BAB 2
Suara hiruk pikuk di dalam bas, telinga
sudah tidak tahu suara mana satu yang perlu tembus ke gegendang, corong telinga
menerima segala nika bentuk bunyi! Yang Amy tahu, semua jenis suara boleh
didengarnya bercampur-campur, kalah pasar borong. Namun Amy masih bersifat
tenang, tidak mahu anak-anaknya panik. Yang pasti Amy tidak mengerti apatah
lagi memahami, apa yang dia dengar. Semua suara yang didengar, hanya bahasa
asing yang dia tidak faham sepatah haram. Mahu tidaknya, di Afrika Selatan ini
mempunyai 11 dialeg yang sangat berbeza diantara satu sama lain. Bukannya
dialeg seperti Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, sekurang-kurangnya tidaklah
banyak bezanya! Daileg mereka terlalu berbeza antara satu sama lain, ibarat
langit dengan bumi?