Mila
bermain dengan tangannya sendiri, dia serba salah dengan permintaan uncle yang
pernah memecahkan balangnya. Mila memandang ke arah Zamri kemudian pandangan kea
rah Murni. Yang dia nampak ayah Zam hanya tersenyum, namun muka mama, masam.
Masam seperti baru memakan asam kecut!“Kenapa pulak nak kena panggil uncle yang baru Mila kenal dengan panggilan “Papa”? Mila sudah ada papa… tu.. ayah Zam!” jawab Mila.
“Bolehlah..panggil uncle, papa Am” pujuk Ammar lagi, merayu-rayu.
“Kenapa pulak papa Am..siapa nama uncle ya?” tanya Mila, hairan senang-senang sahaja lelaki yang baru dikenalnya beberapa hari meminta untuk memanggil dirinya dengan panggilan “papa”. Yang Mila hairan, ayah Zam diam sahaja dengan permintaan lelaki itu, mama lagilah.. tidak bersuara sepatahpun, mahupun membantah.
