Bab
15
“Lia,
pandang ibu..” kata ku meminta Lia berjalan ke arah aku. Tangan mengamit Lia
dan aku jalan mengundur sambil sedikit membongkok di Taman Tasek. Biasalah,
bila hari Ahad, tidak tahu hendak ke mana, akhirnya aku mengambil keputusan ke
Taman Tasek yang terletak tidak jauh dari rumah. Berjalan kakipun tidak sampai
20 minit untuk ke destinasi.
Semasa
aku sendirian dulu, selalu juga aku ke sini membaca buku. Tetapi kini sudah ada
Lia, aku tidak mampu untuk berjalan dengan mengendong Lia. Akhirnya aku pandu
kereta, yang tidak sampai 10 minitpun pemanduan. Yang pastinya aku sudah tidak
boleh membaca, takut pula jika leka membaca, mahu Lia masuk tasik buatan!! Baru
kes gempar!
Lia
nampak riang, terkedek-kedek sambil terkekek ketawa, dia berlari ke arah aku. Siapa
tak gembira, aku yang sudah dewasapun rasa ceria berada di taman ini. Aku juga
teruja dengan telatah Lia. Lia buat diriku cukup gembira. Lia aku biarkan
berlari di atas rumput yang hijau dan kemas terbela, hanya aku yang mengundur
di atas jalan. Jalan yang dikhaskan untuk orang berjogging. Sengaja aku biarkan
Lia hanya di jalan berumput, risau pula aku, Lia akan cedera jika terjatuh. Batu kerikil di atas jalan yang berturap tar tersedia
menerima mangsa. Oh..no, tak sanggup aku tengok Lia jika dia terjatuh di atas
batu-batu kecil ini.
Dalam bermonolog memikirkan hal batu kecil, aku
tersenyum melihat wajah Lia. Hanya Lia mampu menceriakan aku. Terima kasih Lia,
kerana hadir ke dalam hidupku, walaupun kehadiran kau terpaksa mengorbankan
kedua ibu bapamu. Hidup ini memang perlukan pengorbanan. Untuk kebahagian
seseorang insan, insan yang lain terpaksa berkorban.
Aku masih mengamit-ngamitkan tanganku agar Lia terus
berlari ke arah ngamitan tangan aku.
“Debuk!!” bunyi seperti benda besar yang jatuh.
Ah!!Aku terlanggar orang kerana aku jalan mengundur. Dah
tahu, aku tak ada mata yang boleh melihat belakang. Reflex action, aku terus
menoleh ke belaang, ingin mengetahui apa yang telah aku langgar.
Alamak! Aku sudah membuat seseorang yang tidak
berdosa, jatuh mencium batu jalan. Cepat-cepat terus membantu seorang lelaki
yang tersunggur, pandangannya masih menghala ke arah batu jalan yang hanya di turap
tar.
“Maaf Encik.. maaf, saya tak sengaja…” berulang-ulang
aku meminta maaf kepada lelaki itu. Aku mengaku memang salah aku, sebok jalan mengundur
tidak tengok ke belakang.
Darah terus naik kemukaku sebaik sahaja lelaki itu
berpaling kearah ku.
Terkejut aku! Si mangsa adalah orang yang aku kenal. Kebetulan
atau suratan?
“Ya
Allah.. Fahmi” bagaikan
hendak pengsan rasanya.
Seperti
tidak ada orang lain dalam dunia ini yang boleh aku cederakan selain si rambut
kerinting. Kecil sungguh dunia ini ya!
Tanpa
aku sedar, aku sudah berani memegang lengannya. Manalah aku tahu. Jika aku tahu
dia, pasti aku tidak menyentuhnya langsung. Sumpah! Tak sanggup aku
menyentuhnya. Lantaklah kau tergolek di situ. Cepat-cepat aku melepaskan
lengannya dan aku terus mengendong Lia,
agar dia tidak pergi jauh.
“Encik
Fahmi, maafkan saya, saya memang tak perasan tadi..” rayuku apabila melihat, muka Fahmi dengan mulutnya
yang senget menahan sakit. Tentu marah juga agaknya, entah-entah sumpah seranah
sudah berbakul-bakul di dalam hati. Pastinya dia menuduh aku seorang jiran yang
tidak sudah-sudah menyusahkan hidupnya.
