Monday 8 May 2017

Mungkin Ya - Bab 15


Bab 15

Satu lagi pagi yang membuat Amy terkial-kial membantu menjual nasi lemaknya. Bilalah agaknya dia akan pandai dan cekap. Berilah dia peluang, Tersemat ketat semangat yang membara dan juga kecekalan dirinya untuk meneruskan bidang perniagaan kecil-kecilan ini cukup kukuh untuk dia memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya.

Saturday 6 May 2017

Mungkin Ya - bab 14

Bab 14

 

Di Malaysia

 

Tangan Mona ligat membungkus nasi lemak yang sudah dipesan oleh pelanggan. Amboi, skill kemahirannya masih utuh. Cantik dan kemas lipatannya, walaupun nasi sudah ditambah dengan sebiji telur dan satu keratan rendang ayam. Amy tersenyum melihat emaknya yang gigih memastikan bungkusan daun pisang tidak pecah.

Hendak harapkan Amy membungkus! Sebungkuspun dia mengambil masa hampir dua minit! Mana boleh? Setiap saat penting, untuk menjaga hati pelanggan. Tambah-tambah hari pertama berniaga. Jika asyik terbelek-belek, memikirkan cara membungkus yang baik, buat pembeli tertunggu-tunggu, mahu mereka cabut weh!

Sunday 23 April 2017

Mungkin Ya - Bab 13

Bab 13

Mona menoleh keluar kerana dia terdengar engin kereta berhenti di halaman.

Bukannya perkara luar biasa, terdengar bunyi kereta berhenti di halaman. Tetapi hari ini lain pula halnya. Perasaan ingin tahu mengenai persekolahan cucu amat mengembirakannya. Terjengok-jengok bagaikan leher zirafah.

Alih-alih muncul seorang, ya seorang sahaja yang Mona nampak yang keluar dari perut kereta. Mana Amy? Mana budak-budak? Mana pula mereka sudah pergi? Dia mengerti ketiadaan budak-budak sudah tentunya memulakan hari pertama persekolahan! Yang si Amy pula takkan masuk sekolah sama? Banyak soal pula si perempuan tua ini.

Thursday 6 April 2017

Cerita ceriti...

Maaf, saya tidak dapat upload chapter baru bagi kedua-dua coretan, Antara Dara, Layla dan Juliet mahupun Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak kerana saya sebok mengedit kedua-dua coretan itu. Mengharapkan keajaiban berlaku agar saya dapat menghabiskan kedua-duanya sebelum hujung tahun. Yang ada sekarang baru bawah 200 pages... Mahu lebih dari 300 muka surat lagi niiiii...

Huwaaaa.... rasa hendak nagis!! Mampukah saya ni?

Rose.. kau boleh...
Ya, saya boleh.

Sendiri Tanya, sendiri Jawab!

Thursday 30 March 2017

Masih mencari cari...

Kemanakah teman-teman yang sering menceriakan blog ini satu ketika dahulu. Saya perlu menunaikan janji saya. Please, contact me through PM FB rose ezadora. Setakat ini baru 2 orang yang sudah saya hubungi..


blu4sky
Nadia Nasir
reixan
sufi_jamal
yishxn
mak eiteng
miss nuya


Janji tetap janji...

Saturday 25 March 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet - Bab 8





Bab 8

Nani angkat keningnya ke arah Tok Ma dengan siap muncung mulut menala ke arah si budak perempuan yang sedang beranggan. Teruk juga rupanya cinta monyet ni kan! Persoalannya pandaikah si monyet bercinta? Tidak pasal-pasal kena pinjam nama untuk dijadikan perumpamaan. Versi orang putih lagi teruk “puppy love”. Apa tahunya si anak anjing selain dari makan,  tidur dan main. Memandangkan darah Kerry separuh Asia dan separuh Eropah, bagaimana agaknya campuran monyet dan anjing… cinta monjing kut!

Tok Ma hanya cebek muka dan dengan menggunakan bahasa isyarat dan gerakan bibir yang memberitahu si  Nani bahawa budak perempuan itu sedang anggau. Sporting juga Tok Mama.
Nani pula bertanya dengan bahasa bisikan juga, “Kenapa”
“Nani tanya dia sendirilah..”jawab Tok ma,

Tuesday 14 March 2017

JYT


Inilah rupa karya saya yang pertama. Terima kasih Anaasa kerana mempercayai karya saya boleh dibukukan dan memberi peluang sekali gus menyuntik semangat kepada saya untuk tidak membiarkan hanya Jodoh Yang Tertangguh sahaja yang dijilid. Yang lain juga perlu ikut sama, insyallah. Dengan keizinan MU jua YA ALLAH.

