje..” jawab ku.
Biarkan
apa sahaja yang telah diceritakannya kepada Kak Rozi.
“Ahhh..
lagi satu, mak akak kirim salam, dia kata
sedap lauk yang Lyna beri tempoh hari..
hemm..lauk apa tu? Oh ya!.. lauk pisang muda masak lemak dan ayam goreng
berempah..pandai Lyna masak..memangpun dia ada temankan Fahmi sehari dua
selepas akak bertolak ke Mekah. Mak akak tu sayang sangat dengan anak bujangnya
yang sorang tu..anak bongsu katakan!” kata Kak Rozi lagi, panjang pula
penjelasannya, sudah boleh buat cerita pendek.
Aku
terlopong, Alamak! rupanya suara perempuan yang meminta aku masuk tempoh hari
adalah suara emaknya. Buat dosa kering aje aku ni..
Patutlah
si rambut kerinting tidak marahpun kepada aku, selepas aku memberitahu Kak Rozi
yang aku dengar suara perempuan sewaktu ketiadaannya.
Aku
masih sengeh. Satu lagi perkara yang sudah terungkai dan aku sudah salah faham.
“Akak
balik dululah, tinggalkan si bujang hujung minggu, tak tahu dia kemas rumah ke
tidak?” menonong sahaja Kak Rozi meninggalkan aku yang menarik nafas panjang.
Lyna..oh
Lyna..kau sudah salah sangka. Perempuan misteri si rambut kerinting adalah
emaknya.
Plastik
yang berlogo Giant Supermarket aku
jinjit dan letak dimeja makan di dapur. Sekali lagi aku menelek buah-buah yang
diberi.
Petai!..aku
tidak makan petai. Setahu aku, Dian juga tidak makan petai.
Jari
telunjuk ke pipi, mata menala ke siling. Memikirkan apa yang harus aku buat
keapda si buah petai.
Ahhh..Akan
aku sedekahkan semula di hospital nanti. Manalah tahu ada peminat petai.
Aku
telek pula buah Pulasan. Cantik rupanya buah ini, secantik rupa di dalam
gambar. Bagaimana hendak memakannya ya? Aku ambil dan telek sebiji. Warnanya
sungguh menarik, patutlah ada satu warna yang bernama merah pulasan. Seperti
merah gelap. Pulas..pulasan..pulas.. pulasan. Agaknya perlu dipulas untuk
memakannya. Aku pulas sebiji. Keluar air merah memenuhi tapak tanganku. Muncul
isi pulasan yang sama seperti rambutan. Aku makan, hemmm.. memang rasa
rambutanpun, tetapi manis lagi dan isinya tidak selekang rambutan.
Hendak
cuba makan sentul pula. Jakuknya
aku, buah sentulpun aku tak pernah rasa. Aku
capai buah yang berwarna kuning sebesar bola tennis.
“Hemm..
ini rupanya buah sentul ya?” aku timang
timang buah itu di tapak tanganku.
“Ni..
nak bukak macamana pulak, kena guna pisau agaknya..” tanganku terus mengambil
pisau dan cuba membelah dua buah tersebut.
Bergolek
buah tersebut. Susah jugak hendak membukanya. Habis tu, hendak makan macammana?
Aku pegang kuat-kuat, agar buah tidak bergolek. Aku hiris keliling buah, tebal
pulak kulitnya. Akhirnya berjaya, dan aku lihat ada isi yang seperti buah
manggis, warna putih. Tetapi
isinya melekat di kulit. Aku korek dengan sudu teh dan ambil seulas, masuk ke mulut
ku.
“Hemm..masammm!” terkenyet sebelah mataku, kerana buah
ini masam-masak kelat. Tetapi enak. Sudah alang-alang di buka dengan susah
payah, baik sahaja aku habiskan.
“Masam pun masamlah, akhirnya aku merasa, ini rupanya
rasa buah sentul…” aku bercakap sendiri dengan buah sentul.
“Da..da..da..da..” terdengar aku, Lia sudah terjaga
dari tidur. Cepat-cepat aku meninggalkan buah sentul dan terus ke ruang tamu di
mana Lia aku baringkan. Aku capai botol susu
yang aku sudah sediakan untuk Lia. Lia sudah duduk., sambil mengesek-gesekkan
matanya. Aku hulurkan botol susu terus kepada Lia. Aku tahu dia lapar kerana
dia tidur agak lama sehingga terlepas routine untuk dia mengambil susunya. Lia
berbaring semula sambil menyonyot susu. Aku senyum. Senang sungguh hidup
seorang bayi, makan, minum, main dan tidur. Bila lapar menangis, itu sahaja
yang mereka tahu. Namun aku seronok, tidak aku sangka rupanya seronok menjadi
seorang ibu.
No comments:
Post a Comment