Tuesday 13 January 2015

Pengorbanan Cinta Tiga versi - Bab 1



UDA DAN DARA

BAB 1

Uda memandang ke langit. Nampak awan hitam yang berarak berlahan di ufuk timur. Gaya seperti hendak hujan, dia perlu pulang segera. Takut pula terperangkap di dalam hujan, silap-silap menjadi mangsa rebut.
“Ya ALLAH, selamatkan aku..”kata Uda perlahan,
Dia memanjatkan doa agar dia mendapat perlindungan yang Satu.
Pandangannya terpaku ke arah beberapa ekor ikan yang sedang terkotek-kotek cuba bernafas di atas daratan.
Wahai ikan, manakan mungkin.
Wassalam kau ikan,
Bukankah kau bernafas dengan air, bukan udara.
Walaupuna “air” adalah ejaaan orang melayu dan “air” adalah ejaan orang puteh untuk udara.
Confuse, confuse, confuse
Yang pastinya kau perlukan “air” dalam bahasa melayu baru kau boleh hidup.
Bukan “air” orang puteh.
Itu untuk manusia dan hidupan seangkatan dengannya..
Eh! Uda mana tahu bahasa Inggeris di waktu itu?
Chiss.. merapu aje si penulis ni!
Dia cuma tahu “air” cecair jernih yang sangat diperlukan oleh manusia untuk hidup.
Bukan hanya buat si ikan!
Ikan masih terkotek-kotek, dari kuat kepada perlahan, dan perlahan dan perlahan dan terus diam.
kan mana mampu berfikir, itulah sebabnya orang-orang tua melarang memakan otak ikan, kerana dikuatiri menjadi tidak cerdik.
Sedangkan bahagian otak ikanlah yang paling enak!
Lupakan kesah otak ikan, berbalik kepada kesah si ikan yang sudah nyawa-nyawa ikan.
Tidak ada kena mengenapun di antara otak ikan dengan orang tidak cerdik!
Nasiblah kau otak ikan!

Dipegangnya ekor si ikan, satu persatu.
Ahhh..hanya 4 ekor sahaja.
Namun dia bersyukur, Alhamdulillah. Itu sahaja rezekinya untuk hari ini.
Dia perlu beredar segera sebelum dia pula menjadi rezeki kepada apa sahaja makluk di dasar lautan kerana di pukul rebut.
Dayungan di kuak kuat dan beransur perahu berundur dengan ayunan ombak yang sudah beralun tinggi.
Cepat Uda, kau kena cepat!
Sudah tidak menoleh ke kiri mahupun ke kanan.
Di laut, mana ada traffik yang perlu dia awasi!
Lagipun mana ada track jalan?
Tidak perlu bersusah payahpun hendak memandang ke kiri mahupun ke kanan kerana pandangannya sama sahaja, iaitu lautan air yang beralun dan berombak.  
Dayung dikuak lagi. Laju.
Dia mahu sampai segera di pantai, apabila ombak sudah pecah, dia tidak perlu penat-penat mendayung dan dia pasti tidak akan dibawa oleh arus kerana ombak dengan sendirinya akan membawanya pulang ke tepian pantai.
Itulah sahaja harapannnya.

Dayung punya dayung, akhirnya sampai jua si Uda ke tepian pantai.
Segera dia melompat keluar dari perahu usangnya dan menolak perahu itu ke darat.
Pasir yang lembut hanya terkuak apabila berat perahu yang di sorong oleh si Uda kerana memaksanya ke tepi.
Uda menghela nafaznya.
Awan hitam yang berarak perlahan sudah berjaya dilepasinya, tetapi tidak lama. Awan tersebut bagaikan ada berkaki mengejarnya, tup-tup sudah berada betul-betul tegak di atas kepala.
“Uda?” tertoleh Uda ke arah suara.
Uda senyum.
Teman sepermainannya di Komeng.
“Bagaimana rezeki tuan hamba hari ini?”tanya si Komeng
“Hamba hanya di anugerahkan 4 ekor rezeki hari, Tuan Hamba bagaimana pula?”Tanya Uda seletah menjawab soalan di Komeng.
“Adalah sedikit lebih dari tuan hamba. Rezeki hamba ada terjerat sotong kureta dan beberapa ekor ketam bunga. Pasti gembira si Melur dan si Mawar. Anak-anak hamba sukakan ketam..”kata si Komeng dengan tertawa kecil dan senyuman tak sudah.
Dia tersenyum kerana teringatkan Jelita, nama isterinya juga pengemar ketam.
Tidak betah dia menceritakan kesukaan si isteri kepada si Uda, yang masih bujang.
Cukup sahaja menyebut nama anak-anak.    
Eh! Uda, hamba beransur dahulu, ketemu lagi nanti ya? Insyallah.
Kata Komeng, meninggalkan Uda yang sedang menyisip insang ikan dengan tali yang dibuatnya dari batang pisang.
Tali batang pisang yang sudah dibuatnya bebehari yang lalu.
Mata merenung rezekinya hari ini.
Dari kejauhan dia Nampak beberapa perahu lain yang baru sahaja mendapat di pantai.
Tetapi dia tidak pasti siapakah orang-orang itu kerana agak jauh.
Yang dia pasti, mereka-mereka itu adalah orang kampong dan sama sepertinya mencari rezeki sebagai nelayan.
  
Haiyla! Jika berterusan begini, mampukah dia menyimpan sedikit dana untuk meminang buah hati pengarang jantungnya, si Dara.
Dara gadis rebutan kampung. Dia cantik, berbudi bahasa dan dari keluarga orang baik-baik.
Mereka sudah lama berkawan. Malah Uda tahu Dara juga sukakan dirinya.
Yang menjadi penghalang besar ialah, dia adalah anak Tuk Penghulu!
Sedangkan dirinya hanya seorang nelayan dan dari keluarga yang serba kekurangan.
Ya Allah, Adakah Dara jodohku?
Mampukah aku merobah hidupku untuk membuat Dara senang bersamaku apabila menjadi isteriku kelak?
Mampukah aku merobah itu semua?
Berulang-ulang Uda bertanyakan persoalan yang sudah lama dia persoalkan. Namun hanya sekadar soalan.
Jawapan tidak pernah ditemui. Jawapan yang masih bersembunyi di balik awal hitam agaknya..
Manakan boleh berjumpa jika berterusan bersembunyi di awan hitam!
Awan kau harus bertukar warna, ke warna lagi cerah, agar dapat aku selak dan cari jawapan yang selama ini aku tunggu!
Uda memandang kea rah ikan lalu ikan yang sudah bersusun tersisip tali batang pisang dijinjingnya bersama dayung yang dikepit di ketiak.
Mana mungkin,
Uda bermonolog sendiri.. 
Sampai bila aku tidak bertemu jawapannya di balik awan. Tidak kiralah awan itu masih hitap atau sudah berubah cerah!
Aku perlu cari jawapannya sendiri.
Aku sendiri yang perlu merobahnya.
Persoalan demi persoalan yang bermain di kepala Uda di sepanjang dia pulang ke teratak usangnya.
Adakah si Dara pasti kepunyaan si Uda?
Persoalan yang tidak ada penghujungnya.
Uda, jika kau mahu si Dara menjadi milikmu kau harus bertindak segera!
Ya! Segera..
Uda menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Memikirkan apakah tindakan yang perlu diambilnya segera.
Bagaimana caranya?
Mampukah aku? 

1 comment:

Rose Ezadora said...

Cerita baru, harap mendapat sokongan dari pembaca..