Satu lagi Chapter..layan. Esok punyapun sudah hampir siap, insyallah.. untuk esok pula.
Bab 63
Dua hari
kesah di Bukit Frazer berlalu. Teringat Ammar kepada mummy Tina. Sebaik sahaja
habis kerja, terus dia memandu pulang
menuju ke rumah mummy. Nasib baik pertemuan di atas bukit itu berlaku
secara aman. Murni menerima kehadiran mummy. Walaupun hanya pertemuan yang singkat,
namun Ammar bersyukur, tidak ada adegan yang memalukan berlaku.
Terima
kasih Murni dan terima kasih mummy, bisik hati Ammar riang.
‘Assalamulaikum
mum..” nyaring suara Ammar mencari mummy Tina. Pintu depan tidak berkunci,
tetapi penghuninya tiada. Ke mana pula mummy ni. Mak Embok, si pembantu rumah
juga tidak ada. Sejak dua menjak ini memang Ammar kerap pulang menjenguk mummy.
Tambahan pula rumah tersebut ialah rumah tempat dia membesar. Manakan boleh di
lupakan. Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat membesar.
Terjengul
mummy di muka pintu dapur.
“Ahh..Am..rupanya,
mummy ingatkan siapa tadi?”
Terpegun
Ammar di depan pintu. Melihat bayang seseorang di belakang mummy Tina. Hendak masuk atau tidak? Ammar berbelah bagi,
apabila mengetahui siapa yang ada. Dia tidak menyangka, kunjungannya ke rumah
mummy, konon hendak menziarah si ibu, tetapi rupanya mummy sudah ada tetamu.
Tetamu yang sudah dua minggu, cuba dia
elak. Sejak peristiwa drama Hindustan di bukit Frazer tempoh hari.
“La.. Am.
Buat apa yang tercegat tu.. masuk… masuk… Edwinapun ada!” omel mummy Tina.
Edwina hanya tersengeh apabila namanya disebut.
Ammar
menoleh ke belakang. Bukannya dia hendak pulang. Sudah sampai di depan pintu
rumah mummy. Dia hanya ingin memastikan, bagaimana dia boleh tidak perasan
kereta bekas isterinya..
Sah, memang
tidak ada bayangpun kereta si Edwina terpakir di depan mahupun di luar pagar.
“Am cari
apa?”tanya mummy apabila melihat Ammar tertoleh-toleh ke belakang.
“Tak ada
apa..” jawab Ammar dengan nada kecewa.
“Hemm...Win
tadi datang dengan Makngah. Makngah keluar kejap. Nanti dia akan jemput Win
balik..“ terjawab persoalan Ammar. Mummy seperti sudah pandai membaca apa yang
ada di dalam fikiran si anak.
Baru Ammar
mengerti.
“Apa hal ke
sini?“ tanya Ammar acuh tak acuh kepada bekas isteri.
“Abanggg..Win
datang jenguh maklong. Salah ke? Walaupun kita dah tak ada hubungan suami
isteri, tapi Win masih ada hubungan keluarga tau! Abang masih sepupu Win dan
mak abang, maklong Win..” jawab si gedik.
“Mum..Am
tak boleh lama ni.. saje nak jenguk mummy. Ni dah ada peneman, Am gerak
dululah..”
Ammar
merasa tidak selesa dengan kehadiran Edwina. Sedangkan tujuan dia ke rumah
mummy Tina, bukan sekadar menjenguk tetapi ada perkara yang hendak di
bincangkan.
Ammar malas
hendak menokok tambah. Yang dia pasti, Edwina pasti telah menceritakan apa yang
telah berlaku di Bukit Frazer beberapa minggu lalu. Dan Ammar juga pasti
ceritanya akan menjadi lebih sedap di dengar dengan tokok tambah, cerita versi
Edwina. Sedangkan Edwina tidak tahu yang mummy Tina sudahpun tahu cerita
sebenar. Ammar juga berharap agar mummy Tina tidak akan terperangkap buat kali
kedua dengan cerita-cerita yang telah di tambah dengan gula, agar ianya manis
menyebelahi diri Edwina, di tambah hempedu agar buruk di sebelah satu lagi.
Sedangkan Edwina tidak tahu, jika gula berlebihan akan memudaratkan dirinya
sendiri, confirm dapat kencing manis!
“Bang..
janganlah pergi dulu.. kan abang baru aje sampai..“ pujuk Edwina. Kau pujuk
selembat manapun, tak akan makan Edwina..Ammar sudah serik!
“Am balik
lagi kat sini.. nanti..“ jawab Ammar dan menyalam si ibu. Mummy hanya mampu
mamandang. Hendak buat macammana? Dia tidak mampu memaksa. Dia tahu hati
anaknya masih terguris dengan tindakan si bekas isteri. Jika tidak kerana
pertalian saudara, mummy Tina pun merasa marah juga. Tetapi kerana Edwina
pilihannya, dia juga tidak secara langsung turut merasa bersalah kerana memaksa
Ammar menikahi Edwina dahulu. Manalah dia tahu, rupanya Edwina berdrama.
Namun dia
sedar, dia tidak akan terperangkap dengan cerita dongeng si Edwina. Terutama
apabila mengetahui mangsa ialah mangsa orang yang sama, 9 tahun yang lalu.
Lantaklah kau Edwina. Berbueh mulut kau berceritapun, mummy pasti tidak akan
terjerat buat kali kedua.
No comments:
Post a Comment