Wednesday 21 January 2015

Pengorbanan Cinta 3 versi - Bab 2



BAB 2

Suri, ibu si Uda mencapai huluran si anak.
Berbuai-buai ikan-ikan itu apabila beralih tangan.
“Cepat balik Uda?”tanya si ibu.
“Hendak ribut bonda..”jawab si Uda.
Si ibu hanya angguk.
Punyalah dia leka menganyam tikar sehinggakan dia tidak perasan keadaan cuaca di luar.
Tekun betul dia menghabiskan kerjanya.
Uda tahu, si ibu perlu menyiapkan tempahan tikar itu. Sekurang-kurangnya bertambah juga rezeki buat mereka dua beranak.
Uda memegang palang di tingkap. Memikirkan si ibu tidak mengetahui hari hendak ribut. Takut pula dirinya yang perasan sendiri. Dia harus pastikan seratus peratus apa yang di kata.
Uda lega…
Dari jauh dia lihat awam masih hitam, namun masih terang di kampungnya.
Tidak jadi hendak ribut. Hujan sudah habis dicurahkan ke lautan agaknya, bisik hati kecil Uda.
“Anakanda, sekiranya anakanda ada terluang waktu, sudi kiranya anakanda membantu bonda?”tanya si ibu lagi.
“Bantuan apa, ya bonda?”Tanya si Uda.
“Tempahan tikar sudah bonda siapkan. Untuk Tok Ketua”kata si ibu dengan nada kendur.
Tertoleh si Uda apabila si ibu menyebut Tok Ketua.
Betulkan si ibu baru sahaja menyebut “Tok Ketua”?
Tok Ketua adalah bapa si Dara.
Tentu sahaja dia setuju hendak menghantarnya. Sekurang-kurangnya dapat juga di bertemu dengan si buah hati. Walaupun tidak secara terang, dapat melihat bayangnya sudah cukup.    
“Masakan anakanda tidak sudi membantu bonda! Apa sahaja buat bondaku tersayang..”kata Uda.
Si ibu tersenyum-senyum mendengar luahan kata si anak.
Sedangkan si Uda berbicara dengan dua makna.
Pertama, memang dia sentiasa akan membantu ibunya.
Kedua, tempat yang dituju ada seseorang yang menantinya.
“Mana tikarnya bonda?”tanya si Uda.     
“Nun di sana, sudah bonda gulungkan. Ada dua keping. Ibu pastikan corak yang paling menarik dan kemas buat Tok Ketua”kata si ibu lagi.
Uda berjalan perlahan menuju ke penjuru rumah yang ditunjukkan oleh si ibu, di mana dia sudah lihat dari jauh beberapa gulungan tikar tersandar di penjuru rumah.
Rumah kayu yang tidak ada perabut, memang mudah melihat apa sahaja yang ada di dalamnya.
“Larik biru satu, dan satu lagi larik merah pulasan. Itulah kepunyaan Tok Ketua” sambung si ibu lagi.
Segera Uda mengasingkan dua tikar yang diperkatakan, agar mudah dia mengusung tikar itu ke destinasinya kelak.
Bukannya dekat, mahu berpeluh juga dibuatnya.
Namun sejauh manapun rumah Tok Ketua, Uda pasti tidak ada masalah untuk berkunjung.
Lagipun dia hanya akan mengusung tikar, bukannya batu?
“Selepas solat nanti, akan saya uruskan..”kata si Uda lembut.
Si ibu hanya angguk.  

Uda melangkah lemah dengan dua helai tikar di junjung di atas kepala.
Nampak sasa si nelayan muda ini. Tidak perlu ke mana-mana kelab kesihatan untuk menampak otot-otot yang membenjol. Cukup sekadar kerja harian dan umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Sungguh mencabar untuk mencari sesuap nasi.
Namun bukan dia seorang, rata-rata penduduk di kampungnya hidup cara sedemikian.
Di turunnya gulungan tikar ke tanah.
Uda membetulkan kain yang menutup kepalanya yang sudah senget akibat tikar yang bergerak.
Kemudian di juaknya semula kedua-dua tikar tersebut ke atas kepalanya.
Dia tidak mengomel, kerana dia tahu, dia bakal mendapat sedikit rezeki tambahan hari ini.
“Hendak ke mana kau, Uda” terhenti Uda mendengar suara serorang perempuan menyapanya.
Tetapi saying, dia tidak mampu menoleh. Kedudukan tikar yang elok di atas kepalanya membuatkannya hanya menggunakan lerekan mata.
“Ahhh.. Mak Andak. Hamba mahu ke rumah Tok Kedua, Mak Andak..”jawab si Uda.
“Mak Andak pun hendak ke sana..”sambung perempuan yang si Uda panggil Mak Andak.  
Mereka berjalan seiring.
“Rasanya, Uda menghantar tikar itu, tepat kepada waktunya” sambung bicara Mak Andak.
Uda kerut muka, soalan “Kenapa” mula bermain di kepalanya.
“Mengapa, Mak Andak?”akhirnya dia bertanya.
“Eh! Uda tidak ketahuankah? Tok Ketua sedang bersedia untuk menerima tetamu istimewa. Katanya seorang saudagar kaya mahu singga”kata jujur seorang perempuan.
Hanya lirikan mata Uda memandang ke tanah. Tikar tetap dijunjungnya kemas di atas kepala.
Di dalam hati berbisik.
“Pastinya saudagar yang bakal berkunjung adalah teman Tok Ketua. Mereka hanya sekadar kunjung mengunjungi”kata hati si Uda.
“Uda!”Uda tertoleh apabila memanggil namanya dengan nada yang agak aneh.
“Ahhh.. lupakanlah..”tiba-tiba Mak Andak membatalkan niatnya hendak bertanya.
“Kenapa ya, Mak Andak?”Uda bertanya semula kepada soalan yang tidak dia dengar.
Uda tidak puas hati apabila Mak Andak  mematikan soalannya.
“Tidak ada apa-apa, Uda. Mak Andak hanya inginkan kepastian. Uda sayangkah dengan Si Dara?”akhirnya terpacul juga soalan Mak Andak.
Uda kerut muka lagi, apa punya soalan pula Mak Andak ni.
Tentulah dia sayangkan si Dara! Dara adalah satu-satunya perempuan yang bertahta di hatinya. Uda tahu, Dara juga menyimpan perasaan yang sama terhadapnya. Cuma jurang kehidupan yang memisahkan mereka. Dara, anak Tok Ketua yang ada kedudukan dan kaya. Sedangkan di Uda hanya seorang pemuda kampung yang miskin dan tidak punyai apa-apa.   Kecuali tulang empat kerat dan ketampanannya yang jauh lebih baik dari anak-anak orang kampung Marak Jingga. Namun, adakah ketampanan boleh cukup untuk melebelkan menjadi salah seorang calun menantu Tok Ketua?
“Hamba sayangkan si Dara, Mak Andak. Tetapi sayang, hamba belum bersedia hendak memperisterikannya. Maklumlah! Bukannya Mak Andak tidak tahu, siapalah hamba yang hina ini. Tetapi Mak Andak, hamba akan berusaha sebaik yang mungkin untuk hamba berjaya dalam hidup hamba”kata Uda dengan penuh yakin.
Terangguk-angguk Mak Andak mendengar si anak muda dengan semangat waja.
“Kita sudah hampir sampai, Mak Andak perlu segera ke dapur. Kirim salam kepada bondamu buat Mak Andak..”kata Mak Andak dan bergegas meninggalkan Uda sendirian dengan tikar mengkuang masih di atas kepala.
“Insyallah, Mak Andak” sempat juga Uda menjawab.
Di kaki tangga rumah besar milik Tok Ketua, Uda memberikan salam.
“Ahh.. Uda, silakan naik. Memang hamba menunggu tikar itu. Tetamu hamba akan tiba bila-bila masa sahaja hari ini”jawab Tok Ketua dengan riang.
Tikar di sorong ke atas rumah, sementara si Uda mencuci kakinya dengan menggunakan air di tempayan di sisi tangga kayu.
“Naik..naik. Uda boleh tolong tebarkan terus di ruang sana..”kata Tok Ketua lagi. Mengarah si Uda bagaikan si Uda salah seorang orang suruhannya.
“Tok ingin masuk ke dalam mengambil dinnar bayaran. Berapa ya Uda?”Tanya Tok Ketua.
“Tidak saya ketahui harganya, Tok! Mungkin sama seperti selalu..”kata si Uda.
Dia terlupa bertanya si ibu, harga sekeping tikar.
“Ohh..jika begitu, mudah buat Tok. Dua dinnar sekeping. Bukankah harganya dua dinnar sekeping Melati?”tanya Tok Ketua, sebaik sahaja dia terlihat kelibat isterinya yang lalu.
“Apanya kanda?”tanyanya, minta soalan diulang.
“Tikar Mak Suri..!”kata Tok Ketua.
“Dua dinnar jika tidak silap hamba”
“Tolong berikan 4 dinnar buat si Uda.Tok suka anyaman bonda, kemas dan cantik. Pastinya Megat Darwis tertawan dengan hamparan tikar baru hamba. Terima kasih, Uda menghantarnya tepat pada waktunya.   Tok juga berharap, Megat bukan sekadar mengkagumi tikar baru hamba, malah berkenan si Dara buat Megat Leman anak lelaki tunggalnya”kata Tok Ketua dengan riang di hati.
Terganga Uda mendengarnya.
Huh! Dia akan melepas untuk mendapat si Dara.
Buah hatinya bakal menjadi milik orang lain?
Tidak mungkin ini berlaku, kerana dia sudah berjanji dengan Dara, beberapa bulan yang lalu sewaktu mereka bertemu di pesta air.  
Dara juga sudah mengaku akan menunggu dirinya sehingga benar-benar mampu untuk memiliki dirinya.
Itu kata si Dara?
Kata orang tuanya?   
Sudah terlambatkah dia?
Adakah sudah pasti dia sudah tidak ada jodoh dengan Dara?
Mahu rasanya si Uda meluahkan hatinya kepada Tok Ketua saat ini.
Tetapi mampukah dia?
Uda sedar, siapa dirinya.
Tidak berfaedah dia meluahkan rasa hanya dengan air liur!
Pastinya Tok Ketua akan hilang pertimbangan apabila di sua dengan berbagai hadiah.
Hadiah yang mahal-mahal.
Yang pastinya Uda tidak dapat memberinya!
Dara oh Dara, jika benar tuan hamba masih sayangkan hamba.
Tolong! Berilah hamba beberapa purnama.
Akan hamba berusaha mencari kebahagian yang keluarga Dara inginkan.
Kebahagian yang berlandaskan harta benda!
Ingat tu Dara, hamba akan tunaikan!
Nekat seorang nelayan bernama UDA buat DARA..      

4 comments:

Rose Ezadora said...

Makin lama makin sunyi blog saya ni.. hu..hu..Maaf tidak bersempatan menyambung coretan. Sudah berat, menunggu hari kehadiran anak kedua. Sabo ajelah!!

Rose Ezadora said...

9 February di tunggu dengan debar. "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

"YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."
Insyallah..

Unknown said...

Takpe kami faham... Dan setia menunggu :)

Unknown said...

Tahniah!