Monday 23 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 64



Diringi dengan bunyi hujan yang sungguh indah.. hujan tanpa guruh dan petir. Sungguh indah!!
Layan,,,

Bab 64


“Hem… bau sedap, akak masak apa hari ni..” tanya Murni sebelum Kak Romlah pulang. Murni menyungkitkan mulut dan hidungnya dengan aroma masak lemak tempoyak ikan patin. Jika Kak Romlah masak enak setiap hari, nampaknya akan bertambah beberapa inci di pinggang. Nampaknya, tak lama lagi kena tukar semua isi closet dengan pakaian yang baru, sebab  baju dah tidak muat.
“Masak lemak tempoyak ikan patin” jawab Kak Romlah.
“Eh! Akak balik dulu lah..” tambah kak Romlah lagi.
Terus sahaja perempuan separuh umur itu melangkah meninggalkan Murni dan Zamri yang baru pulang dari pejabat. Mila sedang menonton. Menonton sambil meniarap, dengan dua tangan menungkat dagunya. Murni tidak tahu filem apa yang ditonton, tetapi sungguh ralit sehinggakan kepulangan merekapun tidak dihiraukan. Sekali imbas seperti movie puss in boots. Murni dapat mengecam suara Antonio Bandaras sebagai si kucing comel yang bernama “Puss”.
Mila sudah bercuti panjang. Cuti sekolah hujung tahun. Apa lagi, dia menghabiskan masanya di rumah dengan berkubang di depan TV.
“Mila tengok cerita apa tu..?” tegur Zamri.
“Puss in boots, ayah Zam.. best.. kelakar gilerr.” Jawab Mila.
Matanya tidak beralih dari kata TV.
“Hemm.. kejap lagi mengaji Quran ya?” tanya Zamri lagi dia duduk disofa panjang.
“Hem....” hanya sepatah dari mulut Mila
Murni membuka tudung dan diletakkannya di belakang kerusi lalu duduk di sebelah Zamri. Zamri merapati Murni dan mencium rambut Murni. Murni hairan dengan kelakuan Zamri yang sejak akhir-akhir ini suka sangat mencium rambutnya. Namun dibiarkannya sahaja, tak luakpun, malah tambah mesra.
“Sayang.. jom naik..” Zamri bangkit dan menghulurkan tangannya untuk meminta Murni mengikutnya untuk naik ke bilik.
“Ahhh.. Mila..ayah nak mandi dan solat, lepas itu kita makan ya..” kata Zamri
“Hemm.. okey..” jawab Mila yang masih khusuk dengan dengan Puss in Bootsnya. Baru beberapa langkah di hajun, Zamri bersuara lagi.
“Lepas makan, kita mengaji Quran?” ulang Zamri.
Hanya anggukan yang diterima dari Mila.
Tidak sampaipun setengah cerita Puss in Boot the three diablos di tonton Mila, kedua-duanya Zamri dan Mila sudah turun.
Murni dengan kaftan batik bunga berbagai warna. Zamri pula dengan baju melayu teluk belanga dan berkain pelikat coklat, berkotak hijau. Zamri asyik memegang butang baju melayu yang sebiji dilehernya. Sudah berkahwin dengan orang Johor, terpaksalah jadi orang Johor juga. Zam hanya mengaku dia orang Pahang hanya apabila dia balik ke Jengka.
Zamri duduk di sofa yang ditinggalkannya tadi. Murni pula ke dapur untuk menyediakan makanan yang sudah dimasak oleh Kak Romlah siang tadi.  Ketang ketung bunyi di dapur, Murni menyusun pinggan mangkuk dan menyediakan lauk dan nasi.
“Abang.. Mila.. marilah dah siap ni..” panggil Murni.
Tanpa banyak bicara, kedua-dua nama yang disebut oleh Murni berjalan menuju kemeja makan.
“Bau apa ni Muni…” Zamri dengan muka yang mencebek.
“Masak lemak tempoyak ikan patin..” jawab Murni gembira.
Dia  suka masakan itu, dia juga tahu Zamripun sama menyukai masakan tersebut.
“Masak lemak tempoyak ikan patin?..” Zamri menyuehkan mulutnya, seperti tidak suka
“Lauk tu boleh letak jauh sikit dari abang boleh tak? Kalau Muni sama Mila nak makan, kau orang makanlah.. tapi tolong letak jauh sikit dari abang” pintanya.
