Monday 22 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 16



Bab 16

Segelas orange juice aku minum. Gelas yang hanya ada sedikit juice berbaki masih aku pegang. Pengalaman menjadi penyeluk saku sebentar tadi, memang boleh mendebarkan dadaku. Aku asyik tersenyum apabila terfikirkan apa yang baru sahaja aku lakukan. Lia sudah bermain dengan susunan block kayunya di depan TV. TV yang sudah aku pasang, apa yang bersiaran pun aku tidak tahu. Bukan aku kesah, janji berbunyi itu sudah cukup, sekurang kurangnya ada terdengar suara orang, tidaklah senyap sunyi. Bahasa apa tidak menjadi masalah, janji berbunyi.

Selalunya apabila aku ke Taman Tasek, aku akan menunggu sehingga waktu makan tengahari, kerana aku malas hendak memasak. Relax sahaja makan ala cart di restaurant terapong di situ. Tetapi hari ini disebab telah mencederakan orang, aku terpaksa balik awal. Sudah tertulis di Luah Fahfuz yang hari ini apa yang akan terjadi kepadaku. Bayangan restaurant terapong yang menyajikan berbagai makanan kampung hilang dari ingatan. Yang muncul hanya semangkuk mee segera “Maggi“ kosong yang masih berkepul asapnya.. “Maggi”!.


Aku telek gelas kosong yang masih aku pegang, Gelas tidak akan pecah, walau tajam manapun renungan aku. Kemudian bangun untuk menghantarnya ke sinki. Bukan dapat apapun menelek dan merenung gelas kosong tersebut. Yang pasti aku kena basuh gelas tersebut, itu sahaja.
Baru beberapa tapak aku berjalan menuju ke dapur, telefon berdering. Aku letak gelas di atas meja kopi dan terus menjawab telefon.
Terdengar orang memberi salam, dan aku kenal suara dihujung talian. Siapa lagi jika bukan emak aku. Apa lagi berita yang penting kali ini yang emak akan beritahu. Dia tahu, akukan pendengar setianya.

“Mualaikum salam mak.. mak apa khabar?” tanya ku mendatar.
“Ya.. mak.. ah.ha. betul ke? Tak ada la..Lyna keluar kejap..” bertalu-talu soalan mak, seperti das machine gun.
Mak aku, selagi tidak puas dengan jawapan aku, selagi itulah dia akan tanya. Mendesak dengan jawapan yang betul betul sesuai dan puas di hatinya. Bohong sunat sikit sana sini pun tak apa.. Bohong sunat aje!! Adakah istilah bohong sunat ni?

Katanya dia telefon beberapa kali, tetapi tidak berjawab. Ialah, aku tidak ada di rumah, macammana hendak angkat. Di waktu itu mana ada telefon bimbit lagi, yang boleh diangkut kehulu ke hilir, sehinggakan tidak ada privacy lagi.
Emak masih ditalian, aku masih menjadi pendengar setianya lagi.
“Apa mak tak beritahu awal-awal, Lyna tak readypun ni.. adus.. matilah Lyna, kalau dia dah sampai..hemm.. minta dia tunggu ajelah..kejaplagi Lyna siap!” jawab ku.

Emak ingin memberitahu yang abang Rafiq dalam perjalanan ke rumah aku rupanya. Abang Rafiq ada hal business di Kuala Lumpur pada sebelah petang. Terlanjur datang ke KL, dia ingin bertemu aku kata mak. Emak beri address apartment aku. Emak niii, betullah. Dah 2 jam dia bertolak dari kampung. Rasanya jika dia tidak sesat atau singgah di mana-mana, dia tentu sudah berada di depan pintu. Cepat-cepat aku ke bilik mencari baju yang sesuai untuk keluar buat kali kedua dengan abang Rafiq. Kali ini hanya aku, abang Rafiq dan Lia.

Blouse leher V lengan tiga suku kuning berbunga putih aku pilih. Seluar jeans putih yang sudah sedia nergosok aku sangkut ke tombol pintu bilik. Cepat-cepat aku strika baju yang nampak kesan lipatan dan kemudian aku gantung bersebelah seluar jeans. Baju Lia juga aku pilih warna yang agak sama agar ibu dan anak sedondon. Tapi tak sampailah seperti boria!

