Untuk makluman pembaca yang mengikut coretan ini, seperti karya-karya yang lepas saya akan delete karya 15 chapter terakhir. Untuk JYT karya bermula Bab 30. Di harap pembaca yang mengikuti memaklumkan kepada saya yang mereka sudah membacanya.
Tambahan pula, saya sudah mendapat teguran kerana upload terlalu banyak chapter, membuat cerita sudah menjadi basi dan tidak mendapat perhatian penerbit. Itupun jika ada penerbit yang berminatlah..PERASAN!!
Bab 31
Aku ke bilik stor. Semua kotak aku buka, mencari satu
kotak yang hampir aku lupa. Tetapi hari ini aku teringatkan kotak ini. Kotak
itu seakan-akan memanggil aku agar aku mengeluarkannya semula setelah sekian
lama terpuruk di dalam stor.
Lepas satu kotak ke satu kotak yang sudah diseal aku
buka, namun aku tidak berjumpa kotak yang aku cari. Kemanalah agaknya.
Aku tegak berdiri, mengimbas kembali, di dalam kotak
mana yang aku simpan barang itu selama ini. Namun imbasan tidak dapat diingat
dengan nyata, perkara sudah lama, dah jadi sejarahpun, patut letak di arkib
sahaja. Perkara yang beberapa mnit berlakupun aku boleh lupa, inikan pula yang sudah
berpuluh tahun. Otak sudah tua! Ek! Bukan otak yang tua, diri aku sendiri yang
sudah...