Murni buat muka, berkerut, kenapa pula Zamri ni.. sejak bila pulak tidak suka masak tempoyak..bukankah ini salah satu lauk kegemarannya. Murni hairan, tetapi sudah diminta untuk dijauhkan dari Zamri, Murni menurut dan diletakkannya di hujung meja. Hanya dia dan Mila yang menekmatinya. Ada-ada saja Encik Abang sayang sorang ni. Tak mahu makan, bagus juga, boleh Murni makan lebih.
Selesai makan, Zamri mengajar si anak mengaji Al-Quran.
Murni berkemas apa yang patut. Terdengar kaca berlaga, kerana Murni sebok mencuci semua yang sudah digunakan.
Zamri pula berbicara perlahan, membetulkan apa sebutan yang tidak jelas. Zamri memang pandai melayan Mila. Setiap teguran pasti didengar oleh Mila. Dia percaya seratus peratus kepada ayah Zamnya.
Tidak lama kemudian terdengar semula suara Antonio Bandaras lagi. Nampaknya mereka menyambung menonton cerita animasi tersebut yang belum selesai ditonton Mila,  kerana Zamri mahu memyemak kerja sekolahnya.
“Nak kopi?” terdengar laungan Murni dari dapur.
Yang menjawab Zamri “Boleh jugak..” matanya tidak beralih dari kata TV, sama naik dengan Mila. Seperti tahu pertanyaan ditujukan kepada dirinya.
“Mila?” Murni bertanya jika Mila juga perlukan kopi
“Tak” jawab Mila pendek.
Murni menghulurkan kopi yang masih berasap kepada Zamri. Mata Zamri masih tersorot ke kaca TV, dia menyambut mug yang berisi kopi dan terus menghirupnya.
Murni hanya memandang, biar betul abang Zamri.. kopi tu masih panas, tengah berasap tu!..
Pantas Zamri menghulurkan semula mug kopi kepada Murni dan menjelirkan lidahnya. Kan dah terbakar lidah! .
“Gelojoh juga suami aku rupanya” bisik hari Murni.
Murni menghirup kopinya, manakala kopi Zamri diletakkannya di meja sisi. Nanti pandailah dia ambil sendiri.
Murni turut menonton, tetapi kerana hanya menonton sudah separuh jalan, dia tidak tahu apa jalan ceritanya. Yang dia nampak seekor kucing dewasa dengan 3 ekor anak kucing yang semuanya comel-comel tetapi nakal. Kucing yang berpakaian dan pandai bercakap. Namapun animasi, tengok ajelah.. Tak payah hendak fikir logik tak logik…Layannnn.
Habis meminum, Murni ke dapur menghantar mugnya.
Dari belakang sofa, Murni memegang bahu Zamri dengan kedua belah tangannya.
“Bang Muni naik atas dulu, nak lipat kain..”kata Murni.
“Hemm..” jawapan dari Zamri, sama ada dia sedar atau tidak apa yang Murni cakapkan wallahulam.
Dia sama naik dengan Mila, terkekek ketawa. Apa yang melucukan, hanya dua beranak itu sahaja yang mengetahui.
Murni menghayun langkah naik ke bilik untuk melipat pakaian yang sudah diangkatnya dari jemuran siang tadi. Lebih baik dia menyelesaikan tugasnya dari sama-sama terjebak dengan tayangan animasi itu. Terdengar suara dua beranak tidak henti henti ketawa terbahak-bahak. Murni di dalam bilikpun turut tersenyum, tanpa mengetahui apa yang disenyumkan.
Yang ketara, Zamri sudah bukan lelaki yang sudah dewasa, disaat ini, mungkin dia merasa umurnya lebih kurang sebaya dengan Mila.
Sambil melipat pakaian, Murni terbayang wajah si Puss dengan matanya yang bulat, telinganya yang kelepet, terkelip-kelip lalu menutup dadanya yang berbulu dengan topi untuk meminta simpati. Bukan dada berbulu Antonio Bandaras, kerana dada berbulunya hanya boleh dilihat oleh isterinya, Melanie Griffith.  Dada berbulu si Puss la.. kucing kuning yang memakai boots, comel sangat…