BAB 2
Suara hiruk pikuk di dalam bas, telinga
sudah tidak tahu suara mana satu yang perlu tembus ke gegendang, corong telinga
menerima segala nika bentuk bunyi! Yang Amy tahu, semua jenis suara boleh
didengarnya bercampur-campur, kalah pasar borong. Namun Amy masih bersifat
tenang, tidak mahu anak-anaknya panik. Yang pasti Amy tidak mengerti apatah
lagi memahami, apa yang dia dengar. Semua suara yang didengar, hanya bahasa
asing yang dia tidak faham sepatah haram. Mahu tidaknya, di Afrika Selatan ini
mempunyai 11 dialeg yang sangat berbeza diantara satu sama lain. Bukannya
dialeg seperti Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, sekurang-kurangnya tidaklah
banyak bezanya! Daileg mereka terlalu berbeza antara satu sama lain, ibarat
langit dengan bumi?
“Madam..” tertoleh Amy ke arah suara,
pandai-pandai aje dia perasan orang memanggilnya "madam". Perasan!
Seorang lelaki kulit puteh berpakaian kemas menyapanya.
Seorang lelaki kulit puteh berpakaian kemas menyapanya.
“We have a problem with our bus, the
engine is kaputtt..”katanya lagi. Mungkin dia mengetahui, dia harus berbahasa
inggeris untuk memberitahu si perempuan bertudung beranak dua ini. Perempuan
yang dia jangka bukan penduduk asal Afrika.
“Ohhh.. then what should be do?”tanya
Amy.
“First, everybody have to vacant the
bus, while waiting for another bus from Cullinan”katanya.
“Hello boys.. going to Pretoria
eh!”sambungnya lagi menyapa kedua-dua anak lelaki Amy.
La.. ialah hendak ke Pretoria? habis tu, bas ni pergi mana? Ke Zimbabwekah?
Namun Amy masih mampu tersenyum. Ala.. orang hendak berbahasa..
La.. ialah hendak ke Pretoria? habis tu, bas ni pergi mana? Ke Zimbabwekah?
Namun Amy masih mampu tersenyum. Ala.. orang hendak berbahasa..
“Good day mem..”katanya lagi sambil
mengangkat sedikit topi ala-ala topi seorang juruterbang. Jadilah, pemandu bas
berpakaian seperti juruterbang..
Eh! Lupa pula, apa hebatnya juruterbang?
Bukankah mereka juga berprofesion sebagai pemandu? Yakni, pemandu kapalterbang
di udara, dan pemandu bas di daratan, tidak ada bezanya...tetap Pemandu!
Amy hanya tersenyum bagi pihak kedua-dua
anaknya yang masih takut-takut dengan orang luar. Amy juga tersenyum sendiri, dalam
runsing masih sempat menjadi loyar buruk!
“Jom sayang, did you hear what that
uncle ask us to do? We have to wait another bas, cause this bas cannot move any
more..” jelas Amy kepada anak-anaknya. Menerangkan sebaik mungkin, agar mereka
mengerti, mengapa mereka berhenti. Perlahan-lahan
Amy memimpin kedua-dua anaknya berjalan dicelah-celah insan yang juga sebok
untuk turun. Beg Amy hanya yang ada terselipang di badan dan sebungkus beg
plastik berisi makanan ringan dan air kotak yang dibekalkan untuk anak-anak. Oh
ya, dia juga perlu mengeluarkan 2 beg pakaian yang di simpan di compartment
barangan.
“Abang, tolong mummy jaga adek! Mummy
nak collect beg kita ya?” pinta Amy sambil menghulur tangan agar dapat dipimpin
oleh si abang. Tanpa jawapan, Halimi terus memimpin tangan Hakimi yang juga
tidak membantah. Perbuatan si anak-anak membuat Amy sungguh rasa bertuah
dikurniakan dua insan yang menurut kata, Alhamdulillah.
Langkah pantas ke arah perut bas yang
sudah ternganga, Amy membongkokkan badanya untuk menjengok dan mencari-cari
bagasinya.
Ahhh…sudah banyak yang lega. Hanya
kelihatan beberapa buah beg sahaja yang menunggu tuannya, termasuk dua unit
begnya yang sudah duduk jauh di ceruk bas.
Macammana hendak mengambilnya, dia kena
merangkak ke dalamkah?
“Excuse me maam, which one is
yours?”Tanya seorang perempuan mat salleh. Raut wajah tidaklah secantik Charlize Theron, jelitawan hollywood yang terkenal. Tidak juga serupawan model Reeva Steenkamp, jelitawan yang tertembak oleh teman lelaki, juara paralympic dunia, Oscar Pistorius.
Heeemmm.. mungkin ada sedikit iras-iras gabungan kedua-dua wanita cantik itu pada rambutnya kerana ketiga-tiga wanita ini mempunyai rambut berwarna perang. Boleh aje Amy mengelar wanita ini sebagai wanita pelayan bas yang jelita.
Heeemmm.. mungkin ada sedikit iras-iras gabungan kedua-dua wanita cantik itu pada rambutnya kerana ketiga-tiga wanita ini mempunyai rambut berwarna perang. Boleh aje Amy mengelar wanita ini sebagai wanita pelayan bas yang jelita.
Amy kenal perempuan itu, dialah salah
seorang pelayan yang menjual air kotak dan makanan ringan di dalam bas tadi.
