Friday 1 April 2016

Mungkin Ya - bab 9



Bab 9

Tersintak si suami apabila aroma kopi tiba-tiba terhidang betul-betul di depan matanya. Apa lagi, jika bukan kerja Mona, si isteri. Mengetahui yang fikiran si suami sudah jauh menyeberang Lautan Hindi, baik sahaja segera di tahan sebelum fikirannya singgah ke Kutub Selatan, lagi parah kelak untuk mencari!
“Bang, saya ada simpanan sikit, untuk cover tambang sorang cucu kita rasanya lepas..” kata Mona, perlahan.
“Abangpun ada sikit, cukup rasanya untuk tiket dia orang tuh!” kata Aminuddin.