BAB 34
“Assalamulaikum..assalamualakum..” terdengar aku
seperti orang memberi salam di depan pintu pagar.
Juga terdengar sesekali dentingan pagar diketuk orang.
Siapa pula yang datang malam-malam buta begini. Hendak dikatakan orang datang
menjual barang dari pintu ke pintu, mustahil!
Barang apa yang hendak dijual malam-malam begini,
pasti tiada orang yang akan membuka pintu. Jiran-jiran? Aku rasa juga bukan,
kerana aku kenal suara jiran-jiran aku. Orang surau agaknya, memberitahu
ceramah atau aktiviti surau bulan ini. Mungkin mereka sudah datang pada siang
harinya, tetapi aku tidak ada di rumah, kerana masa aku hari ini habis bersama
abang Rafiq di hospital.
Yang aku sibuk memikirkan yang bukan-bukan kenapa,
pergi ajelah tengok siapa yang memberi salam itu.