“Jangan risau En. Fahmi, tidak lama lagi, aku tidak
akan menjadi jiran saudara lagi..” bisik hati ku dengan megah! Ia ke tu?
Mulut si Fahmi masih senget, menahan sakit agaknya. Mahunya
tidak sakit, tergagas batu jalan. Dia masih menekan siku dan lututnya yang
sudah berdarah, di sagat batu jalan. Track bottomnya tidak koyak, mahupun track
suitnya. Cuma mungkin hatinya yang sudah sedia bengkak, kini sudah menanah.
Kerana aku tidak sudah-sudah muncul mengganggu dalam hidupnya. Sudahlah
dimarahi oleh kakak sendiri, angkara mulut celuparku, kini aku mencederakan
dirinya pula. Dah sah aku di cop perempuan membawa malang dalam hidupnya.
Tia-tiba
aku teringat, malam tadi siap berniat, jika aku berjumpa dengannya aku akan
meminta maaf.
Memang
aku telah meminta maaf, tetapi maaf yang dipohon untuk kesalahan lain. Maaf
untuk kesalahan yang lama masih belum terucap.
“Encik
Fahmi, boleh tak jalan.. kita ke bangku tu..” pujuk ku agar Fahmi duduk berehat
sementara sakit dilutut dan siku berkurangan.
Dia bangkit dan menuju ke bangku, aku ikut
dibelakangnya.
“Lyna.. sini..” katanya, namun wajah masih tidak
beriak. Dia hendak marahkan aku ke apa? Aku dengan muka sedih mara dekatnya.
Aku menurut sahaja, lagak orang sudah bersalah,
kenalah faham. Pengunjung yang lalu lalang hanya memerhatikan sahaja aku dan
Fahmi. Dengan kehadiran Lia, pasti mereka menyangka kami sekeluarga.
“Sakit tak?” soalan bodoh aku ajukan.
Ada
ke tak sakit? Jika kena air pasti pedih. Mulut Fahmi masih senget menahan sakit lagaknya. Lagi
mahu tanya sakit atau tidak.
“Tak sakit…sedap” jawabnya perlahan, tetapi aku
dengar.
Aku tarik muka masam dengan jawapannya. Sempat lagi
memperli aku dengan soalan bodoh aku. Aku tanya baik-baik.
“Encik Fahmi boleh jalan tak? Saya bawa gi clinic,
manalah tahu luka tu dalam..” pujuk aku lagi.
Fahmi hanya mengelengkan kepala. Lia sudah berada di
atas pangkuan ku.
“Dah lah tu.. jom kita balik..” lain macam sahaja
nadanya.
Namun aku ikutkan sahaja. Memang aku rasa sungguh
bersalah.
“Ek.. dah okey ke Encik Fahmi ni. Sure!
Tak ada apa-apa.., fractured ke ” tanyaku masih tidak puas hati kerana tidak
dapat membantu.
“Tak..saya
tak apa-apa, Lyna tadi datang dengan apa? Kalau dengan kereta saya nak tumpang
sebab tadi saya berjoging ke sini, tapi dengan keadaan saya sekarang, saya rasa
saya tak larat nak berjalan jauh..” jawabnya.
Menjelaskan
kenapa dia mengajak aku pulang sekali. Yang aku ni, lembab, tidak dapat
berfikir luas. Kini baru aku faham. Aku angguk, setuju membawanya pulang.
“Jom..berjalan
sampai ke pakir..boleh tak?” tanya ku
Fahmi
angguk. “Ahh.. padan dengan muka, sudah banyak dosa yang kau buat kepada lelaki
berambut kerinting ini Lyna” bersuara hati ini.
Aku
yang sudah berdiri didepannya, teragak-agak hendak membantu dia bangun dari
bangku.
Tetapi
tangannya merembat lengan aku dan berdiri beberapa minit. Kemudian berjalan
terjingkit-jingkit sehingga ke tempat pakir dan kemudian duduk di seat
belakang, apabila aku sudah sedia membuka pintu untuknya, kerana carseat Lia
berada di sebelahku. Elok juga dia duduk di belakang kerana banyak ruang khas
hanya untuk dirinya. Boleh selesakah dengan keadaan sakit begitu? Rasanya, jika
sudah sakit, ruang atau keadaan empuk macammanapun sudah tidak menjadi factor
utama lagi!