 PS: Saya ingin lunaskan janji saya. Saya harap teman-teman di alam maya yang tersenarai di bawah dapat Private Message Facebook "Rose Ezadora". Kerana kamu semua, terjilidnya contengan ini. Janji mesti ditunaikan.

blu4sky
Nadia Nasir
reixan
sufi_jamal
yishxn
mak eiteng
miss nuya

Salam mesra

Monday 13 March 2017

SYUKUR

Hari ini mencatit sejarah dalam hidup saya. Terjilidnya coretan "Jodoh yang Tertangguh" oleh Anaasa publication.

Tuesday 21 February 2017

Cerita selingan

Salam semua pembaca blog saya ini. Tulah, saya asyik coret cerita aje, tentu bosan baca cerita saya kan? uhuk! Kalau hendak dikira sudah 10 coretan yang sudah saya tulis. Nanti jap, betul ke jumlah 10? Okey kita list  satu persatu.
Yang pertama "Seindah Jacaranda". Humm coretan yang penuh makna, maklumlah its my first maserpiece. Walaupun caca marba, but to me still have a sentimantal value. Perasan...Alhamdulillah selamat di tamatkan.
Kedua, "Inikah Kesudahannya", love the story sebab my last vacation with my abah ke Frazer Hill. Juga dapat ditamatkan.
Yang Ketiga, "Indahnya Takdir". bukan main susah saya menghabiskan cerita ini, namun berjaya . Syukur
Yang Keempat, "Jodoh yang tertangguh", cerita yang setiap kali saya baca, saya sendiri yang feeling. Sudah teruk rupanya emosi saya. Bersungguh-sungguh saya menamatkannya.
Kelima, "Perempuan", cerita kesah kehidupan harian seorang yang sejenis dengan saya. seronok juga saya menamatkan ceritanya.
Keenam, teringin membuat sequel kepada "Indahnya Takdir", tercipta coretan "30 Jam yang Indah Bersamamu". Indahkah?
Ketujuh, "Bila Dia Ada". Sudah berzaman tak siap-siap. Tunggu tau, saya akan cuba menghabiskan cerita ini.
Kelapan,":Korban Cinta 3 versi" tapi nampaknya cerita ini sudah tidak ujud kerana saya sudah edit dan sambungkan dengan cerita "Antara Dara, Layla dan Juliet" hu hu
Jadi tajuk yang ini megambil tempat kelapan "Mungkin Ya, mungkin juga tidak". Satu lagi yang belum dapat di selesaikan. Sabar, insyallah saya akan tamatkan.
Kesembilan, idea muncul tiba-tiba coretan "Antara Dara, Layla dan Juliet"...harap-harap yang ini tidak terbengkalai..
Diam tak diam, sudah ada 6 yang sudah selesai tapi yang 3 lagi nih bila hendak selesai?
Sudah hampir mid night. tidurlah sayang!!!
Jumpa esok insyallah..
Good Night, Sleep tight

Thursday 16 February 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet - bab 6

Bab 6



Kedua-dua anak gadis bukan main lain melepak di atas pasir sambil mengira ombak yang berkejaran. Berehat melepaskan lelah selepas merayau beberapa tempat di sekitar kampung. Mahu tidak penatnya, mereka hanya berjalan kaki di tengah panas rembang. Hendak menaiki kereta, siapa pula yang pandai memandu? Hendak mengayuh basikal, si Hasnani pandai, tetapi si budak seorang lagi tu! Akhirnya keputusan dibuat, mereka hanya menggunakan kudrat kaki. Memang benar kata Hasnani, tidak ada banyak tempat yang perlu di bawa si budak berdarah kacukan  itu.

Wednesday 8 February 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet - bab 5



Bab 5   

Kerry masih dengan aksi bagaikan tiada apa yang berlaku, terpaku dengan hujung jari masih di bibirnya.
Termalulah tuh!
“Kerry mari sini dan ambil ni. Simpan dalam peti sejuk beku..” kata Tok Mama dengan lantang sambil tangan menghulurkan sesuatu kepada Kerry.
Kerry berjalan pantas untuk menyambut entah apa yang sedang dihulur oleh Tok Mama, siap minta dia simpan ke deep freezer. Apakah bendanya yang perlu disimpan di situ.
“Ikan kut?” bisik hati Kerry.      
“Eh! Bukan ikan ni, benda lain” jawab hati Kerry lagi.
“Pergi simpan kat freezer..”ulang Tok Mama.
Kerrypun memalingkan badannya hendak menuju ke dapur.