Belum sempat aku hendak menukar pakaian, loceng pintu sudah berbunyi. Aku berlari-lari anak dengan hati yang ceria. Sudah sampai agaknya abang Rafiq ku. Hati riang apabila abang Rafiq masih ingin berjumpaku. Aku ingatkan dia sudah tidak mahu bertemu dengan aku lagi, apabila dia menyepi seminggu selepas pertemuan pertama. Rupanya sangkaan aku meleset, dia masih ingatkan aku. Boleh up sikit lagi harapanku..tambah 20% lagi, menjadikan 70% harapan.

Rakus pintu aku buka. Tetapi yang berdiri diluar pintu bukan abang Rafiq, tetapi abang sebelah. Hisy.. apa lagi Encik Fahmi ooii. Namun aku masih mampu tersenyum, apabila melihat wajahnya juga tersenyum manis.

“Lyna, maaf ganggu, saya dahaga, tapi tak boleh nak buka ni..” sambil dia menghulurkan aku sebotol coca cola sejuk.
Kasihan pula aku, botol coca cola yang di hulur aku sambut , lalu aku bukakan botol coca cola tersebut untuknya. Dia mengambilnya dengan ucapan terima kasih. Ditunggangnya air botol itu di depan balcony di antara unit aku dan unit kak Rozi.

“Encik Fahmi, I need to get my self ready, ada orang nak datang..” aku terpaksa berterus terang, takut pula dia akan terasa hati, apabila aku menutup pintu unitku.
“Ooohh.. tak apa, sayapun bukan nak duduk lama kat sini.. cuma sunyi tak ada orang nak berbual, bila dah tinggal sorang-sorang ni.. rasa sunyi pulak!” kemudian kepalanya menjengok unit ku seperti cuba mengintai ke dalam rumah.

“Lia mana?” tanyanya lagi. Ohhh.. mencari kelibat Lia rupanya, ingatkan apa tadi?
“Ada kat dalam.. bermain..” jawab ku secara spontan, tanpa memikirkan, apa hal pula dia hendak mengetahui hal Lia? Dia tidak ada kena mengenapun dengan budak kecil itu.
“Maaf ya..” katanya lalu aku tarik pintu perlahan.
Aku harap dia mengerti dan tidak salah anggap.

Bergegas aku menukar pakaian bagi aku dan Lia. Beg bekalan susu Lia juga aku uruskan. Aku hanya menggunakan beg yang kecil, yang boleh memuatkan 2 botol susu. Aku harap pertemuan aku dengan abang Rafiq tidak lama. Lagipun ini pertama kali abang Rafiq bertemu Lia. Manalah tahu, dia terkejut melihat perempuan yang bakal menjadi isterinya sudah mempunyai anak? Harap-harap dia sudah mengetahui hal ini.

Dari dalam rumah aku terdengar seperti orang berbual di luar, betul-betul di depan unitku. Siapalah agaknya? Abang Rafiq sudah sampaikah? Dan dia datang dengan siapa? Dengan abang Fadil barangkali, kerana abang Fadil tahu di mana aku tinggal. Cepat-cepat aku membuka pintu.
Aku berdiri tegak. Yang aku lihat memang abang Rafiq, dia berbual dengan Fahmi rupanya. Aku berharap, janganlah Fahmi menceritakan yang tangannya cedera adalah dari perbuatan aku yang tidak berhati-hati. Takut nanti salah sangka pula abang Rafiq mengenai hubungan kami berdua.

“Ahhh.. dah bukapun, tak sempat lagi abang nak tekan bell..” kata abang Rafiq.
Aku hanya senyum melihat jejaka yang aku tunggu sudah berada di depan mata.
“Emak Ilyna ke  beritahu yang abang nak datang?” tanyanya kepada aku.
 Aku angguk laju.
“Haha bang.. oh ya.. dah kenal ke? Ini Encik Fahmi, jiran Lyna..” aku perkenalkan Fahmi kepadanya.
Entah-entah Fahmi sudah memperkenalkan dirinya, aku tidak tahu, kerana aku dengar rancak sahaja mereka berbual tadi. Sebelum aku membuka pintu.
“Dah kenal dah pun.. kan Encik Fahmi..?” jawab Rafiq.
Fahmi hanya angguk. Botol coca cola yang sudah setengah airnya masih di tangannya.
“Abang.. Lyna tak boleh nak benarkan abang masuk… rumah orang bujang, jadi abang tunggu luar kejap ya, Lyna ambil Lia..” aku membiarkan pintu terbuka dan terus mengendong Lia dan juga menjinjit beg susu Lia. Beg tangan sudah diselepang.
“Mari abang pegang..” pinta Rafiq.
Aku hulurkan beg susu Lia.
“Saya pergi dulu saudara.. saja datang KL nak jengok tunang..” katanya sambil berlalu.

