Pendek sahaja chapter kali ini, esok saya sambung lagi ya!
Jemput baca kesah Zamri dan Murni pula..ahak!!
BAB 37
“Macammana
Muni, si Ammar tu nak jumpa Mila sebelum dia balik, Muni benarkan ke tak?” tanya Zamri yang sudah duduk beralaskan
bantal dibelakangnya sebaik sahaja Murni membaringkan diri disebelahnya.
“Entah..
abang fikir macammana?” Murni menyoal kembali soalan yang Zamri tanya
kepadanya.
“Abang rasa
elok juga kita jumpakan dia orang tu, tapi jangan cerita pada Mila lagi tentang
siapa sebenar si Ammar tu, nanti sampai the right time baru kita cerita.. kena
perlahan-lahan, nanti Mil terkejut, sebab selama ni, dia ingat bapanya sudah
meninggal dunia” jelas Zamri.
Murni yang
disebelahnya hanya setia mendengar, dia akan bersetuju dengan apa sahaja
rancangan Zamri, kerana Zamri kini suaminya. Tambahan dia sudah tidak boleh
berfikir dengan waras. Apa yang difikirkannya ialah agar Mila tetap bersamanya,
Ammar tidak ujud langsung didalam diari hidupnya. Jika itu yang dia rasa baik,
maka itulah yang akan dilaksanakan.
“Murni
setuju aje, apa cakap abang.. Milakan dah jadi anak abang. Kalau rancangan itu
abang kata baik, Muni ikut aje..asalkan si Ammar tu tak ambil Mila terus dari
kita..” jelas Murni.
“Memanglah
Mila tu memang anak abang, tapi kita kena ingat, Ammar lebih berhak daripada
abang. Kita tak boleh lari dari kenyataan dan hukum hakam ugama sayang oi… Macammana kalau petang esok kita bawa Mila jumpa dia
kat Shahzan Inn, kita dinner kat sana.. lagipun dah lama kita tak keluar makan
bersama, Cuma kali ini kita ada tetamu..si Ammar tu la..” Zamri menerangkan
rancangannya. Itupun jika Murni setuju!
Murni
memandang Zamri yang bercakap menoleh kearahnya.
“Apa? Abang
anggap dia tamu?... heee bagi Murni, dia bukan tetamu, penyamun adalah.. penyamun yang nak ambil barang
orang..” jawab Murni geram.
“Murni
jangan cakap macam tu.. orang yang Murni kata penyamun tu, bapa kepada anak
Murni tau?, penyamunpun dulu Murni sayang jugak kat dia kan..Jangan nak tipu,
dulu memang sayang kat dia kan?” Zamri mengusik Murni.
“Abang!.. dah
tak ada maknanya… sayang taik kucing? dulu lain sekarang dah jadi lain..” bentak
Murni, marah betul dia apabila Zamri mengusiknya dengan kata gurauan yang si
Ammar adalah kesayangan Murni satu ketika dahulu. Dah kenyataan, jika tidak, masakan adanya Mila..
“Sudah..sudahlah
tu.. setuju tak dengan rancangan abang tu..” Sambil tangan meraih tubuh isteri
yang merajuk.
“Esok
beritahu Kak Melah tak payah masak, masak untuk dia sama Mila aje untuk
lunch..” sambung Zamri lagi, apabila Murni hanya diam membisu. Murni mendakap
bantal kecil, cuba meleraikan pelukan Zamri yang semakin erat, merajuk konon..
“Murni
dengar tak, apa yang abang cakap tadi, setuju ke tidak?” tanya Zamri lagi.
“Hemm..
abang beritahulah si Ammar rancangan
tu.. belum tentu lagi dia setuju ke tidak..” akhirnya Murni bersuara, mengharap
agar Ammar tidak dapat hadir mengikut apa yang dirancang Zamri.
“Esok abang
uruskan.. dah tu.. jom tidur..” sambil tangan Zamri menekan punat lampu tidur,
serta merta suasana bilik menjadi gelap. Murni tidak lagi tidur dengan lampu
menyala kerana dia tidak lagi merasa takut, kerana dia sudah ada roommate yang
bernama Mohamad Zamrizal disampingnya. Jimat sedikit duit letrik yang baru
menaikkan tarif harga letrik. Eh! Kesah tarif letrik pula yang difikirkan, apa
kes!
No comments:
Post a Comment