Monday 22 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 11


Bab 11

 

Pertemuan diatur selepas Zohor. Bila masa emak berhubung dengan untie Rehan, tidak pula aku ketahui. Pandai-pandai sahaja emak membuat perancangan dalam diam. Tahu-tahu dia sudah set waktu dan tempat. Emak aku..

 

Sedang aku membantu Kak Shimah menyediakan makan tengahari, emak muncul  meminta aku bersiap. Aku tertanya-tanya, bersiap apa? Ah, baru aku tahu perancangannya. Rancangan yang diaturkan bersama untie Rehan. Pertemuan pertama di Hotel Paradise, dan temujanji di coffee house hotel tersebut.

 

Amboi!.. bukan main lagi, first date sudah di hotel. Aku angkat kening dengan kak Shimah. Kak Shimah membalas, aku rasa Kak Shimah sudah tahu perancangan ini semua. Pastilah Kak Shimah tahu, informernya abang Fadil, suaminya. Yang bakal aku jumpa aka bukankah kawan baiknya?. Aku juga tahu, bukan Kak Shimah seorang sahaja yang sudah tahu, malah semua ahli keluargaku. Cuma mereka tidak tunjukkan yang mereka sudah mengetahui. Biasalah kalau perkara-perkara begini, you will be the last to know. Pandai betul pelakon-pelakon tambahan memainkan peranan. Emak yang menjadi pengarahnya. Nasib baik abah, seorang yang simple. Dia tidak membantah sedikitpun, jika itu perkara yang baik.

 

Yang duduk di meja makan pagi semalam pastinya bercerita mengenai perkara ini. Itulah pasal, apabila aku sampai sahaja, semua senyap. Jika jarum sebatang jatuh, pasti terdengar dentingannya.

 

“Pergi ajelah Lyna.. bukan suruh nikahpun, saja jumpa-jumpa aje dulu..apa-apapun kena ada pertemuan dulu, kannn...” Kak Shimah yang disebelah aku menolak bahunya dengan bahu aku. Meleret perkataan kannn..

Aku paling semula kearah mak yang masih berdiri merentang pintu dapur, masih menunggu jawapan aku sama ada aku bersetuju hendak pergi atau tidak. Aku sedang memikir-mikir, jawapannya 50/50. Tetapi aku yakin Emak tahu, jawapan aku pasti tidak akan menghampakannya. Emak bulatkan mata, masih menunggu jawapan. Emak, jika Lyna tidak mahu pergi boleh kah? Soalku dalam hati. Hanya dalam hati, tidak berani menghampakan emak.Aku telan air liur yang tersangkut di leher. Kemudian aku kaleh semula pandangan aku ke arah Kak Shimah dengan muka sedih. Meminta sempati daripada kak Shimah agar dia faham apa yang tersirat didalam kepalaku.

 

“Dah tu.. Lyna pergi siap ..biar akak aje yang prepare lunch hari ni..” sambil tangannya mengambil pisau yang masih aku pegang, kerana aku sudah terhenti menghiris sayur sawi. Hampeh! kak Shimah, dia rupanya bersekongkol dengan emak rupanya. Aku kalah, nampaknya terpaksa menurut sahaja. Pisau sudah ditangan Kak Shimah, aku lurutkan apron demin yang aku pakai terlilit dipinggang. Terperok sahaja apron di atas kaunter dapur aku tinggalkan. Tidak beberapa langkah aku kembali ke arah Kak Shimah.

 

“Akak rasa betulke apa yang Lyna buat ni kak?” tanya ku ingin mendapat pendapat Kak Shima. Meminta pandangannya sekali lagi, pandangan dari seorang kakak.

“Pergi ajelah Lyna.. pergi berkenalan dengan kakak dia, bukannya dia.. bukan susahnya, Lyna diam aje, dengar apa dia nak kata” nasihat dari seorang kakak, Kak Shima, kakak iparku. Hemm.. boleh pakai ke?