Apabila tanganku di stering, aku toleh ke belakang untuk
mempastikan Fahmi selesa. Selesakah?
“Encik Fahmi, sebelum balik, kita singgah kat clinik
depan apartment kita tu ya! nak tak?” tanyaku lagi.
Fahmi hanya diam, hanya terdengar dia menarik nafas.
Agaknya, geram betul dia dengan aku yang asyik memaksa dia ke klinik.
“Saya bukannya apa, walaupun luka cuma
superficial, tapi jika tak dirawat
dengan betul boleh jadi mudarat.” Kataku.
Dah mula dah, bercakap seperti seorang doktor kepada
seorang pesakit. Cuma pesakit ini manusia, bukan
haiwan yang selalu menjadi pesakitnya. Walaupun aku hanya seorang doktor haiwan. Tetapi tetap
seorang doktor kan..kan..kan.
“Ya lah..” jawab Fahmi pendek. Malas agaknya hendak
bertekak dengan aku yang tidak sudah-sudah mengajaknya ke klinik.
Aku senyum. Akhirnya bersetuju juga dia untuk ke
klinik di bangunan hadapan apartment kami. Sekurang-kurangnya aku tidak rasa
bersalah jika luka yang dihadapinya berbekas atau melarat, kerana semuanya
angkara aku.
Sampai didepan klinik, aku membuka pintu untuk Fahmi
keluar. Kemudian baru aku mengambil Lia
dicarseat. Sebaik sahaja mengunci keretaku, aku berlari untuk membuka pintu
klinik pula. Fahmi berjalan
berlahan. Dengan Lia dikendung, aku masih mampu membantu Fahmi berjalan sedikit
laju dengan menghulurkan lenganku untuk dia berpaut.
“Encik Fahmi duduk dulu, saya pergi kat kaunter kejap”
aku meluru ke kaunter pendaftaran.
“Encik Fahmi pesakit baru kan..boleh tak rasanya
berjalan ke kaunter atau hendak saya yang registerkan..” kataku.
Fahmi bangkit dengan bantuan aku sekali lagi ke kaunter
pendaftaran. Lia masih aku kelek.
Selesai pendaftaran aku duduk disebelahnya dengan
memangku Lia. Kerana pesakit tidak ramai, tidak sampai
5 minit, namanya dipanggil. Aku hanya duduk, membiarkan Fahmi sendirian untuk
bertemu doktor. Tetapi Fahmi berdiri didepan ku.
“Jom..” katanya.
Mataku memandang kewajah yang seperti mengharap aku
ikut sama ke kamar doktor. Aku hanya menurut.
“Ya.. Encik Fahmi, injurt jatuh ya..?” kata doktor.
“Hemm.. sikit aje, tapi ni orang sebelah ni yang sibuk
hendak saya pergi klinik jugak..” kata Fahmi.
“Ialah Encik Fahmi, isteri mana yang tak risau, jika
jadi apa-apa nanti dia jugak yang susah..” selamba sahaja doktor ingin
bergurau.
Yang sebenarnya bergurau tidak kena tempat. Aku yang
tersedak mendengarnya, air liur rasa tersangkut di kerongkong.
Fahmi senyum memandang ke arah aku. Dia perasan aku
cebik mukaku. Lantaklah kau doktor, nak kata apa?
Doktor menyinsing lutut dan lengan Fahmi. Dirabanya
sedikit dan dia sudah tahu apa yang perlu dibuatnya. Lagi
mudah rupanya menjadi doktor MD. Raba sana sikit sini sikit sudah kena charge,
consultation. Belum lagi
bayaran untuk ubat. Berbeza dengan aku, doktor yang sentiasa bergelumang dengan
binatang. Silap-silap kena cakar. Cuma baiknya aku sebagai doktor haiwan,
binatang tidak pandai complaint dan tidak cakap banyak, kerana yang datang
semuanya sakit dan memerlukan rawatan.
