BAB 1
Amy memandang keluar tingkap bas. Laju sahaja
bas dua tingkat yang dinaiki meninggalkan lepas satu pemandangan ke satu
pemandangan yang memang tidak menarik perhatian Amypun. Tangan mengusap lembut rambut
si anak yang tidur di atas pangkuan. Kemudian mata mengerling ke tempat duduk
sebelah kanan. Seorang lagi anaknya. Amy senyum, si abang yang pulas tidur.
Amy memandang sayu ke arah kedua-dua anaknya,
silih berganti.
“Maafkan mummy sayang.. mengheret kamu berdua
ke kancah kehidupan yang realitinya tidak semanis seperti yang
diharapkan..”bisik hati kecil Amy.
Dibibir mengukir senyum sedangkan hatinya,
hancur berkecai, sudah tidak boleh di cantum lagi, walaupun menggunakan glue
gajah!
Dalam leka berkata-kata di dalam hati, Amy
terkejut dengan teguran si abang yang disangkanya tidur, rupanya tidak.
“What’s wrong mummy?”tanya Halimi, budak
lelaki 6 tahun yang tidak mengerti apa yang berselirat di dalam hati si
ibu.
“Tak ada apa-apa, mummy just love to watch
you sleeping..”jawab bodoh Amy.
Apa lagi yang perlu diberitahu? Anak sekecil
itu mana mengerti yang si ibu sedang berusaha untuk membawa mereka kembali ke
tanah tumpah darah si ibu. Amy tahu, di sana bukan tempat tumpah darah si
anak-anaknya, tetapi Amy nekat dan percaya, di situlah tempat yang paling sesuai
untuk anak-anaknya membesar, insyallah..
Membesar tanpa lelaki yang mereka panggil Daddy.
“Mummy, where are we going?”tanya Hakimi si
adik yang hanya selang setahun sahaja dari si abang.
Dia tersedar apabila terdengar bicara si ibu dan
abangnya gamaknya.
“We are going to mummy’s friend in Pretoria..
Dah lama mummy tak jumpa dia”jawab Amy bersahaja.
Pandai pula dia berlakun, sedangkan dia tahu,
itu hanya satu pembohongan. Mana dia ada kawan di Pretoria? Sepanjang 7 tahun
tinggal di Cape Town, tidak ada tempat yang dia pergi, hanya berlegar di
kawasan perumahan sahaja. Manakan mungkin dia keluar tidak tentu arah! Dia
tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah! Pasportnya sudah 2 tahun tamat
tempoh.
Kedua-dua anak-anaknya, tidak ada masalah,
kerana mereka adalah rakyat Afrika Selatan, kerana mengikut kerakyatan si ayah.
Kenapa bodoh sangat si Amy sehinggakan boleh
terlepas pandang tentang perkara-perkara yang penting begini. Pasport tu! Bukannya
dokumen beli perabot yang boleh disimpan di tempat yang tidak tentu arah…
Bukannya dia tidak tahu, tetapi dia cuai!
Nasib baik ada simpati Abang Azmi selaku
Pengerusi Persatuan Anak-anak Malaysia di Cape Town yang sudi membantu dengan
membuat kutipan bagi membolehkan Amy tiga beranak ke Kedutaan Malaysia di
Pretoria. Hendak harapkan Amy, mana dia hendak dapat duit, segala perbelanjaan hanya bergantung kepada suami. Jika suami tidak menghulur, tidak ada duit belanjalah jawabnya. Abang Azmi sudah masak dengan masalah yang ditanggung oleh Amy. Sejak Amy mengadu masalah yang dihadapinya, abang Azmi sangat prihatin dan simpati dengan masalah yang di hadapi. Dialah yang mengaturnya dengan bantuan pihak kedutaan. Dengan harapan pegawai yang menunggunya di sana dapat menguruskan
kepulangan Amy dengan selamat sampai ke tanah air.
Ooohhh..Encik Helmi, agaknya dialah yang
dikatakan kawan yang bakal dia temui, kerana menurut Abang Azmi, pegawai yang
baik hati itu yang akan membantu proses selanjutnya.
Jam tangan di telek. Jauh lagi perjalanan.
Mahu lagi 4 jam. Ponggongpun sudah kematu kerana asyik duduk sahaja. Sudah dua
kali bas berhenti, tetapi Amy dan anak-anak tidak turun, baik sahaja duduk diam
di dalam bas. Takut pula malang nasibnya di tahan polis, mahu dia kena lokap!
Siapa pula hendak menjaga anak-anaknya?
Dua kali malang pula jadinya nasib si
anak-anak.
Sudahlah dibuang oleh si ayah!
Dipisahkan pula oleh ibu yang kena lokap..
Ssyyy.. selisih malaikat 44!!
Si ayah? Lupakanlah dia. Orang sedang mabuk
bercinta, mana dia fikir pasal anak-anak? Kesah isteri apatah lagi!
Keluarga mertua? Lagilah jauh panggang dari
api..
Sudah Amy ketahui dari awal, dirinya bukan
menantu pilihan…sentiasa disisih. Kini mertua tentu bertepuk tangan mengetahui
rumah tangganya yang di pupuk dan dijaganya dengan air mata, sudah musnah.
Sudah hampir habis edah untuk mendapat
gelaran baru. Gelaran yang sangat ditakuti oleh kaum perempuan. Gelaran
“Janda”. Malah Amirah Aminuddin akan bergelar “Janda beranak dua”, aduh
ngerinya!!
Tetapi itu sudah hakikat, Amy terpaksa
menerimanya. Sudah jodohnya setakat itu. Apa yang boleh dia katakan, hanyalah
“Selamat Tinggal Suamiku, Terima kasih kerana sudi menjadikan Aku isterimu
selama 7 tahun ini. Yang paling aku bersyukur, aku ada dua permata hati yang
bagaikan nyawa dan udara untuk aku meneruskan hidup ini. Terima kasih kerana suamiku yang
bakal menjadi bekas suami, tidak membantah untuk memberikan hak penjagaan
sepenuhnya kepada kedua permata hati ini.Insyallah, akan aku jaga anak-anak ini
dengan baik, amanah dan hadiah terindah darimu ini”.
“Mummy, what tree is that?”tanya Halimi.
Membantutkan Amy yang sedang melayan perasaannya.
“What is it baby?”tanya Amy lembut. Bukan dia
tidak mendengar. Dia dengar dengan jelas pertanyaan si anak. Sengaja dia ingin
mempastikan soalan dari mulut comel si anak.
“That one! Thhhaattt oneee”sambil jarinya
menunding ke arah sepohon pokok baobab yang megah berdiri. Entah berapa tahun
umurnya terpacak di tepi jalan itu.
Agaknya, bermacam-macam hal telah disaksikannya, Perlahan-lahan imej si pokok ditinggalkan oleh bas yang bergerak.
Agaknya, bermacam-macam hal telah disaksikannya, Perlahan-lahan imej si pokok ditinggalkan oleh bas yang bergerak.
“Ohhh.. itulah pokok baobab..”jawab Amy
sambil tersenyum. Sudah 6 tahun hidup di bumi Afrika, Halimi baru bertemu pokok
yang synonyms dengan negara Afrika. Manalah
dia boleh berjumpa di Cape Town! Keluar rumahpun seminggu sekali.. Itupun hanya
ke shopping mall yang dia sudah hafal kedudukan semua kedai. Namun itu cukup
memadai bagi budak lelaki sekecil itu. Janji keluar dari rumah kecil mereka.
“What! Bobobab!!..”kata si adek sambil
mengeliat dan bangun dari pangku si ibu. Dia cuba menarik perhatian. Cemburulah
tu! Melihat Amy hanya melayan si abang. Budak-budak, begitulah perangai.
Gelagat si anak-anak buat hati Amy runsing
sedikit riang. Di hadirkan dengan senyuman segaris.
“Boabablah adek..bukannya bobobab. Kan mummy?
Bobobab itu apa pulak binatangnya?” kata Halimi, Amy masih mampu tersenyum bila
melihat dua beradik meluahkan bicara.
“Bobobab..bobobab.. Yeah! Yeah!”kata si
Hakimi. Buat Halimi menjelirkan lidahnya, menyakat si adek yang degil tidak
mahu kalah. Di dalam hati si abang menyatakan si adek berperangai seperti
budak-budak. Tanpa menyedari, perbuatannya menjelirkan lidah juga adalah sifat
keanak-anakan.
Akhirnya si abang mengaku kalah, sudahlah
tidak dapat bergumpal kerana berada di dalam bas, baik aje terima sahaja apa
yang dikatakan si adek “Bobobab..Bobobablah dek!!”. Sifat abang yang sentiasa
mengalah.
“Are we there yet mummy?”Tanya Hakimi, sudah
jemu agaknya sudah berjam-jam di dalam bas. Budak-budak manalah dia tahan duduk
diam, tanpa aktiviti lain. Namapun budak-budak!
“Not yet, sayanggg.. lama lagi, mummy will
let you know when we reach there..”jawab si ibu dengan senyuman. Mengharap si
anak puas hati dengan jawapannya. Sebenarnya, dia sendiri tidak dapat
menganggar berapa lama lagi. Maklumlah, ini adalah perjalanannya yang pertama
ke sana. Dia juga tidak mahu si anak
menaruh harapan, sekiranya dia memberi tahu waktu yang tepat ketibaan mereka ke
destinasi. Dibuatnya, terlajak lama, mahu si anak-anak tidak mempercayai dirinya
lagi.
“Dumm!!”bunyi dentuman yang kuat, membuat bas
terhujung hayang, bagai ular kena palu. Suasa rioh, tentu semua terkejut.
Perlahan-lahan bas berhenti di gigi jalan.
Cepat-cepat Amirah memeluk kedua-dua anak
lelakinya dekat ke dadanya.
Apa hal pula ni? Apa yang berlaku? Masalah
teknikal pada baskah? Atau bas mereka kena hijack oleh perompak jalanan…
cerita yang sering Amirah dengar sejak bermastautin di bumi ini.
Amirah berdoa panjang. Doanya agar firasatnya
itu tidak benar-benar berlaku. Di pejamkan matanya rapat-rapat sambil berdoa. Doanya
kuat mengatakan hanya masalah teknikal kepada kenderaan itu.
Ya ALLAH selamatkan hambamu ni…
1 comment:
Maaf, kerana saya tidak dapat menghabiskan coretan Cinta 3 versi, kerana saya kena membuat banyak penyelidikan untuk menyambung cerita itu. Saya perlu mencari sumber Uda/Dara, Romeo/Juliet dan Laila/Qais. Lain kali ajelah ek!
Sebaliknya saya mulakan dengan cerita dongeng saya yang baru. Yang ini hanya hayalan semata-mata.
Post a Comment