“Lia nak kena bawa ke? “ tanya ku kepada mak.

“Tak payahlah this time, next time aje” kata mak

 

 Aku akur, seperti kena hypnotise oleh mak aje, tidak ada bantahan langsung, sungguh seperti sudah dipukau. Apalah ilmu yang dia guna, aku pun tidak tahu. Tentu ada ayat-ayat suci alquran yang diamalkannya, ayat yang boleh membuat orang yang degil seperti aku cair dan menurut sahaja. Kemudian aku terfikir, desperate sangatkah aku untuk mencari seorang ayah kepada Lia? Atau persediaan mencari roommate penganti Dian, sekiranya dia berumahtangga dalam masa terdekat? Aku rasa tidak!. Malah aku sudah selesa membesarkan Lia sendirian. Soal housemate baru, mudah sahaja diselesaikan kerana apartment itu mudah mendapat penghuni. Soalan muncul tiba-tiba dibenak ku.

 

Tambahan pula, dari kesah surat khabar Mingguan Malaysia yang aku baca setiap minggu, article “dicelah-celah kehidupan” yang tidak pernah miss aku baca, banyak menceritakan masalah orang yang sudah berumahtanga. Berkahwin bukan pengakhiran masalah, tetapi sebenarnya adalah permulaan masalah, iake? Tapi aku tengok abang Fadil dan kak Shima elok aje, aman bahagia?

 

Kemudian aku terfikir, Abang Rafiq tu suka budak-budak atau tidak? Mahukah dia terima aku dan juga Lia sekali? Apa yang dia pandang kepada aku yang tidak ada apa-apapun yang istimewa. Hendak kata cantik tidaklah.. hendak kata lawa, tidak juga. Aku sedar aku ini hanya seorang perempuan yang sederhana, sederhana didalam serba serbi. Harapkan kulit sahaja yang putih. Entah-entah, abang Rafiq yang desperate untuk mencari isteri tak? Dah pulak! Membuat andaian bagi pihak orang. Hem..Ilyna..Ilyna. sudah-sudahlah dengan andaian yang bukan-bukan.

 

“Lyna, Pergi bersiap cepat!“ suara mak menghapuskan semua perkara yang sedang berlegar didalam kepala otakku. Aku sengeh melihat mak yang sudahpun bersedia.

 

Aku bersiap pantas, bukan perlu make-up tebal-tebalpun. Cukup sekadar bedak asas dan gincu. Itupun sudah cukup bagiku. Gincu dark pink aku pakai nipis sekali lirit sahaja dibibir, seperti tak memakai gincupun kerana terlalu nipis. Dengan blouse lengan tigasuku, biru pekat dan berseluar jeans putih. Rambut aku ikat satu kebelakang, rendah menutup tengkok, kemudian au balas rambut ikatan satu rambut dengan selendang sutera berbunga nipis, kain kasa.

 

Emak sudah menunggu aku di beranda. Sebelum aku beredar, aku kehujung serambi. Aku tahu Lia sedang leka bermain. Dia ditemani Aliya, Rizal dan Jaja.

“Akak dah nak pergi ke?” tanya Aliya, seperti tahu-tahu sahaja soalan Aliya. Hemm.. kan aku sudah kata, sampaikan Aliya si budak remaja itupun tahu kes aku rupanya. Sah “I’m the last to know“.

 

“Aliya.. tolong tengok-tengokkan Lia..boleh..” balas ku. Aliya angguk.

Aku merapati Lia, ku pegang pipinya. Dia hanya mendiamkan diri, tunduk, blok kayu masih ditangannya.

“Ibu pergi kerja kejap ya..nanti ibu balik. Lia jangan nakal tau? Untie Aliya ada sama abang dan kakak Jaja..” pujuk ku agar Lia tidak menangis melihat aku pergi meninggalkannya. Memang alasan pergi kerja selalu menjadi. Itu yang selalu aku beritahu Lia, jika aku ada urusan untuk keluar sekejap. Nasiblah kau Lia, kena temberang.