Aku angkat bahu. Sejak bila pula aku jadi tunangnya? Masih proses berkenalan dan merisik, cincin tanda yang ada pada mak pun aku tidak tengok. Jadi yang dikatakan tunang tu macammana? Yang sebenarnya bakal tunang, baru betul statementnya. Yang abang Rafiq ni main hentam aje bila bercakap. Mentang-mentang dia tengok aku bersetuju aje dengan rancangannya. Dia dah buat conclusion yang aku akan setuju dengan yang lain-lain. Hai susah macam ni, mati kering aku nanti jika aku diperlakukan begini, kena jadi pak turut.

Namun aku tetap mengekori abang Rafiq. Aku mendukung Lia dan abang Rafiq menjinjing beg susu Lia. Baru beberapa tapak berjalan, aku menoleh ke belakang. Aku lihat Fahmi masih terpaku memandang ke arah aku dan abang Rafiq, matanya tidak berkelip. Aku senyum kepadanya, tetapi tidak dibalasnya. Lia pula melambai-lambaikan tangannya yang kecil ke arah Fahmi. Aku harap abang Rafiq tidak perasan apa yang telah aku buat. Aku menoleh sekali lagi ke arah Fahmi. Aku dapat rasakan Fahmi. seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan kepadaku. Nasib baik abang Rafiq masih leka melihat lampu lif yang berganjak turun dari satu tingkat ke satu tingkat, tinggal beberapa tingkat sahaja lagi untuk berhenti di tingkat yang kami tunggu. Aku rasa serba salah pula meninggalkan si rambut kerinting sendirian begitu. Sudahlah injurt disebabkan diriku, kini ditinggalkan bontang sendirian. Sebenarnya akupun sama sepertinya, seperti ada sesuatu yang terbuku di dalam hatiku yang harus aku luahkan.
Apa ni..Lyna, kena decide betul-betul! Hanya perlu pilih satu, tetapi pilihan kena tepat. Aku berperang dengan hati ku yang nampaknya confuse di dalam bab membuat pilihan..

****

Restaurant terapong Taman Tasek dituju. Aku yang cadangkan, apabila abang Rafiq bertanya, di mana aku hendak makan tengahari. Dia tidak berapa tahu kawasan Kuala Lumpur, katanya. Aku memilih Resturant itu kerana rancangan aku untuk makan tengahari di situ tergendala kerana aku telah mencederakan si rambut kerinting, akhirnya jadi juga rupanya dengan kemunculan abang Rafiq. Aku sengeh nakal..
Apa yang aku teringin makan, aku tempah. Aku tahu abang Rafiq pasti suka tempat ini, tempat yang aku pilih. Mahu tidaknya, semua lauk pauk melayu ada terhidang. Tidak payah susah-susah hendak mengutip pucuk paku untuk memasak lemak cilia pi pucuk paku. Tidak payah memancing ikan keli untuk keli masak sambal. Tidak payah mengutip petai untuk sambal tumis udang. Semuanya ada, termasuk ulam-ulaman, jantung pisang, pegaga, tenggek burung, ulam raja, petai dan macam-macam lagi. Jika aku hendak senaraikan, sampai esokpun tidak selesai.

Dendangan ghazal dari Johor juga sebagai halwa telinga. Tidak perlu duduk di bawah kipas kerana angin sepoi-sepoi bahasa yang sentiasa bertiup, Berdiri Lia di penghadang papan, leka melihat anak-anak ikan yang bermain di gigian tasek.