“Hemm.. luka di kulit atas sahaja.. macamanapun
bagus juga buat rawatan awal, takut kena infection. Luka kecil jangan diambil ringan, takut boleh
merebak..” kata doktor.
Fahmi pandang aku lagi. Statement yang pernah dia
dengar. Yalah, statement yang pernah aku ajukan
kepadanya. Sama sahaja statement dari mana-mana doktor. Agaknya standard sahaja
statement untuk semua doktor.
“Encik
Fahmi masuk kat bilik sana tu, nurse ada tunggu untuk cuci luka dan isi ubat..”
angguk doktor, meminta Fahmi
ke bilik yang hanya bertutupkan langsir.
“Boleh tak?” tanya ku.
Perkataan boleh itu bermaksud, boleh tak dia berjalan
sendiri ke bilik yang di tunjukkan oleh doktor tadi.
“Boleh..” jawab Fahmi dengan anggukan. Nasib baik
faham.
“Saya tunggu kat luar ya..” kuat pula aku bercakap
dengan Fahmi. Doktor yang dihadapan ku hanya senyum.
“Saya keluar dulu doktor..” aku meminta diri daripada
doktor.
Doktor hanya senyum. Mahu tidak senyum, nampak sangat
aku sayangkan silelaki yang disangkakan suamiku, sehingga luka kecil begitupun
hendak dibawa ke clinik. Manalah dia tahu cerita yang sebenar. Aku berlalu
meninggalkan Fahmi dengan nurse. Kau buatlah apa yang kau suka nurse, kata hatiku
geram!
Selang beberapa minit Fahmi keluar dengan wajah yang
sedikit ceria. Nampak kedua-dua belah tangannya dibungkus, lutut juga mungkin
sama dibungkus, tetapi dilindung oleh track bottomnya. Mahu tidaknya ceria,
dibelai oleh nurse muda. Terus sahaja dia ke kaunter ubat.
“Mari kita balik..” katanya sebaik sahaja singgah
ditempat dudukku.
Aku mengekorinya di belakang. Aku mengikut rentak
Fahmi yang berjalan perlahan-lahan sehingga sampai di depan unitnya. Kemudian
dia hanya berdiri di depan pintu, tanpa berbuat apa-apa. Aku hairan. Kenapa
pulak si rambut kerinting ni?
Dia
menoleh kepada aku, aku yang sudah sedia dengan kunci di tangan merasa tambah
hairan kenapa dia masih tidak membuka apartmentnya. Kunci di tangan, aku terus
sangkutkan di lubang kunci apartment ku.
“Lyna, tolong saya?” akhirnya dia
bersuara. Itupun
setelah beberapa minit menjadi patung cendana.
“Ya..Encik
Fahmi.. apa dia?Encik panggil saya?” soalku. Alamak soalan skema. Memang sudah
jelas di dengar si rambut kerinting memanggil namanya, lagi mahu tanya.
Alim-alim kucing! Mentang-mentang setiap hari bergelumang dengan kucing,
sampaikan bidalanpun memang suka menggunakan binatang jinak ini.
Lebih
terharu lagi apabila, bua pertama kali aku dengar dengan jelas dia memangil aku
dengan nama Lyna, tanpa Cik atau Puan didepan. Sebenarnya sudah banyak kali dia
menyebut nama cik, tetapi kerana aku gabra risaukan dirinya, aku tidak ambil
pesing, "cik" atau "puan". Hentam ajelah cik abang oi!!
“Tolong
saya!” ulangnya, kali ini lagi lembut atonasi suaranya. Buat hati aku jatuh
tergolek di kakinya serta merta.
“Tolong apa?” aku masih bertanya,
apakah pertolongan yang diperlukan. Ingin mengentahui lebih jelas pertolongan
yang di minta. Of course aku akan bantu! Giler tak mahu bantu orang yang dah
kau cederakan.
“Tolong..hemm.. "
teragak-agak aje dia bersuara.
"Tolong bukakan pintu, Kak
Rozi tak ada, mereka dah balik kampung pagi tadi..” katanya dengan sekali
nafas.
Aku senyum ”Ooo.. tolong buka
pintu.. bolehhh, mana kuncinya..” hendak minta tolong buka pintu rumah rupanya.