Lia juga hanya menganguk, tangannya kejap memegang blok-blok kayu yang disusun bersama Rizal dan Jaja. Perlahan aku bangun dan berjalan menuju kearah mak tanpa menoleh, aku tahu Lia memandang aku pergi. Kasihan Lia!

 

***

 

Perjalanan ke hotel dituju dengan debar. Perlahan sahaja aku memandu. Lagi lambat sampai lagi bagus. Bukan apa yang hendak ku kejar, mahu lari lagi ada. Kan aku dah book Planet Pluto, aku tahu Planet itu menunggu aku, khas untuk aku seorang. Penghuni pertama katakan. Tetapi sudah terlambatpun hendak lari, aku sudah terperangkap. Sudah ada di pakir hotelpun. Hendak lagi ke Planet Pluto konon, hendak lari ke Sekincanpun tidak sempat!! Aku senyum, punyalah merabu meraban tak tentu hala..macam kartoon.

 

Emak keluar dahulu dan sudah menunggu didepan pintu lobby hotel. Menunggu aku yang sengaja melewat-lewatkan keluar. Check itu, check ini, check benda-benda yang tidak pernah aku checkpun. Hampas betul aku ni.. hendak beritahu terang-terangan, tidak mahu mengecilkan hati seorang ibu. Jawabnya, terpaksa berlakon drama tanpa skrip. Aku berjalan sambil lewa menghampirinya, lenggang kangkung. Mak oh mak, maafkanlah anak mak yang seorang ini, bukannya bersungguh-sungguhpun dengan rancangan ini. Hanya sekadar hendak membuat emak gembira sahaja. Harap mak mengerti. Bisik hati kecil ku. Harap apa yang aku lakukan ini adalah perbuatan yang betul.

 

Dari jauh sudah terpampang signboard “going banana coffee house”, satu-satunya restaurant dihotel tersebut. Aku lihat. sudah berdiri seorang wanita yang tinggi lampai bertudung. Semakin aku menghampirinya, semakin jelas aku dapat melihat wajahnya. Dia seorang wanita yang lebih kurang sebaya emak aku tetapi tampak masih bergaya dan elegen, walaupun hanya berbaju kurung daripada kain kapas, berlatarbelakang putih dengan bunga-bunga kecil berwana merah jambu. Kain kapas dari material mahal, kerana nampak alunan lembut, apabila dia bergerak.  Tersenyum sahaja dia menunggu aku dan emak apabila kami hampir kepadanya. Senyumannya membuat diriku rasa lega dan selesa.  

 

“Tu ah..untie Rehan.. “ bisik mak ketelinga ku apabila kami memang sudah hampir benar dengan wanita yang berdiri ditepi dimeja yang kami tuju.

 

Orang yang di temujanji rupanya. Tetapi aku hanya melihat untie Rehan sahaja, mana abang Rafiq yang kata hendak bertemu sangat denganku? Sudah pasti dia tidak datang, dia penyelamatku. Aku tahu dia memang tidak mahu berkenalan lebih dekat denganku. Dia juga pastinya dipaksa seperti aku, tetapi dia lebih bijak daripada aku.  Dia berani membuat keputusan untuk tidak menghadirkan diri..alhamdullillah, bisik hati keciku. Aku sudah mampu tersenyum lebar.

 

“Kak, terima kasih dapat datang” kata untie Rehan apabila menyambut huluran tangan emak dan tangan aku. Tangan lembutnya menyapu belakangku apabila aku tunduk sewaktu menghulurkan salaman.

Bersih air muka wanita ini, aku hampir tidak mengenalinya. Memang sudah lama aku tidak bertemu dengan keluarga ini, maklumlah aku sekolah berasrama penuh sejak berumur 15 tahun, dan seterusnya ke Universiti. Sebaik sahaja tamat pengajian di Univeristi, aku terus bekerja. Tidak ada chance rehat langsung. Sudah terpaksa membayar hutang kerajaan yang menyara pengajianku, terpaksalah aku bekerja awal. Lagipun aku ingin mula memberi sumbangan kepada emak dan abah. Walaupun mereka tidak meminta.

