Monday 22 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 12


Bab 12

“Macammana Lyna?” tidak sempat lagi aku hendak duduk sudah ada soalan dari kak Shimah. Terbalik kot! Dia pula yang terover excited. Aku senyum. Hai kakak ipar aku ni…

“Bolehhh..la..” jawab ku, panjang sahaja ucapan “boleh tuuu”.

“Bolehlah aje?” tak cukup menyakinkan jawapan tu Lyna..adake bolehlah aje pulak..” kata Kak Shimah, tidak berpuas hati dengan jawapanku. Dia menanti jawapan yang sepatutnya ‘boleh jugak!, bukan bolehlah aje’. Hemm..hemmm.

 

Aku menyerigai, tunjuk gigi yang tidak tersusun cantik, manalah ada rawatan gigi yang pakai dawai braces tu, gadis kampung katakan. Dia hendak aku jawab apa lagi? Aku agak, dia hendak mendengar jawapan aku “Lyna sukalah dia tu.., Lyna dah jatuh hati dengannya.. macam tu!..tapi memang benarpun aku dah tinggalkan secebis hatiku kepadanya, hanya perlu tahu sama ada secebis hati aku itu diterima atau tidak olehnya, tetapi malu hendak mengaku” bisik hati kecil ku. Aku sengeh lagi.. sengeh gatal!

 

“Akak ni, tak sabar-sabar la..ni baru jumpa, itupun dengan mak dengan kakak dia? Belum date yang betul-betul.. akak tunggulah. Nanti..di siaran akan datang.” akhirnya aku terangkan kepada Kak Shimah apa percangan aku, sebenarnya hanya bergurau. Untuk memuaskan hatinya agar dia tidak bertanya lagi. 

 

Emak hanya tersenyum. Emak aku, biasalah, dia sudah boleh baca fikiran anaknya. Dia tahu aku sudah suka kepada abang Rafiq. Aku ni entah apa-apa! Sebelah pagi bukan main lagi mengelak hendak berjumpa. Kini sudah lain pula didalam dikepala…hampeh betul.

Cuma tidak terkeluar ayat “I told you!” dari mulut mak, baru padan muka aku. Jika tidak mahu berdesing dan bernanah telinga aku diperli emak.. emak aku.

 

“Lia mana?” tanya ku kepada kak Shimah, aku cuba metukar topik.

“Tu.. tak sudah-sudah main dengan budak-budak tu..” jawabnya hanya memuncungkan mulutnya ke arah beranda. Kak Shimah buat muka, dia tahu aku sudah malas melayan soalannya.

 

Datang pula abang Fadil, menanya soalan yang sama. Sama sahaja mereka ini suami isteri, tidak sabar-sabar. Abang duduk disebelahku.

“Lyna tengok, okey tak si Rafiq tu..abangpun dah tak selalu jumpa dia, sejak abang kahwin, last sekali abang terserempak dengan dia, kat kedai runcit depan tu. Entah.. rasanya last month.” kata abang, dengan muka berkerut, seperti serious sahaja wajahnya.

 

“Dia sekarang dah rupa lain ya bang.. terkejut juga Lyna masa jumpa dia tadi.. dia memang dah lain..” kata ku berulang-ulang, memang aku tidak percaya dengan penampilan barunya.

 

“Apenya yang lain?” tanya abang, ingin mengetahui apa yang lain mengenai kawannya itu.

“Hemm.. ialah orang overseas graduate memanglah lain.. bertahun-tahun kat luar negeri sana tu, kulit dah jadi kulit mat salleh, penampilanpun sikit-sikit dah terikut jugak. Dia boss kat Rafiq & Co. tu, Lyna tahu tak?, siapa tak tahu Rafiq & Co.” panjang lebar abang Fadil memuji kawannya. Manalah tahu, sedikit sebanyak dapat  memasukkan jarum, agar aku menyukai kawannya.

 

Aku tahu dia cuba memancing aku, agar aku terus sahaja setuju dengan perancangan keluarga dan menerima cincin tanda yang masih berada di tangan emak.

