Kedua-dua
anak gadis bukan main lain melepak di atas pasir sambil mengira ombak yang
berkejaran. Berehat melepaskan lelah selepas merayau beberapa tempat di sekitar
kampung. Mahu tidak penatnya, mereka hanya berjalan kaki di tengah panas
rembang. Hendak menaiki kereta, siapa pula yang pandai memandu? Hendak mengayuh
basikal, si Hasnani pandai, tetapi si budak seorang lagi tu! Akhirnya keputusan
dibuat, mereka hanya menggunakan kudrat kaki. Memang benar kata Hasnani, tidak
ada banyak tempat yang perlu di bawa si budak berdarah kacukan itu.