 

“Duduk kak.. “ pintanya meminta aku dan emak duduk.  Kami sama-sama duduk.

“Ni Lyna kan.. lamanya untie tak jumpa Lyna. Jumpa Lyna masa sekolah aje dulu, lepas tu.. entah! Lyna yang hilang atau untie yang terperuk kat rumah..tak tahulah yang mana satu” gurau untie Rehan. Wanita ini pandai bergurau, melegakan ketukan jantungku yang sudah dup dap dup dap, risau.

 

 “Ni..Cuti berapa hari?” tanyanya lagi.

Bertalu-talu soalan, seperti bertih digoreng dari mulut wanita ini.

“Tak cuti untie.. saya tak cutipun. Cuma balik cuti hujung minggu aje, petang nanti kena balik KL semula sebab esok saya kerja..” jawab ku, panjang lebar agar dia tidak bertanya lagi. Nasib baik menjawab tidak tergagap-gagap, kerana jantung aku masih berlari laju.

Perlahan-lahan hati sudah boleh riang menyanyi sebenarnya, kerana aku sudah tahu jawapan kepada rancangan emak dan untie Rehan.

 

 Jawapannya “Maaf, tidak ada response dipihak lagi satu..”.

“Hemmm.. dah jadi doktor rupanya  anak dara akak..” katanya sambil tersenyum.

Sungguh manis sekali wanita ini. Lagi berumur lagi nampak menarik.

“Doktor haiwan aje.. saya ni, untie” jawab ku, merendah diri.

“Doktor haiwan ke!” katanya lagi, dengan nada terkejut.

Tidak dapat aku tafsirkan, ungkapannya menyindir atau compliment. Wajahnya berubah melihat aku kerut muka dengan perkataannya.

 

Tangannya singgah di bahuku. “Don’t get me wrong my dear Lyna, untiepun pet lover..” katanya.

 

Aku tarik nafas, spontan tangan mengurut dada. Ingatkan tadi dia bukan pecinta binatang, manalah tahu. Aku faham, bukan semua orang sukakan kepada binatang.

“Maaf..” tiba-tiba terdengar suara garau seorang lelaki dari arah belakangku.

 

Aku menoleh. Berdiri seorang lelaki sasa yang tinggi, berbaju kotak kecil biru lengan pendek berseluar biru denim. Rambut agak panjang hampir mencicah bahu. Rambutnya yang lurus disikat belah tengah membuatkan rambutnya sedikit beralun kedepan. Matanya yang sedikit kedalam dengan sepasang bibir yang sempurna. Malah tersusun giginya yang putih apabila tersengeh. Lelaki ini memang nampak sudah lewat duapuluhan atau awal tigapuluhan. Nampak muda, atau mungkin sebaya abang Fadil aku. Tangan kanannya disokong dikerusi kepunyaanku.

 

Siapakah pula dia ini. Aku kenal abang Rafiq, didepanku ini bukan abang Rafiq, Jika untie Rehan ingin perkenalkan aku dengan lelaki ini, pasti aku bersedia untuk dipertemuan yang seterusnya, jika  si lelaki ini mahu dan setuju.   Kerana aku yakin dia bukan abang Rafiq.

 

“Apa khabar makcik..” tanyanya sopan kepada mak.

Emak aku bukan main lagi tersenyum, seperti sudah kenal lama sahaja dengan si lelaki.

“Makcik baik aje Fiq” jawab mak.

 

Ah! Aku dengar dengan terang sekali emak menyebut Fiq? Don’t tell me, he is Rafiq, the one and only Rafiq yang merisikku.? Aku sudah gelabah, biar betul! Pandai betul mak menyimpan rahsia ya?

 

“Ilyna Suffiyah apa khabar?” terpampan aku apabila dia bertanya khabarku pula.