 

Cincin..ya cincin yang mak beritahu petang semalam, sabar dulu Lyna, ini baru pertemuaan pertama. Perlu ada pertemuan susulan, selami perlahan-lahan, hati dia dan juga hati Lyna sendiri. Jangan dek kerana sudah terjatuh hati oleh raut mukanya yang kacak itu sudah cukup untuk Lyna terus setuju. Banyak perkara lagi yang perlu Lyna ambil kira okey! Tidak kenyang dengan menatap wajahnya sahaja. Tahulah dia dianugerahkan segala-galanya, wajah yang menarik, fisikal yang tidak kurang hebat, harta yang lebih dari cukup untuk menyara keluarga dan dari keturunan yang baik-baik. Siapa tidak kenal anak Tuan Taib, cakap sahaja Tuan Taib, pasti semua orang kampung kenal. Tapi aku! Aku hanya seorang gadis kampung, biasa-biasa sahaja. Rupa, penampilan sederhana dan segala-galanya sederhana… TYPICAL KAMPUNG GIRL.

 

“Lyna nak balik lepas asar. Abang?” tanya ku kepada abang Fadil.

“Ahhh.. pandailah tu, dah nak tukar topik. Lyna.. Lyna...Abang pun rasanya bertolak lepas asar..” jawabnya dan beredar.

Dia mengetahui aku tidak berminat untuk meneruskan perbualan mengenai diriku dan si lelaki kawannya, bakal adik iparnya konon.

 

Sementara Lia leka bermain, aku mengambil kesempatan berkemas barang dan pakaian dibilikku dan terus aku masukkan ke  dalam bonet kereta. Hanya aku tinggalkan yang perlu seperti beg bekalan dan pakaian Lia yang akan dipakainya sebelum pulang. Aku lihat mak dan abah di pangkin wakaf. Adalah mereka berdua itu, yang pasti emak membuat laporan terkini mengenai diriku, itu sudah pasti.

 

“Aliya, balik nanti nak tumpang akak ke abang?” tanya ku kepada adikku, mengemas barang-barang mainan yang sudah bersepah bersama Rizal dan Jaja.

“Aya ikut abanglah kak?” laungnya.

“Fadly mana?” tanyaku lagi.  Bertanya adik lelaki aku yang pulang bercuti. Rindu sangat dia dengan tanah air, hilang entah merayap kemana!

“Abang Lee pergi pekan, nak cari sim kad telefon katanya tadi..” dari jawapan Aliya, aku akan menunggu adikku pulang dari pekan.

Bukannya selalu aku bertemu dengan adik aku yang satu ini.

“Dia pergi dengan apa?” tanya ku lagi.

“Motor” jawab Aliya lagi. Aku kerut muka “Motor?, motor siapa?” tertanya-tanya

“Motor siapa Aliya?”

 “Abah..” jawab Aliya sepatah.

Hemm.. hidup lagi ke lessen motor adik aku tu. Main rembat sahaja motor abah, bukannya round keliling kampung, tapi ke pekan.

“Abang..Abang,, kejap..” aku menahan abangku yang baru hendak keluar menemui mak dan abah di wakaf.

 

Abang Fadil berpaling dan berkerut muka.

“Apa dia..” serious sahaja mukanya.

Tadi cuba mengelak bila ditanyanya, kini panggil pulak. Agaknya pening juga abang aku memikirkan fikiran aku yang tidak berapa betul sejak pertemuan tadi.

“Hemm… apa dia..” ulangnya, lain macam jawapan sahaja abang aku, tidak mesra alam langsung.

Aku hendak mengorek maklumat tentang kawannya. Hisy tak sporting langsung abang aku hari ini.

“Hemmm.. tadikan Lyna jumpa abang Rafiq..” dan dia sudah tahu, pasti mengenai kawan dia, jadinya dia cuba jual mahal.

“Hahh, kenapa dengan Rafiq..” belum sempat aku bertanya, dia sudah tanya aku balik. Apalah abang ni, tunggulah soalan aku dulu.

“Abang ada jumpa dia tak?” Pap soalan apalah aku ini, Kan tadi baru sekejap abang beritahu dia ada jumpa, tapi tidak selalu.

“Ada jugak, tapi tak selalu laaaa..kenapa?” lagi satu soalan kepada soalan aku.

Abang Fadil, cubalah bantu Lyna yang sedang memang memerlukan banduan abang, tak faham-faham.

“Tak ada apa-apa, Cuma..cuma Lyna terkejut tengok dia dah lain..tak macam dia budak-budak dulu..” aku cuba meluahkan apa yang aku rasa mengenai sidia.

“Ialah adik oi.. itu zaman budak-budak, sekarang dah dewasa.. dah bergaya, dah ada duit, mestilah lain..” jawab abang, amboi abang aku ni.