Mudah sahaja permintaannya.
Bukannya pertolongan yang memerlukan aku berkorban meredah lautan api atau
mencari jarum di timbunan jerami!! Perkara enteng! Hanya memerlukan kunci dan
pintu.
"Kunci?" tanya ku lagi,
bertanyakan kunci.
Dia tunduk,
“Dalam poket.. " Aku menelan
air liur sebesar guli apabila mendengar dia menyebut "dalam poket".
"hemmm.. poket belah kanan”
jawabnya lagi.
Aku
memandang dia ke atas dan ke bawah. Biar betul? Rupanya pertolongan yang di
mintanya itu amat berat sekali. Jika aku tahu, baik aje aku pilih mencari jarum
di tumbunan jerami, sekurang-kurangnya aku tidak menjeluk saku seorang lelaki
yang tidak kena mengena dengan aku sama hidup atau mati!
Alamak
hai! Aku sudah membulatkan mata. Dalam poket seluar sebelah kanan. Biar betul!
Sanggupkah aku menyeluk poket seluarnya…seram!! Aku pula yang jadi patung
cendana, tegak berdiri dengan Lia aku kelek.
Dia
tidak dapat memasukkan tangannya ke dalam poketnya kerana kedua-dua tangan
sudah berbalut.
“Lyna.."
tegurnya, buat aku tersentak.
"Boleh
tak ambilkan, sebelah kanan..” ulangnya.
Aku
melepaskan nafasku panjang.
Bolehkah aku ni. Muka sudah
blushing, hendak tolong atau tidak? Lia masih aku kelek dipinggangku juga
hairan, apakah permainan yang sedang dimainkan oleh aku dan uncle yang tangan
berbalut. Akhirnya aku memberahikan diri.
Terketar-ketar aku menyelok poket
seluarnya. Dalam pula kedudukan kunci itu berada, akhirnya aku dapat rasa
kunci. Cepat-cepat aku tarik kunci itu keluar. Ketaran tanganku membuat kunci
berlaga dan berbunyi-bunyi dengan irama mengikut getaran tanganku. Aku
menggigil takut.
Aku terus membukakan grill dan
pintu untuknya, walaupun bunyi kunci jelas berbunyi nyaring. Dia tersenyum
sehingga menampakkan giginya, aku jadi pelawak agaknya. Kacak pula si rambut
kerinting ini apabila tersenyum begitu. Apabila aku melihat dia tersengeh, aku turut
tersengeh sama. Hilang sedikit rasa ketar. Jadi penyeluk saku seminit..
“Terima
kasih..” katanya.
Aku
tidak menjawab apa-apa. Dengan apa yang berlaku tadi membuat aku merasa sengan
dan malu dengannya. Cepat-cepat aku terus kembali semula ke apartmentku.
Kunci
yang sudah terlekat dipintu aku pulas dan terus masuk ke dalam tanpa melihat
dirinya, sama ada sudah masuk atau tidak. Yang aku tahu, pintu telah aku buka luas
untuknya.
Yang
hairannya, aku masih berdiri di depan pintu di dalam rumah, menunggu bunyi
pintu tertutup.
Aku ingin memastikan dia sudah
masuk. Sejak bila pula aku so caring terhadap dia?
Lia aku lepaskan dan
terkedek-kedek menuju ke sofa.
Fahmi..Fahmi.. jangan injurt lagi.
Seriau aku, bagai nak pengsan dibuatnya, buat kerja bodoh, menjadi penyeluk
saku. Itulah salah sendiri juga, jika dia tidak ke klinik, tak adalah berbalut
tapak tangan dia tu..idea cemerlang siapa tadi! Ahh.. tanggunglah sendiri.
Aku menggelengkan kepalaku sambil
tersenyum. Wajah Fahmi yang tersengeh terbayang di mata. Handsome…
“Lyna, don’t tell me that you are
in. dot..dot..dot..ihsy.. tak mungkin” bicara hatiku, tetapi masih tersengeh tak sudah. Lia juga
hairan melihat aku, tentu dia memikirkan kenapa agaknya dengan mama yang sudah
seperti kerang busuk. Tersilap makan agaknya!!
No comments:
Post a Comment