Sah! dia abang Rafiq, kerana hanya abang Rafiq sahaja yang memanggil aku dengan nama penuhku ILYNA SUFFIYAH. Panggilan Ilyna hanya dia seorang sahaja yang gunakan semenjak berkawan dengan abang Fadil. Orang lain panggil aku Lyna sahaja. Dia seorang sahaja yang masih berdegil memanggil aku dengan nama penuh, sama ada Ilyna Suffiyah atau Ilyna, dengan alasan, emak bapak sudah memberi nama yang baik, kenapa hendak guna nama pendek atau singkatan pula. Memanggil nama Ilyna Suffiah maksud “cahaya suci”, bukankah bagus disebut selalu. Ibarat doa, setiap kali dipanggil. Itu kata si budak lelaki yang berkulit putih, gempal dan berjerawat pasir penuh di muka kira-kira 10 tahun lalu.

 

Aku ternganga, tidak menjawab soalan pendek yang dikemukakan kepadaku. Bayangkan, soalan yang mudah dan pendek itupun tidak dapat aku jawab. Aku memang tidak dapat menerima hakikat lelaki yang sudah duduk disebelah aku adalah abang Rafiq. Mata masih terkebil-kebil, aku pejam dan kemudian aku celik. Lelaki dihadapan aku masih tidak berubah sedikitpun. Aku masih berharap sekiranya aku berkelip ianya akan muncul seorang lelaki yang aku kenal 10 tahun lalu, tetapi itu tidak berlaku. Lelaki tampan ini masih kekal didepan mataku. Mana perginya budak si jerawat pasir yang aku harapkan untuk bertemu!

 

Dia angkat keningnya yang lebat, menagih jawapan, memandang aku yang terkebil-kebil.

“Ahhh…Lyna? Lyna baik-baik aje bang.. abang macamana?” Akhirnya aku mampu menjawab soalan pendeknya yang sangat berat untuk mulut aku memberi jawapan.

“Abang macamni la..sama macam dulu..” katanya.

 

Ahh.. jawapan dia ‘sama macam dulu.. apa yang samanya?”. Aku confuse.

Otak kecil aku tidak dapat memafami perkataan “sama macam dulu”. Mana ada sama macam dulu!. Dulu abang Rafiq yang aku kenal berbadan gempal dan muka penuh jerawat pasir. Rambut sentiasa pendek ditrim ala tentera. Itu Rafiq yang aku kenal, bukan Rafiq yang ini. Bukan! Bukan! Bukan! Bukan Rafiq yang disebelah aku kini. Apa rawatan yang telah dilakukannya sehingga dia menjadi berbeza sama sekali. Jangan pula statement sama seperti pengakuan Dato' Khir Toyo.. membuat pengakuan kerana banyak makan tempe menjadikan dirinya nampak lebih muda. Aku kira sudah berguni aku makan tempe, tetapi tidak juga kulit aku menjadi licin dan lembut  dan nampak leibh muda seperti didakwa.

 

Bukan aku mempertikaikan khasiat tempe. Memang khasiat tempeh banyak, tetapi tidak berupaya menjadi seseorang itu transfomasi dari hodoh kepada cantik, dan Nampak lebih muda…

“Lama kita tak jumpa ya Ilyna? Ada tak 8 tahun..” tanyanya lagi. Aku angguk.

“Adalah kut..lebih kurang macam tu” jawab ku lagi.

Tiba-tiba dia menyedengkan badannya dekat denganku, apabila melihat emak dan untie Rehan leka berbual.

 

“Ilyna makin cantik sekarang, abang tengok” katanya.

Cantik! aku cantik? Aku sudah blushing. Dia ni tengok orang dengan apa? Sudah pasti bukan dengan mata atau mata dia letak dilutut. Jika aku dikatakan cantik, ramailah perempuan diluar sana yang boleh diketegorikan cantik. Kecantikan seseorang itu kan subjectif!

AnywayBeauty is in the eye of the beholder.” kan..kan..kan..!

