Bab
5
Kerry
masih dengan aksi bagaikan tiada apa yang berlaku, terpaku dengan hujung jari
masih di bibirnya.
Termalulah
tuh!
“Kerry
mari sini dan ambil ni. Simpan dalam peti sejuk beku..” kata Tok Mama dengan
lantang sambil tangan menghulurkan sesuatu kepada Kerry.
Kerry
berjalan pantas untuk menyambut entah apa yang sedang dihulur oleh Tok Mama,
siap minta dia simpan ke deep freezer. Apakah bendanya yang perlu disimpan di
situ.
“Ikan
kut?” bisik hati Kerry.
“Eh!
Bukan ikan ni, benda lain” jawab hati Kerry lagi.
“Pergi
simpan kat freezer..”ulang Tok Mama.
Kerrypun
memalingkan badannya hendak menuju ke dapur.
“Opss,
Keery nanti.. ni ah, Hasnani anak jiran kita yang kat rumah langsir hijau tu”
kata Tok Mama sambil tangan menunjukkan ke arah seorang budak perempuan
bertudung yang hampir sebaya Kerry.
Tiba-tiba
Kerry memegang kepalanya yang telanjang, kerana dia tidak bertudung.
“Ini
Kerry, anak kak Mai”kata Tok Mama kepada Hasnani.
“Eh!
Bila pula Kak Mai balik Malaysia? Dianya mana?”tanya Hasnani
“Sudah
pulang semula kat UK nun, yang tinggal si Kerry ni sebab hendak sambung
pengajian di sini gamaknya” jawab Tok Mama.
Eh!
Lupa pula proses pengenalan belum lagi selesai.
“Hai!”
kata Kerry
Cukup
dengan perkataan “Hai” sebagai tanda salam perkenalan.
“Assalamulaikum..Kerry”jawab
Hasnani sambil menghulurkan salaman.
Kerry
menyambut tangan yang dihulur tanpa menjawab salam.
Terkena
lagi Kerry, anak mat saleh yang satu ini.
Sekarang
berada di Malaysia, bukan di Eropah yang cukup sekadar satu perkataan “Hai” cara
pengenalan diri, lepas itu kira selesai.
Namun
dia di dalam proses pembelajaran. Kayuh perlahan-lahan ya Kerry?
Lama-lama
akan jadi “Perempuan Melayu Terakhir” manalah tahu!
“Kerry..”
dia memperkenalkan diri.
“Pergi
simpan dulu karipap tu dan datang semula kat sini..” perintah Tok Mama, sudah
seperti jeneral memberi arahan kepada prebet.
Namun
Kerry akur, itu koman military yang
perlu Kerry akur.
Tok
Mama menyambung semula perbualannya bersama budak perempuan bertudung yang
bernama Hasnani, Kerry cebik muka sambil berlalu dengan pantas. Dia perlu
melakukan arahan dengan segera kerana dia diperlukan berada di hadapan Tok Mama
semula.
Mahu
tidak mahu Kerry duduk di sebelah Tok Mama apabila Tok sudah mengenjut kedudukannya
memberi ruang untuk Kerry duduk.
“Nani,
kalau senang tolong bawa Kerry pusing-pusing sekitar tempat kita ni, sudah 2
minggu dia asyik berlegar kat dalam rumah ni je, Paling banyak masa dihabiskan
dengan benda gedjet entah apa-apa, boleh tak?” pinta Tok mama.
“Hendak
bawa ke mana? Sekali pusing sudah selesai tour satu kampung”kata Hasnani sambil
tersenyum. Cuba mengelak menjadi pemandu pelancung kepada anak mat saleh tu
kut!
“Buat
kawan je untuk si Kerry, takut dia bosan terperuk dalam bilik”kata Tok Mama,
meminta simpati dengan harapan agar si Nani setuju dengan cadangannya.
Hasnani
diam. Tok Wan tidak mengetahui apa masalah Hasnani sebenarnya, bukan senang
menjadi kawan instant kepada seorang budak perempuan yang membesar di tempat
asing.
.
Hasnani
sudah menyenaraikan di dalam minda masalah yang bakal dia hadapi sekiranya dia
bersetuju,
Pertama: mahukah dia berkawan dengan
aku, hanya seorang budak perempuan kampung
Kedua: bolehlah aku jadi kawan dia
Ketiga:
aku nampak berlagak je budaknya, jangan kerek pula nanti
Keempat:
Masih difikirkan.
Namun
rasa belas pula jika tidak membantu. Tentu si budak mat saleh itu bosan giler
sendirian.
“Tok
kena tanya dulu sama ada dia setuju tak dengan rancangan Tok tu?
Betul
tak Kerry” secara tidak langsung, Hasnani sudah bertanya kepada Tok Mama,
tetapi meminta jawapan dari Kerry.
“Tetapi
sekali fikir bagus juga ada kawan yang macam Kerry, boleh berhahasa mat saleh
selalu. Boleh juga praktis berbahasa dunia ini. Pertama, dapat seorang kawan,
kedua, boleh kuatkan bahasa inggeris. Ini baru dikatakan “Kill two birds in one
stone?” Hasnani senyum. Ingin berbahasa Inggeris pula.
Baru
sesaat bakal menjadi kawan kepada serorang budak perempuan yang ada mengalir
darah orang puteh, tiba-tiba lidah tergeliat hendak berbahasa inggeris pula.
“Hemmm..
cepat sikitlah jawab tu wahai tuan puteri..jawab aje “YES”” Di dalam senyum
Hasnani sudah ada jawapannya.
“Ok!”
jawab Kerry.
Hasnani
tidak menunjukkan sebarang reaksi. Lega pun tidak, kecewa pun tidak.
Perasaan
perasangka masih ada.
Dibuatnya
budak mat saleh tu buli dia macammana?
“Di
kerahnya aku macam budak suruhan dia je! Mampus aku” berkata-kata hati si
Hasnani
Hasnani
menjulingkan matanya ke atas.
:Big
NO. That is not going to happen, sister!”
No comments:
Post a Comment