“Taklah abang.. dia nampak handsome la sekarang..” dah..dah tu Lyna, berani kata anak lelaki orang kacak ni.

“Bukan ke abang lagi handsome?” jawab abang sambil angkat keningnya laju.

Perasan. Aku kerut muka, melihat abangku, bukannya dia membantu, lagi menyakat ada.

“Perasan..” jawab ku sepatah.

“Lyna suka dia tak?.. kalau Lyna pilih dia, abang setuju aje, dia orang baik apa?” akhirnya abang memberi secebis pendapatnya.

“Siapa kata dia tak baik? Cuma Lyna musykil, kenapa dia tak kahwin-kahwin. Orang macam dia, petik jari aje dengan perempuan 10 bersusun datang..” kataku kepada soalan abang yang bukan soalan sebenarnya. Lebih kepada desakan.

“Entah, abang pun tak tahu, dia tunggu Lyna agaknya tak?” jawapan yang buat aku tertanya-tanya. Abang aku ada simpan rahsia pasal kawannya ni ke?

“Ahhh.. malaslah hendak cakap dengan abang ni.. orang cakap serious, dia main-main pulak” rajukku.

“Abangpun serious lah Lyna.. dia tunggu Lyna, dia memang dah suka Lyna dari dulu, dari zaman kita budak-budak, dari zaman sekolah. Dia pernah cakap dengan abang, dia nak jadi adik ipar abang, tapi abang ingatkan dia main-main.” Jawab abang.

Aku terlopong, biar betul!

Terjawab sudah, keraguan aku terhadap abang dengan kawannya. Kan aku dah kata, mereka ni ada rahsia, pasal aku.

Aku masih ternganga, apabila mendengar penjelasan abang. Aku terus terduduk di sofa, nasib baik aku berada tidak jauh dari sofa. Betul ke dengan apa yang aku dengar, dia menunggu aku selama ini. Tetapi kenapa tunggu begitu lama?

 

“Bila dia tanya abang pasal Lyna bulan lalu, baru abang teringat kata-kata dia yang dia sukakan Lyna..abang jumpa diapun secara tak sengaja, jumpa kat kedai Best One depan tu..” ulang abang dengan pertemuannya dengan Rafiq.

“Jadi selama ni, abang memang jumpa dia la..” aku ulang lagi soalan hal jumpa, seperti tidak percaya.

“Ialah, kan abang cakap tadi, memang abang ada jumpa dia sekali sekala.. dia kan kawan abang.., ishy adik ni.. penatlah abang jawab” abang aku sudah malas melayan aku.

“Tahu.. dia kawan abang..Cuma Lyna rasa Lyna tak sepadan pulak dengan dia. Walaupun dia dekat 10 tahun berbeza umur dengan Lyna, tapi dia nampak muda..” sekali lagi aku pertikaikan penampilan Rafiq yang diluar jangkaan aku. Bukan beza 10 tahun, hanya 7 tahun, sengaja aku tambah-tambah, hendak sedapkan cerita.

 

“Tak usahlah Lyna nak fikir perbezaan umur.. fikir hati Lyna, Lyna rasa sesuai atau tidak, itu aje, umur tu hanya angka.. kalau dia boleh jaga Lyna dengan baik, dengan kasih sayang apa nak difikirkan dia lebih tua 10 ke, 20 tahun ke..ishy adik aku ni.. banyak songel, nak suruh kahwinpun susah..” Abang Fadil meninggalkan aku yang masih duduk ternganga di sofa, mendengar kuliah selepas asar tidak rasmi dari abangku.

 

Abang Fadil tidak faham agaknya, mencari calon suami bukannya semudah mencari kucing di SPCA, Tunjuk sahaja dan kemudian sudah boleh terus bawa balik.

Sekarang ini hendak mencari teman seumur hidup. Seorang yang boleh membimbing kejalan yang lurus, bukan setakat membimbing isteri tetapi juga anak-anak jika diberi rezeki. Lagipun jika boleh hendak suami tu biarlah sehingga akhir hayat. Bukan seperti lelaki boleh beristeri  sampai 4 orang serentak.

 

Aku lihat abang, mak dan abah, bergelak ketawa di pangkin. Ini buat aku jelous ingin turut serta.

