Sunday 22 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 63



Satu lagi Chapter..layan. Esok punyapun sudah hampir siap, insyallah.. untuk esok pula.

Bab 63

Dua hari kesah di Bukit Frazer berlalu. Teringat Ammar kepada mummy Tina. Sebaik sahaja habis kerja, terus dia memandu pulang  menuju ke rumah mummy. Nasib baik pertemuan di atas bukit itu berlaku secara aman. Murni menerima kehadiran mummy. Walaupun hanya pertemuan yang singkat, namun Ammar bersyukur, tidak ada adegan yang memalukan berlaku.
Terima kasih Murni dan terima kasih mummy, bisik hati Ammar riang.