Nama aje naik bas, tetapi layanan seperti di dalam kapalterbang. Perempuan berminiskit
pendek hitam dan blazer warna khaki, siap scaft ikatan ribbon di leher. Servis
bas Grey Hound ini memang first class.
Saiz wanita mat salleh.. aduh, dia
membongkokkan badannya dan menarik keluar bagasi Amy. Amy tidak mampu memandang
apabila si jelita sewaktu membongkok tadi, telah mempamirkan tiga suku dari asset
berharganya. Nasib baik penonton hanyalah Amy, jika penonton lelaki, mahu
rasanya mereka sungguh gembira, dapat menonton filem percuma!
Itu tidak penting, yang penting bagasi
Amy sudah ditangannya. Hanya ucapan Thank you yang pendek, yang mampu Amy
hulurkan, dan Amy mendapat balasan senyuman dari si jelita.
Amy mengheret kedua-dua beg, menuju ke
arah anak-anak yang berdiri menunggunya.
“Kimi penat? Kalau penat duduk kat beg
ini..”Tanya Amy. Tetapi gelengan yang diterima.
“Halim?”Tanya si ibu lagi. Juga
gelengan.
“Kalau lapar atau haus, semua ada dalam
ni ah!”sambil Amy menggoyang-goyangkan beg plastik yang jarang, menampakkan apa
sahaja yang ada didalamnya.
Kedua-duanya mengangguk serentak. Sudah
seperti kembar pula lagak mereka. Mana tidaknya, jarak yang hanya setahun,
memang tidak dapat dibezakan.
Amy dan anak-anak duduk di gigi jalan,
mengikut penumpang lain yang juga berbuat demikian. Bukan ada teduhanpun. Entah
di mana, merekapun kurang pasti. Yang pasti, pekan yang paling hampir ialah
Cullinan, yakni setengah jam perjalanan.Nasib baik cuaca musim luruh tahun ini
amat indah sekali, tidak panas. Kalaulah kehidupan Amy seindah cuaca disini,
alangkah baiknya.. tetapi memangpun kehidupannya mengikut cuaca, tetapi cuaca
di padang pasir, yang panas berdenting…pecahkan telur di atas pasirpun boleh
dapat telur mata lembu!
Amy menjulingkan matanya, langit biru
tanpa segaris awan. Cantik pemandangannnya, walaupun di sekeliling hanya
kelihatan semak seperti pokok aloe vera, tetapi pokok yang ini besar dan tinggi.
Siap dengan bunga berwarna merah pekat yang tegak mencanak di celah kelopak.
Aloe vera kut!! Geng keluarga aloe veralah tu! Entah Amypun tak pasti, main
hentam aje. Nampak seperti rumpun aloe vera, dikatakan aloe vera, entah-entah pokok
lain..!!
“Our bas will arrive soon..from Cullinan”tertoleh
lagi Amy ke arah suara yang sama.
Si pemandu bas yang sama. Rajin sangat
dia memberi info kepada Amy. Mungkin itu sudah menjadi salah satu tugasannya,
atau dia ingin membantu Amy yang dia perasan adalah orang luar. Wallahualam.
“Thank you..”balas Amy. Orang sudah
berbudi, apa salahnya memberikan penghargaan. Bukan luakpun.
“Our bus from Cullinan will arrive
soon..”katanya lagi dengan nada perlahan.
Amy hanya senyum. Orang sudah memberi
info, bagus juga dia dimaklumkan berita terkini setiap masa, orang lain ada!!
“Cullinan..Cullinan..”berulang-ulang
mengucapkan nama tempat terkenal itu beberapa kali.
Ohhh.. baru dia teringat, Cullinan
adalah bandar perlombongan yang terkenal bukan sahaja di benua Afrika, malah dunia
kerana tempat ini mengeluarkan intan berlian yang mahal dan berharga.
“Agaknya kerahan pelombong sama seperti
di dalam cerita “Blood Diamond” itu. Heee ngeri.
Bisik
suara hari Amy.
Laaa.. baru Amy teringat, kesah Cullinan
yang asyik berligar di kepala. Beberapa hari yang lalu, Amy ada terlihat sekali
imbas, berita di televisyen, memberitahu berlian 100 karat yang dikeluarkan
dari perut bumi Cullinan sudah di jual dengan harga 22 juta pound. Ma ooi!!!
Siapalah agaknya yang sanggup memakai
berlian sebenar itu, mahu saiznya sebesar kotak mancis! Yang pasti, ianya tidak boleh ditayang di kalayak ramai, ramai penyangak yang menunggu hendak mengebasnya. Hailah berlian, nasib kaulah, terpaksa duduk terkurung entah di mana disimpan tersorok oleh tuannya agar tidak dicuri. Alangkah baiknya jika kau duduk diam-diam didalam tanah.. aman bahagia.
“Miss Amy! The bus..” tertoleh Amy
apabila namanya dipanggil lagi oleh lelaki si pemandu. Sungguh jelas Amy terdengar namanya disebut. Amy terkejut, bagaimana
namanya sampai diketahui oleh si pemandu.
Pandangan Amy silih berganti, bas yang bergerak
perlahan menuju ke arah mereka dan wajah si pemandu yang tersengeh menayangkan
giginya…
No comments:
Post a Comment