BAB 2 Part 2
DJL
Kerry
bersila sambil menyambung pembacaannya.
Wah!
Makin seronok pula cerita ini. Ingatkan cerita melayu hanya cerita yang
membosankan, tidak setaraf dengan cerita cerita bahasa inggeris. Tetapi tangkapan
dia salah, rupanya.
Tengok,
apa sudah jadi, baru beberapa helai bacaan sudah mampu membuat dia berfikir.
“Uda
melangkah lemah dengan dua helai tikar di junjung di atas kepala.
Nampak
sasa si nelayan muda ini. Tidak perlu ke mana-mana kelab kesihatan untuk
menampak otot-otot yang membenjol. Cukup sekadar kerja harian seumpama kais
pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Sungguh
mencabar untuk mencari sesuap nasi.
Namun
bukan dia seorang, rata-rata penduduk di kampungnya hidup cara sedemikian.
Di
turunnya gulungan tikar ke tanah.
Uda
membetulkan kain yang menutup kepalanya yang sudah senget akibat tikar yang
bergerak.
Kemudian
dijuaknya semula kedua-dua tikar tersebut ke atas kepalanya.
Dia
tidak mengomel, apa tah lagi membebel, kerana dia tahu, dia bakal mendapat
sedikit rezeki tambahan hari ini.
“Hendak
ke mana kau, Uda” terhenti Uda mendengar suara serorang perempuan menyapanya.
Tiba-tiba
Kerry terteleng lehernya dan seperti mendengar namanya dipanggil sayup-sayup di
sebalik pintu. Suara Tok Mama gamaknya.
“Ya
Tok..” laungnya.
Aduh!
apa lagi yang orang tua itu mahu darinya. Mahu minta potong apa pula kali ini?
Cerita
baru hendak tangkap leleh, tok wan mengacaulah! Rengus si anak orang puteh.
“Jap..
jap” jawabnya sambil mengheret selipar kain lantar membuka pintu.
“Ya
tok “ kendur sahaja bunyinya.
Kemarahannya
diganggu disimpannya ke dalam poket.
“Mari
kita makan”kata Tok Mama.
Kelly
bagaikan menurut. Orang mengajak dia makan, apa lagi, memang perutpun sudah
berkeroncong. Perbezaan waktu 7 jam, membuat dia bagaikan makan tengahari
adalah sarapan. Jadi, waktu sarapan sepatutnya.
Di
meja makan, Kerry mencari-cari kentang dan bawang yang kupas terdahulu.
Mahu
juga dia tahu, bagaimana rupanya hasil seni dia mengupas kentang yang sudah
tinggal sejemput.
“Apa
lagi godek-godek tu, makanlah” arah Tok Wan.
Malu
pula Kerry ditegur sedemikian. Lantas diceduk apa sahaja yang patut ke
pinggannya yang hanya setengah senduk nasi. Lauk sahaja yang membanjiri
pinggannya.
Namun
itu sudah cukup mengembirakan Tok Wan.
Dia
mengerti, budak-budak sekarang bukan makan nasi sangat, lebihkan jajan dan
makanan ringan.
“Tok…”
bukan main lembut lagi Kerry memulakan perbualan.
“Hemm..
apa dia, makan jangan berbual”tegur Tok Wan lagi.
“Tak,
bukan mahu berbual, Kerry mahu tanya je”katanya
“Buku
buku siapa yang banyak dalam almari kat study room tu” tanyanya lagi.
“Buku
Tok Mama, buku arwah Tok Wan, buku mamapun ada, memang Tok Mama simpan. Bukan
rosakpun, semuanya in good condition”kata Tok Mama.
“Kerry
pinjam satu baca…”kata Kerry
“Yang
mana?”
“Uda
dan Dara”jawab Kerry
Tok
Mama senyum. Sudah dewasa rupanya cucunya yang dia ingat masih remaja. Sudah
pandai pilih cerita cinta.
“That
one is mine. Buku masa Tok Mama sekolah dulu. Baguskan cerita dia? Kerry sudah
baca sampai part mana?”tanya si perempuan tua yang pada asalnya tidak
membenarkan berbual sewaktu makan. Tetapi kini dia yang lebih bertanya itu dan
ini.
“Baru
a few chapter je Tok”jawab Kerrry jujur.
“Itu
cerita cinta. Lebih kurang cerita Romeo and Juliet atau Qais dan Layla”kata Tok
Mama.
Kerry
kerut muka. Kesah Romeo dan Juliet, memang Kerry hafal. Kesah Uda dan Dara
sedang dalam proses memahami. Yang Qais dan Layla, siapa pula!
Sabar
Kerry sabar. Awak ada banyak masa untuk mengetahuinya.
Buat
masa ini tumpukan pada rezeki yang di depan mata. Lupakan dulu siapa Uda atau
si Dara.
Romeo
atau si Juliet simpan dulu di dalam poket.
Si
Qais dan Layla biarkan dulu tenggelam di dasar fikiran.
No comments:
Post a Comment