Abang Rafiq sudah meminta pelayan mengambil kerusi tinggi untuk kanak-kanak sementara aku memantau Lia. Entah mengapa aku tidak rasa kekok bersama dengan abang Rafiq, walaupun ini baru pertemuan kedua dan pertemuan pertama bersendirian dengannya. Ini membuatkan aku rasa rela untuk menjadi tunangnya hari ini, walaupun tidak rasmi. Hisy..Ilyna Suffiyah, belum apa-apa sudah berangan.
“Ilyna..”  lembut sungguh suara abang Rafiq memanggil aku. Indah, bagaikan berbisik sahaja bunyinya.
“Hemm..”pendek sahaja aku menyahut. Cuba membalas dengan gaya romantic, tetapi tidak menjadi, nampak gayanya. Aku bukan pandai bab-bab romantic ni. Mana tidaknya, hari-hari bergelumang dengan haiwan. Dah nama doctor haiwan, tentulah berurusan dengan sang binatang!
“Abang nak tanya, Ilyna sudah boleh terima abang ke?” amboi abang Rafiq, soalan membunuh tu...aku tersedak dibuatnya.
Segera Abang Rafiq hulurkan air kosong, terus aku sambut dan aku hirup. Berlumba-lumba air membasahi tekak ku yang tiba-tiba tersedak.
“Soalan tu, patutnya Lyna yang tanya abang?” aku jawab soalannya dengan soalan.
Ha.. tu  dia!

“Abang memang dah lama sukakan Ilyna, Fadil tahu perasaan abang. Abang pernah cerita pada dia, tapi tu zaman budak-budak. Lepas abang belajar kat UK, abang pasrah. Kalau Ilyna masih free abang akan ambil Ilyna sebagai isteri abang.. tapi kalau Ilyna sudah berpunya, abang pasrah yang Ilyna bukan jodoh abang..” jelasnya.
Aku setia mendengar. Begitu ceritanya. Memang abang Fadil ada cerita dengan ku perkara yang sama. Ingatkan abang Fadil hanya menyakat, rupanya betul!
“Saya ni perempuan bang..harta tak ada, rupa lagilah kurang..” aku merendahkan diri. Konon..pandai juga berlakun sendiwara kan? Dalam hati sebenarnya kembang bagai nak rak! Bila tahu ada secret admirer rupanya selama ini. Kaki sudah tidak jijak ke tanah, dah rasa bagai berada di awang-awangan. Punyalah syok sendiri. Tetapi kemudian aku cepat-cepat menjijak semula ke bumi nyata. Aku sedar aku hanya gadis kampung dari keluarga yang sederhana. Anak kerani bank dan ibu hanya seorang guru sekolah rendah. Lainlah abang Rafiq anak seorang colonel bersara, dihormati oleh orang kampung, malah ayahnya dipanggil Tuan sepanjang hajatnya. Walaupun kini sudah berusia lebih dari 70 tahun, title “Tuan” masih kekal.

“Abang tak kesah, kita sama aje, tak kurangnya Ilyna dan tak lebihnya abang..kita membesar bersama Ilyna..Ilyna dah lupa?” katanya.

Aku kerut muka. Mana adanya membesar bersama? Aku ke asrama penuh setelah tamat MCE ku. Dia pula belajar keluar negeri selepas HSCnya. Selepas habis belajar terus bertugas dengan tugasan masing-masing. Dia membesar ibarat rama-rama, dari ulat bulu menjadi rama-rama yang cantik. Aku pula ibarat kupu-kupu, dari ulat bulu menjadi kupu-kupu yang tidak mempunyai warna yang cantik seperti rama-rama.

“Oh.. ya, abang lupa nak beritahu, abang kena pergi Pavillion by 5pm.. ada temujanji dengan some friends. Kawan-kawan abang masa di UK dulu..” katanya.

Ingatkan pertemuan business, rupanya jumpa kawan lama. Jadi, bertemu denganku hanya kerana dia ada temujanji dengan kawan-kawan lama semasa study di UK dulu. Nampaknya dia jumpa aku hanya sebagai memenuhi masa sebelum petang lah ni! Suara jahat yang bertanduk sudah berbisik ditelinga. Ilyna, jadinya dia tidak serious dengan hubungan kami.

Kemudian ada suara halus kecil yang lain pula berkata. Ilyna, kau patut gembira, dia sanggup drive 3 jam untuk jumpa kau, walaupun dia ada janji dengan kawannya disebelah petang. Dia boleh aje datang disebelah petang, tanpa singgah jengok kau. Tambah pula dia sudah berani inform orang yang kau tunang dia, walaupun dia tidak tahu sama ada Lyna setuju atau tidak menjadi tunang dia. Itu sudah bagus Lyna, dia nampak serious dengan hubungan ini..ehhh..ehh.. nanti Lyna, lagipun nampaknya dia tidak persoalkan pun fasal Lia. Nampaknya dia juga sudah boleh terima Lia dan Lyna satu package. Itu satu improvement yang baik.