 

***

 

Aku hairan, lelaki ini ada rupa, ada gaya, ada duit dan pandai mengayat, tetapi kenapa masih bersendirian, mustahil tidak ada perempuan yang pernah terpikat dengannya. Aku yang baru pertama kali bertemupun sudah perlahan-lahan suka kepadanya. Sedangkan dari awal aku sudah cuba lari dari bertemu dengannya. Mesti ada something wrong somewhere. Aku masih sangsi. Tetapi soalan ini hanya abang Rafiq seorang sahaja yang boleh menjawabnya.

 

“Lyna dan Rafiq bual-bual dulu hah! untie sama Rehan hendak ke sana tu.. tengok boutique Janna, nak tengok apa yang dijual anak si Saemah tu.” Kata mak sambil berdiri, berjalan seiring dengan untie Rehan. Mereka meninggalkan kami yang sudah hilang kata-kata. Sudah menjadi bisu sesaat.

 

“Abang..”

“Lyna..”

Serentak kami ingin memulakan kata-kata. Akhirnya kedua-duanya tertawa.

“okey..okey.. abang dulu..apa yang abang nak tanya Lyna” akhirnya aku memberikan laluan kepada abang Rafiq untuk memulakan bicara. Biar yang tua dulu membuka mulut, hormat yang tua, konon..

 

“Okey.. abang cakap dulu ya? Abang ada satu soalan, soalan abang mudah aje, budak darjah satupun boleh jawab” katanya ingin bergurau dengan aku, apabila dia lihat aku sudah mesra dengannya.

 

Memang aku selalu marah dan geram dengannya apabila dia menyakat aku, tetapi jika dia tidak menyakat aku rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Jadi bolehlah aku anggap itu yang aku mesra dengannya sejak dulu, Cuma itu mesra dizaman kanak-kanak. Akalpun tidak penuh lagi, masih fikiran keanak-anakan. Tetapi kini sudah lain, kini bukan dua orang kanak-kanak bergurau atau menyakat, tetapi adalah seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah cukup dewasa dan matang, malah bukan muhrim. Aku faham itu, kerana masa sudah merubah segalanya.

 

“Hemmm.. okey? Abang hanya nak tanya, sekarang ni Ilyna dah jadi doktor, abang tak sangka budak perempuan yang selalu abang usik dulu dah jadi doktor, tentu sibuk sekarang ni kan macam drama TV ER tu..” tanyanya dengan senyuman senget.

 

Seperti tidak percaya budak perempuan tocang dua yang selalu diusiknya dulu sudah menjadi seorang doktor.

Aku tergelak kecil, ada ke dia menyamakan aku sesibuk doktor-doktor didalam cerita TV popular itu. Memang sah dia abang Rafiq yang kerja memang suka bergurau dengan ku sewaktu aku kecil dahulu.

 

“Abang ni..itu doktor medical, yang orang panggil MD, yang Lyna ni, doktor haiwan, doktor ve..te..ri..nar, Lyna deal with animals not with human..deal with human lagi stress dari deal with animal, the animal make you happy..” jawabku sedikit tergelak.

Aku tahu bukannya dia tidak tahu apa profession aku sebenarnya, sengaja ingin bergurau ke apa?

 

“Hemmm.. animal make you happy..so only animal make you happy, jadi abang tak ada chancelah hendak buat Ilyna happy?” katanya.

Aku bulatkan mata? Apa yang dia maksudkan ni. Abang Rafiq main teka teki ke apa ni, atau Lyna kena fill in the blank untuk silang kata, cross words bagi membolehkan Lyna dapatkan jawapan.

 

Namun aku masih terpegun dengan bibirnya yang sepadan dengan giginya yang tersusun indah. Dimanakah agaknya dia membuat rawatan sehingga dia berubah 100 peratus kini. Atau mungkin sejak dia pandai menjaga penampilannya semasa dia belajar diluar negara. Influence dari keadaan sekeliling, manalah tahu. 