 

“Lyna..Lyna nak pergi kat sana ya? Tolong panggil abang kejap, akak dah ready barang dalam bilik, hendak minta dia simpan dalam kereta..” pinta Kak Shimah, sebaik sahaja dia melihat aku berdiri. Seperti tahu-tahu sahaja aku hendak bertemu mereka dipangkin.

 

“Lyna.. dah fikir pasal Rafiq tu.. kalau akaklah , akak terima aje, dia handsome apa? Baik dan banyak duit lagi..” Tertoleh aku kearah Kak Shimah apabila mendengar statementnya mengenai Rafiq.

 

Dia kenal juga dengan Rafiq rupanya. Agaknya aku sorang sahaja yang tidak pernah jumpa dia sekian lama. Nanti aku cuba tanya Aliya pula, manalah tahu, entah-entah diapun tahu Rafiq sekarang bukan Rafiq yang berjerawat penuh dimuka. Kasihan aku.. selalu ketinggalan. Perkataan “you always be the last to know“ berulang-ulang bermain dikepalaku.

 

“Kak.. Aya dah mandikan Lia.. nah..” Aliya menurunkan Lia yang tadi dikeleknya. Lia terkedek-kedek berlari kearah ku, telanjang bulat, setelah tuala yang membalutinya terlerai dari tubuhnya, dan dijinjing oleh Aliya. Memang manja Lia dengan Aliya setiap kali balik kampung. Untunglah Lia kerana ramai yang sayang kepadanya. Rizal dan Jaja juga sudah bersedia untuk pulang.

Aku pula mengelek Lia dan berjalan kearah pangkin, apabila Lia sudah berpakaian kemas.

“Bang, akak beritahu minta abang masukkan barang dalam kereta..” kata ku terus tanpa memberi salampun. Semua memandang ke arah aku. Sungguh korang sopan. Aku pandang kelangit, mengetahui sudah melakukan kesalahan. 

 

“Hemm.. ialah.. kejap lagi..” jawab abang, seperti tidak bertenaga sahaja bunyinya. Aku juga duduk dipangkit. Dia aku lepaskan. Bermain sendiri sahaja dia.

“Abah nak tanya ni.. macammana rasanya Lyna dengan Rafiq tu..” bersuara abah yang tidak pula aku sangka.

 

Abah yang selalunya hanya meminta emak yang menjadi jurucakapnya, tetapi hal ini dia pula yang bersuara.

 

“Entahlah bah! Masih awal lagi, nanti-nantilah Lyna beritahu.. takutpun ada, takut Lyna tak dapat jalankan tanggungjawab seperti yang dia harapkan” Jawab aku

“Bukan suruh buat keputusan sekarang, Lyna fikirkan dulu..” sambung abah lagi.

“Ialah bah..itu yang Lyna akan buat nanti, bila dah ada jawapan Lyna telefon abah iya.” Kata ku.

“Jangan lama sangat pulak fikir tu.. oh ya..cincin tu Lyna nak pegang atau nak emak simpankan dulu..” tanya mak pula.

 

“Mak simpan dululah, tengoklah nanti, bagi Lyna fikir macamana?..” Lia yang sedang bermain ,aku kelek, sibuk pula dia bermain dengan rantai di leherku.

“Lia .. mari kat nenek..” aku suakan Lia kepada emak dan kemudian Lia duduk diatas pangkuan mak.

“Lyna dah nak gerak dah ni..” kataku.

“Hati..hati, jangan lupa call bila dah sampai nanti..” nasihat mak.

 

Aku angguk dan bersalaman dengan semua orang yang ada. Lia terus aku kelek semula dan memasukkannya dibaby seat disebelah pemandu. Aku terus memandu meninggalkan mereka yang aku tahu masih memerhatikan aku yang sudah bergerak perlahan.

 

Di kepala terbayang wajah abang Rafiq. Aku senyum. Hisy.. tak boleh berangan Ilyna, kau sedang memandu, bahaya. Apa-apapun fikir baik-baik. Jika dia jodoh kau, tidak akan lari gunung dikejar, insyallah..Aku tersenyum sendiri. Tetapi gunug yang ini ada kaki.. Jahat rupanya hati aku, tersuka kepada lelaki yang pada awalnya ingin aku elak.. penambahan “ter” bermaksud tidak sengaja..he..he..he.. padan muka.
 
 

 

1 comment:

Rose Ezadora said...

Entah mengapa jiwang sekejap dengar lagu ni..Oh Sam!!