Aku tarik nafas..hati berkata-kata. Sudah sampai masanya untuk aku memberi jawapan sama hendak terima cincin tanda itu atau tidak. Lagipun cincin masih berada di tangan mak. Adakah aku perlu masa lagi untuk jawapan ini?
“Ilyna nak ikut abang tak jumpa kawan-kawan abang?” terbuntang mata aku, apabila abang Rafiq mengajak aku bersamanya. Terkejut aku yang sedang memikirkan soal cincin.

Nak mampus. Jika aku ikut, apa akan aku diperkenalkan nanti, isteri?, tunang? girlfriend? Hendak kata isteri, sudah pasti bukan, hendak kata tunang, kami belum lagi bertunang, hendak kata girlfriend, bila masa pula kami bercouple? Yang lebih berat ialah, Lia. Apa pula status Lia? Bagaimana hendak diterangkan kepada kawan-kawannya nanti?
Hisy..daripada banyak hal hendak diceritakan, baik sahaja tak usah ikut.

“Tak payahlah bang.. lain kali aje la..Lyna segan. Lyna bukan kenalpun kawan-kawan abang tu” akhirnya aku berikan alasan untuk tidak menyertainya bertemu kawan-kawannya.
“Kalau macam tu, abang kena hantar Ilyna balik dulu ya? Lain kali abang datang  jengok Lyna lama sikit.. boleh?” katanya, aku hanya senyum. Dia mengharap pertemuan yang lain, jadi ada harapan jawabnya. Think positif Lyna!
“Bang.. tunggu kejap boleh?” kataku.
“Kenapa?” tanyanya, tertunggu-tunggu dengan apa yang bakal aku cakap kepadanya.
“Nak ambil makan, tadi Lyna ada order ala cart, Lyna malas masak untuk malam..” jawabku dengan sengeh tidak tahu malu. Perempuan malas masak. Sudah beri free lunch, lagi mahu bungkus!
Abang Rafiq geleng kepala.
“Okeylah masa bujang ni, boleh beli bungkus. Jangan sudah kawin nanti kena makan nasi bungkus juga, parahlah abang jawabnya…” katanya memerli aku.
Aku julingkan mata ke siling. Ke situ pulak dia.
Soal kahwin, wahai cik abang, kita ni.. bertunangpun tidak, dah fikir pasal kahwin. Whateverlah! Cebik ku.
“Siapa pula yang hendak jadi isteri abang? Tunangpun belum, sudah berangan..” kata ku dengan nada bergurau.
Di mulut menyatakan “tidak”, tetapi di hati sudah berbunga-bunga, rasa gembira. Ya, aku bahagia, walaupun hanya beberapa jam bersamaya. 

Semua bil sudah dibayar oleh abang Rafiq, termasuk bungkusan yang terletak elok di atas meja. Hanya menunggu untuk dijinjit. Abang Rafiq mendukung Lia, tetapi Lia terkapai-kapai mahu dilepaskan. Akhirnya aku yang mendukung Lia. Lia mungkin belum mesra dengan abang Rafiq lagi.

Sesampai di apartmentku, aku meminta abang Rafiq hanya meninggalkan aku dipakir agar dia dapat meneruskan perjalanannya ke Pavillion. Dia hanya menurut, janji akan bertemu lagi sebelum aku pulang ke kampung pada 28 September nanti. Aku hanya tercegat memerhati Volvo berwarna kelabu berlalu meninggalkan aku dan Lia dengan lambaian. Hanya memerhati kereta mahal itu sehingga hilang dari pandangan.
Abang Rafiq, abang Rafiq..abang Rafiq sudah perlahan mengisi hati ini, walaupun tidak sepenuhnya. Masih ada ruang aku tinggalkan sedikit sebelum aku membuat keputusan muktamat. Wajah si rambut kerinting masih mampu menyelinap sesekali ke pintu hatiku.
Ya ALLAH tunjukkan aku, agar aku  dapat memilih siapa yang kau aturkan untuk ku.


No comments: