BAB
2
Berbuai-buai
ikan-ikan itu apabila beralih tangan.
“Cepat
balik Uda?”tanya si ibu.
“Hendak
ribut bonda..”jawab si Uda.
Si
ibu hanya angguk.
Punyalah
dia leka menganyam tikar sehinggakan dia tidak perasan keadaan cuaca di luar.
Uda
tahu, si ibu perlu menyiapkan tempahan tikar itu. Sekurang-kurangnya bertambah
juga rezeki buat mereka dua beranak.
Uda
memegang palang di tingkap. Memikirkan si ibu tidak mengetahui hari hendak
ribut. Takut pula dirinya yang perasan sendiri. Dia harus pastikan seratus
peratus apa yang di kata.
Uda
lega…
Dari
jauh dia lihat awam masih hitam, namun masih terang di kampungnya.
Tidak
jadi hendak ribut. Hujan sudah habis dicurahkan ke lautan agaknya, bisik hati
kecil Uda.
“Anakanda,
sekiranya anakanda ada terluang waktu, sudi kiranya anakanda membantu bonda?”tanya
si ibu lagi.
“Bantuan
apa, ya bonda?”Tanya si Uda.
“Tempahan
tikar sudah bonda siapkan. Untuk Tok Ketua”kata si ibu dengan nada kendur.
Tertoleh
si Uda apabila si ibu menyebut Tok Ketua.
Betulkan
si ibu baru sahaja menyebut “Tok Ketua”?
Tok
Ketua adalah bapa si Dara.
Tentu
sahaja dia setuju hendak menghantarnya. Sekurang-kurangnya dapat juga di
bertemu dengan si buah hati. Walaupun tidak secara terang, dapat melihat
bayangnya sudah cukup.
“Masakan
anakanda tidak sudi membantu bonda! Apa sahaja buat bondaku tersayang..”kata
Uda.
Si
ibu tersenyum-senyum mendengar luahan kata si anak.
Sedangkan
si Uda berbicara dengan dua makna.
Pertama,
memang dia sentiasa akan membantu ibunya.
Kedua,
tempat yang dituju ada seseorang yang menantinya.
“Mana
tikarnya bonda?”tanya si Uda.
“Nun
di sana, sudah bonda gulungkan. Ada dua keping. Ibu pastikan corak yang paling
menarik dan kemas buat Tok Ketua”kata si ibu lagi.
Uda
berjalan perlahan menuju ke penjuru rumah yang ditunjukkan oleh si ibu, di mana
dia sudah lihat dari jauh beberapa gulungan tikar tersandar di penjuru rumah.
Rumah
kayu yang tidak ada perabut, memang mudah melihat apa sahaja yang ada di
dalamnya.
“Larik
biru satu, dan satu lagi larik merah pulasan. Itulah kepunyaan Tok Ketua”
sambung si ibu lagi.
Segera
Uda mengasingkan dua tikar yang diperkatakan, agar mudah dia mengusung tikar
itu ke destinasinya kelak.
Bukannya
dekat, mahu berpeluh juga dibuatnya.
Namun
sejauh manapun rumah Tok Ketua, Uda pasti tidak ada masalah untuk berkunjung.
Lagipun
dia hanya akan mengusung tikar, bukannya batu?
“Selepas
solat nanti, akan saya uruskan..”kata si Uda lembut.
Si
ibu hanya angguk.
Uda
melangkah lemah dengan dua helai tikar di junjung di atas kepala.
Nampak
sasa si nelayan muda ini. Tidak perlu ke mana-mana kelab kesihatan untuk
menampak otot-otot yang membenjol. Cukup sekadar kerja harian dan umpama kais pagi
makan pagi dan kais petang makan petang.
Sungguh
mencabar untuk mencari sesuap nasi.
Namun
bukan dia seorang, rata-rata penduduk di kampungnya hidup cara sedemikian.
Di
turunnya gulungan tikar ke tanah.
Uda
membetulkan kain yang menutup kepalanya yang sudah senget akibat tikar yang bergerak.
Kemudian
di juaknya semula kedua-dua tikar tersebut ke atas kepalanya.
Dia
tidak mengomel, kerana dia tahu, dia bakal mendapat sedikit rezeki tambahan
hari ini.
“Hendak
ke mana kau, Uda” terhenti Uda mendengar suara serorang perempuan menyapanya.
Tetapi
saying, dia tidak mampu menoleh. Kedudukan tikar yang elok di atas kepalanya
membuatkannya hanya menggunakan lerekan mata.
“Ahhh..
Mak Andak. Hamba mahu ke rumah Tok Kedua, Mak Andak..”jawab si Uda.
“Mak
Andak pun hendak ke sana..”sambung perempuan yang si Uda panggil Mak Andak.
Mereka
berjalan seiring.
“Rasanya,
Uda menghantar tikar itu, tepat kepada waktunya” sambung bicara Mak Andak.
Uda
kerut muka, soalan “Kenapa” mula bermain di kepalanya.
“Mengapa,
Mak Andak?”akhirnya dia bertanya.
“Eh!
Uda tidak ketahuankah? Tok Ketua sedang bersedia untuk menerima tetamu
istimewa. Katanya seorang saudagar kaya mahu singga”kata jujur seorang
perempuan.
Hanya
lirikan mata Uda memandang ke tanah. Tikar tetap dijunjungnya kemas di atas
kepala.
Di
dalam hati berbisik.
“Pastinya
saudagar yang bakal berkunjung adalah teman Tok Ketua. Mereka hanya sekadar kunjung
mengunjungi”kata hati si Uda.
“Uda!”Uda
tertoleh apabila memanggil namanya dengan nada yang agak aneh.
“Ahhh..
lupakanlah..”tiba-tiba Mak Andak membatalkan niatnya hendak bertanya.
“Kenapa
ya, Mak Andak?”Uda bertanya semula kepada soalan yang tidak dia dengar.
Uda
tidak puas hati apabila Mak Andak mematikan
soalannya.
“Tidak
ada apa-apa, Uda. Mak Andak hanya inginkan kepastian. Uda sayangkah dengan Si
Dara?”akhirnya terpacul juga soalan Mak Andak.
Uda
kerut muka lagi, apa punya soalan pula Mak Andak ni.
Tentulah
dia sayangkan si Dara! Dara adalah satu-satunya perempuan yang bertahta di hatinya.
Uda tahu, Dara juga menyimpan perasaan yang sama terhadapnya. Cuma jurang
kehidupan yang memisahkan mereka. Dara, anak Tok Ketua yang ada kedudukan dan
kaya. Sedangkan di Uda hanya seorang pemuda kampung yang miskin dan tidak
punyai apa-apa. Kecuali tulang empat kerat dan ketampanannya
yang jauh lebih baik dari anak-anak orang kampung Marak Jingga. Namun, adakah
ketampanan boleh cukup untuk melebelkan menjadi salah seorang calun menantu Tok
Ketua?
“Hamba
sayangkan si Dara, Mak Andak. Tetapi sayang, hamba belum bersedia hendak
memperisterikannya. Maklumlah! Bukannya Mak Andak tidak tahu, siapalah hamba
yang hina ini. Tetapi Mak Andak, hamba akan berusaha sebaik yang mungkin untuk
hamba berjaya dalam hidup hamba”kata Uda dengan penuh yakin.
Terangguk-angguk
Mak Andak mendengar si anak muda dengan semangat waja.
“Kita
sudah hampir sampai, Mak Andak perlu segera ke dapur. Kirim salam kepada
bondamu buat Mak Andak..”kata Mak Andak dan bergegas meninggalkan Uda sendirian
dengan tikar mengkuang masih di atas kepala.
“Insyallah,
Mak Andak” sempat juga Uda menjawab.
Di
kaki tangga rumah besar milik Tok Ketua, Uda memberikan salam.
“Ahh..
Uda, silakan naik. Memang hamba menunggu tikar itu. Tetamu hamba akan tiba
bila-bila masa sahaja hari ini”jawab Tok Ketua dengan riang.
Tikar
di sorong ke atas rumah, sementara si Uda mencuci kakinya dengan menggunakan
air di tempayan di sisi tangga kayu.
“Naik..naik.
Uda boleh tolong tebarkan terus di ruang sana..”kata Tok Ketua lagi. Mengarah
si Uda bagaikan si Uda salah seorang orang suruhannya.
“Tok
ingin masuk ke dalam mengambil dinnar bayaran. Berapa ya Uda?”Tanya Tok Ketua.
“Tidak
saya ketahui harganya, Tok! Mungkin sama seperti selalu..”kata si Uda.
Dia
terlupa bertanya si ibu, harga sekeping tikar.
“Ohh..jika
begitu, mudah buat Tok. Dua dinnar sekeping. Bukankah harganya dua dinnar
sekeping Melati?”tanya Tok Ketua, sebaik sahaja dia terlihat kelibat isterinya
yang lalu.
“Apanya
kanda?”tanyanya, minta soalan diulang.
“Tikar
Mak Suri..!”kata Tok Ketua.
“Dua
dinnar jika tidak silap hamba”
“Tolong
berikan 4 dinnar buat si Uda.Tok suka anyaman bonda, kemas dan cantik. Pastinya
Megat Darwis tertawan dengan hamparan tikar baru hamba. Terima kasih, Uda
menghantarnya tepat pada waktunya. Tok juga berharap, Megat bukan sekadar
mengkagumi tikar baru hamba, malah berkenan si Dara buat Megat Leman anak lelaki
tunggalnya”kata Tok Ketua dengan riang di hati.
Terganga
Uda mendengarnya.
Huh!
Dia akan melepas untuk mendapat si Dara.
Buah
hatinya bakal menjadi milik orang lain?
Tidak
mungkin ini berlaku, kerana dia sudah berjanji dengan Dara, beberapa bulan yang
lalu sewaktu mereka bertemu di pesta air.
Dara
juga sudah mengaku akan menunggu dirinya sehingga benar-benar mampu untuk memiliki
dirinya.
Itu
kata si Dara?
Kata
orang tuanya?
Sudah
terlambatkah dia?
Adakah
sudah pasti dia sudah tidak ada jodoh dengan Dara?
Mahu
rasanya si Uda meluahkan hatinya kepada Tok Ketua saat ini.
Tetapi
mampukah dia?
Uda
sedar, siapa dirinya.
Tidak
berfaedah dia meluahkan rasa hanya dengan air liur!
Pastinya
Tok Ketua akan hilang pertimbangan apabila di sua dengan berbagai hadiah.
Hadiah
yang mahal-mahal.
Yang
pastinya Uda tidak dapat memberinya!
Dara
oh Dara, jika benar tuan hamba masih sayangkan hamba.
Tolong!
Berilah hamba beberapa purnama.
Akan
hamba berusaha mencari kebahagian yang keluarga Dara inginkan.
Kebahagian
yang berlandaskan harta benda!
Ingat
tu Dara, hamba akan tunaikan!
Nekat
seorang nelayan bernama UDA buat DARA..
4 comments:
Makin lama makin sunyi blog saya ni.. hu..hu..Maaf tidak bersempatan menyambung coretan. Sudah berat, menunggu hari kehadiran anak kedua. Sabo ajelah!!
9 February di tunggu dengan debar. "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."
"YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."
Insyallah..
Takpe kami faham... Dan setia menunggu :)
Tahniah!
Post a Comment