Bab 25
“Hani!“ tersentak Hani apabila terdengar namanya dipanggil. Aqram rasa
bersalah pula apabila melihat Hani hanya diam dan tunduk. Mungkin ada perkataan
yang menyinggung hati si perempuan. Dia tidak mengetahui apa yang Hani sedang
fikirkan. Sebenarnya Hani terkenangkan ayat yang baru didengarnya, dan itu
mengingatkan dia kepada si jantung hatinya, Khasif. Di kepalanya bertanya lagi,
adakah ini kebetulan atau suratan?
“Hani, maafkan saya, jika perkataan saya tadi ....“ kata Aqram, lembut.
“Tak apa Aqram.. saya cuma teringat sesuatu..“ kata Hani jujur.
“Maafkan saya..“ ulang Aqram.
“Dah jom“ meminta Hani mengekorinya untuk meneruskan perjalanan yang
masih jauh.