Kedua-dua
anak gadis bukan main lain melepak di atas pasir sambil mengira ombak yang
berkejaran. Berehat melepaskan lelah selepas merayau beberapa tempat di sekitar
kampung. Mahu tidak penatnya, mereka hanya berjalan kaki di tengah panas
rembang. Hendak menaiki kereta, siapa pula yang pandai memandu? Hendak mengayuh
basikal, si Hasnani pandai, tetapi si budak seorang lagi tu! Akhirnya keputusan
dibuat, mereka hanya menggunakan kudrat kaki. Memang benar kata Hasnani, tidak
ada banyak tempat yang perlu di bawa si budak berdarah kacukan itu.
“Nani,
kat sini ada library tak?” tanya Kerry tiba-tiba.
“Huh!
Library?” ulang Hasnani, mahukan kepastian.
“Kat
sekolah adalah. Eh! Kejap, ada.. ada, perpustakaan kat pekan. Awak hendak ke
sana kah? Hendak cari apa?”tanya Nani, kerana dia tidak pernah ke situ.
Kerry
angguk laju.
Hasnani
hanya tersenyum, persoalan timbul dibenak hati.
“Apa
ke hal budak ni hendak ke library? Apa yang dia hendak cari? Buku-buku lama dan
berhabuk adalah! Bukankah kat eropah sana lagi canggih, lagipun sekarang semua
ada dalam internet. Library tu sudah macam muzium je..” bisik hati Hasnani
namun tidak diluahkan. Baik layan sahaja si budak yang baru balik ke kampung
itu.
Lain
pula halnya dibenak Kerry. Dia cukup gembira, Mengharap apa yang dicari akan
dia temui di perpustakaan kelak.
Dia
sudah mencari di internet, namun hanya sedikit sahaja maklumat yang dia
perolehi. Malah tidak memuaskan hatinya.
Macam
nilah! Baik sahaja dia beritahu. Sebenarnya dia ingin mencari buku yang Tok
Mama beritahu, cerita Qais dan Layla. Di mahu baca dan membuat perbandingan
dengan kesah si Uda dan Dara. Kesah Romeo dan Juliet dia sudah hafal.
“Tapikan,
Perpustakaan buka waktu sekolah, waktu cuti tak bukalah! Saya sekolah, mana ada
masa hendak bawa Kerry” kata Hasnani lagi
Agaknya
lega rasa Hasnani, kerana alasan yang dia beri bukan alasan, tetapi kenyataan.
Kerry
garu kepala, Ya juga!
Sekolah
Kerry dan sekolah Hasnani mempunyai jadual cuti penggal yang berbeza. Hasnani
sekolah kebangsaan, manakala Kerry sekolah swasta (international).
“Saya
kena pergi sendirilah nampaknya”perlahan sahaja Kerry bersuara sambil menunduk.
Tiba-tiba
dia menegakkan kepalanya dan berwajah ceria
“Eh!
Apa pulak pergi sorang-sorang? Tok Mama kan ada!”katanya sungguh ceria
Sambil
terus menonong pergi meninggalkan Hasnani yang terpinga-pinga,
Namun
Hasnani tahu ke mana arah dituju, apa lagi pulang ke rumah Tok Mama.
Dalam
berlari anak mengejar si anak mat saleh yang berjalan pantas, Hasnani mengetap
bibir.
Sudah
dijangka, tengok! Awal-awal lagi sudah tunjuk belang. Baru sehari bersama sudah
menunjukkan sifat buruknya. Kurang asam betul budak perempuan ini.
Namun
Nani dapat merasakan dia boleh bertahan berkawan dengan Kerry.
Ini
baru hari pertama, berilah dia peluang untuk mengenal hati budi diantara mereka
berdua.
***
Kerry
hanya memandang pinggan yang sudah berisi lauk dan nasi. Tok Mama hanya memandang.
Tidak dia kuasa bertanya. Dia laju sahaja mengayuh suapan. Anak remaja, biarkan
sahaja. Atau dia tidak mahu makan nasi? Mahu makanan western!
Sorry
Kerry, awak kini di garisan khatulistiwa, di Asia, bukan lagi di Eropah,
hemisphere utara. Orang Asia makan nasi okey!
“Tok
Mama, can I ashk you a favour?” tanya Kerry
Tok
Mama angkat kepala.
“Hemm”
jawabnya
“Senang
tak untuk temankan Kerry ke Library kat pekan..”tanyanya lagi.
Terhenti
Tok Mama. Apa pula hendak dicarinya di Perpustakaan? Sudah tentunya buku,
tetapi.. adakah buku yand dia cari disana?” soal hati Tok Mama
“Boleh,
of course boleh..”jawabnya yang menyakinkan.
Ahhh
apa salahnya sesekali melayan cucunya. Lagipun pergi ke Perpustakaan, bukannya
pergi ke Disco!
Kerry
senyum, lalu terus menyuap. Tiba-tiba selesa terbuka.
“Bila
tu”tanya Kerry tidak sabar-sabar sahaja bunyinya.
“Bila
Kerry hendak pergi?”soal Tok Mama kepada soalan Kerry.
Soalan
berganda kerana tidak ada jawapan.
“Hemmm
esok boleh tak?”tanya Kerry lagi.
Tok
Mama hanya angguk.
Geli
pula hati Tok Mama bila difikirkan, sudah bersara baru mahu berjinak-jinak
mencari buku di Perpustakaan. Harap-harap jangan berjumpa atau terserempak ada
orang yang dia kenal di sana esok. Pastinya mereka memikirkan sudah buang
tabiat, buat perangai yang bukan-bukan. Sepatutnya bila sudah bersara, lebihkan
awal jariah atau beriktikaf di masjid, ini tidak! Mencari buku di Perpustakaan
pula!
Namun
Tok Mama hanya senyum. Di dalam hati berkata, tak usah difikirkan apa orang
hendak kata. Buat sahaja yang diri sendiri rasa betul, tak susahpun..
“Tok
Ma ohh Tok Ma” terkejut Tok Mama apabila
Kerry memanggilnya.
“Tok
Ma fikir apa tu! Penat je Kerry cakap sorang-sorang”kata Kerry.
“Ah!
apa dia?”tanya Tok Mama.
“Kerry
kata, esok kita kena bergerak awal pagi. Pukul berapa agaknya dibuka?”ulang
Kerry.
“Entah,
mugkin 9 kut. Tak pe, kita bergerak pukul 9 je lah. Tentu sudah buka bila
sampai”kata Tok Mama dengan yakin.
Tanpa
banyak soal, Kerry terus membantu Tok Mama yang sudah bangun dan mengemas apa
sahaja yang ada di atas meja makan.
Tentunya
tidak sabar rasa di budak perempuan itu.
Esok
yang dinanti pasti menjelang.
No comments:
Post a Comment