 

“Eh.. korang berdua, asyik bercakap, tak order apa-apa ke?” tiba-tiba muncul untie Rehan dengan mak.

Tidak menjinjing apa-apa, betullah tu, mereka hanya makan angin sahaja di kedai anak makcik Saemah itu. Kasihan Jannah, orang masuk dikedainya hanya jamu mata, bukannya niat hendak membeli.

 

“La.. lupalah kak? Makcik nak minum apa? Makan?“ tanya abang Rafiq kepada emak. Amboi bukan main pandai, nak pikat anak, dia pikat emaknya dahulu.

“Makcik tak mahu apa-apa, kalau Lyna makcik tak tahu? “ jawab mak, dan juga dia menjawab bagi pihak aku, tak patut betul mak ni, sehinggakan hendak order minumanpun dia yang pandai-pandai.

“Ialah..Fiq, Lyna tu hendak minum apa, akak nak juice aje dah cukup..” menjawab pula untie Rehan menyokong emak aku.

 

Abang Rafiq angkat tangan, sejurus kemudian waiter menghampiri dengan kertas dan pen. Sudah berjanggut agaknya dia menunggu, baru kini baru sedar yang duduk direstaurant hanya berbual kosong sahaja tanpa membuat order. Jika ramai pelanggan begini, mahu bungkus restaurant ini dibuatnya.

 

“4 orange juice with 2 set of this..” tunjuk abang Rafiq kepada set kueh melayu yang nampak menarik. Laju sahaja waiters menulis dan beredar.

“Hah.. macammana korang?” tanya untie Rehan. Kami saling pandang memandang.

“Apanya kak?” abang Rafiq ingin mengetahui sejelasnya apa yang dimaksudkan oleh kakaknya.

“Fiq dengan Lynalah” jawabnya.

“Ohhh.. hal tu, kita orang okey aje kan Ilyna?, Fiq tak kesah, tapi terserah pada Ilyna, beri dia masa untuk fikir, tak mahu paksa-paksa kan Ilyna kan!” aku hanya angguk, bersetuju sahaja dengan apa yang abang Rafiq berikan kepada kakaknya.

Perbualan kami sebentar tadi, tidak ada sangkut pautpun dengan apa yang ada didalam kepala untie Rehan. Nasib baik abang Rafiq pandai cover line.

 

Aku hairan, kenapa pula aku tiba-tiba menurut sahaja dengan jawapan abang Rafiq. Rancangan hendak lari tu macammana? Aku sudah ubah fikiranlah tu.. Planet Pluto sedang menunggu ketibaan seorang penghuni yang bernama Ilyna Suffiyah, sudah lupa ke?

Aku meneguk juice yang begitu cepat sampai dimeja, tanpa perlu meminta kebenaran sesiapa.

 

Di dalam hati, giler tak suka kepada lelaki yang ada disebelah aku ini.

Hendak dikatakan baru kenal, aku sudah kenal lama dengannya, tetapi hendak dikatakan sudah lama kenal, aku terpaksa mengaku bahawa aku baru kenal abang Rafiq yang berwajah baru hari ini.

 

Senang hendak dipendekkan cerita. Sebenarnya hati aku sudah ada bunga dalam taman, bunga yang sedang kembang dengan berbagai warna. Yang jadi masalahnya, adalah hati abang Rafiq juga berbunga seperti hati aku, atau hanya ada putik bunga tetapi belum kembang lagi!!!

 

Masih hendak gunakan falsafah emak untuk kenal-kenal dulu atau theory bunga bacang aku. Falsafah emak memang boleh dipakai, dan nampaknya teory bunga bacang aku yang adakalanya buah sudah sebesar buah tennispun ada yang gugur. Nampaknya aku hendak buah itu terus besar dan terus boleh dinekmati hasilnya…bolehkah? Cepat betul aku bertukar fikiran, Ilyna Suffiyah apa sudah jadi sebenarnya?

 

 

No comments: