Bab 38
Suasana di Café House Shahzan Inn tenang. Ditambah
pula dengan alunan musik yang lembut memang membuat jiwa tenang. Irama yang
perlahan, diantara dengar dengan tidak, namun masih dapat diketahui dendangan
siapa. Keluarga Zamri mengambil tempat mengikut yang telah dibawa oleh pelayan.
Terus si pelayan menghulur buku menu untuk mereka membuat pilihan.
“Ayah Zam,
Mil nak ice cream yang ni boleh tak?” Mila menunjukkan gambar banana split yang ada didalam buku
menu restaurant Shahzan Inn. Montok sahaja jari Mila menunjukkan gambar
tersebut. Jangan tertipu Mila, nampak didalam gambar memang meleleh air liur,
bila sampai belum tentu sama seperti di dalam gambar.
“Boleh..
Mil boleh order ice cream tu, tapi lepas kita makan nasi dulu, okey
sayang..sebab itu dessert, kita kena makan dinner dulu.. ya?”
Pujuk Zamri. Mila hanya menganguk.
“Assalamulaikum..
maaf lambat” semua menala kearah suara. Ammar memberi salam dan meminta maaf di
atas kelewatannya.
“Ehh..
uncle..mama..ayah Zam, uncle ni lah yang Mila cerita dulu, dia yang gantikan
balang yang pecah tu, tepas tu dia jumpa Mil kat sekolah.. kan uncle?” Mila
bercerita dengan nada ceria.
Dia tidak
mengerti yang di hadapannya ialah bapa kandungnya.Memang sudah suratan yang ditemukan dengan incident
pecah memecah balang. Jika balang tidak pecah, sampai ke sudah mereka tidak
bertemu.
Kemunculan
Ammar, membuktikan dia tidak membuat cerita, apa yang diceritakan adalah
benar-benar berlaku. Cuma ketika itu Zamri dan Murni tidak berminat
mendengarnya. Tidak mengetahui Ammar adalah orangnya yang disebut Mila, pakcik
yang baik. Baik ke, jika dia punca balang itu pecah? Tang baik yang dimaksudkan
Mila ialah kerana dia menganti dengan yang baru. Sudah memang wajar dia
mengantinyapun….
Bagi Mila,
kemunculan Ammar patut diucapkan terima kasih kerana dia datang untuk
menyakinkan kedua ibu bapanya apa yang telah diceritakannya.
“Ya.. Encik
Ammar, jemput duduk.. kamipun baru sahaja sampai…” Zamri mempersilakan Ammar
untuk bersama mereka.
Murni agak
teragak-agak, dia kurang selesa dengan kehadiran Ammar, namun kerana permintaan
Zamri dia cuba sedaya upaya untuk menerima kehadiran lelaki yang dipangginya
tetamu itu.
“Hemm..
okey, kita boleh order, nanti lambat pula, Mil sekolah esok..” bicara Zamri
lagi, Nampaknya hanya Zamri yang menjadi jurucakap, Ammar tidak ada apa-apa
yang hendak dikatakan.Matanya tertumpu ke arah Mila, dan sekali-sekali ke arah
Murni. Yang penting, kehadiran dua orang perempuan yang sudah lama dicarinya
sudah ada di depan mata. Ingatkan hanya pencarian seorang perempuan, tetapi
rupanya dua..
Dia
terharu, tidak disangka suami Murni seorang yang baik, bertuah Murni menjadi
isterinya. Bukan sepertinya yang mensia-siakan Murni dahulu. Dia amat gembira
dapat ditemukan dengan Mila, anaknya tanpa perlu bertegang urat bertengkar,
mahupun memerlukan perintah mahkamah. Ingatkan orang yang begini hanya ada di dalam
buku cerita, rupanya ada ujud di dunia. Betulkah?
“Encik
Zamri tolong order apa yang sedap disini, saya tak tahu sangat…” Ammar terpaksa
menyerahkan urusan pemilihan kepada Zamri.
“Kalau
macam tu saya uruskan ya?” Zamri terus melambai kearah pelayan yang sedang
menunggu isyarat.
“Tolong
encik sediakan ini…, yang ini..ini..ini..ini..dan ini.. untuk 4 orang ya?” Zamri hanya menunjukkan
gambar yang ada didalam menu kad, dan pelayan mengambil nombor kod yang
tertera.
“Minumannya
Encik.?.” tanya pelayan lagi
“Ia tak ya
jugak.. Encik Ammar.. what is your
drinks..” tanya Zamri sopan, tanpa memikirkan yang Ammar bukanlah kawannya,
malah sepatutnya saingannya.
“Fresh
orange… ya fresh orange” jawab Ammar seperti tidak yakin.
“Okey.. 2
fresh orange, 1 juice tembikai, Mil.. nak apa?”
“Ice
creamlah ayah., ayah Zam dah lupa ke?” jawab Mila.
Tersenyum
Ammar melihat anaknya manja dengan Zamri sehingga memanggilnya ayah tanpa rasa
kekok, seperti ayahnya sendiri. Rasa terkilan dan cemburu juga menebal kerana panggilan
yang sepatutnya untuk dirinya. Mila hanya memanggilnya uncle seperti yang Mila
beritahu Zamri dan Murni diawal pertemuan tadi. Mahu tidak dia cemburu!.
“Okey..
okey…Ayah Zam lupa pulak! Satu banana split”. Tangan si pelayan laju memasukkan
satu lagi order.
“Yey..!!”
kata Mila sambil menepuk tangannya apabila Zamri turut memasukkan menu banana
split yang dimintanya. Zamri senyum melihat Mila gembira.
“Eh..ehh..
nanti dulu, dan 1 botol besar mineral water..itu aje. Satu botol air mineral
cukupkan
Sayang..?” tanya
Zamri kepada Murni sebelum dia menamatkan pemilihannya. Murni hanya senyum,
dengan muka yang masam-masam manis. Zamri memanggilnya Sayang di hadapan bekas
suaminya. Gasak kau! Memang Zamri sudah terbiasa memanggilnya dengan panggilan
itu, dia tidak berdrama okey!
“Baik
Encik..dalam 5 minit, the dinner will be
ready..”pelayan
meninggalkan meja Zamri dan keluarga. Ammar tersenyum, tersenyum kerana gembira
dapat berjumpa Mila, atau tersenyum kerana panggilan “sayang“ itu?
Di meja
makan, Zamri memberi peluang Ammar bermesra bersama Mila. Murni juga rasa
terharu melihat Ammar sayang kepada anaknya. Yang tidak tahu kenapa uncle yang
baru dikenalinya bertanya itu dan ini kepadanya ialah Mila. Namun dia seorang
anak yang mudah mesra dan disenangi.
Sesiapa sahaja akan suka kepadanya. Ammar sungguh berbangga Murni dapat
mendidik anaknya sendirian.
“Terima
kasih Encik Zamri, saya terharu, saya tidak sangka Encik Zamri dapat menerima
kehadiran saya secara mengejut ni..” kata Ammar.
Sebenarnya
dia juga agak sangsi, bagaimana mudah sangat suami si Murni mempengaruhi
dirinya.Apa sebenarnya
permainan yang dimainkan? Dia tahu atau tidak yang dirinya seorang peguam,
jangan main-main!. Tetapi apabila difikir kedua kali, ada betulnya juga, apa
yang dilakukan, bertindak dalam aman.
Zamri pula hairan,
kenapa pula Ammar hendak rasa terharu! Perlukah ada adegan jerit menjerit,
pukul memukul, tumbuk menumbuk atau adegan menarik rambut! Memang bagus jika
ada adegan ini semua menjadi tontonan orang, tetapi yang malu ialah diri
sendiri. Hasilnya habuk pun tak ada! Dari itu carilah pendekatan yang lebih
berfaedah.
“Murni,
abang juga nak minta maaf dengan apa yang telah berlaku, semua salah abang..abang
mengaku” sambung Ammar lagi.
Apa lagi
yang perlu Murni katanya, semuanya sudah ditelan waktu. Sudah tidak berguna
lagi. Andai kata dia diberi peluang untuk balik di masa silam, belum tentu
Murni akan memilih untuk kembali, kerana dia bahagia dengan apa yang dia ada
sekarang.
Kemudian
Ammar membongkok untuk bercakap dengan Mila. Lengan Mila dipegangnya “Mila,
uncle suka dengan Mila, for a start
boleh tak Mila panggil uncle, papa jugak, uncle tak ada anak, jadi tak ada
orang yang boleh panggil uncle, papa. At
least kalau Mila panggil uncle, papa, adalah uncle sorang anak .. jadi
la..panggil uncle, papa Am” permintaan Ammar yang diluar jangka.
Hanya datang secara
tiba-tiba tanpa dia rancang. Yang paling
terkejut ialah Zamri dan Murni. Murni pandang Zamri dan Zamri pula
memandang Murni. Mila yang tidak mengerti juga tertanya-tanya. Memang
tidak ada
di dalam agenda pertemuan mereka mengenai perkara ini. Pandai-pandai
aje si lawyer ini. Itulah, namapun lawyer buruk, di kepala otak
sentiasa berfikir, memikirkan perkara yang tidak terfikir oleh orang
lain..
No comments:
Post a Comment