Monday 30 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet - bab 4



Bab 4

Mata Kerry membulat merenung perkataan perkataan yang membuat dia tidak faham langsung dengan ayat yang dia baca.
“Dara duduk bersimpuh sambil jari laju memilih antah beras di dalam nyiru buluh. Banyak pula antah beras yang dia jumpa.”
Perkataan “bersimpuh”, apa agaknya ya? Perkataan kuno sungguh! Kerry tarik muka masam. Kerry betul-betul tidak faham perkataan ini. Bahasa Melayu yang di katakannya bahasa zaman Jepun.
Perkataan “antah” pula, adakah sama dengan perkataan yang selalu orang arab gunakan “ana dan antah. Apa hal pula”nyiru” bukankah ada peribahasa “besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan”.
Alahai, lagi complicated jadinya.

Sunday 29 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet bab 3 part 2



Gembira sahaja Kerry sebaik sahaja selesai solat bersama tok mama. Satu pengalaman dan pelajaran yang cukup bermakna buat Kerry. Baru dia tahu, tidak susah manapun bersolat. Jika berterusan begini, pandailah dia. Ini sekadar mengikut pergerakan sahaja, Jika disuruh membaca surah, mahu terkucil dibuatnya. Setakat al fatihah tu bolehlah. 
“Asar nanti tok panggil!” tok mama bersuara, menghilangkan lamunan si Kerry. Nasib baik tidak jauh dia mengelamun.
Kerry hanya angguk. Sudah itu yang perlu dia buat.
Seandainya dia geleng kepala, apa agaknya yang berlaku?
Sebaik sahaja telekung digantung, laju sahaja Kerry keluar dari bilik Tok Mama menuju ke biliknya.
Apalagi? Abang Uda sedang menunggu!
Terus sahaja dia mengapai buku yang terlungkup kerana Kerry berhenti disitu lalu dia telungkupkan buku tersebut sebagai penanda.

Wednesday 25 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet bab 3 part 1



Bab 3 part 1

Kerry resah gelisah, panas punggung duduk di beranda bersama Tok Mama. Hendak buat macammana, Tok Mama minta dia duduk bersama, temankan tok mama untuk  berbual sebaik sahaja pinggan selesai dicuci. Alahai, hendak manja-manja pula orang tua itu. Sedangkan si Uda dan Dara sedang menunggu Kerry di dalam biliknya.
“Tunggu ya Uda dan Dara” bisik hati kecil Kerry.
Permintaan Tok Mama tidak dapat ditolakkanya. Walaupun darahnya mengalir separuh Eropah dan separuh Asia, namun didikan gadis timur masih ada. Penghormati orang tua, tambahan ajaran sedemikian bukan sahaja khusus untuk orang Asia, orang baratpun ada didikan sedemikian, tetapi cara yang berbeza.

Wednesday 18 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet bab 2 part 2














BAB 2 Part 2

DJL



Kerry bersila sambil menyambung pembacaannya.
Wah! Makin seronok pula cerita ini. Ingatkan cerita melayu hanya cerita yang membosankan, tidak setaraf dengan cerita cerita bahasa inggeris. Tetapi tangkapan dia salah, rupanya.
Tengok, apa sudah jadi, baru beberapa helai bacaan sudah mampu membuat dia berfikir.

Monday 16 January 2017

Antara Dara Layla dan Juliet bab 2 part 1












DLJ bab 2 part 1



Kerry menghulur bekas yang  berisi kentang yang  telah dikupas, kentang yang sudah menjadi kecil kerana si Kerry menyulit tebal kentang tersebut. Seumur hidupnya mana dia pernah buat kerja-kerja sedemikian. Mummy yang buat, nasib baik pandai pegang pisau. Seandainya pegang pisau terbalik, lagilah haru. Begitu juga halnya kepada bawang dan halia, Namun itu tidak menjadi soal kepada Tok Mama. Budak perempuan kacukan itu perlu diajar ke dapur. Budak perempuan itu cucunya, dia tidak mahu cucunya sampaikan menanak nasipun tidak tahu.

Saturday 14 January 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet - bab 1












DLJ - bab 1



Kerry duduk bersila sambil mengelap buku yang baru dia ambil dari almari buku Tok Mama dengan helaian tisu. Lepas sehelai dicampaknya ke bakul sampah, diambilnya yang kedua dan yang ketiga helai adalah penyudah. Sudah berapa lama agaknya buku tersebut duduk diam di dalam almari tersebut. Tidak berhabukpun, tetapi biasalah, Kery hendak pastikan kebersihan, Kerry tetap membersihkannya.
Dengan cermat, hanya menggunakan jari telunjuk Kerry menyelak kulit keras si buku.
Terpapar tajuk buku yang bertulisan besar. UDA DAN DARA.