UDA
DAN DARA
BAB 1
Uda
memandang ke langit. Nampak awan hitam yang berarak berlahan di ufuk timur.
Gaya seperti hendak hujan, dia perlu pulang segera. Takut pula terperangkap di
dalam hujan, silap-silap menjadi mangsa rebut.
“Ya
ALLAH, selamatkan aku..”kata Uda perlahan,
Dia
memanjatkan doa agar dia mendapat perlindungan yang Satu.
Pandangannya
terpaku ke arah beberapa ekor ikan yang sedang terkotek-kotek cuba bernafas di
atas daratan.
Wahai
ikan, manakan mungkin.
Bukankah
kau bernafas dengan air, bukan udara.
Walaupuna
“air” adalah ejaaan orang melayu dan “air”
adalah ejaan orang puteh untuk udara.
Confuse, confuse,
confuse
Yang
pastinya kau perlukan “air” dalam bahasa melayu baru kau boleh hidup.
Bukan
“air” orang puteh.
Itu
untuk manusia dan hidupan seangkatan dengannya..
Eh!
Uda mana tahu bahasa Inggeris di waktu itu?
Chiss..
merapu aje si penulis ni!
Dia
cuma tahu “air” cecair jernih yang sangat diperlukan oleh manusia untuk hidup.
Bukan
hanya buat si ikan!
Ikan
masih terkotek-kotek, dari kuat kepada perlahan, dan perlahan dan perlahan dan
terus diam.
kan
mana mampu berfikir, itulah sebabnya orang-orang tua melarang memakan otak
ikan, kerana dikuatiri menjadi tidak cerdik.
Sedangkan
bahagian otak ikanlah yang paling enak!
Lupakan
kesah otak ikan, berbalik kepada kesah si ikan yang sudah nyawa-nyawa ikan.
Tidak
ada kena mengenapun di antara otak ikan dengan orang tidak cerdik!
Nasiblah
kau otak ikan!
Dipegangnya
ekor si ikan, satu persatu.
Ahhh..hanya
4 ekor sahaja.
Namun
dia bersyukur, Alhamdulillah. Itu sahaja rezekinya untuk hari ini.
Dia
perlu beredar segera sebelum dia pula menjadi rezeki kepada apa sahaja makluk
di dasar lautan kerana di pukul rebut.
Dayungan
di kuak kuat dan beransur perahu berundur dengan ayunan ombak yang sudah
beralun tinggi.
Cepat
Uda, kau kena cepat!
Sudah
tidak menoleh ke kiri mahupun ke kanan.
Di
laut, mana ada traffik yang perlu dia awasi!
Lagipun
mana ada track jalan?
Tidak
perlu bersusah payahpun hendak memandang ke kiri mahupun ke kanan kerana
pandangannya sama sahaja, iaitu lautan air yang beralun dan berombak.
Dayung
dikuak lagi. Laju.
Dia
mahu sampai segera di pantai, apabila ombak sudah pecah, dia tidak perlu
penat-penat mendayung dan dia pasti tidak akan dibawa oleh arus kerana ombak
dengan sendirinya akan membawanya pulang ke tepian pantai.
Itulah
sahaja harapannnya.
Dayung
punya dayung, akhirnya sampai jua si Uda ke tepian pantai.
Segera
dia melompat keluar dari perahu usangnya dan menolak perahu itu ke darat.
Pasir
yang lembut hanya terkuak apabila berat perahu yang di sorong oleh si Uda kerana
memaksanya ke tepi.
Uda
menghela nafaznya.
Awan
hitam yang berarak perlahan sudah berjaya dilepasinya, tetapi tidak lama. Awan
tersebut bagaikan ada berkaki mengejarnya, tup-tup sudah berada betul-betul
tegak di atas kepala.
“Uda?”
tertoleh Uda ke arah suara.
Uda
senyum.
Teman
sepermainannya di Komeng.
“Bagaimana
rezeki tuan hamba hari ini?”tanya si Komeng
“Hamba
hanya di anugerahkan 4 ekor rezeki hari, Tuan Hamba bagaimana pula?”Tanya Uda
seletah menjawab soalan di Komeng.
“Adalah
sedikit lebih dari tuan hamba. Rezeki hamba ada terjerat sotong kureta dan beberapa
ekor ketam bunga. Pasti gembira si Melur dan si Mawar. Anak-anak hamba sukakan
ketam..”kata si Komeng dengan tertawa kecil dan senyuman tak sudah.
Dia
tersenyum kerana teringatkan Jelita, nama isterinya juga pengemar ketam.
Tidak
betah dia menceritakan kesukaan si isteri kepada si Uda, yang masih bujang.
Cukup
sahaja menyebut nama anak-anak.
Eh!
Uda, hamba beransur dahulu, ketemu lagi nanti ya? Insyallah.
Kata
Komeng, meninggalkan Uda yang sedang menyisip insang ikan dengan tali yang
dibuatnya dari batang pisang.
Tali
batang pisang yang sudah dibuatnya bebehari yang lalu.
Mata
merenung rezekinya hari ini.
Dari
kejauhan dia Nampak beberapa perahu lain yang baru sahaja mendapat di pantai.
Tetapi
dia tidak pasti siapakah orang-orang itu kerana agak jauh.
Yang
dia pasti, mereka-mereka itu adalah orang kampong dan sama sepertinya mencari
rezeki sebagai nelayan.
Haiyla!
Jika berterusan begini, mampukah dia menyimpan sedikit dana untuk meminang buah
hati pengarang jantungnya, si Dara.
Dara
gadis rebutan kampung. Dia cantik, berbudi bahasa dan dari keluarga orang
baik-baik.
Mereka
sudah lama berkawan. Malah Uda tahu Dara juga sukakan dirinya.
Yang
menjadi penghalang besar ialah, dia adalah anak Tuk Penghulu!
Sedangkan
dirinya hanya seorang nelayan dan dari keluarga yang serba kekurangan.
Ya
Allah, Adakah Dara jodohku?
Mampukah
aku merobah hidupku untuk membuat Dara senang bersamaku apabila menjadi
isteriku kelak?
Mampukah
aku merobah itu semua?
Berulang-ulang
Uda bertanyakan persoalan yang sudah lama dia persoalkan. Namun hanya sekadar
soalan.
Jawapan
tidak pernah ditemui. Jawapan yang masih bersembunyi di balik awal hitam
agaknya..
Manakan
boleh berjumpa jika berterusan bersembunyi di awan hitam!
Awan
kau harus bertukar warna, ke warna lagi cerah, agar dapat aku selak dan cari
jawapan yang selama ini aku tunggu!
Uda
memandang kea rah ikan lalu ikan yang sudah bersusun tersisip tali batang
pisang dijinjingnya bersama dayung yang dikepit di ketiak.
Mana
mungkin,
Uda
bermonolog sendiri..
Sampai
bila aku tidak bertemu jawapannya di balik awan. Tidak kiralah awan itu masih
hitap atau sudah berubah cerah!
Aku
perlu cari jawapannya sendiri.
Aku
sendiri yang perlu merobahnya.
Persoalan
demi persoalan yang bermain di kepala Uda di sepanjang dia pulang ke teratak
usangnya.
Adakah
si Dara pasti kepunyaan si Uda?
Persoalan
yang tidak ada penghujungnya.
Uda,
jika kau mahu si Dara menjadi milikmu kau harus bertindak segera!
Ya!
Segera..
Uda
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Memikirkan
apakah tindakan yang perlu diambilnya segera.
Bagaimana
caranya?
Mampukah
aku?
1 comment:
Cerita baru, harap mendapat sokongan dari pembaca..
Post a Comment