Bab 9
Tersintak si
suami apabila aroma kopi tiba-tiba terhidang betul-betul di depan matanya. Apa
lagi, jika bukan kerja Mona, si isteri. Mengetahui yang fikiran si suami sudah
jauh menyeberang Lautan Hindi, baik sahaja segera di tahan sebelum fikirannya
singgah ke Kutub Selatan, lagi parah kelak untuk mencari!
“Bang, saya ada
simpanan sikit, untuk cover tambang sorang cucu kita rasanya lepas..” kata
Mona, perlahan.
Mona menarik
nafas lega, sang suami berlembut hati rupanya. Dia juga mengharap kepulangan
anak yang pernah merobek hatinya, satu ketika dahulu. Walaupun lukanya sudah
pulih, tetapi bekas masih ada. Namun Aminuddin tidak pedulikan bekas luka itu,
biarkanlah ia berkesan. Bukan orang nampakpun!
“Meera dan
Lokmanpun sanggup tolong mana yang mereka termampu. Mereka beritahu saya masa
saya beritahu hal ini..” sambung Mona lagi. Aminuddin hanya terkebil-kebil
menekmati kopi yang dihidangkan untuk minuman petang.
“Merekapun
hendak lihat dua orang anak buah mereka, tentu sudah besar” sambung Mona lagi.
“Agak-agak bila
rasanya kita boleh ke Wisma Putra hantar duit ni bang?” tanya Mona lagi,
mengharap kali ini ada menerima jawapan dari sang suami.
Itulah
perempuan, jangan diberi peluang bercakap, alamat tidak ada noktah.
“Lusa kut…”jawab
suami pendek.
“Kita singgah
rumah Lokman jap..”sambungnya lagi. Perancangan yang harus di persetujui oleh
si Mona. Memangpun tidak ada bantahan, hendak berjalan ke Kuala Lumpur, apa
salahnya.
Terutama ke
Putrajaya. Siapa tidak hendak pergi!
Perancangan diatur, Aminuddin dan isteri sudah selamat sampai di rumah Lokman. Anak menantu
menyambutnya meriah. Meera si anak perempuanpun ada menjengok. Memang Meera
selalu ke rumah abangnya. Bila lagi hendak makan sedap, masakan kakak ipar.
Hendak harapkan makan sendiri, jawabnya nasi bungkus. Baru bekerja beberapa
bulan, cop jaripun belum kering lagi. Tetapi bantuan perlu diberi walaupun
sepuluh ringgit kepada ayah untuk tiket kakak tersayang. Simpanan adalah sikit-sikit,
lebihan duit biasiswa sewaktu belajar dahulu, namun hajat perlu dilepaskan.
Kena pula ibu
ada membawa lauk yang dimasaknya dari kampung. Phuuu.. berkuai, makan masakan
ibu. Selera datang dengan sendiri, apabila semua sudah berkumpul.
Cuma ayah
bergurau, memberitahu beg ibu berat, bawa jongkong emas agaknya dari kampung!
Beg ibu jadi
bahan lawak, namun ibu hanya tersenyum.
Yeke ibu ada bawa jongkong emas, hendak seketul boleh?
Dengan menaiki
kereta Lokman, mereka menuju ke Putrajaya, Kementerian Luar Negeri di tuju.
Lokman tahu selok belok Putrajaya kerana dia bekerja di Cyberjaya. Bersebelahan
sahaja. Hendak harapkan si ayah, mahu sampai ke jambatan bengkok di Johor Baru,
tidak sampai-sampai ke Putrajaya, rupanya syok memandu ke selatan sehingga terlepas
simpang ke Putrajaya, tu dia!!
“Pakcik, harga
tiket satu hala kelas ekonomi untuk mereka bertiga, semuanya RM7380”kata si
pegawai konsular di Wisma Putra.
“Laaa.. yeke,
pakcik dengar RM7000 je hari tu, ni ah,
pakcik dah kira cukup”kata Aminuddin sambil menghulur satu sampul di mana duit
tambang itu disimpan.
“Lagi RM380, kau
ada tak Lokman, ayah pinjam” tanya si ayah.
“Tak ada
sebanyak tu, seratus lebih adalah..” jawab Lokman.
Mona menung
sejenak. Abang, saya ada bawa duit siling, konon hendak tukar di bank. Duit
tabungan saya. Tak tahulah cukup ke tidak?”kata Mona.
“Ada kau bawa?”tanya
si suami.
Mona angguk.
Patutlah tas tangannya berat, rupanya dia mengusung duit siling.
Duit dilambakkan
di atas kerusi menunggu, setiap sen dikira. Alhamdulillah, mencukupi apabila dicampur
dengan wang tunai yang si Lokman ada.
“Puan, duit
syiling boleh terima tak?”tanya Lokman
“Boleh encik. Syilingpun
duit juga, Cuma berat sikitlah..”jawabnya, terus menerima sejumlah wang yang
diminta.
“Nanti saya
beritahu jadual penerbangan mereka. Encik boleh tinggalkan nombor telefon dan
emel untuk kemudahan kami”katanya lagi.
Semua diurusan
oleh Lokman. Tidak sabar rasanya mereka menunggu kepulangan kakak yang sudah lapan
tahun menghilang.
Lokman dapat
bayangkan wajah seorang perempuan yang lemah lembut. Hormat orang tua, rajin
membantu ibu, disukai oleh teman-teman. Itulah kakak Amynya.
Namun adakah dia
masih sama seperti dulu?
Adakah
kehilangan selama lapan tahun itu sudah merobah wajahnya?
Bagaimana
peribadi dan sikapnya sekarang? Masih seperti perempuan melayu terakhir?
Tentu sekali
tidak! Tindakan yang telah dia lakukan sudah melenyapkan semua kebaikan yang
ada pada dirinya. Dia sudah menconteng arang di muka keluarga. Malah dia boleh
diibaratkan seperti anak yang biadap. Semua gara-gara cinta terhalang.
Nampaknya betullah
pantun melayu.
Nasi lemak buah
bidara
Sayang selasih
hamba lurutkan
Buang emak buang
saudara
Kerana kasih
hamba turutkan…
MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS...
MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS...
No comments:
Post a Comment